:::U Thought U Know Me Well...But U Don't:::
Thursday, April 29, 2004

Murah rezeki...alhamdulillah..

Minggu nih nampaknya ramai yang menyumbang rezeki dari segi makanan. Awal minggu, dapat dalam 50 biji durian yang diberi oleh cina yg dapat tender untuk cat konsulat. Memandangkan kami bertiga sudah tentu tak larat nak habiskan kesemua 50 biji tuh, kami bahagi-bahagikan kepada pekerja-pekerja konsulat semua.

Hari nih pula, ada orang bagi one whole big box full of seafood. Yang paling mengejutkan, dapat lobster. 2 ekor. Tapi sekor lobster tuh punyalah besar. First time aku tgk lobster sebesar tuh. Panjang lobster tuh saja (tak termasuk senggugut), rasanya dekat 40 cm. Memang besar. Pastu dapat beberapa ekor ikan dan sotong. Sotong yang diberikan tuh pun sangat besar. Bukan sotong kurita, sotong biasa-biasa cam kita beli kat pasar tapi saiz nyer masya-Allah, memang besar.

Sayang sekali takde kamera. Kalau tak leh tunjuk betapa besarnya makanan-makanan laut tuh.

Tapi takpelah..terima kasih la kepada yang memberi.

Esok, tak sabar dah nak balik KL. Dah rindu la plak kat ikan2 aku tuh ngan Ciko ngan Ronnie. Dengar kata, Tom Welling lak terkapai-kapai cam nak mati. Isk..dia sedih tuh, Jesse dah takde. Takpun sedih pasal aku yg takde. Takpe, takpe...tunggu aku sampai umah esok....

+posted by arkarnax @ 11:17 PM

+++++

Wednesday, April 28, 2004

Serba salah...

Nak pergi ke tak nak pergi?
Nak pergi ke tak nak pergi?
Nakpergi ke tak nak pergi?

Konpius betul....takut tak sempat nak pergi jek. Nak kena naik bas ke Penang lagi. Takut nanti penat bila baru balik dari Songkla. Hmmpp...kena pikir, best ke nanti gathering bebudak soksek nih? Best cam gi PD hari tuh ke? Pikir pikir balik...cam tak best jek. Kalau tak best, rugi je pegi. Dahle kena bayar tambang lagi...naik bas lak tuh...huhuhu...

Best ke Pulau Jerjak? Ntah....best kut...bunyi cam best jek....isk..ish....nak pergi ke tak nak nih?????

+posted by arkarnax @ 11:22 AM

+++++

Tuesday, April 27, 2004

Mari Berjalan-jalan

Hari nih mengorak perjalanan ke satu daerah yang agak besar di Selatan Thailand iaitu Nakhon Si Tammarat. Sedap betul nama tempat tuh.

Perjalanan dari Songkla ke Nakhon Si Tammarat mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah untuk jarak sejauh 200km+. Itupun bergantung kepada keadaan trafik sebab jalan yang dilalui bukannya highway. Tapi, sepanjang-panjang perjalanan, ada pembinaan highway yang pastinya memudahkan pergerakan pada masa hadapan. Yang bagusnya di sini, biarpun ada highway, tapi tak dikenakan tol. Road tax pun takde. Di Romania pun sama juga. Highway memang banyak. Tapi satu sen pun tak dikenakan tol. Dahle harga kereta murah, road tax pun takde. Entah kenapa la Malaysia nih begitu ghairah sangat mengenakan tol. Kalau nak diikutkan, negara Romania dan Thailand jauh lebih rendah pendapatan rakyat negaranya berbanding Malaysia. Tapi tak kalut nak letakkan tol pun. Entahlah...dunia...dunia...

Dah berjalan agak jauh tadi, baru aku perasan, yang sememangnya aku tak suka long distance journey. Aku suka travel tapi tak suka travelling yang straight jek. Sekali sekala kena stop untuk regangkan urat kaki nih.

Sebenarnya, kami ke Nakhon Si Tammarat sebab ayah aku ada appointment dengan Gabenor di sana. Jadi, aku ngan mak aku cuma tumpang sekaki...jejalan tengok negera orang.

Untungnya Gabenor tuh siap belanja kami makan seafood lagi di salah satu restoren yang agak ternama di sana. Kali nih, bila makan tom yam, rasa pedasnya sampai ke telinga. Lagi pedas daripada tom yam yang kami makan di Songkla. Tapi rasanya sangat sedap. Sayangnya aku tak tahan pedas. Rugi betul....

Satu yang menariknya, masakan ikan siakap. Ingatkan dia bagi ikan takde isi. Rupanya, isinya dah dihancurkan dan digoreng bersama-sama bawang, serai dan apa ntah lagi. Memang sedap rasanya.

Satu lagi keunikan yang cuma ada di Nakhon Si Tammarat ialah hidangan buah manggisnya. Buah manggis yang belum betul-betul masak dibuang kulitnya dan dicucuk pada lidi seperti sate. Wah...memang menarik. Ingatkan rasanya kelat rupanya manis betul...Sayang sekali aku lupa bawa digicam. Kalau tak, boleh tunjuk kat blog nih.

Selepas menikmati makanan tengahari yang sangat enak tuh, kami pergi membeli-belah di pekan Nakhon. Dapat juga aku beli sebuah handbag. Baru datang Thailand seminggu, dah dapat 2 handbag. Kopak mak ayah aku kalau aku dok sini lelama.Nasib baik Jumaat nih nak balik KL dah.

Dah balik daripada tempat tuh, staff ayah aku buat makan-makan pula. Jemput semua pekerja Konsulat. Dapat la berkenal-kenalan ngan orang Malaysia yang bekerja di Songkla nih. Ramai yang tak percaya aku anak sulung ayah aku yang dah abih belajar. Agaknya kenapa yek? Aku nampak muda sangat ke untuk berumur 22 tahun? Hahah...perasan tul...

Tapi memang kenyang la hari nih...puas makan jek....

+posted by arkarnax @ 10:17 PM

+++++

Monday, April 26, 2004

Mari belajar mengira!

Hari nih aku akan ajar mengira dari nombor satu sampai sepuluh dalam tiga bahasa; arab, romania dan thai.

1= wahid =una =neng

2= isnin =duo =song

3= salasa =thre =sam

4= arba'a =patru =see

5= khomsa =cinc =ha

6= sitta =shashe =hok

7= sab'aa =shapte =jed

8= thamaniah =opt =pet

9= tis'ah =nuo =kau

10='asharah =zece =sip

Selamat Belajar!!!

p/s-ran out of idea what I should post today...

+posted by arkarnax @ 10:57 AM

+++++

Sunday, April 25, 2004

Jalan-jalan Cari Makan

Kunjungan ke Thailand sudah tentulah tidak lengkap tanpa merasa masakan terkenal di yang datang daripada negara yang tidak pernah dijajah ini iaitu Tome Yam Kung.

Jadi, petang semalam selepas pergi membeli belah di Hat Yai, (berjaya gak aku beli sepasang Thai Silk untuk dibuat baju dipakai konvo nanti...eheh), kami sekeluarga terus mengambil keputusan untuk makan saja di luar. Almaklumlah, dah dekat seminggu aku datang Thailand nih, tapi belum lagi dapat merasa masakan sebenar Thailand.

Cadangnya nak ke satu restoren makanan siam yang begitu masyhur dikalangan pengunjung dari Malaysia, tapi pusing punya pusing...tak jumpa juga restoren tuh. Alih-alih ambil keputusan untuk makan sahaja di restoren masakan thai yang halal di Songkla.

Bukannya di Malaysia takde masakan thai, kalau pergi ke Kg. Baru saja, berlambak restoren yang menyediakan masakan thai yang dimasak oleh orang thai sendiri. Namun begitu, "this is the real deal!". Kalau merasa masakan thai di negara thai sendiri, mestilah lebih "kaw". Lebih berharga merasa makanan tuh.

Pendapat aku setelah merasa masakan thai di sini? Waduh waduh....sangat pedas!!! Kalau tengok pada masakannya, penuh dengan cili api. Memang "kaw" la pedasnya tuh. Cuma mungkin aku jek bukan peminat kepada masakan yang terlalu pedas, maka bagi aku masakannya kurang menepati selera aku. Don't get me wrong, aku memang suka makan Tom Yam cuma mungkin tak berapa suka yang terlalu pedas. Yang nyatanya, bagi penggemar masakan yang berisi cili padi, sudah tentu masakan thai dapat memenuhi selera mereka.

Tapi yang nyatanya, aku dah puas makan seafood kat sini. Udangnya besar bukan main. Harga tersangatla murah. Sekilo RM15. Mana nak dapat kat Malaysia. Sampaikan hari nih pun, bila mak aku nak masakkan udang lagi, aku dah surrender. Berhenti sekejap makan udang. Silap haribulan nanti, kolestrol naik melambung. Aku gak yang susah....

+posted by arkarnax @ 1:10 PM

+++++

Saturday, April 24, 2004

The "ghost" is clear???

I stayed up pretty late last night. Late than I used to sleep; here in Thailand. On normal occasions, I drifted away at 9 pm (Thai time) or 10 pm (Msian time). But last night, I was so determined to watch Survivor All Stars that I forced myself to stay awake until 1 am (Msian time).

As I told before in my previous post, this house seems haunted. It does feel haunted. Especially at night, u will have that eerie feeling and sometimes I felt like I've been watched by somebody or something. Let's not elaborate more. I'm having chill already into my spine.

Ok, back to last night story. As I was waiting for my fave series, I think I saw...err...it happens a couple of time...some "tiny people or was it a creature...I can't tell. It moved too fast. I couldn't recognize what it was. But I think I did saw it entering my parents bedroom. I'm not sure whether what I saw was something real or maybe it was only my imagination. I do hope that it was only my own imagination. When my grandma was here, she did had some weird dream about tiny people bringing my grandpa and her to some place then sending them back to the real world. Urrr....let's just not talk about it.

Anyway, whatever it is...I hope my imagination my playing a trick on me. Maybe I worried too much. I do hope so. I have another week to go through the night and hopefully everything will be fine....

I had to keep the lights on every night...I can't help it. I'm scared!!! ;-p

+posted by arkarnax @ 12:40 PM

+++++

Friday, April 23, 2004

Tipah Tertipu - Ruffedge

Ini dia lirik lagu yang penuh kontrovesi kerana penggunaan bahasanya yang tidak menepati DBP. Tipah Tertipu daripada kumpulan Ruffedge...

Tipah Tertipu - Ruffedge


Here the drama gets wicked..

#Tipah tertipu tertipu tipu tetipah
Tipah tertipu tertipu tipu tetipah
Tipah tertipu tertipu tipu tetipah
Tipah tertipu lagi

CAT:
Bila berkata tentang tipah tertipu lagi
Jangan salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri
yang tahu menilai sesuatu yang baik, buruk dan rugi
cinta datang dan pergi jangan tergadai diri
Kau harus tahu dan kau harus fikir hah!
Ini permainan bukan boleh diduga
C.A.T. A.K.A. pria pujangga bucu kasar menggegarkan telinga
Azan mulakannya

AZAN:
Kisah tipah ini satu pengajaran
yang buat kita fikir, oh oh oh oh oh
mulanya seperti kain yang suci
tapi dicemari dunia keji

@ MODE:
Senang percaya si Jeffri; dia ditipu lelaki
senang pula ubah hati;kerna dikikir emosi
menipu sana sini; tanggung kandungan sendiri
bila problem dah menggunung, tak ade yang dapat tolong

Ulang # 2x

ZAIN:
Selepas tertipu, dia yang menipu
dan tipu.. sudah jadi sebati dgn diri
Tipu dah tetipah, kerana selesa
dengan gaya hidupnya yang gila

Ulang @, #2x

Bila makin terdesak, tertipu, menipu
Menangis seorang diri, mengenang nasib
Yang rugi, tak suci, dah lagi
dan kini masa untuk kebenaran muncul kembali

RAP:
Kau sedar taktik kau dah lari, kau bersilih ganti
Sampai bila pun kau tak cukup; dan tak mudah berhenti
Apa nak dicari, serta menjadi-jadi kerna
kernamu mudah dijual, mudah dibeli Jeffri

Ey..ey dah bingit ni ,menangisi
derita ditanggung sendiri
apa dicari, mengapa kau salahkan Ali?[mengapa?..]
bangun sendiri, tak kira malam pagi (just for you baby)
jangan tangisi derita yang kau cari sendiri
ma you da best dada,I'm the best papa
ma you hilang semua,papa sama saja
ikut penangan jiwa sendiri kan bertanya
Bila masa cinta berputik dipinggirian dia

Hello, bolehku tanya, siapa nama
oh Tipah, pernahku dengar tapi di mana ya
mungkinkah dari teman-temanku
kaulah gadis itu; yang selalu ditipu
engkaulah tipah tertipu

Ulang #

Tipah tertipu tertipu; aku tak tahu tak tahu
aku tak dapat nak bantu; tipah tertipu

Tipah, selamat hari jadi.. kau sudah kena
kena tipu lagi; takde sape yang boleh tolong
melainkan tuan punya body

Ulang # sampai habis


+posted by arkarnax @ 11:10 AM

+++++

Thursday, April 22, 2004

Jejalan di Hat Yai

Hari Selasa lepas...my mom and I went shopping at Hat Yai. Kami pegi ngan driver since kereta ayah aku tak sampai lagi. Lambat tul kontena tuh nak sampai. So, at the moment, the house seems pretty empty.

Ok...back to jejalan di Hat Yai. As I said before, Hat Yai ngan Songkla tak jauh mana. Only 30 mins ride. Tujuan kami ke sana pon..apa lagi...nak shopping la. Perempuan la katakan.

First thing yang dibeli....leather handbag. Thailand kan terkenal dengan barangan tiruan...so the price for the leather handbag yang ditiru design nye sebijik cam original brand tuh agak berpatutan. Penting handbag nih, nak bawa keje nanti.

Then, kami gi carik thai silk kononnya untuk dijadikan baju aku nak konvo nanti. But alih-alih tak beli pon. Maybe hari Sabtu nih, bila pegi lagi baru beli.

Bought t-shirts untuk kengkawan yg pesan...actually, tak banyak sangat benda yg dpt dibeli since we only spent around 2 hours jek kat situ.

Panasnya bukan main sampai nak pengsan rasanya.

Apapun, kalau shopping di Hat Yai, yang penting kena pandai tawar menawar sebab harga yang diletakkan sangatlah tinggi padahal harga asal agak murah. Biasala..bila orang Thai tengok org Malaysia datang shopping, dia ingat kita banyak duit. So, suka hati jek nak cekik darah. Jadi, berhati-hati jugalah.

Another problem is the fact that most Thai's can't speak in English. Susah sket la. Kalau bernasib baik, ada yang boleh cakap dalam loghat Kelantan since ada peniaga yang datang dari Narathiwat dan Golok.

Anyway, I've learnt a few Thai words such as Khai=ayam and Khaai(tarik panjang sikit)=telur ayam. Kesian yek Khai AF tuh, rupanya ayam ler...hahah....just kidding....


+posted by arkarnax @ 12:18 AM

+++++

Wednesday, April 21, 2004

Welcome to Songkla, Thailand!

Aku bertolak dari kampung di Kedah dah petang. Tapi bila masuk Thailand, waktu jadi sejam lewat. So, bila sampai Thailand, still awal lagi. Memandangkan masih awal, kami pusing-pusing dekat Hatt Yai dulu. Then baru mengorak langkah pergi ke Songkla.

Too bad aku tertinggal digicam aku kat umah di KL. Kalau tak, boleh tangkap banyak gambar and post it here. Dalam perjalanan menuju ke Songkla, kami jumpa satu patung Sami Duduk yang besar yang adik aku ceritakan bila dia datang ke Thailand 2 tahun lepas.

Sesampai di Konsulat yang juga terletaknya umah kami, waktu dah hampir maghrib. So, aku tak dapat nak tengok betul-betul keadaan sekeliling dan keadaan sebenar rumah dua tingkat tuh.

Pagi esoknya (Selasa, 20/4)...baru aku dibawa pusing-pusing dalam rumah ni. Boleh tahan juga besarnya rumah di Songkla nih. Macam cuma guna 1/3 daripada umah jek. 2/3 daripada rumah nih, tak guna pun. Yelah...mak ngan ayah aku jek tinggal sini...buat per nak guna bebanyak bilik.

In fact, living room yang dipenuhi ngan 4 set sofa tuh pon tak digunakan. Maybe untuk big event je kut. Bilik tidur ada dalam 6 bilik kalau tak silap. Tapi cuma satu bilik je guna. Aku pun tidur kat sebelah bilik parent aku. Takut ah. Most of the doors kat every bilik ditampal ngan ayat kursi. But there's one room yang ditampal yang surah yasin terus. Ayah aku kata, that room is haunted! Huhuhu....tak ingin aku masuk.

Well, biasa la...kalau umah besar. Memang normally haunter. Especially umah nih, belakangnya hutan. Banyak monyet lak tuh. Aku nak kuar sidai kain pun takut. Rumah nih ada ghost story nyer yang tersendiri. BUt I don't dare to tell at the moment. Dah le tido sengsorang. Tak nak aku citer. Tunggu la kalau dah selamat ada kat KL nanti. Baru berani nak buka mulut.

Okey...back to the house. Yang bestnyer, biarpun rumah nih, di belakangnya hutan belantara. Tetapi di depannya pantai. Sangat dekat. Boleh jalan kaki sebab cuma dalam 300 meter jek. Siap ada beach volleyball punya court ngan kalau nak naik banana boat pun boleh. Yang mencabarnya banana boat dekat sini ialah orang yg naik tuh, dijatuhkan di tengah laut. Mencabar betul.

Dah tuh, dekat ngan pantai, ada tasik buatan. Siap ada....apa nama ntah kenderaan yang kita kayuh selalunya kat tasik tuh. Ahah...ada benda tuh la. So, kalau tak mau basah menaiki banana boat atau berenang di pantai, kita boleh jek mengayuh kenderaan tuh di tasik.

Kalau nak cakap pasal tempat makan pula...memang banyak. Banyak pilihan. Masakan halal pun ada. Jadi kita tak perlu risau. Dijamin seafood yang dihidangkan tuh fresh belaka.

Kemudian untuk yang hendak bershopping, Songkla nih dekat jek ngan Hatt Yai. Bagi yang tak tau, Hatt Yai nih memang terkenal dengan tempat penduduk Malaysia datang membeli belah. Daripada Songkla ke Hatt Yai cuma mengambil masa 30 minit. Jadi, memang berbaloi untuk datang ke sini bagi mereka yang nak membeli belah disamping bersuka ria di pantai.

Walaupun demikian, cuaca di Songkla sekarang agak panas. Jadi kurang sesuai nak mandi pantai. Tapi aku tengok, ramai jek yang datang.

Tinggal di sini, kedengaran agak menyeronokkan tapi bila terpaksa tinggal di dalam rumah yang dahulunya berhantu nih...membuatkan aku tak senang terutamanya waktu malam sebab bila dah lepas maghrib tuh...jangan harap aku nak keluar bilik lagi....seram sejuk dibuatnya.....


+posted by arkarnax @ 11:13 AM

+++++

Tuesday, April 20, 2004

Ho ho ho...Balik Kampung

Lepas balik dari PD, petangnya aku balik pula ke kampung. Naik bas. Lama gak aku dah tak naik bas. Bukannya tak suka naik bas, tapi jarang balik kampung. Pastu kalau nak gi jejalan kat KL, biasanya naik kete jek ataupun LRT.

Ahah...sebut pasal LRT.....sebenarnya aku memang tak suka naik LRT. Memang la selalunya org kata naik LRT selesa. Tapi bagi aku lak, problemnya aku selalu nak pengsan bila naik LRT. Kurang oksigen kut. Pastu sesak sgt ngan org. Problem betul.

Hmm....kat kampung pulak, panasnya bukan main. Aku ingatkan KL dah panas, rupanya kampung lagi panas ek. Teruk tul. Duduk depan kipas pun leh berpeluh-peluh lagi. Tapi takpela...bukannya senang nak balik kampung.

Petangnya ayah aku datang amik ngan driver bawa aku ngan mak ke Songkla....akhirnya setelah sekian lama...dapat jugak jejak kaki semula ke Thailand...

+posted by arkarnax @ 6:05 PM

+++++

Monday, April 19, 2004

Kenangan Di Port Dickson...

Poyo pulak tajuk blog aku nih. Tapi takpe la. Yang penting aku boleh ceritakan apa yang berlaku di time kami gi PD beramai-ramai hujung minggu lepas.

Time dan date post nih aku ubah supaya bersesuaian ngan tarikh aku balik dari PD memandangkan sebelum nih aku tak sempat nak post apa-apa.

So, here goes....

Pada mulanya aku sangkakan trip aku ke PD dah tak jadi memandangkan pada saat-saat kritikal, so Wira (u know who u are) tuh tak dapat nak pergi pasal personal problem. And well...since bilangan kenderaan makin berkurangan dan tak cukup menampung kami semua, mulanya aku ingat dah putus harapan nak pegi. But since ZT pun dah sampai kat V.A, aku pon gagahi diri gak memandu kenderaan ke sana walau pada mulanya stereng kereta aku dah nak dibelokkan semula menghala ke arah rumah.

Diaorang suruh aku bawa kereta aku kesana tapi aku tak nak. Bukannya berlagak ke apa tapi "road tax aku, had limitnya cuma di kawasan KL dan Selangor". Hahah...percaya ke? Takle..."road tax" yang aku maksudkan tuh ialah pelepasan kebenaran membawa kereta oleh mak dan ayah aku. Tak baik langgar nasihat ibu bapa, nanti leh bawa bencana.

Tapi mujurla...setelah penat memerah otak ngan zeti kat VA tuh, akhirnya kami berpakat nak tumpang kwn Chah. Nasib baik ada dia. Biarpun pada saat-saat akhir, Mael ajak naik kete dia, kami still jual mahal, maka kenala "pay the price" dengan naik kete kancil 4 org kat seat belakang. Buat naya jek.

Dalam pada tuh, aku tipu Reza, kononnya tak pegi. Bulat-bulat dia percaya. Lawak tul. Pastu diaorang kena kelentong lagi kononnya kami naik komuter pergi ke Seremban. Tu lah..wan oii...lain kali baca message betul-betul..sampai abis...kan korang gak yang susah hati.

Bila kami sampai jek kat Marina Bayview, semua orang terkejut beruk! Mana sangka...aku bagitau still kat stesen komuter. Alih-alih dah sampai lak. Udah padahnya menipu....aku lak kena marah ngan diaorang sebab buat diaorang susah hati. Kelakar tul...tak sangka lak sampai begitu concern-nya mereka pada kami.

Dah settle semua, petang tuh, kami ke pantai kemang (ye ke..nama camtuh ah). Tapi pantai yg memang selalu org pegi la. Plan yang pada mulanya nak divide into group tak jadi. Kami sampai jek, terus main volleyball walaupun memang aku hampeh dlm game tuh. Asik jatuh jek.

Tapi yang betul-betul menarik tumpun kami berempat (aku,ZT, Asiah ngan Chah) ialah BANANA BOAT! Hahah...sesuai sgt ngan kami yg bersungguh-sungguh menyapun sunblock banana boat tuh. Takut hangus. Pompuan la katakan.

Harga untuk naik sebiji pisang tuh RM60 kalau penuh. Kira dalam 7 org la. Kami naik sekali ngan Mael, Ajis ngan Koy. Aku lak kena dok depan sekali. Huh....best pasal bila banana boat tuh melanggar ombak-ombak, aku yg terpaksa menahan percikan-percikan tuh dulu.

Bila pemandu bot laju tuh jatuhkan kami kali pertama, aku tak sangka lak agak dalam air laut tuh. Tak cecah kami. Terkocoh-kocoh chah menarik jaket keselamatan aku sampai aku lak cam nak tenggelam sekali. Tapi yang kelakarnya, kes seluar dot dot dot...hahah....tengah panik pon leh jadi gelak kami nih. Tapi memang best la naik banana boat tuh. First time naik...memang rasa nak naik lagi. Nasib baik harga mahal. Kalau tak, ntah berapa trip aku buat. Hahah.

Lepas naik banana boat, sambung main volleyball lagi...pastu berenang-renang. Cam rombongan budak sekolah rasanya. Best memang best. Rugi la kengkawan aku yang jual mahal sangat tak nak pegi tuh.

Malam tuh lak, kami buat bbq kat compound apartment. Makanan, masya-Allah, punya banyak. Aku makan dalam 2 ketul ayam bbq jek. Dah penuh. Maybe perut penuh telan air laut kut. Tapi time bbq tuh la, dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan berlawak jenaka mungkin untuk kali terakhir. Lepas nih mungkun dah tak jumpa dah bila masing-masing dah keje.

Kemudian hari Ahad plak, bangun pagi jek, terjun swimming pool. Nasib baik takde orang. Lepas makan nasi goreng hangit Reza tuh, aku balik semula ke KL pasal petangnya nak bertolak balik kampung.

Yang nyatanya, kenangan di PD memang best. Nasib baik gak aku pegi walaupun pada mulanya banyak betul halangan.

+posted by arkarnax @ 8:29 AM

+++++

Saturday, April 17, 2004

Finally...a vacation

The days that I've went through was not going my way lately. So, the sound of having a vacation is what I've been looking forward to.

Port Dickson...haven't been there for ages. I think my last visit was in 1991 or maybe later than that. But I'm pretty sure it was during my primary school years. So, I'm definitely looking forward to see how PD has changed in more than 10 years. I remembered that the water wasn't that clean back then...it was ok...but not clean. I wonder how the water is right now? Is it still at the same condition? Better or have gotten worse?

Well...this will be the first trip together with my coursemates. Around 20 ppl. Mostly seniors. My seniors even tho' I am a senior myself. Err...not exactly what I expected it to be but a deal is a deal. I can't just bail out. I know it won't be as interesting as my road trips with Ros, Zt, Asiah got tand Mas...but it's better than spending my "unemployed" time at home.

Anyway....gotta get up early. Pack my stuff and I'm ready to go. A trip to PD that I'm looking forward to in years....

+posted by arkarnax @ 1:50 AM

+++++

Wednesday, April 14, 2004

Things go my way? I don't think so...but in the end things got better

Today morning, I woke up with a bad feeling. And yet, my feelings were true. Everything seems wrong this morning. I was so pissed that I couldn't even remember how many times I had swore.

Finally I managed to clear all my depts. Paid my study fees, settled the parking ticket and posted a few resumes.

After, complishing as stated above, I drove home having the biggest relief I felt for months. While, I was posting a letter, heard from ERA.fm that the Perodua Era is at my taman Caltex Station. They're having cabaran Caltex there and the first 10 person with the right password, will be eligible to enter.

As I was already on my way back, I decided to stop by the Caltex Station since I also wanted to fill air to the tires. So, I accepted the challenge and was contestant no 4. We had to fill up our car tank on one press and the person who manage to get their car tank fill up with RM10.33 or close will win a Caltex Petrol voucher worth RM200.

Err...when it was my turn, I wasn't feeling nervous as I always do when entering any competition. I pressed the petrol pump and to my dismay it suddenly stop at RM3+. I did filled up my tank this morning but it was imppossible that the pump suddenly buldge. Luckily, the allowed me to make another press and all the way I go. I stopped at RM10.43 which wasn't good enough.

The last contestant (no.8) managed to get exactly RM10.33 and he went home with the grand prize. As for the other contestants, we were given two car stickers and a Bintang Hati t-shirt. (woohoo...talk about my destiny with Anuar Zain! LOL...ok ignore my teenybopper side)

Well, even I didn't win, I'm just glad to join such challenge. I'm always a person who's up for challenges and given the opportunity to enter any sort of challenges or games will definitely make me a happy girl even for a while. Winning or loosing is the tradition in any game. You can't always be the winner. Sometimes you need to loose so that you will always struggle to try the best in the future.

Oh well, at least I managed to enter Cabaran Caltex which I had dreamt of entering before........

+posted by arkarnax @ 5:05 PM

+++++

Monday, April 12, 2004

Another new week...

Hopefully everything will go on my way this week...

Urgh...though I have to settle a few things within this week...
*Pay study fees (or I wouldn't be able to receive my degree)
*Pay parking ticket (da*n those MPAJ)
*Pay another parking ticket (urghh...this was definitely not my fault. The event organiser asked us to park outside where it's written Parking for Concert and so I did. But still I got a parking ticket. Da*n those policeman. Nak duit jek...there were like quite a number of cars parked at the venue and bet all of them got parking tickets. See how much police can make in just one night!! Stoooopidddd....)

Again...I'm hoping I would be lucky again this week though I know I had to face those cekik-darah MPAJ and policeman. For sure, if I argue bout the tickets I got...I'll be listening to a very long lecture by those ppl. Urrgghhh...and they said "we are free to speak our mind!" Yeah right! boohoo...

Oh yeah...another thing that pissed me off is the fact that now when I need to park at the LRT station, I have to pay RM2! Well...hello?????? WTF! They asked us to vote for them during the national election and promising so many things but now they're making profit and I couldn't see any development here in my place except for the fact we need to pay for everything even it's unnecessary!!!!

Now I'm hating everything that's happening in my life! Everything sucks! The rich are getting richer and the poor are getting poorer!! <----I'm not sure from which song this phrase comes from but certainly that's the most suitable slogan to be put at the moment!


+posted by arkarnax @ 1:49 PM

+++++

In The Middle - Sugababes

Chorus:
I'm caught up in the middle
Jumping through the riddle
I'm falling just a little tonight (uh uh)
Cos everybody's making trouble
Someone's burst their bubble
But we'll be getting by alright (uh uh uh)

Chorus:
I'm caught up in the middle
Jumping through the riddle
I'm falling just a little tonight (uh uh)
Cos everybody's making trouble
Someone's burst their bubble
But we'll be getting by alright (uh uh uh)

Sooner or later this drunken elevator
Is gonna stop where I'm supposed to be
It's ten past eleven, I'm half way up to heaven
But I'm stuck in reality

Night's kind of funny
Not in it for the money
But I know that I've gotta pay
Love's gonna getcha
But only when I letcha
And I don't wanna turn away

Why can't the boys see the toys
That the girls want the boys to be
And why can't the girls see the world
That the boys want the girls to see, yeah

Chorus:
I'm caught up in the middle
Jumping through the riddle
I'm falling just a little tonight (uh uh)
Cos everybody's making trouble
Someone's burst their bubble
But we'll be getting by alright (uh uh uh)

At night it's on the low
No front just sing the flow
We're speaking all in code
To get to the place we know
Sweat running down my back
I'm wearing leather, black
Falling into a trap
There is no turning back

I got my ladies with me
Fellas get cool and freaky
But we've gotta keep him tame
Cos we don't wanna play that game

Everybody from the block
Needs to be feeling nice
It ain't no weakest party
But get up enjoy the ride
What you see and what you hear
Can never be exposed
Acting out of character
Is everything we know

Chorus:
I'm caught up in the middle
Jumping through the riddle
I'm falling just a little tonight (uh uh)
Cos everybody's making trouble
Someone's burst their bubble
But we'll be getting by alright (uh uh uh)

Chorus:
I'm caught up in the middle
Jumping through the riddle
I'm falling just a little tonight (uh uh)
Cos everybody's making trouble
Someone's burst their bubble
But we'll be getting by alright (uh uh uh)

I know it's kind of tender
My body's tired
It's freaky but I'm ready for this bumpy ride
Everybody's tripping
It's all insane
But the voices in my head are saying it's ok

Trying to slow it down or
It's against the rush
Gotta keep it cool to avoid the crush
I dream that I......... and it's starting to show
That I've moved it on
Cos I've changed the flow

Chorus:
I'm caught up in the middle
Jumping through the riddle
I'm falling just a little tonight (uh uh)
Cos everybody's making trouble
Someone's burst their bubble
But we'll be getting by alright (uh uh uh)

Chorus:
I'm caught up in the middle
Jumping through the riddle
I'm falling just a little tonight (uh uh)
Cos everybody's making trouble
Someone's burst their bubble
But we'll be getting by alright (uh uh uh)

But we'll be getting by alright (uh uh uh)
But we'll be getting by alright (uh uh uh)

+posted by arkarnax @ 1:28 PM

+++++

Saturday, April 10, 2004

Another unlucky day

Jesse Spencer is dead! Errr...or is he suppose to be a she? I don't know. After nearly 7 months of surviving, finally he had his last breath this afternoon. Oh before I forgot, Jesse Spencer is a goldfish! And yes, goldfish normally couldn't last longer than a year! And do u know that a fish memory only lasted for 3 seconds then it's gone? Huhuhu...I wonder if my fish even know that I'm their owner.

I burried the fish after the rain just below the starfruit tree. But I don't think I dig the hole deep enough. Hopefully no cats will found him. So, there goes the fish that was given by Yone on my birthday. That fish ate a lot. I watched him grow from a teeny weeny fish into a round-belly goldfish. Thanx Yone and sorry I couldnt take care of him longer.

Another unlucky incidence that has happened to me today is that I cut my finger. Actually fingers. It all happened when I tried to do a good deed which is cleaning the fish tank. Ok, it's not actually to get good deeds, it's also my responsibility to make sure the fish live in a clean healthy environment. LOL.

The glass tank sized about 600x300 mm was too heavy for me. After taking out all the dirty water and sand, I carried it alone to the bathroom in order to rinse it with water. Yes, the heavy tank slipped from my grip and fell on the floor. I thought it didn't crack or anything. But to my horror, I found my fingers bleeding and there was a small piece of glass stabbing my finger. I asked my mom to pull it out and blood was coming out like crazy. Fortunately, the minyak gamat finally stopped the bleed. Thank god Malaysian is rich with minyak gamat. LOL

Anyway, now the fish had to move back to their fishbowl. I'm sorry guys. And after the death of Jesse, now there's only 2 fishes left. Enrique and Tom Welling. (ok ok...ignore their so-called-celeb name).

I'll definitely miss Jess but all that's alive has to die. But what puzzled me was the fact that I'm not sure which is more upsetting, seeing Jesse blowing out his last breath or breaking the fish tank.

It's okey fish, when I get my own money, I'll buy u a new friend and a new house....just wait....


+posted by arkarnax @ 11:17 PM

+++++

Life's A Pitch

My mom's back from Thailand! Yea! Hahah..tak larat asik makan makanan yang aku masak sendiri jek. Bila dapat rasa masakan mak, puas hati betul....aaahh...

Kerja tak carik lagi...sangatle sangap yang teramat. Apa la nak jadi ngan aku nih. Resume semua dah siap. Tinggal nak pos jek.

My life this week aint that good. Everything seems wrong. Semua yang aku buat cam tak kena jek...tak best....tak menarik except for the fact that my mom's back. But wahey...everybody has a bad hair day ek? Even though I never really care bout how my hair is, but this week just ain't my week. I hate it and I can't wait for it to end........

+posted by arkarnax @ 12:46 AM

+++++

Thursday, April 08, 2004

Continuation of yesterday topic

Sebut pasal discrimination ke atas perempuan bertudung nih, semalam aku lupa nak pin point berkenaan satu perkara. Satu perkara yang nampak obvious lagi perbandingan antara perempuan bertudung dan tidak ialah dari segi peluang pekerjaan.

Ada seorang kawan aku yang pergi minta kerja dengan seorang lagi kawan aku yang tidak bertudung. Yeah...outcome nya mesti semua dah agak. Kawan aku yang bertudung nih tak dapat kerja. Alasannya, diaorang nak seragamkan semua orang tak bertudung kat tempat tuh. Sedangkan memang ada orang yang memakai tudung di situ. Bila kawan aku tanya, camne diaorang boleh diterima kerja, dia menjawab yang kononnya mereka dah lama bekerja di situ, so dia tak boleh la nak tetiba suruh diaorang buka tudung. Alasannya lagi, baru tahun nih diaorang start seragamkan semua tak boleh bertudung.

Huh...memang dasar diskriminasi. Bukankah di Malaysia nih jika kita tengok sekeliling, penuh dengan perempuan bertudung. Jadi, aku rasa tiada masalah kalau nak amik pekerja yang bertudung sebab pelanggan yang datang ke kedai tuh mestilah faham yang penduduk Malaysia nih ramai bertudung. Takkan la kalau orang bertudung yang kerja kat situ, nanti pelanggan semua lari. Tidak sama sekali.

Jadi, itulah yang aku kesalkan dengan mentaliti sesetengah penduduk Malaysia nih. Aku nak keadilan ditegakkan! Aku nak semua orang tidak kira kaum dilayan sama rata! Aku nak bebas!

+posted by arkarnax @ 10:30 AM

+++++

Wednesday, April 07, 2004

This kind of discrimination has to stop!

Pilihanraya dah lama abis. Tapi apakah apa yang kita inginkan daripada kerajaan yang dipilih ini akan berjaya ditunaikan? Masih terlalu awal lagi untuk mendapat keputusan.

Apa-apapun, rasanya satu jek benda yang aku nak sesangat dilakukan sesuatu ke atasnya. Iaitu berkenaan diskriminasi ke atas wanita. Terutamanya wanita yang bertudung! Memang la sekarang kita kata yang wanita zaman sekarang sudah setaraf dengan lelaki. Tapi realitinya wanita yang bagaimana?

Walau bagaimana sekalipun kita cuba menafikan yang perempuan bertudung mendapat layanan yang sama rata dengan orang lain, tapi hakikatnya tidak memihak sedemikian. Pernah tak anda menonton 3R yang pasal perempuan bertudung dan tidak. Aku suka siri tuh. Ia menunjukkan keadaan sebenar bagaimana perempuan bertudung dipandang lekeh. Low standard la konon. Kalau pegi kedai nak beli barang, salegirls yang pada mulanya speaking, boleh terus cakap malay bila dengan perempuan bertudung. Eh, Hello!!! Most of my friends yang pakai tudung can speak better English than some of those yang tak pakai.

I actually have nothing against those yang tak pakai tudung. Kawan aku ramai gak yang tak pakai. So, if anyone is offended, I am truly sorry.

Kembali ke topik asal, aku cuma harapkan yang satu hari nanti, orang akan pandang perempuan bertudung sama rata tanpa diskriminasi dan menganggap yang kami juga mampu melakukan apa saja dan berhak melakukan apa saja asalkan tidak melanggar undang-undang.

+posted by arkarnax @ 8:11 PM

+++++

Koleksi ku bertambah lagi...

Bukan koleksi apa...koleksi gambar! Yeah...tadi berjaya tangkap gambar ngan Gareth. Tak le minat sangat tapi dah ada peluang, apa lagi. Biarlah ia dapat mengubat kekecewaan tidak dapat menonton concert Enrique (chis...ada hati lagi nih). Dahle...tiket yang aku menang tuh tak boleh ditebus. Sia-sia je menang through hitz. Tak dapatla RM354. Chessss...

Tapi takpela...Gareth pon Gareth la...Autograph dah dpt, gambar solo dah dapat, gambar together dah dapat...cuma tunggu concert dia jek. Kekadang aku pikir balik...terasa cam org gila pon ada aku nih....masalah..masalah....

+posted by arkarnax @ 1:04 AM

+++++

Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Tengahari tadi dapat call dari Janna suruh datang office. Kononnya aku takleh grad pasal takde rekod. Huh...memang aku tak penah isi pon kad biru tuh. Amik jek sampai 2 tapi tak penah isi. So, terkoncoh-koncoh la petang tadi aku gi office, isi borang tuh...almaklumlah...nanti tak grad lak aku.

Dah gi fak tadi, jumpa lah ngan kengkawan lain. Mcm jejak kasih kasihan lak. Hahah...bila dah berkumpul beramai-ramai, mula la semua nak sembang memacam sedangkan baru jek berapa hari tak jumpa. Tuh belum lagi kalau semua dah pakat kerja..abihla.

Oh yek..nampaknya blog aku nih dah terkantoi ngan Laloq. Hampeh tul. Takpe takpe...there's no dark secret in here. Everything is clean. Harharhar...nampaknya kena jadi general blog lah plak. Tak menarik sungguh. Hampeh Laloq!

Anyway...seronok gak sesembang tadi. Kalau dak asik sembang ngan adik aku kat umah lak. Jemu dah oooii...

Apa yg menarik disembangkan tadi adalah cadangan ke PD. Sebenarnya dah 10 tahun aku tak gi PD. Kata orang, pantai dia dah tak secun dulu. Dah tercemar. Ala, kalau dolo-dolo aku pi pon dah tercemar, apatah lagi skarang nih. Tapi, takpelah...PD pun PDlah. Bestnye pasal nak berkonvoi...fuiyooo...cam apa jek bunyinya. Ntahla..tapi aku taknak berharap sangat..takut tak jadi.....

+posted by arkarnax @ 12:58 AM

+++++

Sunday, April 04, 2004

Ciko Strikes Again!

AMPANG: The infamous serial killer has again met his prey, murdered and left it to death at the same spot as the previous victim. A passerby, Ronnie that witnessed the incidence said that he was just streching his leg after a tiring walk when he saw the accused climbing in from the window and brutally assulting the poor victim.

Officer Azila who was on duty that day found the victim already dead with most of his coat torn and scattered around the crime scene. She has said that she has lost count on how many bodies has been the victim of the murderer.

Ciko, a white tabby cat has been seen strolling down the street looking for vulnerable victims that she can have fun with. The recent victim, a grey bird was left on the house carpet after she had enjoyable time 'playing' with it. Last time she had killed a bat, 3 dragonflies, cockroaches and house lizards.

When asked, the serial killer pleaded unguilty and made an adorable face that judges had to let her go again.

Further trial will be held if Ciko is caught-in-the-act.

Ciko nih nak kena sekeh nih....aku jugak yang kena buang semua benda yang dia bunuh. Bukan reti nak buang sendiri...dahla letak atas carpet...isk..isk...kena sekeh 20 kali. No LUNCH for u today!

+posted by arkarnax @ 10:32 AM

+++++

Saturday, April 03, 2004

My Paper Heart!

My fave song at the moment:

My Paper Heart - All-American Rejects

Please just don't play with me
My paper heart will bleed
This wait for destiny won't do
Be with me please I beseech you
Simple things, that make you run a-way
Catch you if I can

Tears fall, down your face
The taste, is something new
Something that I know
Moving on is, easiest when I am around you.

So bottle up old love,
And throw it out to sea,
Watch it away as you cry
A year has past
The seasons go

Please just don't play with me
My paper heart will bleed
This wait for destiny won't do
Be with me please I beseech you
Simple things, that make you run a-way
Catch you if I can

Waiting, day to day it goes through
My lips, are sealed for her
My tongue is,
Tied to, a dream of being with you
To settle for less, is not what I prefer

So bottle up old love,
And throw it out to sea,
Watch it away as you cry
A year has past
The seasons go

Please just don't play with me
My paper heart will bleed
This wait for destiny won't do
Be with me please I beseech you
Simple things, that make you run a-way
Catch you if I can

Summer time, the nights are so long
The leaves fall down, and so do I into
the arms of a friend
Winter nights
My bedside is cold, for I am gone
And spring blossoms you to me




Tyson Ritter is cute! ;-)

+posted by arkarnax @ 4:07 PM

+++++

Friday, April 02, 2004

Officially, I'm a penganggur! huhuhu

Hari nih result yang bakal menentukan masa depan aku akhirnya keluar juga. Segala penantian, tanda tanya sudah terjawab.

Aku tiba di fakulti tatkala ramai students sedang berkerumun di papan kenyataan. Sahla result dah kuar, getusku dalam hati (ewah, cam buat novel lak). Tercongok-congok aku melangutkan kepala nak melihat result aku di sebalik himpunan pelajar tuh.

Subjek pertama yang aku nampak ialah Risk Assessment, alhamdulillah, dapat A. Aku jenguk result yang lain....hmmm....cemerlang gak result sem nih. Tersengih-sengih aku keluar dari kelompok pelajar-pelajar yang masih lagi berkerumun di notice board.

Jumpa Zeti, Mas, Ros ngan Zai. Masing-masing sibuk kira pointer. Aku terpaksa meminta Laloq tolong kirakan pointer aku memandangkan aku tidak berkalkulator. Jadi, keputusannya...alhamdulillah...kalau tak silap dah masuk Dean List. Huh, first time sepanjang 4 tahun aku belajar dalam jurusan nih. Penantian yang disangka takkan dikecapi sampai bila-bila. Tapi akhirnya time final sem, dapat juga.

Aku menyesal juga pasal tak berusaha bersungguh-sungguh terutamanya time second year yang mana result aku time tuh jatuh merudum. Paling teruk. Mungkin gara-gara kerana study sengsorang. Sejak third year baru terkedek-kedek nak buat study group. Mujur masih tak terlewat. Semester demi semester result aku kembali meningkat. Alhamdulillah. Betul la kata Zeti, "Pn Soneita kata, mujurlah kamu sempat sedar". Hahah...yelah...mujur sempat sedar bahawa study group itu sangat penting.

So, aku sarankan kepada sesapa di luar sana yang selalu study sengsorang, cuba-cubalah bawa tahap ulangkaji itu ke satu paras lain iaitu dengan belajar secara berkumpulan. Tapi terpulang juga pada individu tuh sendiri. Ada gak yang study sengsorang dapat score mengalahkan yang study berkumpulan. Tapi kelebihan study berkumpulan ialah ilmu yang diperolehi itu lebih banyak daripada study sendiri.

Apa-apapun...kehidupan aku sebagai pelajar dah tamat. Aku perlu mengorak langkah memulakan kehidupan baru di dalam dunia yang mencabar ini....terpulanglah pada aku untuk menghadapinya...moga-moga aku mendapat pentunjuk dan perlindungan dari-Nya.




+posted by arkarnax @ 10:42 PM

+++++

Thursday, April 01, 2004

One year of Blogging!

Sebenarnya penulisan pertama aku dalam blogger ada pada 1 April tahun 2003. So secara relatifnya, dah setahun la aku terlibat dalam bidang jurnal-blog nih. Tapi post aku pada 1/4/2003 tuh aku delete. Ntah kenapa. Jadi, kalau semak balik dalam archives, karangan pertama yang dipublish ialah pada 5/4. Takpe, apa-apapun, Happy Birthday to http://arkarnax.blogspot.com!

Semuanya bermula daripada zeti la nih (http://nozeck.blogspot.com). Maaf, malas nak link kan. Kalau tak kerana si Nozeck yg perkenalkan, takdenya aku nak mengabarkan segala rutin harian, aktiviti, masalah, pendapat dsb dalam blog nih.

First layout/template dapat dari www.blogger.com. Aku ingat lagi, warna warni blog aku. Kelakar pun ada...ntahahahapantah...

Anyway, HAPPY BIRTHDAY again to http://arkarnax.blogspot.com. Moganya aku dapat meneruskan karya peribadi aku nih sehingga tahun-tahun mendatang........

+posted by arkarnax @ 10:31 PM

+++++

Wanted! Keja kosong...harharhar

Hari nih sibuk aku dok post resume kat mana-mana website yang ada vacancies.

Ingatkan nak gi fak, check result tapi rasa cam tak kuar lagi jek. Malas la plak. Nak jumpa Dr. Z, dia gi cuti ke Indon lak. Sebulan lak tuh. Camne aku nak mintak dia cari reference aku. Kena jumpa big boss la camnih.

Tadi aku dengar kat Radio 4. Dia buat lawak lak...kononnya perbaca berita semalam sebut (lebih kurang la), "Anugerah bagi Olahragawati Kebangsaan tahun 2004 telah disandang oleh Nicol "A" (sebutan Ni-ko-le) David!". Lawak tul. Patutnya Nicol A. David dan huruf A tuh stands for "Ann".

Pastu DJ satu lagi sibuk bagi intisari rancangan untuk TV2, si co-dj dia asik mengejek Nikole David, Nikole David. Kelakau tul. Hampeh la.

Oh yek, bila aku baca semula blog aku nih, aku dapati banyak sangat typing error. So, sorry la kalau tetiba korang baca blog nih, tak paham apa yang aku maksudkan. Almaklumlah, aku nih seorang yang sentiasa busy...takdak masa nak semak semula macam semakan kalau time exam karangan dulu...hehehhe...(yela sibuk...sibuk membesarkan perut ada la...oooh tidak!)...

Sudah sudah...aku tak nak merapu lagi....

+posted by arkarnax @ 10:37 AM

+++++