:::U Thought U Know Me Well...But U Don't:::
Thursday, July 31, 2003

Aku tak tau brape lama dah lagu Too Phat ngan Yasin nih ada dalam radio pasal sejak start semester baru nih, aku jarang sangat dengar radio. Yelah, dah pindah masuk bilik baru. Radio aku tinggal kat bilik lama pasal Ronnie dah ada radio. Dahtu, setiap hari, pasang hitz jek. So, jarang sekali le aku dapat dengar radio Era. Tapi aku dah pernah dengar lagu nih sejak bulan lepas cuma takde masa jek nak carik lirik lagu dia. Best gak collabration antara Too Phat ngan Yasin nih. Ada keunikan tersendiri. Kalau diaorang pandai, boleh pasarkan internationally. Bukannya takde class lagu-lagu kita, cuma kita terlalu di overshadowed dengan lagu-lagu luar sehingga kita tak sedar kekuatan lagu kita sendiri. Bagi aku, lagu Alhamdullilah nih ada maksud yang mendalam kalau kita dapat tangkap mesej yang cuba disampaikan dalam lirik tuh walaupun lirik lagu tuh sebenarnya takde kena mengena pun dalam hidup aku. Tapi sesetengah orang suka sesebuah lagu kerana melodinya tanpa mempedulikan liriknya tapi lagu nih, kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam menjadikan lagu ini sebuah lagu yang menarik, unik dan sedap didengar tidak kira masa. So, inilah dia lirik lagu Alhamdullilah nyanyian Too Phat dan Yasin.

Alhamdulillah (Too Phat feat. Yasin)

Chorus
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Verse 1
I feel the heat
From these 4 candles burning
As I'm staring out the window
In solitude I look at life
From different angles
Thoughts strangled
My mind is suffocatin'
In this truth quest
A greed law
That we abide by is ruthless
Enough will never satisfy
Until we toothless
Filthy millionaires
Are gamblin' until they muflis
A sad fact of life
But mankind approved this
I gotta call Him
Sajadah is where the booth is
I'll make it clear that
I ain't even tryin' to preach here
By sharing thoughts I hope
To find a little peace here
I thank Allah for blessing me
To be creative
So here's a diss for me
For bein' unappreciative
Wanted a perfect life
Yeah smile then die old
Fame, money, women
Phat cribos and white gold
Drive my own Beemer
Before I hit two six
A straight pink bitin' toothpicks
Who walk around town wit' two chicks
And doin' new hits to woo tricks....
Now that's wrong
Pleasure from partyin'
And bull ish don't last long
A lotta yuppies sneakin'
Cars out when dad's gone
Crackin' bottles in clubs
Frontin' designer fashion
But I ain't about
To trade happiness for a Jag
So stop smilin' with your ragtop down
Cause for a fact
I don't care about your money
Or how slick your car
'Cause no matter how rich and big you are
It's still Allahuakbar...

Chorus
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Verse 2
I know that all this
Ain't the right thing
Partying, chasing moneys
And material things
Flying high
Think nobody gonna
Clip my wings
I'm lying to myself
Knowing that
I've been neglecting
Responsibilities
As a healthy Muslim
Riches and loot
Ain't nothing
We frontin'
Diamonds and scrilla
But forget to say
Alhamdulillah
Made my album a killer
Plan B
Now 2-3 droppin'
And I wish to
Ask for forgiveness
Your guidance
Protection and strength
For humbleness and faith
To make me a better man
Success in foreign lands
Never dreamt of that
I remember being 18
When we started Too Phat
Now let's go back
Three years before that
Sometimes I forget
Me and my parents
Took a trip with granddad
I remember '95
While performing Umrah
Made my wish in Mecca
Right in front the Kaabah
Dear God
You made it possible
When facing obstacles
Please let me do good
Before I pass on
In the hospital
And keep reciting
The Testimony of Faith
And find the right way
Out of this life's maze

Chorus
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Verse 3
Ay yo…
Two candles go out
That's when
I feel the wind blow
I haven't met Fatim
For two years
Been livin' like I'm single
Evaluatin' all the friendships
Relationship
The reason it's the tenth year
Is 'cause she's a patient chick
And as far as friends are concerned
Many I've had it all
From those who cried for my pain
To those who plotted my fall
I learned to differentiate
Fakes from the great
Mates from the snakes
Apes wanna beef
Hate's all it takes
For me to blow
A diss song for you
Not even worthy
As an album filler
So now it's smiles
And Alhamdulillah
Yeah, love me
Or hate me
This who I am
Look at the past at times
I wish that I was born again
So I can rectify mistakes
And my wrong doings
Attempts on minimizing my sins
Before my story ends
I ain't no Eddie Murphy
Tryin' to sound as a holy man
But if I tried to be a better person
Now I prolly can
(Wait...)
Who am I to advise you
I ain't been the best
Of God's slaves
Just a poet writin'
What my thought says
A little house
A little car
A little sweet girl
Thank you Lord
I'll try to slow it down
On the cheap thrills
This song will prolly stir
A little controversy
At least I ain't be rappin'
Bout the stuff
As tho' I'm born in Jersey
Stage name is Malique
And lost name is Cairel
Mama told me
Stop complaining too much,
So I will...

Chorus
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

+posted by arkarnax @ 12:20 PM

+++++

Wednesday, July 30, 2003

Alhamdulillah...
sejak dua menjak nih...ramai tul yang bermurah hati nak belanja aku. Bukannya aku mintak pun tapi diaorang yg ikhlas nak belanja. Rupa-rupanya, ada hikmah gak aku tak dapat PTPTN sem nih.

Semuanya start ngan Ronnie belanja aku ngan Ayie kat Pizza Hut, Seksyen 14 (Kata Ronnie, dia belanja pasal guna duit gaji dia yg kerja sebagai operator Pizza HUt time cuti 3 bln tuh), 9/7 hari tuh. Then, 21/7, Fauzi lak blanja Pizza kat tempat yg sama(kes Fauzi lak, dia belanja pasal sebelum cuti, dia dah janji nak belanja. Aku tak mintak pun tapi syukur alhamdulillah la...). Then, hari Rabu, 23/7, Ajis bagi cheese cake(macam tahu-tahu jek, aku suka makan cheese cake...oh yek, aku terlupa yg aku pernah beli cheese cake ngan Faz time keluar tengok wayang ngan dia ngan Zeti kat OU). Pastu Asni lak belanja aku, Hanis, Eddy ngan Najib makan Pizza Hut gak kat MidValley. Lama tul aku tak jumpa Asni. Last jumpa time habis SPM ler....muka sama jek...bagus ler....bebudak lain pun lebih kurang sama jek cuma rambut je kut berubah sket...hehehhe...ngan muka tak selicin dulu...yelah, dah dewasa la kononnya. (Kalau ko baca nih, terima kasih banyak-banyak Asni! Semoga murah rezeki ngan bisnes pun berjalan ngan baik!)

Dan yang paling terkini, baru tadi, jumpa Arip. Kononnya nak bagi baju yang aku beli kat Amsterdam hari tuh tapi tak bawak. Ingatkan ada kat Hillpark, so aku pegi le hillpark nak amik baju dia tapi rupa-rupanya, aku tinggal dalam kete aku kat Ampang. Dahnye, aku naik kete Kak Chik. Arip belanja kat Nando's. Budak nih pun dah lama aku tak jumpa. 3 tahun lebih gakler. Dah hampir tak cam aku budak nih. Dah lain sket tapi stail still cam budak baru abis sekolah menengah.....awet muda ler...Dia antara kawan lelaki aku yang banyak gak tahu rahsia aku walaupun tak le sebanyak mana sebenarnya kalau dibandingkan ngan Bujal. Dah semalam, abis rahsia aku kat sekolah yang aku simpan sendiri, dah habis terbongkar...aku bagitau kat dia. Yelah. zaman dolo-dolo punyer citer...tak kisah ah kalau nak bgtau pun...pasal dah basi...simpan lama-lama pun tak guna. Tapi takpe, rahsia yang terkini masih dalam kukuh genggaman aku.....heheheheh....

Untuk itu, walaupun maybe diaorang tak baca pun blog aku nih, aku nak ucapkan bebanyak-banyak terima kasih kerana sudi berkongsi rezeki korang ngan aku. Hanya tuhan saja dapat membalas jasa baik korang. Oh yek, semoga juga dimurahkan rezeki....AMIN.....

+posted by arkarnax @ 6:37 PM

+++++

Tuesday, July 29, 2003

Pejam celik, pejam celik...kejap jek dah cuti mid sem. Rasa cam baru jek minggu lepas start sem baru. Itulah dia, tanda-tanda nak kiamat dah tuh...masa cepat je berlalu.
Tesis aku tak siap lagi satu sampel pun. Dahle kena buat 100 sampel...mampus aku. Assignment pun berlambak-lambak lagi...water supply, geohazard, dengan test ground improvement ngan stuctural analysis lagi...cam tak cukup tangan. Kerja banyak sangat sampai aku tak tau nak start buat yg mana satu. Ditambah lak lg dengan kerja kat umah nih. Kononnya nak spring cleaning la sebelum family aku balik tapi baru start sikit jek...pastu kereta pun nak antar gi workshop pasal pagi-pagi susah sangat nak start. Baru jek servis 2 bln lepas, dah buat hal. Bukannya murah lak tuh last service hari tuh...dekat seribu setengah tapi still ada gak masalah. Tu ah mak aku kata, org Melayu bukannya reti buat...main cincai jek. Tapi kiter nih nak tolong org Melayu gak....apsal la tak cuba buat g terbaik...barulah boleh org kaum lain pun salute kiter...ini idak...kebanyakan org Melayu sendiri suka antar kat kedai org Cina..katanya cepat sket keje...ntahler...aku pun tak berani nak komen bnyk sangat....tapi aku harapkan, masa akan datang, org Melayu akan lebih maju dan dapat menandingi kaum lain bukan sahaja dalam bidang pomen-memomen (betul ke penggunaan bahasa aku nih), tapi juga dlm bidang-bidang lain. Dah banyak sgt kita dengar org komplain psl org Melayu...tapi still dok kat takat yg lama jek...susah susah....aku pun sebagai org Melayu, kena cuba gak baiki diri sebab banyak kelemahan yg kekadang kita tak nampak....

+posted by arkarnax @ 9:16 PM

+++++

Friday, July 25, 2003

Hari nih seperti hari-hari yang sebelumnya juga, aku sibuk masuk keluar makmal lebuhraya tuh buat tesis. Kalau last week, kerje aku asik seive agregates jek. Kali nih aku bancuh bitumen lak. Memang rasa cam buruh binaan lak. Semalam lengan aku terkena sedikit bitumen panas yang aku baru keluarkan dari oven. Walaupun takle teruk sgt, tapi pedih le gak. Hari nih lak, terpercik pulak bitumen yg aku dah campur ngan rubber crumbs ke tepi mata aku. Aku nak keluarkan propeller tapi kunci dia terjatuh dlm tin bitumen yg panasnya 180 celcius. Tuhan saje yg tahu betapa pedihnya saat tuh. Nasib baik cuma kena tepi mata ngan kelopak bawah mata. Kalau masuk mata, rasanya boleh buta. Cuak tul aku. Dahle buat kerje tuh sengsorang. Aku terus cuci. Pastu basuh guna minyak tanah. Pedih tuh, memang le pedih lagi tapi aku harap, takde le apa-apa sight effect.
Petang nih aku nak sambung buat lagi. Still ada satu tin untuk 9% rubber crumbs. Harap-harapnya, kali nih takde le apa-apa insiden yang tak diingini berlaku. Bahaya gak buat kerja-kerja camni. Malang tak berbau.
Lepas nih cuti seminggu lak...entah ape yg aku nak buat. Nak buat spring cleaning kut kat umah tuh. PTPTN pun tak masuk la plak. Duit pun dah kopak sket. Ntahler...nantiler aku pikirkan...banyak sgt le plak masalah sejak dua menjak nih. Itulah dugaan kehidupan namanya...kalau tak, camne nak mengajar aku menjadi org yg matang...ye tak?

+posted by arkarnax @ 2:32 PM

+++++

Monday, July 21, 2003

Akhirnya setelah menukar pc lain, barulah aku boleh log-in masuk blogger nih. Hampeh tul. Tadi guna pc lain, takleh log-in langsung. Nak check email pun takleh pasal tak support cookies. Nih sah le tak nak student check email kat lab nih. Abis, takkan ler kami nak gi cc kalau nak check email. Bukanle nak salah guna, tapi sekali sekala nak check email apa salahnya...nanti penuh, tak larat lak aku nak delete.
Sibuk betul sebenarnya aku sejak dua menjak nih. Last week dah start masuk lab buat tesis. Penat tul nak seive batu-batu tuh. Dahle berabuk, berdebu....cam keje buruh kasar lak. Tapi nak wat camne, aku gak pilih nak masuk civil engineering ngan tajuk tesis tuh gak aku propose kat lecturer, jadi terpaksalah terima walaupun kengkawan aku yg lain, tesis diaorang simple-simple jek.
Hari nih best gak pasal jumpa kerang...hahah....lama dah tak jumpa mamat tu. Dahle makan sengsorang. Macam nak tolong temankan jek tapi kang dia kata muka tak malu lak. Heheh...
Alamak, baru jek tengah best taip menaip nih, dah kena keluar lak. Ada kelas kul 1.15pm lak nih. Entah bile le lagi aku nak update akunyer blog nih..nantiler citer panjang sket....

+posted by arkarnax @ 1:16 PM

+++++

Thursday, July 10, 2003

Hari ini hari Khamis...hehehe...macam semalam gak..kelas start kul 8 pagi. Tak sangka la dah final year pun kena datang kelas kul 8. Bukannya aku tak suka bangun pagi, tapi aku tak suka nak mengharungi kesesakan lalulintas on the way nak ke kelas tuh. Belum lagi keje...setiap hari kena membuang masa kat traffic jam jek.

Semalam, IO buat test Analisis Struktur. Si Harry kata 2-3 soalan jek. Fath pun cakap yg KH tanya kat IO pun dia kata, dalam 2 soalan jek. Alih-alih rupa-rupanya bukan 2 soalan tp 2 bahagian, A ngan B. Bahagian A ada 4 soalan, B ada 5 soalan. Dahle banyak soalan teori lak tuh. Mana ler aku study. Aku buat latihan kira-kira jek. Nasib baik aku duk belakang ngan Zeti. Curik-curik le jugak bukak buku. Ala, bukannya kami jek yg bukak buku, boleh katakan, semua orang bukak buku. Tapi banyak gak yg takde dlm buku. Dia nak test kefahaman kami dlm kelas. Sah-sahle aku tak tau cos dlm kelas asyik bersembang jek. Dahle dia ajar tak berapa menarik. Alah, last-last aku jwb lebih kurang jek. Nak jawab semua pun tak sempat. Bagi masa sejam jek. Dah tu, dia pun perasan yg ramai tak sempat nak siap, so soalan 6, dia suruh antar hari nih. Nasib baik le gak.

Oh yek, hari nih nak jumpa Prof. Rehan lagi nak tanya psl tesis tapi mcm biasa, dia still takde. Sibuk memanjang ngan meeting la...aper la...yelah...nama pun Ketua Jabatan. Tapi kalau setiap hari carik dia tak jumpa, mampus la. Camne nak bergerak tesis aku nih. DIa suruh order agregats tapi tak bgtau, berapa banyak. Kang aku order berkilo-kilo, rugilak UM. Silap haribulan, aku order mee goreng skali kat pakcik tuh. Senang hati.hahah... Dahle aku pun dah naik muak nak masuk jabatan tuh. Dia punyer setiausaha ngan kakak pejabat tuh mcm nak tak nak layan jek. Tak mesra pelajar langsung. Kalau nak cakap pun, jauh-jauh jek. Kalau jabatan lain, aku tengok, okey jek. Layan pun baik. Takde la..nak muka masam ke...aper ke...hish...kalau nak marah pun takleh, every week kena gak tengok muka diaorang psl nak get through Prof Rehan mesti kena get through diaorang dulu...sabar jelah....

Semalam Ronie belanja pizza (housemate aku, bukan kucing aku kat Romania tuh). Pegi aku, dia ngan Ayie makan kat 14th. Konon-kononnya misi Pak Ali's Angel la. Siap Pak Ali call lagi tapi masalahnya, Ayie dah tgk muka Pak ALi tuh. So, kena la carik Pak Ali lain. Susah tul...heheh

Takpe ah, petang nih nak carik Prof lagi. Kalau takde, tak taule apa aku nak buat.....

+posted by arkarnax @ 11:41 AM

+++++

Tuesday, July 08, 2003

Hari nih aku takde kelas...one whole day khusus untuk tesis jek. Nak jumpa Prof Rehan, dia tak datang lak...
Pagi nih aku makin tension bila aku terbaca notice kat pintu masuk. Tak sangka la bebudak umah aku nih memang betul-betul perang besar ngan si Y. Aku dah jadi atas pagar lak. Tak memihak di mana-mana bahagian. Aku kesian gak kat Y, yelah, dia sorang-sorang...bebudak lain 4 orang. Mampus la nak lawan. Walaupun nampak si Y tuh mcm takde perasaan langsung tapi aku tau, deep down inside mesti dia terluka gak. Bagi aku, dua-dua pihak memang bersalah. Kalau tak de angin, masakan pokok bergoyang. Macam tu le jugak, kalau diaorang tak balas balik apa yg Y buat, takkan le sampai nak gaduh-gaduh. Walaupun belum gaduh face-to-face lagi, tapi perang nots-menotis nih pun cam dah besar jek.
Aku serba salah nak marah diaorang sebab aku tau, kalau aku marah, aku yg kena balik. Silap haribulan, aku lak yang kena pulau. Yelah, bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapa. Macam tu le jugak aku nih. Jadi untuk kurangkan tekanan, baik aku bawa diri ke fak walaupun takde benda yg aku nak buat sgt hari nih.

+posted by arkarnax @ 12:40 PM

+++++

Monday, July 07, 2003

Baru abis kelas, so masuk le kejap kat makmal gunasama nih sementara menunggu kelas kul 1.15 nanti. Macam biasa ah, kalau masuk makmal, mesti punyer carik bahan untuk tesis ngan assingment Urban Mass Transit System yg kena hantar hari jumaat nih. Susah gak nak carik history of public transportation in malaysia nih walaupun dengar cam senang jek.
Petang nih cadangnya nak gi main library. Sem nih ler yang baru aku nak jejak kaki ke sana. Kalau idak, study kat umah jek. Petang-petang pun dah tak main tenis dah psl terlalu sibuk. Bebudak umah aku pun dah pelik pasal aku dah jarang tido petang. Kalau dulu, pantang ada masa terluang, mesti aku bantai tido jek. Alah, nak buat camne...dah sibuk, so terpaksa la mambiasakan diri. Nanti time dah keje pun, bukannya boleh main tido-tido jek time pepetang. Maunyer kena pecat free free jek.

Emm...terminator 3 dah nak kuar. Aku musti luangkan masa utk tengok. Time Terminator 1 & 2, adela berpuluh-puluh kali aku tengok video sampai dah nak rosak video tuh. Takpe ah...tak kuar lagi...nanti aku booking ler....

+posted by arkarnax @ 11:53 AM

+++++

Saturday, July 05, 2003

Kat CC, sibuk tul sejak dua menjak nih. Nih pun tgh buat literature review untuk tesis. Entah bile la aku nak rehat nih....

+posted by arkarnax @ 6:32 PM

+++++