:::U Thought U Know Me Well...But U Don't:::
Wednesday, March 31, 2004

Hatiku hancur berkecai...

Tatkala mendengar berita sedih itu....aku jatuh terjelepuk...dadaku terasa bagai ditikam dengan sembilu....hatiku bagai jatuh berderai...luluh...pedih....tangisanku tak dapat di tahan lagi....huhuhuuh

Relax...relax...takdak pepe...gimmick jek. Tapi tengah sedih la gak pasal Enrique tak jadi dtg Malaysia. Boleh hitz.fm punya dj buat lawak kata Enrique tak dapat dtg Malaysia pasal ada problem visa yang mana gambar dia dalam pasport tuh ada tahi lalat sedangkan sekarang dah takde...so, dia tak dapat dikenalpasti dan tak diluluskan untuk datang ke Malaysia. Lawak tul la...

Kecewa tuh ada la gak psal penat menunggu dia datang. Sia-sia jek menunggu depan radio sampai 2 hari semata-mata nak menang tiket. Alih-alih dia tak jadi datang. Tuh pun bgtau, one day b4 the concert. Mana tak bengang.

Nasib baik la boleh refund balik duit untuk tix tuh. Jadi "Gelak Kaya" la aku kejap. Bolehla dapat RM354. Tak le sia-sia sgt masuk peraduan tuh. hehehe...boleh shopping lagi tapi Megasale dah abih la plak.

Bosan tul...apa lagi peraduan yang aku nak masuk ah? hmmmm...

p/s- kalau sesapa tahu ada keje kosong untuk civil engineer tolong bgtau



+posted by arkarnax @ 9:59 PM

+++++

Sunday, March 28, 2004

Shop Till I Drop!

First time aku gi One Utama sejak dibuka section baru tuh. Besar betul. Tak sempat pusing sampai habis pun. Cam lagi besar dari MidValley jek.

Rasanya juga, bila bershopping kat OU memang lagi best dari MidValley. U can get everything under one roor. Or maybe I'm saying this because I got bored of MidValley. Almaklumlah, tempat tuh dekat ngan UM, mana tak kerap pegi. Nak tgk wayang jek, situ la dituju pun. Tetambah aku memang prefer tgk wayang kat GSC rather than TGV. Popcorn dia sedap. hehehe...

Anyway, tujuan utama sebenarnya tadi bukannya nak pegi OU pun. Memang la rancang lepas beli ticket yang akhirnya tak berjaya dibeli setelah bersusah payah menebalkan muka dengan beberapa org. So, bila perut dah mula berkeroncong, apa lagi nak dicari. Suatu tempat yang sesuai untuk mengisi kehendak badan.

Rancangnya nak ke IKEA yang baru tuh. Dah berkurun dok KL nih, tak pegi2 sana lagi...so nak tengok la ke'best'an IKEA tuh. Alih-alih bila mata terpandang besarnya OU tuh, hati sudah terpaut. OU la nampaknya destinasi kita....

Lepas dah makan, kononnya gak nak gi FOS jek, alih-alih memandangkan Mega Sale tak abis lagi, hampir semua kedai yang ada banner SALE, kami masuk. Semua pakaian yang nampak menarik, kami try.

Try try jugak. Shopping shopping jugak. Bukan main. Shop till I drop..bukan drop as in fulus dah habis tapi shopping sampai kaki dah sakit nak jalan. Tapi dah SALE punya pasal...digagahi juga kaki ini melangkah...

Kalau diikutkan banyak tul benda yang nak beli, tapi disebabkan fulus pun datang dari Dana FAMA(Father-Mother)....so terpaksa la berjimat-jimat sket. Waktu tu la kami terpikir, alangkah bahagia nyer kalau dah keje...kalau dah ada income sendiri...boleh betul-betul shopping till u drop. hahah...tapi aku bangkang balik kononnya kalau dah keje, macam la ada can nak gi shopping mcm nih lagi...huhuhu

Anyway, berjaya gak dapat seluar yg aku nak. Got a skirt. Adik aku sendiri pun tak percaya aku beli skirt. Hahah...dah abih belajar sebagai mahasiswa, so sekarang kena belajar jadi orang berkerjaya la plak...

Tapi tuh la kaum pompuan...kalau shopping memang tak ingat dunia. Kul 6 lebih baru aku balik. Masa berlalu cukup pantas kalau gi shopping....apa-apapun, kalau nak shopping sampai tak ingat dunia lagi (eh, takleh la sampai tak ingat dunia), nampaknya kena tunggu bulan Jun lak baru ada another MEgaSale...

p/s-Uik..tak sabornyo....

+posted by arkarnax @ 11:16 PM

+++++

Thursday, March 25, 2004

Unofficially I'm a PENGANGGUR!

Yup...tamatlah kehidupan aku selaku pelajar Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya Selasa lepas (23/3/04) pukul 1.30 pm. Huhuhuu....sedih-sedih. Perkara terakhir yang aku lakukan sebagai pelajar adalah....my thesis presentation which went pretty smooth.

Moderater was Prof Faisal and En. Rasdan was the assessor. Nasib baik, I managed to answer all their questions pretty well sampai dapat tepukan gemuruh daripada mereka yang ada dalam lab com tuh. Tak sangka lak the crowd was quite big. Cam buat ceramah lak rasanya...heheh....

Aku ke fakulti kul 9 pagi sebab kononnya we got some thesis meeting whatsoever. Tapi it ended up, we were told to come early so that we would be alert with the new presentation schedule. Huh...penat aku datang awal sedangkan presentation time aku kul 1 pm. But anyway, there was no regret. Being able to spend more time with my friends are priceless. Especially that day, wah wah..bukan main lagi semua siap bergaya ngan baju kurung. Macam nak gi kenduri kawin pun ada. Sesetengah tuh, susah betul nak tengok pakai baju kurung kat kelas. Alih-alih time presentation, bergaya bukan main. (ehem...ehem...nozojojet...hg le salah sorang tuh).

I stayed kat jabatan until the last presentation which ended nearly 5 pm. Bukan senang nak tengok kengkawan kiter sendiri present. Aku sempat tgk Ros (tuh pun ngintai dari luar jek). Zeti ngan Asiah tak sempat pasal ntah camne boleh termiss. Pastu sempat tgk Fazum punyer. Sampai kena pancung terus ngan En. Rasdan. Klakar tul. And Tengok Mas punyer which happened to be the last presentation. Bukan lain berkobar-kobar lagi presentation dia. Fuhh...mementang la dapat sokongan padu daripada kengkawan dia yang memenuhi ruang dalam bilik kecil tuh.

Tapi yang pastinya, dapat jumpa nearly semua coursemate during the my last day as a student is just priceless. Rugi tak bawa kamera. Bukan senang nak jumpa dah. Dahle hari tuh pun semua dah cun melecun dah.

So...now unofficially...aku dah jadi penganggur. tak tau le first class punyer pengaggur atau tak...tapi yang pastinya aku dah tak pegang title "STUDENT" lagi. Next week result kuar....hopefully everything will turn out great. Insya-Allah......

+posted by arkarnax @ 7:45 PM

+++++

Friday, March 19, 2004

I know who's gonna win

Spoiler...spoiler...spoiler...
I love Reality Shows! Survivor is one of my fave reality programme. But I hate kali nih punya All-STar Survivor. I hate Chapera tribe! Most of all, I hate that Boston Rob and Amber...urghhh....

Kenapa la yang jahat gak yang nak menang USD 1 million.....the game is not fun anymore. Mogo-mogo pun stupid sangat. They shouldn't vote off their valuable members. Valuable in meaning of those with strenght and brain that should be able to lead their group into victory. First they voted out Richard. Ok..ok...I do felt disgust with his behaviour. But hey, I must admit that he's pretty good in the challanges. And then they voted Colby out. Colby? What the? He's like the strongest player in their group. How valuable. And today...Ethan is out! Urgh....I know the Moga-Moga were afraid that they might outwit and outplay them during the merge but yuhuuu....can't u guys see? When ur outnumbered during the merge, for sure u'll be voted out one by one by Chapera members. Duhh......

And oh yeah...regarding my title...I don't know who's gonna win in survivor. My prediction is Rob or Amber (BOO!!). I hate to admit it but I think they'll be in the final two...

Ok, actually I know who's gonna win in For Love or Money 2. Another person I hate, Erin! How could she rejected Rob (For Love or Money 1) not once but twice on National TV! Rob is like the most decent guy compared to the other competators. But that's Erin, so I dunno. It's up to you. Hopefully Rob will find someone who'll love him dearly. He should have picked Paige. Oh yeah...back to For Love or Money 2, it seems that Erin ended up being with........ALERT ALERT SPOILER HERE! If ur a fan of that show and does not want to know who she pick...stop reading....she ended up with cgheardt. figure urself...I'm out......peace

+posted by arkarnax @ 7:59 PM

+++++

Wednesday, March 17, 2004

Just 4 laugh

Pemeriksaan Kesihatan 
 

Seorang pemuda memeriksa dirinya di sebuah klinik.. Setelah beberapa soalan di tanya kepada doktor berkenaan penyakitnya.. Doktor itu menyuruhnya berbaring dan membuka mulutnya kemudian mengeluarkan lidahnya panjang2. Setelah itu doktor duduk dan menulis sesuatu di mejanya.

Setelah beberapa minit kemudian doktor itu berdiri dan berkata..
"Sudah selesai. Sekarang masukkan lidahmu dan tutup mulutmu semula!"

Dengan kehairanan pemuda tersebut bertanya..
"Doktor, tadi doktor suruh saya berbaring, membuka mulut dan menjulurkan lidah panjang2, tetapi doktor tidak melakukan apa-apa kepada saya. Untuk apa saya lakukan semua itu tadi?"

"Supaya," jawab si doktor..
"Saya boleh menulis repot kesihatan kamu dengan tenang, tidak diganggu oleh pertanyaan2mu
yang bertubi-tubi seperti tadi!"


Tukang Sapu 
 

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft. Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih
lantai.. Lalu dia mengatakan
"Anda diterima bekerja... berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan."

Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja... Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki USD 10. Lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur... Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja...

Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di US...

Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya... Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya.... Setelah bersetuju... Penjual insuran berkata..

"Minta email Puan..."

"Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu

Penjual Insuran terkejut dan berkata
"Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email.
Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email."

Wanita itu menjawab:
"Jadi tukang Sapu di Microsoft"

Profesor  
Profesor Bakri adalah seorang profesor yang terkenal dengan kepintarannya... Dia terlalu tekun dengan ujikaji yang dilakukannya sehinggakan terlupa untuk makan minum, malah sudah dua hari tidak pulang ke rumah... lalu isterinya menelifon..

"Abang.. ingat ya, malam ini abang mesti pulang ke rumah untuk makan malam. Jaga kesihatan", pesan isterinya.

"Ya, baik.. abang janji.. agaknya dimana kita hendak makan malam nanti?" tanya professor itu.

"Di rumah saja lah bang..".

"Baik lah.. tapi dimana tu? Saya catat alamatnya dulu...".

Muntah 
 

Seorang gadis kecil merasa badannya lemah dan sakit ketika dia berada di pasaraya bersama ibunya.

"Mama," kata gadis kecil itu..
"Bolehkan kita balik sekarang?"

"Tidak," jawab ibunya.

"Ma, saya rasa hendak muntah!" kata gadis kecil itu.

"Keluarlah, pergi ke tandas di tingkat atas..."

Setelah kira-kira 20 saat, gadis kecil itu kembali ke tempat duduknya.

"Sudah selesai?" tanya ibunya.

"Ya."

"cepatnya?"

"Saya tidak pergi ke tingkat atas.. Ma," kata anaknya lalu menyambung..
"Kat tepi tu ada sebuah kotak derma... disitu tertulis "UNTUK ORANG YANG SAKIT’"
Tersalah email 

  Seorang lelaki yang sedang bercuti menghantar email kepada isterinya tetapi alamat email telah salah ditaip lalu email tersebut melencong terus kepada seorang wanita yg baru kematian suaminya. Selepas membaca email tersebut wanita tersebut menjerit lalu pengsan....

Nak tau apa ditulisnya.....

"Isteriku sayang segalanya telah disiapkan untuk menunggu kedatanganmu esok...........Ah panas sekali di sini...."

Mandi Laut
 

Hai semua.
Citer ni ada la berlaku kat member aku sekitar 4 tahun yg lepas..
Once upon a time........

Satu hari tu aku dengan member aku gi la mandi manda kat satu pantai tu. Kita orang ni masing masing bawak awek..
So,selepas sejam perjalanan dari rumah sampai la juga ke lokasi yang paling strategik untuk pakwe makwe mandi manda,bukan merendek tau..
So,sebelum sessi mandi manda,kita orang pun jamah la makanan ringan yang di bawa bersama..
Bila matahari pun dah tegak atas kepala, kita orang pun tukar la pakaian yang sesuai untuk mandi manda. Adapun kita orang ni takde la pakai spender sahaja atau bikini sahaja, masing masing pakai pakaian yang sopan mengalahkan cipan untuk mandi..

So,apalagi masing masing pun mandi dengan lahapnya macam dah seabad tak mandi.mandi je,takde pun buat bende lain..
Lebih kurang 10 minit berendam dan buat aksi maut lipat terjun,member aku ni pun naik. Aku tanyalah naper dia naik cepat sangat,dia kata nak keringkan badan. Selang 5 minit lepas tu, member aku ni pun masuk balik ke dalam air.
10 minit lepas tu dia naik balik. Aku tanya lagi, jawapan yang sama aku dapat-nak keringkan badan..
So lepas setiap 10 minit mandi dia akan naik ke darat lebih kurang 5 minit untuk keringkan badan, perkara ni berlaku sampai aku pun dah naik muak tengok..
Baru je aku nak tanya apa motif sebenarnya dia buat macam tu tetiba je awek dia tanya, mungkin dia pun dah naik menyampah tengok pakwe dia buat macam tu.

So dia pun tanyalah..

Aweknye: Abang,abang ni kenapa? Lima enam belas kali masuk keluar dari pantai ni? Konpius juga ayang tengok. Abang ada alergik ke duduk dalam air laut lelama?

Pakwenye: Bukannye ape,alergiknye takde,apa pun takde masalah duduk dalam pantai ni lama lama.abang cuma risau,takut lama lama berendam air laut ni abang takut telo abang ni jadi TELO MASIN...

Lelaki Miskin
 

Di sebuah kampung yang terpencil tinggallah seorang lelaki miskin bersama-sama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melangsungkan pekahwinannya tetapi malang, kesemua
seluar dalamnya telah berlubang-lubang kerana terlalu lusuh.

Kasihan melihatkan keadaan anaknya, si ibu membuatkan seluar dalam lelaki tersebut dengan menggunakan guni beras. Di malam pertamanya, isteri lelaki tersebut telah mati
terkejut. Cubateka kenapa?

Jeng... jeng... jeng....

sebab kat seluar dalam tu ada tulis
"Berat Bersih: 50kg"



+posted by arkarnax @ 12:56 PM

+++++

Tuesday, March 16, 2004

Akhirnya....

Dah dua hari aku tengok tv kossong jek. Keluar suara jek (dengar radio kat ASTRO) semata-mata nak tunggu Enrique queue to call. Semalam aku call, dapat. Tapi takde orang nak angkat. Aku dial guna hp ngan phone umah, dua-dua dapat. Pagi tadi, biarpun aku tunggu dari kul 8, terlepas pulak timw q to call, gara-gara leka buat slide untuk presentation thesis aku.

So, ptg tadi, aku nekad untuk tunggu q to call tuh. Duk umah aku pasang Hitz, naik kete, aku pasang hitz. Akhirnya, biarpun tadi aku dapat dengar last minute jek q to call dia (bahagian ujung-ujung jek), dan biarpun aku tak sure sama ada betul ke q to call atau tidak. Aku bantai call jek. Guna phone umah ngan hp. Banyak kali try, engaged jek. Sampai aku dah nak surrender. Akhirnya, usaha terakhir aku berbaloi bila telefon umah aku kedengaran dial tone. Alhamdulillah...dapat masuk line akhirnya. Sekejap jek, dah diangkat oleh DJ yang bertugas. Er...tak silap, Mesh kut.

Apa lagi, dup dap dup jantung aku...macam nak pecah dah. Memang unexpected. Tapi bukannya aku tak pernah get through sebelum nih. Last time aku try benda2 cam nih tahun 2002. Nasib baik menang gak.

Tapi dulu lain, aku tak yah menyanyi. Cuma kena fill in the blanks jek. Kali nih kena nyanyi. Nah, ambik sebijik. Memang sahla aku nih kantoi dalam bab nyanyi menyanyi nih.

Ditambah dengan degupan jantung yang kencang mencecah 100 degupan per saat (kalau betul camnih...mampuih dah aku)...aku pun nyanyi la lagu Maybe dari Enrique...err....seperti yang dijangka...time nak tarik tinggi tuh...suara aku tak kuar. Penat jek aku practice selama nih. Ches...nampak sangat tak layak masuk akademi fantasia.

So, lepas DJ dah umum markah aku...aku dah agak...for sure aku takkan menang backstage passes punyer. Sahle...kantoi sangat. Takpelah...dah penah jumpa Enrique dah so dpt tiket free pun jadilah.......

Uihhh.....tak sabarnye nak gi concert Enrique Iglesias! huhuhuhu

+posted by arkarnax @ 6:14 PM

+++++

Saturday, March 13, 2004

Merdeka!

My xms are over! I'm free! Sedih...sedih tul...my last 3 papers were ok. Hopefully I pass this semester. Even tho' I said I was ready for another semester, but I really do hope I'll finish this semester.

Apa lagi nak buat bila dah abis nih...carik keje la. Macam susah jek nak dapat keje skarang esp. dlm bidang civil. Tak bnyk project tahun nih. Lagipun intake last year sekejap jek ah dapat keje. Most big companies dah tak nak amik pekerja baru this year. But itu semua bergantung pada rezeki masing-masing. Nak sambung buat Master? Ntahla...cam tak larat dah nak belajar. Dah 5 tahun aku belajar kat UM nih sejak asasi lagi. Rasa nak cuba environment baru. All the best again 4 me....

+posted by arkarnax @ 4:21 PM

+++++

Friday, March 05, 2004

Another semester? Maybe....the future is scarce....

Arghhhh! Yes, arghh again and again and again. Why? What else...b'coz of xm.

Just finished my third paper about an hour ago. I blew it...yes...I blew it BAD! And I couldn't believe how terrible I did in that paper. I can't stop blaming myself of my stupidity. The paper was only one hour and a half and I wasn't able to finish it. I didn;t have time to recall everything. The time was too short for me. I worked under stress. Damn. This morning, when I was studying, I was pretty much sure I memorized everything. That was this morning. All the sudden, everything that I read, became blank as I entered the examination hall. The breeze from the airconditioner just seemed motionless. I could feel the air. I was trapped in the heat of recalling my memories. Tiny sweat dripped down my forehead. Quite a few time, I pulled my sleeves up but to no avail. The heat was killing me.

As my brain could not function well, I decided to just "fried" the answer. I knew it was wrong but at least I got something scribbled on my paper. The time ticked as fast as my heartbeat. My hand kept scribbling answers I wasn't sure about. As I know, I couldn't force my brain to extract my memories, I decided to shift to question 4. Thank goodness, I remembered the answer for (a). But at (b), as I was writing, I paused for a moment to recall the continuation to my answer. I decided to skip it and answer later but clumsy dear old me, I forgot to continue answering till the end of time. I only realised that I forgot to answer it as I stepped out from the hall. Arghh...how clumsy. I did recalled the answer but I forgot to fill it up. So, there goes question 4.

The time on my digital watch showed that there's only 30 mins left for me to answer. I still got one more question. And the question was divided into 4 parts and 3 of them were asking for definitions. And lil me didn't study on definition at all. What a suprise! The 4th part was a calculation question so I grabbed my (actually, not mine, it's Ayie's) calculator and beginning answering the question. The calculations was pretty long. My handwriting was terrible. Hopefully the lecturer can read it. About 5 min before time was up. I finished the question. Only that question. I still have tons on blanked answer. As the announcement was made for us to stop writing, I could feel a rush of blood in my head. I knew, I was doom. Lots of empty pages and uncertain answers. I know I wouldn't make it.

So now, I have to prepare myself to take the special semester. Damn...I was too confident I could finish this semester but it seems all three papers that I have taken, I blew it. It makes me feel horrible. I kept wondering, "What the hell was I doing all this semster?" My dream to grad early is shattered to pieces. But as everyone would say, it's not over yet until the result is out. Yes, of course...the result will tell everything. I couldn't bare looking at my result this semester. I know that it's gonna be a terrible one. Urghh...damn it.

Yesterday Faz said, no matter how terrible I said I couldnt do my exam paper, I still pass. I still manage to survive through it almost every semester. Yes, that I have to admit....I remembered taking Economics, I cried as soon as I passed up the paper. I couldn't do it. I was sure. But fortunately I got out of it, an unexpected B- when I was pretty much confirmed I will get an F. Then the next semester, it was Concrete Design. Again I went back home crying myself to sleep. Suprisingly, I passed. Oh yes...every semester, there will always be a paper where I thought I would fail, but I passed.

Even last semester, the papers that I was quite pretty sure I couldnt do during the exams suprised me with unexpected grades. But those were previous semesters. I got lucky. I was lucky. But not this semester. Just not this semester. I couldn't be lucky throughtout my life. It just doesn't go that where. Life like that only existed in fairy tales where nice people will live happily ever after.

Whatever the outcome may be...I'm ready. If another semester has to be taken, well, bring it on...........

+posted by arkarnax @ 6:11 PM

+++++

Thursday, March 04, 2004

Exam Week

Arghh...dah 2 paper lepas. Kedua-duanya susah sampai memecahkan kepala otak aku. bimbang kalau tak lulus, alamat, tak grad la aku semester nih. Kalau boleh, tak nak extend. I want everything to finish on time. Nanti tak payah nak risau dah. But then, lepas nih nak risau pasal mencari keje. Resume tak buat lagi..problem problem...

Anyway, esok ada another paper. All the best to me. Berapa hari jek lagi aku nak jadi mahasiswi UM nih. sedih sedih...banyak sangat kenangan suka duka aku kat sini sejak asasi sampaila ke final year nih. Tak sangka, dah 5 tahun, kejap tul....sedih sedih lagi.......

+posted by arkarnax @ 10:43 AM

+++++