:::U Thought U Know Me Well...But U Don't:::
Sunday, June 13, 2004

Kisah di malam hari...

Malam tuh aku kena OT (overtime) sampai kul 11 mlm. Bukan malam tuh jek but once in every week. Tapi malam tuh la malam yang kononnya 'special' sket.

Dari awal memang aku beria-ria nak drive my sis car for a safety reason. Safety as in supaya kereta tak mati sebab kereta tuh baru, barely 1 year old. So, everyday except once, I would drive my sister's car and go to work.

But that night, on Friday, as usual I would drive the car to work and would move the car parking position from somewhere else to be parked in front of the building normally at 7pm. But, that's not the thing yang aku nak bagitau.

I will always complaint on how unconfident I am kalau nak bawa kereta aku sendiri yang dah lama aku bawa sejak asasi. Memang ada aku pernah bawa kereta tuh ke ofis, tuh pun skali sebab kereta kelisa nak kena diservis. So, aku akan ulang-ulang kata, "Takpe bawa kereta nih tapi kalau kena stayback for OT, kena bawa kereta kelisa la pasal takut kereta kancil tuh mati tengah jalan ke, mampuih nak balik memalam."

Tapi last Friday, setelah selesai menjalankan tanggungjawab selaku employee yang berjaya, bila setelah kunci dipulas, enjin berbunyi seperti biasa, tapi tatkala aku buka lampu jek, tetiba enjin terus mati. Kunci yang dipulas berkali-kali pun tak dapat menghidupkan kereta tuh. How irony! Tuh la...berlagak sangat tak nak bawa kereta buruk pasal takut mati. Alih-alih bila bawa kereta baru pula benda tuh terjadi. Sudah!

Cuak juga aku dibuatnya. Mujur aku tak cepat melatah. Terus aku call rumah dan suruh ayah aku datang jemput. Jenuhla aku menunggu 45 minit untuk ayah dan adik aku sampai. Diaorang sesat! Tuh la, aku bagi petunjuk, taknak ikut. Dah dekat kul 12 tengah malam, baru nak sampai. Nasib baik la still ramai orang kat situ memandangkan banyak pub kat area tuh. Tapi aku dok dalam kete jek. Jangan harap nak kuar.

Esoknya tuh, datang semula ke tempat keje aku untuk amik kereta. Ingatkan bateri dah kong. Rupanya pasal ada serbuk bateri terlekat kat kepala bateri. SO, bila kikis-kikis sikit, boleh dah start.

Pikir-pikir balik, kelakar jugak yek. Tuh la...pengajarannya, jangan abaikan barang yang lama, kerana tanpa kita sedari, sebenarnya barang lama itu lebih berguna seperti kisah kereta ku ini. Haih....akhirnya, kereta kancil aku juga yang datang menyelamatkan aku di kala aku terperangkap di tgh malam....harapkan kereta baru...alih-alih kereta baru yang buat hal....ironi betul!

+posted by arkarnax @ 10:19 PM

+++++