:::U Thought U Know Me Well...But U Don't:::
Sunday, August 31, 2003

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-46





Dah 46 tahun Malaysia merdeka....dan aku sebagai rakyat Malaysia berasa bangga kerana ditakdirkan untuk lahir di dalam negara yang aman damai ini. Namun begitu, biarpun negara kita dah 46 tahun bebas dari belenggu penjajah, adakah kita sebagai anak malaysia juga sudah bebas? Apa yang dapat aku tengok, semakin lama kita terikut-ikut dengan budaya barat. Cara berpakaian, cara percakapan, makan minum, semuanya nak ikut stail orang barat. Orang zaman sekarang dah tak pandai nak menghayati erti kemerdekaan. Sambutan hari kemerdekaan pun dah tak semeriah dulu. Aku ingat lagi, time kecik-kecik, setiap kali nak menyambut hari kemerdekaan, mesti ayah akan pasang bendera kat luar rumah. Seronok tengok bendera berkibar-kibar ditiup angin. Pastu, pada pagi 31 Ogos tuh, kami akan bangun awal-awal dan pergi ke Dataran merdeka untuk melihat perarakan hari kemerdekaan. Biarpun panas, kami tetap sabar dan rasa bangga melihat angkatan tentera dan polis berkawad dengan megahnya. Kami sanggup menunggu sehingga perarakan tamat.

Namun sekarang, bila dah berpisah dengan keluarga, aku cuma sambut hari kemerdekaan kat rumah je. Dah rasa malas nak keluar. Kononnya banyak kerja, panas la....macam-macam alasan. Aku pun tak tahu, kenapa jadi macam ni. Tapi aku tahu, bukan aku sorang je rasa camni. Ramai lagi yang seperti tak peduli pun erti kemerdekaan tuh. Minggu lepas, aku gi makan kat Wangsa Maju dan pekerja restoran tuh memberi bendera percuma untuk dilekatkan pada kereta. Aku menerima dengan baik tapi aku masih dengar ada orang yang tak nak menerima pemberian yang baik tuh. Siap boleh kata lagi, "Kalau dia letak bendera tuh kat kereta aku, aku bunuh dia!" Ya Allah! Sampai macam tuh sekali. Ala, bukannya boleh rosak kereta atau terkeluar cat kalau pasang bendera tuh. At least, kalau tak nak sekalipun, cakap la dengan baik. Takpun, kalau org tuh pasang bendera, bila dah balik rumah, cabut jelah sendiri. Takkan la kita sendiri sebagai rakyat Malaysia tak bangga mengibarkan jalur gemilang? Kalau suruh tampal sticker merapu kat kereta, boleh jek. Ini lambang negara kita sendiri...takkan nak malu??? Orang negara lain berebut-rebut nak jadi warganegara malaysia, yang kita nih dah diberi penghormatan sebagai warganegara pun tak pandai nak menghargainya....entahle...aku pun tak faham karenah orang zaman sekarang....

Apa-apapun, sempena hari kemerdekaan nih, aku berharap agai bukan negara kita sahaja yang merdeka tetapi hati, perlakuan dan percakapan kita juga sudah merdeka. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

+posted by arkarnax @ 12:05 PM

+++++

Saturday, August 30, 2003

Bila dah besar nih, dengar lagu lama-lama best gak...teringat nostalgia time kecik-kecik...memang tak ingat apa...tau nak berseronok jek....nih lirik lagu Bintang Kehidupan yang dulunya dinyanyikan oleh arwah Nike Ardilla....tapi sekarang diberi nafas baru oleh Yanti dan Ronie....

BINTANG KEHIDUPAN - Yanti dan Ronie

Jenuh aku mendengar
Manisnya kata cinta
Lebih baik sendiri

Bukannya sekali
Seringku mencoba
Namun kugagal lagi

Mungkin nasib ini
Suratan tanganku
Harus tabah menjalani

Jauh sudah melangkah
Menyusuri hidupku
Yang penuh tanda tanya

Kadang hati bimbang
Menentukan sikapku
Tiada tempat mengadu

Hanya iman di dada
Yang membuatku mampu
Slalu tabah menjalani

Reff#

Malam malam aku sendiri
Tanpa cintamu lagi oh..oh ho..ho
Hanya satu keyakinanku
Bintang kan bersinar
Menerpa hidupku
Bahagia kan datang ..oh oh

+posted by arkarnax @ 7:01 PM

+++++

Opps....hari tuh kat lab komputer, so tak dapat nak cerita panjang-panjang segala macam yg berlaku last week. So, ini sambungannya....

Selasa, 26 Ogos 2003

Hari nih bangun awal sket dari hari-hari biasa cos semangat nak gi genting. Kalau nak diikutkan, this is the 3rd time gi genting...but 2nd to the theme park. Last time gi time darjah 5 ngan family. Lama tuh. Pergi sana pun pasal dah hari Selasa memang takde kelas ngan nak hilangkan sket serabut kat kepala nih. Banyak sgt keje, so sekali sekala, kenala gak release kan tension.

So, pepagi tuh, aku, ayie, diana, norma ngan sari pun gi LRT station. Memandangkan si Diana, norma ngan sari ada hal nak diuruskan, aku gi Gombak dulu ngan Ayie. Sesampai Gombak, tak lama kemudian, bebudak tuh sampai, so terus kami beli tiket. Naik bas kul 9 ke Genting. Punyala laju driver bas tu bawak. Tak sempat sampai genting lagi dah rasa cam naik roller coaster.

Sampai kat stesen, kami naik cable car lak. Gayat tul aku naik cable car tuh. Aku paksa bebudak tuh duk diam-diam takut bergoyang. Seronok, seronok gak, tapi keselamatan tuh paling utama. Lebih kurang 15 min naik cable car tuh, akhirnya kami sampai ke puncak genting. Memandangkan kami dah beli tiket pakej, so tak yah dah beratur beli tiket. Masuk je terus. First game yg main ialah Cyclone. Aku ingatkan roller coaster biasa jek. Rupa-rupanya ekstrim gak. Menjerit-jerit aku bile roller coaster tuh terjun menjunam. Bersungguh-sungguh pegang kat palang keselamatan dia. Fuih, lega gak ride dia tak lama.

Lepas tuh terus naik Solero Shot. Selalunya, org kata, Solero Shot nih la ride yg plg digeruni especially untuk mereka yg afraid of heights. Tapi bagi aku, aku suka. Best! Memang tak sempat nak menjerit pasal dok berpeluk sakan kat handle dia. hehhehe...ada sorang budak Cina nih sampai nangis2 lagi bila dah turun. Memang ah ekstrim sket kalau tak biasa. Dah naik yg ekstrim-ekstrim, kami gi pulak ke dinasour land. Naik bot...

Lepas tuh another extreme ride, Corkscrew....pusing 2 kali. Yang nih walaupun nampak extreme, but still I enjoyed the ride. Siap boleh buka mata lagi time dia pusing 360 degrees tuh. Syiok habis....Dah lepas nak ride yg ekstrim, kitaorang slow down, naik yg simple2 jek....aku nak naik yg extreme2 tuh lagi tapi semua dah tobat tak nak naik. Dah tak berani. Nampak gayanya kalau aku nak naik gak, lain kali kena ajak org lain gi genting la plak.

Around 3 lebih, waktu aku dah nak menghabiskan pusingan extra aku kat go-cart track tuh, (org lain pusing 5x, aku 'ter'extra 6x...pasal diaorang tak perasan aku patutnya dah habis time round ke-5), hujan dah mula renyai-renyai turun. Nasib baik la dah naik almost every ride kat situ cuma ada 2 jek yg tak naik, the slow moving worm monorail ngan bumper boat. Tapi takpela, nasib baik yg tuh tak menarik sgt. So, kami masuk ke first world plaza untuk solat dan makan.

Lepas dah abis posing kat dalam plaza tuh, jam dah menunjukkan kul 6 ptg, outdoor theme park pun dah tutup, so kami pun terus merancang untuk berangkat pulang. Takut gak kalau terlepas bas. Perjalanan turun ngan cable car lebih menggerunkan pasal nampak cam nak menjunam jek. Sekali lagi, semua org duk diam jek...dah le berkabus, takut gak kalau berlaku apa-apa.

Sampai je stesen bas, nasib baik cukup2 jek 5 seat untuk last bas. Kalau lambat lg, ntah2 tak psl2 kena bermalam kat genting lak. Akhirnya, kami sampai kat umah lebih kurang kul 10 lebih dan mlm tuh aku tido nyenyak kerana keletihan....

Rabu, 27 Ogos 2003

Biarpun masih terasa keletihan bermain kat genting, pagi tuh aku still gi kelas. Tak nak la org kata, aku nih sanggup ponteng kelas kerana keletihan gi genting. Dah la, pepagi tuh kami sekelas dah kena sound ngan lecturer. Dia bengang la tuh psl test hari tuh ramai x leh jwb. Dah tuh dia kata, siapa x dtg kelas, tolak 3 markah. kalau sign untuk kwn, tolak 4 markah. Kalau phone berbunyi pun tolak 1 markah. Nampaknya, memang lepas nih, aku kena rajin gi kelas dia la. kalau tak, tak psl2 free-free jek kena tolak 3 markah. Tak nak aku menanggung risiko. Dahle subjek dia pun susah.

Lepas breakfast, kami buat assigment trafik. Bancian jumlah kenderaan masuk keluar UM ngan banci kenderaan ada sticker ke tak. Dua jam aku dok mengira kereta kat gate PJ tuh. Mcm2 jenis pemandu boleh nampak. Best gak tgk gaya org nih. Hehehhe...Jumpa ustad...dia yg tetiba berenti depan pondok guard tuh. Lama tul tak borak ngan dia. Segan lak aku rasa setelah sekian lama tak jumpa. Dia dah grad rupanya...dah keje dah pun. Tak sangka nak jumpa lagi. Kami tak sempat nak sembang lelama psl masing-masing ada keje sendiri. Takpe la ustad, panjang umur, jumpa lagi...

Petang tuh, aku buat tesis lagi. Dah muak aku menghadap batu-batu tuh. Ntah bila aku nak menggoreng lak. Tapi kerana nak mengejar segulung ijazah yg amat berharga tuh, aku gagahi diri juga. Tapi aku buat tesis tak lama cos kami sambung buat assigment trafik plak. Kali nih kat Gate KL. Ya Rabbi....punyala banyak kereta nak kuar. Almaklumla, dah abis office hour. jenuh mata aku mengira semua kenderaan yg nak keluar tuh. Sakit gak mata aku. 2 jam gak buat menda tuh sampai hujan pun dengan berpayung, kami still cuba cukupkan masa 2 jam mengira jumlah kenderaan.

Khamis, 28 Ogos 2003

HAPPY BIRTHDAY KAK CHIK! Moga panjang umur dan murah rezeki.....

Hari Khamis pagi, kul 7.30 dah tercegat depan pondok guard nak buat bancian lagi. Sanggup ponteng kelas semata-mata nak buat asgmnt trafik nih. Tengahari tuh, carik asgmnt Ground pulak. Penat gak nak carik dr umlib nih. Tak byk source. Tapi kerana terkenangkan abg ted yg dah mintak lama dah, kami carik gak sampai dpt. Print-out pun kat lab tuh gak walaupun printer kat lab tuh ntah kurun bila punye ntah. Tensen tul.

Dah la ptg kelas sampai kul 7 mlm lak. Jumpa prof nak bgtau psl asgmnt trafik yg kami buat....dia ckp kami buat salah lak. Arrgghhh...bertambah-tambah la tekanan. Penat oooo buat benda tuh walaupun nampak senang. Rugi masa aku. Kalau buat tesis pun, bnyk leh siap. Nampaknya, kena buat balik la plak...

Jumaat, 29 Ogos 2003

Not much happened on Friday...gi kelas cam biasa. Nak makan nasi tomato, nasi dia takde lak...so kena settled ngan nasi putih jela...petang, again buat tesis yg cam takde kesudahan tuh....malam terus balik ampang...tensen punya pasal...

Sabtu, 30 Ogos 2003

Hari nih lak, keje aku surf internet jek. Carik bhn untuk asgmnt...banyak sgt la benda nak buat!!!!!!!!!!!!! Ish...ish.....30 hari lagi nak final. Tak study lagi...camne nih???????????






+posted by arkarnax @ 6:49 PM

+++++

Thursday, August 28, 2003

Uih....banyak tul yg berlaku dalam minggu nih....nak menaip pun panjang nih. Takpe, aku taip sikit-sikit....

Isnin, 25 Ogos 2003

Malam tuh gi funfair kat Setapak ngan ZT, Ros, Asiah, Mas ngan Koy dan kawannya Roy (teringat lak cerita Gila-gila Remaja). Aku tak pernah gi funfair bebetul camni tapi funfair mini kat UPM dulu, pernah ah. Sesampai jek, benda pertama nampak ialah permainan cam flying saucer. Semua teringin nak naik. Almaklumlah, dah lama tak bersuka ria. Asyik keje menghadap buku jek. Kami giler beli token tapi masing-masing tak berani nak naik lak. So, jejalan le dulu kat funfair tuh. Diaorang ajak masuk rumah hantu...tapi aku takut lak. Teringat kenangan kat Melaka, sampai merangkak-rangkak dlm umah hantu pasal ada kepala terbang. Ada satu part tuh, sampai aku tercium kepala hantu terbang tuh. Siap boleh peluk lagi sampai Mas tanya, "Eh, ko peluk apa tuh". Alih-alih aku tengok, kepala hantu. menjerit cam nak terkeluar anak tekak. Terus aku campak je kepala tuh ngan merangkak dalam kegelapan. Teringat gak Ros menjerit-jerit, "Dik, tolong lah dik. Sudah la dik. Takut! Berentilah...kami tak mau main dah!!!"....memang kelakar betul.

Uik, berbalik kepada funfair. Dah tolak-tarik, tolak-tarik, tak mau masuk umah hantu, kami gi main cabut-cabut lucky number, nak dpt mashi maro. Cabut punya cabut, tak lucky pun. Hampeh...gi lak tempat lontar gelung. Punyalah banyak gelung dia bagi tapi satu pun tak masuk. Hampeh lagi. Alih-alih dah frust ngan benda-benda tuh, kami pun naik le flying saucer tuh....hanya tuhan jek tahu betapa gilanya Flying Saucer tuh. Cam nak tercabut jantung aku. Start-start jek dah laju bukan main. Dahle cam nak tercampak keluar je aku nih. Tak pernah aku naik permainan se'ekstrem' nih. Ada bebudak yg lain, boleh gelak-gelak lagi. ANgkat-angkat tangan. Giler tul. Aku dengan dua-dua tangan pegang handle, kaki menahan. Memang gerun. Kalau tak tahan, boleh tercampak aku pasal ciri-ciri keselamatan dia bukannya bagus sgt. Tobat dah lepas tuh tak nak naik dah....giler....

Selepas nak mainan giler tuh...kami gi booth lucky draw tu lagi. Tak puas hati. Nak gak menag Mashi Maro. Finally, berjaya gak aku dpt Mashi Maro kecik satu. Jeles diaorang...dihalaunya aku gi jauh-jauh. Hampeh tul. Pastu diaorang lak cuba nasib. Wah...Zt dpt yg sederhana besar. Lagilah bertambah bengang...hahhaha...diaorang lari jejauh. Takpe, kalau lari, nanti balik le sendiri yek. Aku tak tanggung...

Lepas gi funfair, kami makan kat NZ Curry Restaurant kat Wangsa Maju. Aku order kuey teow tomyam, tapi tak sedap pun. Nasib baik yogurt strawberry dia sedap. Dah abis tuh...balik umah cos esoknya nak gi genting lak.....


+posted by arkarnax @ 11:13 AM

+++++

Sunday, August 24, 2003

Sepanjang pagi aku mencari journal untuk stone column. Macam nak tercabut mata aku tengok skrin computer nih tapi tak juga jumpa full artikel. Semua kena subscribe. Tak sangka susah gak nak cari artikel untuk tajuk yg bunyinya cam senang jek. Masalah betul la...tension aku. Dahle KaZaa nih pun problem gak....bengang aku

Tadi mak telefon. Terus sejuk hati. Dah lama tak dengar suara mak. Lebih sebulan. Aku tanya keadaan dia, alhamdulillah sihat. Aku tanya lagi berkenaan camne boleh gugur...mak kata, maybe sebab ubat yg disyorkan oleh doktor tuh kuat sangat...janin tuh tak tahan. Yelah, kekadang bukannya semua ubat yang disyorkan oleh doktor tuh berkesan. Ubat hanya sebagai pembantu untuk menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi sama ada berkesan atau tidak, semuanya terpulang pada ketentuan Allah. Lagipun, memang dah tak de rezeki. Kalau mak tak makan ubat tuh pun, mungkin akan gugur gak. Tapi takpelah, asalkan mak sihat cukuplah. Sebab kesihatan mak lebih bermakna daripada mendapat seorang adik baru. Kita selalu lupa pada keluarga kita bila kita senang, bersuka ria bersama kawan-kawan tapi bila ada sesuatu yang berlaku, baru nak menyesal. Aku tak nak perkara macam tuh terjadi. Bagi aku, family comes first. The others can wait. Tanpa keluarga, kita tak punya sesapa. Susah senang, kita kongsi bersama keluarga. Walau apa pun terjadi, keluarga akan sentiasa berada di sisi. Mungkin ada kawan kita yang sanggup berkorban untuk kita, tapi sampai bila? Kasih sayang yang kita dapat daripada org lain tak sama dengan kasih sayang darah daging kita. Dan aku tahu yang kasih sayang seorang ibu tuh akan kekal sampai bila-bila.............terima kasih mak atas segalanya. I love you.....


+posted by arkarnax @ 2:00 PM

+++++

Saturday, August 23, 2003

Tengahari tadi, ada test UMTS. Soalan not bad cuma tak reti buat shortest path tree. Tapi insya-Allah, kalau soalan final lebih kurang cam test, mudah la sket nak jawab. Tak sangka semester nih banyak tul test. Dah final year nih lak baru nak dilimpahi dengan macam2 kerja sampai rasa cam tak terhandle semuanya. Itula dia, keluhan aku setiap minggu...nasib baik aku ada umah yg dekat untuk balik melapangkan minda dan merehatkan badan. Sekali-sekala mengasingkan diri daripada kawan2 pun bagus juga pasal kalau asyik berjumpa jek, nanti boring sampai leh jadi meluat lak. Tapi itula problemnya bila balik umah nih, asik keje nak surf internet jek. Keje2 lain yang berlambak, tak berjalan pun.

Hari tuh sembang-sembang ngan Faz pasal masalah bila orang mula mengkritik pasal appearance seseorang. Memang tak dinafikan yang semua orang nak lawa, nak ada ramai peminat tapi kena sedar gak, yang semua tuh adalah anugerah dari Allah. Dan yang lawa lak, tak boleh gak nak kutuk2 org yang tak lawa sebab itupun anugerah Allah. Seseorang tuh mungkin tak cantik tapi kalau tengok betul2, ada manisnya tuh. Pandangan orang berbeza-beza. Setiap orang dilahirkan dengan kelebihan masing-masing. Aku pun pelik kenapa la orang nak pentingkan sangat kecantikan luaran tuh. Kecantikan luaran tuh tak tahan lama. memang la kita kata, sedap mata memandang tapi kalau lawa atau kacak macam mana sekalipun tapi perangai hampeh, tak boleh pakai gak. Nanti diri kita yang merana. Sanggup ke kita menghabiskan sisa-sisa hidup kita dengan orang yang hanya menyakitkan hati kita jek? Kami sembang-sembang lagi, macam mana selalunya perempuan lebih mementingkan perangai lelaki daripada paras rupa. Memang la, kalau kita tanya, nak yang macam mana...selalunya dia akan jawab nak yang hensem, tapi bila dah kenal perangai, terus tak minat. Biarlah dia tak sehensem Brad Pitt atau secomel Justin tapi kalau dia pandai mengambil hati, lelaki yang begitula akan menjadi pilihan. Tapi sebaliknya, orang lelaki macam lain lak. First sekali, paras rupa diambil kira. Lepas tuh baru tengok perangai. Aku tau, kalau aku cakap camni, ramai yang akan sangkal tapi itulah hakikat yang perlu diterima. Kawan-kawan lelaki aku pun ada yang mengakui perkara nih. Entahla....aku pun malas nak komen sangat...nanti tak pasal-pasal kena makan pasir. Tapi yang penting, biarla apa orang nak kata kat kita. Diaorang yang dapat dosa, kita dapat balik pahala......sabar jela....sebenarnya orang tuh dengki dengan kelebihan yang kita ada...itu sebabnya pandai-pandai je nak kata kat orang....cuba la cermin diri sendiri.....aku tak marah kat sesapa tapi aku rasa memang benda-benda camni terjadi kat hampir semua orang.....jadi bawa-bawa bersabar jek........

+posted by arkarnax @ 9:32 PM

+++++

Rasa bosan....tetiba jek rasa nak post lirik lagu single Yusry, Dekat Padamu....

DEKAT PADAMU -Yusry Abd Halim

Dekat padamu
Arah ingin tuju,
Walaupun jauh akan ku tempuh, kerana hanya sunyi yang menemani hari,
Semenjak kau pergi membawa diri,

Dekat padamu
Disana kan bersatu, dua jiwa yang telah terpisah,
Kesetiaan yang telah kita sama ikrarkan, kupegang teguh...janji ku kotakan,

Andai tersalah arah, berikan ku tanda,
Agar kau terima yang sebaiknya, jika cinta kita hanya sejarah lama,
Sudilah ku cuba kali kedua,

Walau jauh akan ku gegas berlari,
Walau tinggi bisa kuterbang di langit,
Walau sedalam mana akan ku selami,
Kerana cinta sedalam itu mekar bila ku dekat padamu,

Dekat padamu
Itu destinasiku,
Tak kira apa jua kan ku terima,
Harapanku kan terbuka dipintu hatimu, dengan rela menunggu kehadiranku,

Andai tersalah arah berikan ku tanda,
Agar kau terima yang sebaiknya, harapan mendorong ku mengusung cinta kita,
Janganlah dibalas rasa kecewa,

Walau jauh akan ku gegas berlari,
Walau tinggi bisa kuterbang di langit,
Walau sedalam mana akan ku selami,
Kerana cinta sedalam itu mekar bila ku dekat padamu,

+posted by arkarnax @ 7:09 PM

+++++

Thursday, August 21, 2003

Aku kat library tengah carik journal Stone Column untuk asgmnt Ground Improvement. Kesian kat abg Tet, dah 2 minggu mintak journal, x bg² gak. Kali nih aku tekad, nak carik habis-habisan kat library nih tapi masalah utama yang aku hadapi sekarang ialah takde pula journal tuh bila aku search dlm web UM. Nampaknya kena manually carik le. Ada kemudahan internet pun tak reti pakai. Payah tul.
Koyan ajak gi funfair. Kononnya kami semua nak gi malam nih tapi disebabkan dia lak ada hal, nampaknya kena tunda next week la. Kalau ujung minggu, takut ramai org lak. Funfair kat Setapak. Ish...rasa cam lama giler aku x gi funfair...time sekolah rendah ada la gi kut. Itupun aku ingat-ingat lupa. Entah pegi ke idak atau hanya imaginasi aku jek. Teringat lak funfair dlm citer GREASE. Fuh...best jek nampak.

+posted by arkarnax @ 10:23 AM

+++++

Sunday, August 17, 2003

Minggu lepas memang benar-benar menguji ketabahan hati aku. Satu demi satu berita buruk menimpa aku.

Isnin, 11 Ogos 2003
Semuanya bermula hari Isnin bila Ajis marah kat aku pasal aku tak nak accept dia belanja. Bukan apa, kalau dia nak belanja, lain kali cakap la. Ini tak, tak pasal-pasal lepas habis makan ngan ZT ngan abg Wan kat konvo, dia marah lak. Aku tegur buat tak layan. Aku ingatkan pasal apa. Petang tuh gak dia antar msg bgtau sebab munasabab dia rasa kecik hati. Aku malas nak reply. Dia ingat, dia sorang je boleh bengang, aku takde hak ke nak bengang gak? Malam tuh lepas dia tanya sama ada msg dia antar kat aku sampai ke idak, baru le aku bgtau yg aku sebenarnya pun bengang gak kat dia. Memang ah kalau sekarang nih, aku pikir² balik, cam bodoh jek nak bengang pasal benda kecik tapi lantak ah...biar jadi pengajaran sikit. Takleh la, asik nak mengalah jek. Lagipun, ajis tuh kira baik la ngan aku. Banyak tolong aku, so rasa tak best la gak kalau gaduh ngan dia.
Oh yek, hari Isnin tuh gak aku bawak puding gi fak, bg kat ZT ngan abg Wan. Asalnya nak suruh abg Wan share ngan ajis tp sebab ujan dan sampai kul 4 lebih pun ajis tak sampai-sampai lagi, aku suruh jek abg wan habiskan. Kesian gak kat dia, penat buat lab. Dahle tak makan tengahari. Bersungguh-sungguh dia makan puding tuh. Diorang kata sedap. Lega dengar psl awal² masak, aku rasa sengsorang cam tak berapa sgt. Entahle, maybe pasal aku yg buat sendiri.
Malam tuh aku kuar ngan Koyan gi Sri Gombak. Restoran Jees. Sedap gak masakan dia. Tak pernah aku gi makan jauh-jauh. Memang aku jarang kuar makan kat luar malam². Kalau keluar pun ke Bangsar atau Uptown jek. Kali ni jelah. Dah ada org nak bawa, aku gi je. Tempat makan dia menarik gak. Rasanya leh bawa ros, asiah, zt ngan mas skali tapi masalahnya aku dah lupa jalan gi situ. Sbenarnya tak pay attention pun waktu gi situ. Koyan kata, lain kali kalau nak gi, ajak dia skali. Boleh la dia tunjuk jalan. Tapi...hahahha....nanti tak jadi ladies night out le kalau bawa dia skali.

Selasa, 11 Ogos 2002
Hari nih gi lab lagi buat tesis pasal the whole day mmg hari ntuk tesis. Kali nih aku bawa puding untuk fauzi ngan mas lak psl semalam tak jumpa diaorang. Fauzi suruh antar kat lab konkrit puding tuh, aku pun pegila antar. Lagipun lab konkrit sebelah lab lebuhraya jek. Masuk lab tuh, tak sangka lak ramai org yang sedang buat tesis. Semua cam buruh binaan jek. Tersipu-sipu la aku masuk membawa tupperware yang kecik. Segan lak nak bg pasal aku bawa sikit jek. Ingat nak kasik kat Fauzi jek. Dahla mamat tuh pun buka makan on the spot. Bertambah la segan. Tapi nasib baik dia gi suap budak² lain...dia kasik kat Anuar, koyan, black. Semua la dpt rasa sorang sikit dan semua org puji sedap. Terharu gak aku bila org puji² nih. Lagila tersipu-sipu dibuatnya. Kesian diaorang, dahle peluh-peluh buat keje dlm lab konkrit yang panas tuh, aku bawa puding sikit lak. Tapi dah rezeki diaorang, mas lak tak jadi dtg. So, puding yang aku spare kat dia, aku bagi kat Fauzi skali lagi. Kali nih, dia bahagi-bahagikan kat budak Cina lak. Jadi, cukup lengkaplah, satu lab tuh dapat rasa. Macam buat kenduri apa jek.
Walaupun hari Selasa tuh, aku still gaduh ngan Ajis, aku bg kat puding tuh kat Fath, suruh pass kat dia sbb mmg aku dah cdg dari awal nak bg dia rasa. Tapi memang aku tak ckp pun ngan dia hari tuh...
Malam lak, gi gerai konvo. Makan kat gerai Persatuan Antropologi & Sosiologi. Nama jek persatuan tuh, tapi gerai tuh, si Norma ngan Diana share ngan kengkawan diaorang. Aku gi ngan Ayie ngan Ronie. Dapatle rasa kerang bakar. Sedap...

Rabu, 13 Ogos 2003
Inilah dia hari yang sangat menguji diri aku. Habis kelas, aku gi keluarkan duit untuk bayar duit laptop yg aku mintak abg wan tolong belikan. Pastu, ZT ngan Asiah tolong Ros deliverkan bunga untuk Azrif. Kononnya berlakon jadi florist la. Dah selesai tuh, kami gi makan kat gerai konvo. Punyala tunggu depan gerai Persatuan Sejarah psl org kata, mkn situ sedap cos bukan student yg masak. Sambil menunggu, aku mendapat msg yang terus merubah mood aku pada hari tuh.
Msg tuh datangnya daripada adik aku, Nabilah. Bunyinya begini, 'Mak miscarriage. No more baby. :-( 'Bila aku baca jek, aku cuba sedarkan diri aku. Betul ke nih or adik aku saja naik memain ngan aku? Yang pastinya, I still couldn't believe what I just read. Lebih kurang 3 minggu lalu, aku baru sahaja diberitahu, mak aku pregnant 3 bulan. I was totally over the moon. Tak sangka walaupun adik aku yg bongsu dah umur 16 tahun, my mom masih mampu nak mengandung. Aku diselubungi perasaan gembira bercampur risau. Iyelah, mak aku dah 46 tahun dan dia dah 16 tahun tak mengandung, so can she handle another pregnancy after such a long break? Selepas mendapat berita tuh, memang aku rasakan, there's a reason for me to live. Supaya aku dapat tgk, macam mana rupa bakal adik aku. Lelaki ke perempuan? Memang la kami semua nakkan adik lelaki pasal adik beradik aku semuanya perempuan. Siap mak yah aku dah rancang nak bagi nama. SEtiap hari, aku akan berdoa agar Allah selamatkanlah mak dan kandungannya.
Namun, takdir dah menentukan, kami cuma 3 beradik jek. Mak aku gugur pagi rabu tuh. Aku tak tau camne cos Nabilah pun tak tau. Maybe cos janin tuh tak kuat. Nabilah cakap, dia tengok fetus tuh. Macam tadpole with a very² small head. Hari tuh gak, diaorang tanam fetus tuh. Jantina tak diketahui pasal it's too early to find out. Baru nak cecah 4 bulan. THat day, memang I broke down to tears. EVen time abg wan call nak bgtau psl laptop pun, aku terus nangis. Dia pelik psl dia ingatkan aku nangis psl laptop yg aku nak takde. Tapi, aku memang sedih cos I was hoping to get another sister/brother. Tetambah, bila last Saturday, Fath dpt adik lelaki. Anak ke-12. Aku memang sedih tapi Allah Maha Berkuasa. Setiap satu yang berlaku tuh, tentu ada hikmahnya. Mungkin gak, kalau mak aku keep on carrying the baby, akan memudharatkan dia. Tetambah lagi, dia dah lama tak mengandung. Ya Allah! Sesungguhnya, aku redha dengan kehendak-Mu!
Petang tuh, lepas puas lepaskan kesedihan di hati, aku kuar gi Petaling Street ngan AYie untuk carik bunga kat Intan. HUjan turun dengan lebat time kami sampai tuh. Tapi sebab nak beli gak bunga for Intan's graduation the next day, kami gagahkan diri. Finally, aku beli a bouquet (10 kuntum) bunga African Daisy colour merah kat Intan. Ayie beli roses ngan daisy untuk Siti. Petang tuh, aku happy sedikit bila dikerumuni dengan bunga. Memang betul la kalau org kata, flowers can make someone's day.

Khamis, 14 Ogos 2003
Pagi tuh, penuh kereta aku ngan bunga. Rasa macam florist lak. Aku gi kelas geohazard cam biasa. Abis kelas, terus simpan bunga kat makmal Trafik psl ada air-cond. Apa lagi, sambil menunggu Intan bgtau yg dia dah kuar from dewan, kami snap dulu beberapa keping gambar ngan bunga-bunga tuh. Hari nih pun, dapat dah laptop. Jenis Twinhead. Not bad, quite executive tapi aku prefer yg Mas punya psl nampak sempoi sket. Tak skema. Tapi memandangkan yg aku beli tuh lain drpd mas punya, takleh le nak dpt design cam laptop dia. Tapi, tak sempat aku nak tgk laptop tuh betul-betul, Intan dah ckp yg dia dah kuar dewan. Apa lagi, aku ngan Ronie terkejar-kejar bawa bunga gi DTC. Org punyala ramai kat sana. Memang tak nampak Intan. Nasib baik jumpa Yone. DIa bgtau Intan kat mana. Yang Ayie lak tertidur, tak sampai-sampai lagi. SO, aku ngan Ronie pegila congratulate Intan ngan bagi kat dia bunga. Wah, bestnya dah graduate tapi mesti sedih cos lepas nih, kena hidup sendiri la. Takde nak boleh mintak² tolong kawan mcm time belajar. Terkenang lak, aku Insya-Allah, ada setahun lagi nak belajar. Ish, sedih betul. Nanti dah tak dapat nak jumpa kengkawan lagi. BUkannya senang nak dpt cuti kalau keje nanti. Sedih, sedih.
Malam tuh, buat small gathering CF03 kat gerai konvo. Best gak jumpa Kath, Wynn, Yus ngan Intan...sembang-sembang pasal kisah lama.

Jumaat, 15 Ogos 2003

Memang awal² dah rancang nak ponteng kelas Urban Mass supaya leh gi tengok senior grad hari nih. Dahle ada test Analisis, so lepas kelas terkejar-kejar nak gi DTC bila Jimmy kata, diaorang dah kuar dewan. Tak sangka la awal lak cos semalamnya, Intan kuar dlm 11.30am. Nasib baik pegi sana, kejap jek dah jumpa Jimmy. Lepas Mas tangkap gambar, bagi bunga ngan hadiah kat dia, kami tertinjau-tinjau mencari senior lain. Nampak serabai. Tapi masalahnya, si Honey ada dekat dia. Ntah macam mana, bila Honey duk jauh sket, budak² nih dengan beraninya mintak nak tangkap gambar ngan dia. Aku join le skali. Terpinga-pinga Serabai tuh...dahle sebelum nih tak pernah cakap sepatah haram pun. Tetiba jek mintak tangkap gambar. Siap ZT leh bagi hadiah lagi kat dia. Wah...SA tuh....AKu tak tau le camne muka Honey..mesti lepas nih kena aim giler ngan dia. Dah tangkap gambar ngan Serabai, kami cuba carik Koyan lak. Amboi, kami datang jek, dia halau family dia suruh duk tempat lain. Aku pun kasik le bunga yg aku kirim kat Mas kat PS. Beria-ia dia kata, lepas nih leh bg kami full mark leb report analisis..hehehhe...Dah tangkap gambar ngan dia, pusing-pusing la tgk sesapa yg kami kenal. Alih-alih nampak Frodo. Punyalah seronok aku nih. Tapi kesian, aku perasan dia sorang² jek. Takde sesapa. BUnga pun tak dapat. Mesti parents dia sibuk sampai tak dtg. Tula susah gak jadi org kaya sampai nak tgk anak grad pun susah. Kalau tak kerana dibagitau yg Frodo dah ade awek, aku dah kasik bunga dah kat dia. Yelah, kesian...org lain, best jek pegang bunga besar-besar...dia pegang scroll jek. Dengan pertolongan Jimmy, kami ramai² tangkap gambar ngan dia. Lepas tuh nampak Lan tapi sebab mamat tuh nampak kalut sgt...berlari ke kiri ke kanan, so tak sempat la nak tangkap gambar ngan dia.
Petang tuh, Aku, Intan, Apai, Yus, Kath, Wynn ngan Risya tangkap gambar kat Universiti Malaya 2003 tuh dengan Intan memakai jubahnya. Nasib baik takde org. So, bolehla kitaorang possing kat situ.heheh...Malam tuh ada kelas lak...tak dapat nak antar Aida balik Jepun....

Sabtu, 16 Ogos 2003
Siang, aku duk umah jek. Malamnya turun cafe ngan ayie teman apai makan sampai mengintai senior aku buat bbq kat poolside. Mentang² la dah grad yek...seronok jek semuanya. Lepas tuh, gi konvo lagi. Dah abg Lan ngan kwn ayie, Yatim belanja kami makan kerang bakar. Alhamdulillah, murah rezeki. Lain-lain, takde apa yg menarik, cuma jumpa Frodo nak balik. Kisahnya memang kelakar tapi malas lak aku nak citer.

Apa-apapun, setiap kedukaan tuh pasti terselit kebahagiaan.....dan setiap sesuatu yang berlaku tuh, ada hikmah yang mendatang.....

+posted by arkarnax @ 5:20 PM

+++++

Sunday, August 10, 2003

Akhirnya, berjaya gak aku buat puding koktail tuh. Terkejar-kejar mencarik kek span petang tadi. Kedai kek dekat umah aku tutup lak sedangkan owner dia duk blakang umah aku jek. Segan lak aku nak pegi mintak dia buka kedai tuh supaya aku leh beli kek span. Lagipun, tak penah pun aku sembang ngan dia. Teruk tul aku nih. Nama jek ada jiran. Dahtu, bila takde, terpaksa le aku gi Bandar Baru Ampang. Bukan main susah nak cari kedai kek kat area aku nih. Nasib baik dlm Spektrum tuh ada satu tapi problemnya takde kek span. Tapi kerana aku dah janji nak buat puding tuh untuk ZT, aku beli jek kek gulung. Dah siap-siap bahan, baru aku perasan, telur cuma ada sebiji sedangkan resipi perlukan 4 biji. Aku drive keluar balik gi kedai beli telur. Barulah, aku start masak. Kelam kabut aku, nak susun kek la, nak letak atur buah-buahan dlm tin, nak masak agar-agar. Yelah, kalau buat 2 org okey sket psl puding tuh kena kacau all the time, tak nak dia berketul. Akhirnya, setelah berhempas pulas seorang diri (semak dapur aku)..siaple puding kek yg ditunggu-tunggu sekian lama. Banyak gak dapat, dekat 3 bekas besar. Aku baru jek gi rasa, boleh tahan le tapi manis sket. Pastu agar-agar keras sket. Ntahle, aku kalau bab agar-agar nih, memang fail. Tak reti nak budget. Tapi kira boleh le nak makan. Tak tauler yg mana satu sedap, yg aku buat time open house ke yg ini pasal selalunya kalau kiter masak sendiri, bukannya kita tahu sedap ke tak. Yang dulu tuh, aku kata kurang sedap pun, orang lain semua kata sedap. Ntahle..yg penting, puding dah siap. Esok leh bagi ZT rasa. Nak bagi kat abg wan psl dia tolong aku banyak ngan ajis pasal dia pernah blanja aku. Bebudak housemate aku, mestila dapat...ngan kalau ada lebih, nak bg kat shikin sket psl aku pinjam kamera dia lama sgt. Tapi rasanya mesti ada lebih lagi. Nak bg kat coursemate, susah lak psl esok takde kelas. So, kalau diaorang bernasib baik, hari Rabu le baru dapat rasa. Itupun kalau tak habis lg.

Tapi lega la...banyak keje berjaya settle hujung minggu nih. Puding kek untuk ZT dah siap, terjemahan untuk kawan Diana dah siap. Lab report ST1 dah siap. Carik bahan untuk asgmnt water supply dah buat sikit-sikit. Alhamdulillah...boleh tidur nyenyak sket malam nih. Dahle.....nak bersiap untuk balik umah sewa. Kang lambat-lambat, bahaya lak.

+posted by arkarnax @ 8:59 PM

+++++

Dah hujung minggu, barula nak boleh online. Masalah yang aku hadapi iaitu kesibukan dengan tesis, cam takde penhujungnya. Makin lama, makin banyak pulak keje. Nasib baik time cuti seminggu tuh, aku dah amik peluang untuk cuti sepuas-puasnya. Kalau idak, menyesal la gak....asik tak henti buat keje.

Aku suruh abang wan tolong carikkan laptop untuk aku. Susah gak nak dapat laptop yang betul-betul bagus dan berharga kurang dari 4500. Nak beli yang cecah angka 5, cam rasa rugi pasal aku bukanle nak guna sgt benda yg canggih manggih. Cuma nak memudahkan aku buat tesis ngan assignment jek. Hari tuh dah jumpa yg harga 4299. Memang dah nipis, hardware okey tapi bila bgtau kat ayah aku, dia tak berkenan sangat pasal jenama Kepala DUa (twinhead).hahahah. Kononnya tak glamour sgt jenama nih. Tapi sebenarnya yang tak berapa bestnyer pasal disket drive dia external. So, kesian la gak kat abg wan asik naik turun low yatt jek pasal nak tolong carik laptop yg memenuhi citarasa aku. Terima kasih bebanyak le abg wan yek.

Sejak kebelakangan nih, banyak betul aku dapat forwarded email berkenaan perempuan kena berjaga-jaga kalau gi parking lot atau mana-mana jek. Ada kisah berkenaan perempuan kena rogol kat parking lot Bangsar Shopping Complex. Gerun aku dengar pasal dulu aku selalu gak gi situ. Nasib baik tak pernah berlaku apa-apa. Ish, bila dengar kes macam nih yg membuatkan aku dah takut nak pergi. Kalau pergi berdua pun still tak selamat pasal kiter tak tau yg si penjahat tuh bergerak seorang ataupun berkumpulan. Ada satu lagi kes, kat stesyen minyak. Terutamanya waktu malam, seorang lelaki menyelinap masuk kat seat belakat kereta dan bila org tuh dah abis isi minyak, si lelaki nih akan potong kaki dia, culik perempuan tuh then bunuh. Kononnya mereka nih terlibat dalam satu kegiatan mengumpul bahagian-bahagian badan wanita tapi untuk apa, aku pun tak tahu. Memang bahaya zaman sekarang nih. Negara Malaysia yg kita sangka aman damai, sebenarnya terselingkap seribu satu misteri yang sukar untuk diuraikan. Pelbagai kegiatan jenayah yang semakin meningkat nampaknya masih belum berjaya dibendung. Entah sampai bila, kita sebagai rakyat malaysia sendiri nak hidup dalam ketakutan di tanah air sendiri.....

+posted by arkarnax @ 11:36 AM

+++++

Wednesday, August 06, 2003

Sejak buka sem baru nih, aku tak sambung balik pun tesis aku. Sbenarnya takut kat kak Herda. hehhe...banyak sgt kesalahan yg buat sebelum cuti tuh. Tapi, tesis tetap tesis. Walau takut camne pun, aku still kena buat. So, hari nih cadangnya nak sambung buat tapi aku melepak kat bilik komputer lak.

Semalam akhirnya berjaya tgk citer Terminator 3. Wah...best gak effects ngan it's packed with action tapi ending tuh yg kureng sket. I would like to comment more tapi masa tak mengizinkan. I'll try again later.

+posted by arkarnax @ 11:22 AM

+++++

Sunday, August 03, 2003

Hari nih, dok umah jek. Mengemas apa yg patut cos esok dah nak start belajar balik. Tak sangka kejap jek cuti. Dah habis dah. Assignment, satu hapah pun tak siap lagi. Aku pun terpikir, apa ler yang aku dok buat kat umah musim cuti nih. Banyak keluar jumpa org kut. Everyday aku keluar. Selalunya kalau cuti² nih, aku jadi couch potato jek.

Cadangnya hari nih aku nak buat Puding Special Buah-buahan Koktail, tapi tak sempat lak nak keluar carik sponge cake. Bahan-bahan lain, dah lama ada. Kesian lak kat Zeti, daripada last semester nak merasa puding tuh. Itu lah...hari tuh aku dah buat puding tuh time open house, tapi dia lak tak datang. Mintak maap la yek, next week aku cuba buat. Insya-Allah kalau takde keje lain yg lagi penting.

Malam nih, ada small gathering ngan bebudak soksek. Aku bukannya malas nak pegi tapi aku segan cos aku bukanle geng sangat ngan diaorang. Baik-baik gitu jek. Tapi takpelah...dah lama tak jumpa kengkawan skolah, aku pegi la gak jumpa. Seronok gak kalau citer pasal zaman sekolah....aku pun time sekolah.....mandorm jek rasanya. Kalau tgk balik gambar macam kelakar jek. hahahah....nasib baikle masuk U dah berubah banyak.

Oh yek, aku baru jek d/load lagu Monay, Monay from Poetic Ammo featuring Reefa. Memang time aku dengar dulu, mati² aku ingatkan negro yg nyanyi rupa-rupanya our own artist gak. Lambat tul la aku nih. Dahle lagu tuh pun rasanya dah lama ada kat radio tapi baru² ni jek nak perasan pun. Tulah masalah balik Romania lama sgt. Dah tak ikuti perkembangan semasa kat Malaysia dah. Banyak gak nak catch up nih. So, bersesuaian ngan tema kehidupan aku minggu nih iaitu...I Need $(hahah....kalau org dengar, cam kesian jek yek...), this is the lyric for the song, Monay, Monay

Title: Monay,monay (feat. Reefa)
Artist: Poetic Ammo featuring Reefa
Album: Return of tha' Boombox


INTRO (YOGI B & POINT)
What?! Point Blanc, ( yo, whassup?) Yogi B, (uh huh)
Yo Reefa, why don'tcha tell em' what the makes the world go round?

VERSE 1 (REEFA)
Dear Lord why it always gotta be, about the money,
It's hella funny, the B bugs me like Bunny (whassup doc?!)
You best forget about the honey, less you frontin' mula,
Continously like a nose that be runny, (uh huh)
Don't ask for a Cher, even tho' you Sunny,
but it be another story if in your pockets you packin' G's
And a keys to a ferrari, not my cup of tea,
And also not my kind of sce-na-ri-oooo......

CHORUS (2x)
My, my, my, my, What makes the world go
High, high, high, high?( haha)
Every women wanna
Buy, buy, buy, buy, (say what)
It's all about the
Monay, monay, monay, monay (that's right)

VERSE 2 (YOGI B)
You give em' true love,that ain't enough
Shorty wanna be Jay Lo but this Daddy ain't goin' Puff,
Deniros, mula, or the buku bucks,
Coz' that what makes all these chicken heads cluck,
I say it out raw like a Wu- killer bee,
Cash rules everythin' around me ,Babaay!!!
If you got enough, you can make a boyband sing,
Million dollar videos lookin' like the real thang,
Never blow your whole salary on ice rings,
Coz, when you break up she gon' take the bling-blings,
But still, people ask me, Mr. Yogi B,
Why don'tcha' go to the States and do a gig with Jay-Z,
Get, Dr.Dre to produce the LP,
And do a colabro track with Slim Shady,
Well, Dr.Dre just gon' ask me one thang.....
SHOW ME THE MONAY!!!

CHORUS (2x)

VERSE 3 (POINT)
So we top of the line like Pacino, we ridin' like Geronimo,
We blazin' like like halipinos,
Fo' sho' tho' sometimes cash be on the low,
That's when me and Ammo we gotsta lay low,
So Yogi Izzay to tha' Bizzo, dreamin' of Benzitos, (who me?)
Slurpin' fettucini gainin' mo' by the kilo, (slurpin' FX)
Ay, we gotsta make mo' money son,
Coz' we be the providers to our fam, that's who I am,
Ain't no bling-blings, flossin' ain't a thang,
Livin' large like a king only makes mah' bankroll Ka Ching!!!
So, more money makes the world go round,
You earn it right kid, what you deserve will come around!

BRIDGE (2x)
My, my, my, my, my, my, my
I need mo' monay, (I can't get enough)
My, my, my, my, my, my, my
U gotta show me the monay ( just show me)

CHORUS (4x) till' end.



+posted by arkarnax @ 7:42 PM

+++++

Saturday, August 02, 2003

Masya-Allah! Beberapa kali aku mengucap panjang bila melihat isu yang dipaparkan dalam Edisi Siasat hari nih. Kisahnya berkenaan dengan mahasiswa/mahasiswi universiti melakukan aksi asmara dan seks di tangga Vista Angkasa. Aku memang dah lama dengar berkenaan kes ini tapi memandangkan aku bukannya tinggal kat Vista tuh, so tak tauler secara terperinci. Kalau pegi umah kawan aku pun, naik lif. So, tak pernahla terpikir nak naik tangga dan intai kerja kotor diaorang tuh. Tapi apa yang mereka lakukan tuh memang memalukan sekali. Dahle budak IPT, mesti la ada otak nak pikir yang mana baik yang mana buruk...penat mak ayah hantar gi sekolah, bayar itu ini, bagi itu ini, belajar tinggi-tinggi tapi buat gak kerja yang tak senonoh. Apa yang lebih menyedihkan lagi, diaorang tuh orang Melayu dan yang memburukkan lagi keadaan ialah yang perempuannya, memakai tudung dan yang tengah *** tuh, pakai baju kurung pulak! Ya Allah! Apa la nak jadi ngan bebudak zaman sekarang nih. Tetambah lagi yang tuh bebudak UM. U aku sendiri. Aku bimbang gak mana tau, entah-entah ada diantara yang melakukan kerja terkutuk tuh kawan aku. Risau gak aku. Ish...sungguh tak sangka. Memang betul la looks can be decieving. Bodoh la bebudak tuh! Apa yang diaorang fikirkan. Kalau dah tak tahan sangat, cakap jek kat mak ayah, kata nak nikah. Kan senang cerita. Biarla ada ikatan yang sah, kalau yepun. Pastu yang perempuan tuh, camne kalau si lelaki tuh, lepas dapat madu, sepah dibuang? Camne kalau dia mengandung dan yang lelaki tak nak mengaku? Lepas tuh, barula nak terkedek-kedek, merayu-rayu, mengadu kat mak bapak. Pastu baru nak kelam kabut carik siapa bapak budak tuh. Hah! Mana nak letak muka lepas tuh? Tak ke sia-sia jek menghabiskan duit kat universiti, pastu kena berhenti pasal tak mampu nak menanggung malu. Sia-sia jek study bagai nak rak sampai nak pecah kepala otak time exam. Bila dah jadi camtuh. baru padan muka!!! Setelah NTV7 tayang kisah nih kat tv, aku malu nak mengaku aku nih budak UM. Ada kawan aku, dah pun hantar sms kat aku bercerita pasal hal nih. Ntahler....aku pun dah tak tau nak kata apa lagi. Mungkin juga di ipt lain ada gak kes camni tapi tak dihebohkan. Aku tahu, banyak gak kes seperti nih berlaku dalam umah bujang. Perempuan keluar masuk rumah lelaki bujang tuh dah biasa aku nampak. Begitu juga sebaliknya. Ntah apa yang diaorang buat dlm tuh, hanya tuhan saja yang tahu. Memang la selalu org kata, itu masalah diaorang dengan Allah. Tapi sampai bila kita nak tengok jek. Kalau kita tahu tapi sengaja biarkan, tak ke kita sama-sama menanggung dosa tuh? Kalau dah jadi camtuh, sudah sampai masanya kita jaga tepi kain orang. Itu untuk kebaikan bersama gak. Tapi yang aku harapkan, Allah selamatkanlah aku daripada termasuk ke dalam golongan orang-orang yang ingkar. Wallahu alam....

+posted by arkarnax @ 8:58 PM

+++++

Semalam R-A-M pergi PD meninggalkan aku ngan ZT kat KL nih. Nasib baik gak pegi Cameron tak jadi. Kalau tak terkebil-kebil gak la mata aku nak carik duit untuk perbelanjaan kat sana. Memangle Ros offer bagi pinjam, tapi aku rasa tak sedap hati guna duit orang untuk berpoya-poya. Lagipun, ntah biler le aku dapat bayar balik. Kalau nak tunggu duit ayah aku, alamatnye bulan 9 le baru dpt time dia balik malaysia. Tapi sedih gak pasal diaorang pegi PD tanpa bgtau kat kami. Memang le aku takde perasaan pun tak pegi PD tuh...tapi at least bgtau, apa salahnya. Bukannya aku nak ikut pun. Nasib baik tepon Mas...time tuh pun diaorang dah on the way. Takpe lah...biarlah pergi bercuti untuk merehatkan minda sebelum start balik kelas yang memeningkan kepala dan kerja-kerja yang bertimbun tuh.

Aku lak, nasib baik Ajis ajak gi jamuan makan malam (skema lak) birthday dia. So, apa lagi, aku pun ajakla Zt skali psl kalau diikutkan mmg ler kami berdua jek baik ngan dia. Rancangan nak jumpa Arip kat Pudu, tak jadi psl bas dia rosak tgh jalan, pastu Amy pun cancel nak jumpa pasal dia malas nak gi cos dah tengahari. So, siang tuh, aku dok umah je..masak, basuh baju, buatle apa yg patut. Lepas maghrib, aku bertolak gi 12th kolej ntuk jemput ZT. Kami gi Midvalley jek nak carik hadiah untuk dia. Pusing punya pusing, carik punya carik, akhirnya kami beli selimut...hahhaha...kelakar gak kalau nak diingatkan tapi selimut tuh very comfy ngan lawa plus yg penting harga berpatutan dengan kualitinya. Dah gi MV tuh, jumpa lak Zai ngan ehem², jumpa Kak Huzaimi (senoir sekolah), ngan jumpa lak si Bad yang kiut miut tuh...sama jek rupa....tak ubah pun.

Lepas gi MV, terus drive gi OU pasal janji ngan ajis nak jumpa dia kat situ. Almaklumlah, aku bukannya tahu jalan gi tempat dia makan tuh. Dah dekat setengah jam tunggu depan OU tuh, barula nampak kelibat dia. Dah ikut dia pun, aku salah jalan lagi...hampeh tul...tapi finally sampai le ke the so-what-called Penchala Bistro. Aku ingatkan cam Saloma Bistro le tapi rupa-rupanya gerai makan biasa jek. Nama grand bukan main. So, tersipu-sipu la aku ngan Zt control cun pegi duduk kat situ. Ajis ajak housemate dia, awek dia ngan kengkawan awek dia. Rasa cam aku ngan ZT terpinggar lak pasal sekali lagi (selepas kes gathering kat Sahmuri Satay Kajang), kami berdua lah yg paling muda sekali. Dahle aku dressed-to-kill tak ingat. Orang lain pakai simple jek. Malu aku. Yelah, aku dok ingatkan tempat makan tuh cam restoren ke apa ke tapi kedai biasa jek...kalau tau, aku pakai baju biasa-biasa jek. Hampeh tul. Waktu kat situ, aku memang tak cakap apa sgt pun...cam kononnya baru kenal diaorang sedangkan ada beberapa abang tuh, senior kolej aku...dah le sekolej, satu projek lak tuh. leh aku buat cam tak kenal. Ngok ngek tul aku nih. Apa kena ngan aku tak tauler....Apatah lagi ngan awek ajis, lagi le aku tak cakap. nak tengok pun tak berani. Takut! Tapi aku control gak tak nak bg nampak obvious sgt sedangkan aku rasa cam obvious psl selalunya akule yg nak bnyk ckp bila jumpa org baru tapi kalinya membisu seribu bahasa. Nasib baikle abg Wan telepon...barule rasa lega sket. Hmmm...makanan kat situ, okeyla..nak kata sedap sgt pun idakle tapi satay daging dia sedap betul! Nasib baikle ajis tolong order 2 cucuk special untuk aku (hahhaha...itupun, aku tersipu-sipu malu nak mkn)..tapi hampeh, abg Din makan satu cucuk psl dia kata dah takde org nak makan. Sedih aku...sob sob...nampaknya kena beli satay kat pasar malam le malam nih...hehehe....
Abis tuh baru bg dia hadiah then aku balik tidor kat bilik ZT psl Ana blk umah....walaupun penat tapi sembang punya sembang, kul 2 lebih baru tidooo....

Hari nih lak, kononnya nak gi tgk Konsert Akademi Fantasia tapi bila Intan call pagi tadi. Aku cakap tak jadi pegi pasal pagi tadi memang aku rasa cam tak sihat. Tapi skang cam sihat walafiat lak. Aku call Yone smalam, nak ajak dia gi tgk konsert tuh skali tapi dia kat penang lak. Dah tuh, dia penah pi ngan advise dia, better to watch it on tv rather that wasting my time lining up for the tickets and besar kemungkinan I won't be able to get a seat and might ended up sitting on the floor like she had experienced b4. Tapi Intan katanya nak gi kul 1.30tghari supaya leh dpt tiket cepat² although concert tuh start kul 8 something. Hahahha....come to think about it, nak tgk konsert Akademi Fantasia nih mengalahkan nak gi tengok concert Westlife! Tapi takpelah...bukannya aku gi pun. Dah selamat ada kat umah nih lepas lunch ngan ZT kat 12th. Jadi...malam nih tengok tv jela...nak tgk edisi siasat psl kes mahasiswa berkelakuan sumbang di tangga. Aku rasa cam kat Vista jek tapi nak sahkan kena tgk ler.....

+posted by arkarnax @ 5:51 PM

+++++

Friday, August 01, 2003

Assalamualaikum....
Akhirnya rancangan nak pergi Cameron Highlands esok terpaksa ditangguh ke tarikh lain. Aku dah cakap, jangan pergi minggu nih pasal cuti sabtu minggu pertama tapi diaorang nak pegi gak. Memang la dah planning awal-awal, tapi hotel pun tak booking. Nak main terjah jek, susah ah. Kalau pegi, takde tempat tinggal, nak merempat mana? Takkan nak balik hari kut? Uish...bahaya jalan kat CH tuh, berliku-liku, gelap lak tuh. Dahtu, nak tumpang umah Amy pun, dia datang KL lak. Kalau dah takde tempat tinggal sangat, leh la tumpang umah dia. Sebenarnya, kononnya nak pegi Cameron hari nih tapi masalahnya aku ler...banyak sangat kerja kene settle. Kereta hantar workshop, nak bg barang kat Arip lagi...nak jumpa Amy...banyakle plak keje nak buat time cuti nih. Tak senang aku nak berehat. Tapi, faktor sebenar-benarnya yg aku tak leh nak pegi Cameron tuh pasal aku dah takde duit nak spend untuk bersuka ria. Dahle kena bayar servis kereta, nak bayar bil hp, telefon umah, api, air...banyak sangat kegunaan lain yg lagi penting drpd aku nak guna duit tuh untuk gi jalan-jalan. Memang la ada duit simpanan dlm ASB, tapi aku rasa tak sedap hati nak guna duit ASB untuk benda yg tak penting. Ish...susah gak kalau tengah kopak nih tetambah lagi duit ptptn tak masuk. Ade ke patut kata aku apply untuk pinjaman 3 tahun jek sedangkan aku rasa aku apply untuk 4 thn tapi masalahnya aku tak jumpa pulak surat perjanjian tuh. Tuh yang buat aku bertambah bengang. Aku dah bagitau ayah aku, tapi dia suruh apply balik. Apply tuh memang boleh tapi next sem le baru dapat duit. Jadi, this sem aku nak guna duit apa? Hari tuh, balik dr Romania, mmg la ayah aku bg duit tapi dah habis guna untuk bayar insurans, renew roadtax, bayar cukai nih, cukai tuh. Memang org lain tak tahu betapa besarnya tanggungjawab aku. Dah tu kena handle 2 umah. Satu umah family, satu lagi umah sewa. Kalau umah nih, memang la banyak benda kena jaga..kalau balik seminggu sekali tuh, kena cuci, kemas, pastu kena settle semua bil yang sampai umah. Kalau kat umah sewa, kena handle duit, bil, sewa dsb pasal dah diberi amanah untuk handle umah tuh. Kalau pikir-pikir balik, boleh pening kepala aku tapi alhamdulillah aku dapat handle kedua-duanya sekali walaupun takle sebaik mana. Cuma kadang-kadang, pernah jugak terlintas nak jadi cam org lain yg parents diaorang ada di sisi. Aku nak gak, kalau balik ujung minggu, rasa masakan mak aku, main ngan adik-adik pastu takyah risau pasal nak bayar bil lah, cukai lah, insurans dll pasal semua tuh selalu ayah yg uruskan. Tapi, nak buat camne, dah ditakdirkan hidup camni...aku redha jek. Lagipun, orang kata, tak baik merungut. Apa yg dah ditakdirkan tuh, terima jelah. Tapi kekadang, bagus jugak kalau kiter luahkan apa yg terpendam kat dalam hati. Tak elok simpan lama-lama...nanti memakan diri. Cuma aku harap, Allah akan sentiasa memberi kekuatan kepada aku untuk menempuhi kehidupan aku ini. Wallahu alam....

+posted by arkarnax @ 4:20 PM

+++++