:::U Thought U Know Me Well...But U Don't:::
Saturday, May 31, 2003

What A Day!
Hari nih bermula dengan kisah aku mengikut kedua ibubapaku ke lapangan terbang untuk menghantar Duta Filipina pulang ke negaranya setelah tamat tempoh kerjanya disini. Dalam perjalanan pergi, kereta yang kami naiki hampir terlanggar seorang pemuda Romania nih yang sedang mengejar sesuatu di atas jalanan. Apa yang kami sangkakan dia sedang mengejar sekeping kertas, rupa-rupanya kertas berwarna hijau tersebut adalah sekeping not 10000 lei (approx.RM1.20). Kami menyangka, yang dia tercicir suit tuh tapi rupa-rupanya, disepanjang-panjang jalan tuh, berterabut not-not tersebut. Tapi yang menjadi hairannya, tiada siapa yang seperti mempedulikan duit tersebut. Hanya ada seorang sahaja pengutip sampah yang nampak beria-ia mengumpulkan semua wang tersebut. Dari sinar matanya, dia kelihatan begitu gembira dengan membawa sebuah beg yang kelihatan penuh dengan wang tersebut. Ayah aku beria-ria mengatakan berkemungkinan duit tersebut sengaja dibuang merata-rata oleh seseorang yang telah memenangi hadiah loteri yang besar jumlahnya. Sememangnya orang Romania memang gemar bermain loteri. Setiap hotel, tentu sahaja terdapat kasino. Apabila sampai di hadapan Hedreasu Park, kami dapati lebih banyak wang tersebut dibuang merata-rata di situ. Oleh kerana keadaan trafik di situ agak sesak (disebabkan pada hujung minggu, banyak orang Romania yang suka meluangkan masa mereka berkelah di taman tersebut), kami berjaya melihat wang tersebut dengan lebih jelas. Rupa-rupanya not 10000 yang kami sangkakan itu adalah not palsu. Tidak tertulis di atas not tersebut nombor 10000, sebaliknya tertulis 9900 dan terdapat tanda pangkah berwarna putih di atas not tersebut. Nampaknya kami telah tertipu dan pemuda yang hampir dilanggar itu juga telah tertipu. Nasib baik dia tidak dilanggar oleh Nico. Jika tidak, sia-sia sahaja usahanya untuk mengutip wang yang disangka not 10000 itu. Dan pengutip sampah yang mengutip wang-wang tersebut hanya menjalankan kerjanya membersihkan jalan yang telah dipenuhi dengan not tiruan tersebut. Tetapi yang menghairankan kami, masih terdapat beberapa orang yang mengutip dan menyimpan wang tersebut. Mungkin juga tujuan mereka hanya sebagai kenang-kenangan. Tetapi yang pasti, orang yang telah membuang duit tersebut nampaknya telah berjaya memperdaya kami semua. Dan dia sekarang mungkin sedang ketawa terbahak-bahak mengenangkan betapa bodohnya kami semua (dan mereka yang mengutip wang tersebut serta yang menyangka wang tersebut adalah benar). Kami hanya tersenyum dan juga menyatakan bahawa si dia (orang yang membuang duit tersebut) telah mengotorkan jalanan di Bucharest. Sememangnya satu tindakan yang tidak patut dilakukan.

Setelah berpuas hati dengan apa yang kami lihat, kami meneruskan perjalanan ke lapangan terbang. Sampai di sana, mak dan ayah aku masuk ke bilik protokal bersama-sama dengan duta-duta dari negara lain dan aku dan pemandu kami, Nico menunggu di dalam kereta di bawah lembayung pepohon yang menghijau. Oleh kerana aku sudah tahu bahawa mereka akan berada di dalam agak lama, aku membawa bersama sebuah buku cerita berjudul "True Singapore Ghost Story". Sememangnya kekadang aku gemar membaca cerita-cerita yang menyeramkan apatah lagi apabila cerita tersebut cerita yang berlaku di dunia yang nyata. Kekadang aku mengerling ke landasan kapal terbang memerhatikan beberapa buah kapal mendarat dan berlepas. Aku teringatkan pula yang aku cuma ada 5 hari sahaja lagi di Romania.

Tidak sampai sejam kemudian, kedua ibu bapaku keluar dari bilik protokol dan kamipun terus ke Snagov untuk melihat pepohon ceri dengan harapan buah ceri sudah ranum dan jika banyak, boleh dibeli sedikit untuk dibawa pulang. Lagipun, dua tahun sudah, ayah aku sudah ke sana dan telah membeli beberapa kilo buat ceri. Katanya ceri di situ sungguh manis. Jadi, kali ini, dia hendak membawa aku untuk mengambil gambar di pokok ceri tersebut sebagai kenang-kenangan. Sesampai sahaja di sana, kami dapati buah ceri masih belum ranum lagi. Mungkin kami datang terlalu awal dan mungkin juga kerana musim bunga datang agak lambat tahun ini. Tetapi, alang-alang sampai, aku tetap mengambil gambar di situ. Sempat juga aku merasa beberapa biji ceri yang sudah kelihatan kemerah-merahan. Memang nyata, ceri tersebut manis biarpun belum cukup ranum. Aku juga sempat menangkap gambar bersama-sama dengan tuan punya pokok dan cucu-cucunya yang sedang belajar di universiti. Orang Romania yang tinggal di kawasan kampung memang baik dan ramah biarpun mereka tidak tahu langsung berbahasa inggeris.

Setelah bersalam-salaman dan mengucapkan terima kasih, kami berpatah balik ke Bucharest. Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di Metro kerana mak aku hendak melihat kasut. Harga kasut di Metro memang murah berbanding tempat-tempat lain. Pilihannya pun banyak. Metro keadaannya seperti bazaar. Terdapat kedai kecil-kecil yang menjual pelbagai barangan. Aku berjaya membeli sebotol perfurm. Tapi ironinya, setelah kami masuk ke kedai perfurm yang lain, kami dapati harga perfurm yang baru sahaja aku beli itu, lebih murah harganya dengan beza sebanyak 165000 lei (RM19.20). Kami terkejut bagaimana perbezaan harga itu begitu ketara. Nampaknya kami telah ditipu tetapi barangan sudah dibeli, tiada apa yang dapat dilakukan lagi. Aku sempat menyumpah seranah di dalam hati pekedai itu yang begitu ramah sekali melayan kami.Tak sangka kami bulat-bulat telah ditipu. Kerana terlalu marah, kami terus berpakat untuk pulang sahaja ke rumah. Tetapi dalam perjalanan pulang itu, kami sempat lagi berhenti untuk mengambil gambar yang telah dicuci.

Sampai di rumah, Ronnie dan Ciko telah setia menunggu kepulangan kami di hadapan pintu. Aku terus ke dapur kerana berasa dahaga. Nasib baik Mak Lang telah menyediakan sejag air sirap. Lega tekak aku. Aku juga dapati Auntie Mihaela telah memberi ikan yang mereka sekeluarga bbq kepada kami. Auntie Mihaela memang baik. Minggu lepas, dia beri semangkuk besar karamel yang sungguh enak sekali. Tak pernah seumur hidup aku merasa karamel sebegitu enak. Kami hanya membalas dengan beberapa biji karipap. Sememangnya, Auntie Mihaela menggemari karipap.

Maka, itulah dia apa yang telah aku lalui hari ini. Aku tau, kehidupan aku tidaklah begitu menarik jika dibandingkan dengan orang lain. Tapi itulah namanya kehidupan aku yang kadang-kadang aku sendiri pun tidak pasti sama ada apa yang aku lalui adalah mimpi atau realiti. Yang nyata...biarpun kehidupan orang lain lebih menarik, tetapi apa yang berlaku dalam hidup kita tidak ada sama langsung dengan sesiapa sahaja....

p/s-wah, aku menulis jurnal aku dalam bahasa melayu kesemuanya dan penuh dengan tatabahasa. Kalau amik bahasa melayu semula, boleh dapat A1 nih...ehehee




+posted by arkarnax @ 11:07 PM

+++++

Wednesday, May 28, 2003

Opps...lupa nak wish....HAPPY 23rd BIRTHDAY MARK!!!! May all ur dreams come true...

+posted by arkarnax @ 6:09 PM

+++++

Horay! Finally have a new email addy. Hopefully kali nih takde ler banyak sgt spam mails. Kali nih tak nak jaja sangat email addy baru nih. Takut nanti ade lak orang antar spam mails. Tak sangka skarang nih yahoo cuma bagi 4MB free. Dulu, sampai leh 6MB. Hmm...takpe lah. Janji ada email baru. Nak create kat hotmail tak best psl banyak sgt emails promotion yg dtg from hotmail sendiri. Ntah berapa kali ler aku buat email nih. Aku ingat lg, first email aku kat yahoo. Time tuh baru kenal internet. Tahun 1997. Punye lah, create name email tuh letak birthdate skali. Cam poyo jek rasa. Dah tak wujud dah pun email tuh cos sama ler, asyik dapat byk spams jek. Pastu, second, email hotmail. Kali nih, letak nama sendiri + no peveret lak. Dah tak guna gak cos hotmail nih, kalau sebulan tak check emai, habis ler akaun tuh. Hampeh tul...lepas tuh, ntah berapa email lg aku create. Kat myownemail.com pun ada gak. Best gak cos boleh letak @merepek-repek...tapi aku guna tak lama cos tak best rasanya...
Okey ah, hopefully nanti everything will turn out fine with the new email. Aku dah tak larat nak empty bulk mail ngan delete spam mails yg masuk inbox tuh...

+posted by arkarnax @ 6:05 PM

+++++

Tuesday, May 27, 2003

Setelah sekian lama berada di negara orang nih, terasa rindu pulak kat negara sendiri. Itupun baru jek duduk 2 bulan kat sini. Bukan rindu apa, rindu kat makanan di Malaysia sebenarnya. Yelah, sini susah nak carik makanan yang halal. Kena beli daging dan masak sendiri ler...sesetengah makanan yang dijual pun ada letak wine ler, dan tak tauler apa lagi benda yg tak leh makan....

So, rasanya hari nih, aku nak list down makanan-makanan yang aku teringin nak makan biler balik Malaysia nanti

Split Lime Ice-Cream - walaupun cuaca takdelah panas sangat kat Romania nih, tapi teringin lak nak makan Split...tak pernah lak aku try carik ice-cream tuh Romania
McD Double Cheese Burger - burger favourite aku. Kat sini, takde ler aku nak dapat makan burger tuh pasal tak halal. Kalau makan McD pun cuma Fish Burger jek...tuh pun, kali nih aku tak makan langsung kat McD
Strawberry Sundae - yummm!!! Kalau beli value meal kat McD, mesti beli sunday nih. Kalau tak beli, cam tak cukup lengkap lak
KFC - sedap hingga menjilat jari! aku tak tauler apa ramuan yg membuatkan ayam tuh lazat sangat....Hot & Spicy is my fave...again, kat Romania mana leh makan
Taza - yang nih satu lagi ayam favourite aku. Mula kenal time duduk kat Arab. Org Arab beratur punya panjang, nak beli kat Taza nih. Memang Taza nih company Arab pun. Seronok aku bila akhirnya Taza dibuka kat Malaysia tapi too bad tak bnyk tempat ada taza nih. Kalau gi Jln TAR baru leh makan
Satay Pasar Malam Tmn Bkt Indah - Honestly, aku rasa satay nih lagi sedap drpd satay kajang. Harga 30 sen secucuk. Orait ler tuh walaupun takler besar mcm satay kajang. Hampir setiap kali aku pergi pasar malam tuh, aku akan beli satay nih
Chup A Chup lollipop - aku duk tgk Big Brother, diaorang asik makan lollipop jek, cam teringin lak...kalau nak mintak ayah aku beli kat Romania nih, takde dia nak belinyer...teringat lak betapa Ros punyer suka kat lollipop
Char Kuey Teow Bukit Mertajam - alahai, lamanya aku tak makan char kuey teow nih...time skolah dulu, selalu jek makan bila keluar naik van sekolah ngan Cikgu Wahid gi STBM...tak sah, kalau lepas belajar Fizik kat skolah tuh, mesti singgah punyer...sedap giler...tiada bandingan! Tapi malangnyer, aku tak dapat nak makan dah...kalau nak pun, kena turun BM ler nampaknyer...
Laksa Anak Bukit - kalau balik kg tuh, sebelum nak balik KL, mesti beli laksa nih 2kg pasal nanti leh makan time sampai kat KL. Wah...sedap betul...harga pun murah...ish...cam nih, kalau nak makan, kena balik kg ler...

Wah...banyak betul makanan yang aku teringin nak makan...sabar jelah....

p/s- HAPPY 22nd BIRTHDAY SHIKIN!!! Semoga panjang umur dan murah rezeki....serta berbahagia selalu hendaknya....

+posted by arkarnax @ 6:10 PM

+++++

Monday, May 26, 2003

I desparately need to make a new email since the last one is full with spam! Stupid idiot spam sender. I got nearly 30 spam emails everyday...I'm tired of deleting and blocking the addresses but it seems that nothing could stop 'em from coming. I like my email addy and I hate seeing it being wasted...oh well, what to do...

+posted by arkarnax @ 7:43 PM

+++++

Sunday, May 25, 2003

I'm not feeling well today...

+posted by arkarnax @ 5:19 PM

+++++

Saturday, May 24, 2003

Ish...payah, payah...kalau lelama macam nih, blog aku pun jadi boring. Tapi masalahnya, aku sendiri pun tak tau nak post apa dah. Nothing is coming out of my mind anymore. Maybe pasal pikir sedih sangat nak tinggal Romania kut. Lebih kurang 10-11 hari lagi, dah nak balik Malaysia. Tak sangka dah dekat 2 bulan aku duk sini. Kalau time cuti, memang kejap betul masa berlalu. Kalau belajar, nak tunggu weekend pun cam lama jek.

Musim spring memang best...kiri kanan jalan penuh ngan bunga-bungaan. Rasa cam nak petik jek tapi buat apa, kat garden umah nih pun berlambak bunga ros. Kalau Malaysia sepanjang tahun musim Spring, best le gak. Cuaca nyaman jek. Just nice. Ini idak, panas nak mampus kat Msia tuh. Kalau hujan plak, lebat sangat. Tapi apa nak buat, itulah negara tempat tumpah darahku...walau sebaik atau sebest mana pun negara lain, Malaysia is still the no. 1. Yelah, bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...lebih baik di negeri sendiri...Malaysia Tanahairku...

+posted by arkarnax @ 8:57 PM

+++++

Friday, May 23, 2003

O the fear, O the pain, help!!

+posted by arkarnax @ 4:24 PM

+++++

Thursday, May 22, 2003

I have no idea what I should do today.....

+posted by arkarnax @ 5:44 PM

+++++

Wednesday, May 21, 2003

Nampaknya, cuti kali nih adalah cuti terakhir aku di Romania. Ayah aku baru dapat panggilan telefon daripada Wisma Putra yang menyatakan dia kena cross-posting ke Pekan Baru, Indonesia hujung bulan 7 atau awal bulan 8 nih. Aku baru jek suka Romania nih. Orang-orang kat sini pun boleh tahan, baik-baik gak. Takde pun dengar kena bom ke, tunjuk perasaan yg melampau-lampau ke. Duk sini tenang jek....cuaca pun okey...
Sedihnyer tak dapat datang balik sini next year....sedihnyer nak kena tinggal Ronnie ngan Ciko....sedihnyer.....
Nanti kena duk Indonesia la plak. Best tuh memang ler best gak pasal nanti bolehler family aku balik berhari raya kat Malaysia psl dekat jek. Takde ler aku nak celebrate raya ngan adik aku jek. Teringat time raya haji, kami raya 2 org jek kat umah. Buat kek batik, hangus lak. Tsk..tsk...baju raya pun takde...sob sob...Kalau kat Indon nanti, senangler nak pergi membeli-belah. At least, kalau diaorang tak reti cakap omputih pun, kiter leh ckp bahasa melayu. Bukan cam kat Romania, diaorang ramai yg tak reti bahasa Inggeris, so kenaler belajar sedikit sebanyak bahasa Romania. Lagipun kat Indon, barang murah. Bolehler shopping sakan aku nanti. Nanti kalau ada kengkawan aku nak ikut aku gi bercuti kat Indon pun boleh. Bila aku ajak diaorang dtg Romania, sorang pun tak nak cos jauh sgt. Tambang mahal...
Yelah, yelah...semua nih aku cakap sebab nak sedapkan hati aku jek....
Yang pastinyer, Romania akan sentiasa ada tempat di hati aku....

+posted by arkarnax @ 5:06 PM

+++++

Tuesday, May 20, 2003


Semalam untuk kali kedua, aku tengok DEAD POETS SOCIETY. What I can say is that it's a very good movie! No wonder it was once nominated for the oscar.

Dead Poets Society mengajar kita supaya melakukan apa yang kita nak dan jangan biarkan apa yang kita inginkan itu dipendamkan kerana kelak ia akan memakan diri sendiri. Cerita nih juga menunjukkan bagaimana 6 orang pelajar high school coping with their life. Ada yang mempunyai masalah dengan keluarga yang begitu strict, keluarga control love life, being shy dan sebagainya. Dan bagaimana keenam-enam orang pelajar nih mendapat ketenangan dengan menubuhkan sebuah kelab membaca puisi hasil inspirasi drpd sebuah kelab yang pernah ditubuhkan oleh guru mereka suatu ketika dulu. Jalan ceritanya agak simple tetapi maksud disebaliknya sungguh mendalam. Aku seronok melihat gaya pengajaran guru English diaorang, John Keating hasil lakonan Robin Williams. Kalau pensyarah-pensyarah aku mengajar maca dia, for sure aku boleh score semua subject pasal cara pengajaran tuh membuatkan aku bertambah berminat nak belajar.

Tapi yang aku kesal, kenapa Neil kena bunuh diri sebab kecewa ibu bapa dia tak memberi kebebasan sepenuhnya kepadanya. Takkan takde jalan penyelesaian lain?Setiap masalah memang ada jalan penyelesaian tapi aku rasa, membunuh diri bukanlah jalan penyelesaian yang baik. Memang la, itu cuma cerita jek, tapi aku still tak dapat menahan air mata aku daripada mengalir sekali lagi. Bukan dalam ovie jek, tapi real life pun banyak yg bunuh diri sebab kecewa ngan bf ler, family, result SPM??????What were they thinking???? Aku pun pelik....tuh dah sebab tension tahap maksima ler tuh....wallahu'alam....

Yang nyatanya, kena tambah ler satu lagi into my fave movie list....and I learned another word...YAWP!

Salah satu poem yg aku suka dlm movie tuh....

O me! O life!

O me! O life! of the questions of these recurring.
Of the endless trains of the faithless, of cities fill'd with the foolish.
Of myself forever reproaching myself, (for who more foolish than I, and who more faithless?)
Of eyes that vainly crave the light, of the objects mean, of the struggle ever renew'd.
Of the poor results of all, of the plodding and sordid crowds I see around me,
Of the empty and useless years of the rest, with the rest me intertwined,
The question, O me! so sad, recurring -- What good amid these, O me, O life?
Answer That you are here--that life exists and identity,
That the powerful play goes on, and you may contribute a verse

~TIS ONLY IN THEIR DREAMS THAT MEN TRULY BE FREE,
'TWAS ALWAYS THUS, AND ALWAYS THUS WILL BE. - KEATING.....Carpe diem, seize the day.....
.



+posted by arkarnax @ 7:49 PM

+++++

Monday, May 19, 2003

It's already Monday! How time flies!
I forgot to check who got to be The Sole Survivor and winner of Survivor Amazon.
So, after a visit at CBS:Survivor 6, finally the result which I've been waiting for so long and seems like ages, has finally revealed. But the outcome was unbelievable. I have never ever thought that this person will finally win. And that person is actually orang terakhir yang aku sokong di antara the last four Survivors. Tapi, nampaknya nasib menyebelahi dia dan what else can I do. Bukannya aku yg vote dia and it seems that the jury "love" her more!

And here's the ultimate sole survivor for Survivor 6:The Amazon....
Jenna Morasca, the 21-year-old swimsuit model from Pittsburgh, Pennsylvania

She's only 21!!! Sama umur jek ngan aku. Dah menang 1 million in US Dollar lak tuh. I can only imagine cos I don't think it is possible for me to get that kind of amount at this age.

So, the best survivor won!Just like what it supposed to be. Jenna outwit, outlasted and outplayed all 16 survivors,
Matthew,
Rob,
Butch,
Heidi,
Christy,
Alex,
Deena,
Dave,
Roger,
Shawna,
Jeanne,
Joanna,
Ryan,
Janet,and
Daniel
and that's the fact that I have to accept.

The last episode (which I didn't and couldn't watch since I'm in Romania) was quite interesting (as what I read from the website) sebab Jenna is the only female left. Tapi dia berjaya gak menang immunity which shows that perempuan zaman sekarang dah setaraf ngan lelaki dan mempunyai kebolehan untuk mengatasi lelaki. Girl Power! lol....
The 4 last survivors

But anywayz, surivor 6 pun dah habis. Nampaknya kena tunggu Survivor 7 kat Panama lak. Tak sabar nak tengok sapa lak jadi survivor dan episod-episod yang dramatik. Tapi, bulan 9 nanti ler baru leh tengok. Lambat lagi la plak...ish ish...tapikan, kalau aku ler join Survivor nih, leh survive ke?????





+posted by arkarnax @ 4:23 PM

+++++

Saturday, May 17, 2003

Ahhh....baru tadi gi embassy...petik bunga ros. Banyak sangat roses yang dah kembang, so kitaorang pun amik le sket bawak balik umah. Kat umah nih, baru sikit jek bunga ros keluar. Maybe bulan 6 baru betul-betul keluar kut. Kelakar lak rasanya. Kat malaysia, takde ler harapan nak main-main kutip jek bunga ros. Takpun nak tengok bunga ros tumbuh depan umah. Kalau nak tengok sangat pun kena gi Cameron Highlands yang mana aku pun tak pernah jejak kaki ke sana. Kalau nak beli bunga ros kat Msia tuh, harga takyah kata ler...mahal tetambah kalau kat shopping complex. Kalau kat tempat yang 4 seasons, senang jek nak dapat bunga ros. Boleh main petik-petik jek. Tapi kekadang yg diaorang jual pun, ada gak yang mahal. Ikut jenis ler...kalau yang jenis merah baldu tuh, memang mahal.

Multi-colored roses


Tapi nyatanya, aku pun tak paham kenapa orang suka sangat bunga ros. Bunga lain pun ada gak tapi bunga ros gak yang selalu orang anggap special. Hmm...setiap orang ada reason masing-masing. Bagi aku, tak kisahler bunga apa pun asalkan nampak cantik. Bunga tahi ayam pun okey per cuma namanya jek yang kurang sedap didengar. Tapi kalau ada orang bagi bunga tahi ayam, mestiler tertanya-tanya gak, apsal ler dia kasik bunga nih?Takde bunga lain dah ke? Hahah...tapi tak pernah lak aku dengar orang kasik bunga tuh. Kalau ada, ntah apa ler yang dia tuh pikir. Dia nak buat lawak kut. Heheh...

So, ituler dia musim spring...banyak tul bunga di sana sini...sedap mata memandang...tapi aku, tak lama di sini...nanti kembali ler ke musim tropika di Malaysia tuh......


+posted by arkarnax @ 9:54 PM

+++++

Hmm...hari nih tak pasti nak cakap pasal apa. Everyday, the same routine. Adik aku gi school trip, gi main paintball war or was it watergun war? Ntahle, yg penting, mesti le dia tengah seronok main tuh. Siap nanti ada bbq lagi. Aku pelik tul ah sekolah dia nih. Dalam tengah exam IGCSE pun boleh nak buat trip lagi. Hari Isnin nih ada exam lagi. Dasyat tul. Kalau aku ler, takde ler aku nak join trip2 mcm nih. Exam tak habis lg, buat ketaq perut jek. Tetambah lagi exam penting cam IGCSE nih, mcm amik O Level ler. Tak taulah camne diaorang leh cope. Adik aku nih, esoknya nak exam pun boleh chatting dlm internet lagi. Handal betul. Nasib baik le budak tuh baru 15. So, kalau tak lulus, still ada chance nak amik lagi next year.

Aku pulak, still lagi bercuti....alahai, cuti lelama sangat pun boring gak yek. Apa lah nak jadi nih. Cuti salah, tak cuti pun salah. Camni ler manusia, tak pernah puas hati. Ish ish....kutuk diri sendiri lak aku nih. Hehehhe....memandangkan, takde apa-apa pun berita sensasi (xcept asyik dengar sana sini kena bom), baikler aku gi balas email yg tak terbalas tuh. kesian, diaorang ternanti-nanti...

+posted by arkarnax @ 5:30 PM

+++++

Friday, May 16, 2003





+posted by arkarnax @ 10:39 PM

+++++

Hari nih tukar template baru lagi. I got sooo bored with my last template. And added a few stuff in my blog too. I took out the tag-board since it doesn't fit in the new layout. Added a feedback form so that anyway can give out a comment if they want to. I think that's all. Nak check out my school message board...

+posted by arkarnax @ 9:54 PM

+++++

Thursday, May 15, 2003

Arghhh.... Real Madrid kalah di tangan eh silap, di kaki Juventus!!!
Malam sebelum match tuh, aku dah mimpi yang Real Madrid cuma dapat satu gol jek dan akan kalah dengan team Juventus. Tak sangka lak mimpi aku tuh jadi kenyataan.

Tapi perlawanan semalam sememangnya memihak kepada Juventus. Juventus bermain begitu teratur dan bermain dalam sebuah pasukan yang mempunyai persefahaman di antara pemain-pemainnya. Dapat dilihat yang corak permainan Real Madrid semalam agak berterabur. Diaorang macam takde semangat nak bermain habis-habisan biarpun mungkin itu disebabkan oleh realiti di mana Real Madrid bukannya berada di tempat mereka sendiri, mereka bertandang ke tempat orang, tempat dimana terdapat ribuan penyokong Juventus. Atau mungkin juga disebabkan kekecewaan Real Madrid yang jatuh ke tangga ke-3 dalam liga Sepanyol. Entahle, aku pun tak tahu. Tapi yang nyata, semalam Juventus telah bermain dengan baik sekali. Aku rasa, itulah kali pertama aku tengok Juventus bermain begitu bagus atau mungkin juga sebab Real Madrid bermain dengan teruk sekali.

Pertahanan Juventus begitu kukuh, macam semua pemainnya turun ke bawah untuk mempertahankan gawang bila saja Real Madrid hendak menyerang. Mana tak mustahil untuk Real Madrid dapat menjaringkan gol bilamana baru jek nak tendang bola, dah kena rampas. Takpun, bila sepak jek, pemain Juventus dah bersedia nak menahan. Kudos untuk Juventus. Dan untuk Real Madrid lak, aku rasa pertahan Real begitu goyah. Mudah jek lawan memasuki kotak penalti. Apa dah jadi dengan Hierro, atau pemain pertahanan terbaik dunia, Roberto Carlos? Mana pergi defender yang lain? Kenapa lambat sangat nak mengejar bola? Tapi, siapalah aku nak memandai mengkritik berkenaan corak permainan diaorang. Everything happens for a reason dan kekalahan pasukan favourite aku tuh pun mesti ada puncanya. Yelah, takkanle Real Madrid jek nak menang setiap perlawanan. Dulu dah menang dah UEFA Cup so mungkin kali nih kena bagi can kat pasukan lain pulak.

Tapi, aku still tak puas hati gak. Kenapa Ronaldo dimasukkan lambat? Kenapa biar Guti main sampai wisel penamat ditiup? Raul pun nampak tak bertenaga. Figo nampak bersungguh-sungguh tapi bila saja Real Madrid dapat sepakan penalti, aku betul-betul berharap agar Figo tak ambil sepakan tuh. Ntahler, aku rasa tak confident tapi nampaknya diaorang bagi Figo gak amik. Dan terus aku tau, dia takkan dapat gol dan yes, tekaan aku memang tepat. Buffon dapat menepis bola tuh. Aduh, luluhnya hati aku. Dahle time tuh dah ketinggalan 0-2 dan dari segi agregat lak 3-4. Diaorang cuma perlu satu gol jek lagi untuk samakan kedudukan. Tapi bila dah 3-0, aku dah takde semangat nak memberi sokongan lagi sebab aku tau, dah takde harapan dah. Biarpun pada minit-minit terakhir Zidane dapat menjaringkan gol tapi aku tau dah terlewat. Tengok ajelah cara Juventus mempertahan gol diaorang. Begitu ketat sekali. Susah, memang susah. Memang setelah gol Zidane, Real Madrid nampak desparate nak tambah satu gol lagi dengan harapan boleh seri dari segi agregat. Last chance drpd Raul pd saat-saat akhir pun tersasar. Kalau tak, boleh bawa game ke masa tambahan.

Dan, keputusan muktamad, Juventus 3, Real Madrid 1 dengan agregat 4-3. Sesungguhnya, aku dah tak bersemangat nak tengok Final UEFA Cup nanti sebab seperti menonton Italian League jek. Tengoklah camne. Kalau dah takde cerita sangat, baru aku tengok kut....

JUVENTUS
David Trezeguet 11'
Alesandro Del Piero 43'
Pavel Nedved 73'

REAL MADRID
Zinadine Zidane 89'

Beberapa gambar ketika match semalam....





+posted by arkarnax @ 10:14 PM

+++++

Wednesday, May 14, 2003

So many things to do but so little time.....

+posted by arkarnax @ 7:46 PM

+++++

Tuesday, May 13, 2003

Hari nih aku rasa bertambah sihat. Dah tak yah makan painkiller. Anyway, kena gi jumpa doktor lagi petang nih. Tuh yg buat aku maleih nih. Tapi sooner or later terpaksa pergi gak. Maybe one last time sebelum doktor tuh buang stiches. Oh well, another boring day....

+posted by arkarnax @ 6:53 PM

+++++

Monday, May 12, 2003

Nak post pendek jek hari nih...
Tak sangka penggunaan java sangat susah!

+posted by arkarnax @ 11:51 PM

+++++

Saturday, May 10, 2003

Alamak...aku dah makin addicted to the tv. Nih semua pasal aku dah takde keje nak wat ler time cuti nih. Channel lak banyak nak mampus kat sini. Dekat 40 channel tapi bukannya semua best nak tengok. Ada channel from Spain, France, Germany, Turkey ler...cerita best-best gak tapi hampeh, semua translate ke language diaorang. Nasib baik ler channel Romania tak translate gak. kalau tak, mampus ler aku...takkan nak harap tengok MTV jek setiap hari.hehehe...

Sebut pasal MTV nih, banyak gak citer menarik yg ada. Bukan setakat video clip jek. Cerita macam The Osbourne Show, Jackass, Becoming, Cribs, FaNatic, Tom Green Show, Andy Dick Show, bla bla bla...okey ler gak.

Tapi aku suka tengok MTV Becoming. Bukannya seronok apa. Seronok tengok wannabes nak jadi cam fave artist diaorang. Macam-macam diaorang sanggup buat. Tapi yang aku suka tengok tuh pasal diaorang dapat banyak sangat hadiah free. Hadiah drpd MTV, record company ngan artist tuh sendiri. Tuh yg best tuh. Sapa tak nak hadiah free. Dahle dpt buat video clip fave artist diaorang, dpt lak hadiah free. Dpt naik limo, duk kat hotel 5 star, kena pampered lagi...hahah...mana diaorang tak seronok sakan. Hadiah lak tuh, dpt bukannya sebarangan, macam-macam daripada branded shoes ke jamming guitar. Tapi, kalau becoming artist pompuan cam Kelly Osbourne, Destiny Child, J.Lo ngan Avril lagi best. Penuh satu bilik hotel tuh ngan hadiah. Dapat makeover kit, makeup, hair products, skin products, beg ngan kasut gucci, chanel, mcm-mcm ler...dapat lots of outfit lagi. Kalau yg jadi J.Lo lg best, dapat J.Lo punyer label punyer outfit ngan kosmetik. Bukannya susah, cuma tiru video clip diorang jek...walla...dapat mcm-mcm. Lagi best drpd MTV Fanatic. Diaorang dpt jumpa fave artist diaorang jek. Tanya soalan, tangkap gambar, autograph, dah. Kalau yg tuh, kat Meet-n-Greet pun leh buat. Tapi lantakler...bukannya aku dapat apa-apa pun..diaorang yg best...

Hmmm....tapi kalau aku ler, aku nak Becoming aper yek......(terus berangan tak sudah)

+posted by arkarnax @ 7:46 PM

+++++

Friday, May 09, 2003

Dua hari aku tak post cos 2 hari lepas, aku ada surgery 4 my wisdom tooth. Pelik betul, gigi tuh tumbuh horizontal, so kena la surgery. 2 minggu lepas dah buang yg side kiri, so kali nih yg kanan lak. First time, nak operate tuh, sakitnya hanya tuhan jek yg tau. Aku rasa maybe pasal tak cukup bius. Yelah, buat kat hospital universiti. Kali nih, buat kat klinik. Okeylaa kali nih...pasal doktor nih, dia akan tanya, sakit ke tak. Kalau sakit, dia tambah bius lg. Satu lg, doktor yg buat kali nih pompuan, so lembut le sket drpd doktor lelaki. Tambahan pula, dibantu oleh anaknya yg hensem...daripada sakit terus okey..heheh....
Hari nih kena pegi jumpa doktor tuh lg. Dia nak letak ubat untuk cepatkan luka tuh sembuh. Aku malas ah nak pegi byk kali. Semalam dah pegi dah. Tapi nak wat camne, untuk kebaikan sendiri gak. Aku gagahi diri ini..cewah...okey ah...stop.

+posted by arkarnax @ 3:34 PM

+++++

Wednesday, May 07, 2003

Dah banyak episod aku missed on Survivor sejak dtg Romania nih. Terlupa lak aku nak check siapa jek yg tinggal. So, hari nih aku surf le web Survivor Amazon. Rupa-rupanya dah tinggal 5 org, Jenna (dari awal aku tak berapa suka dia nih cos cam berlagak jek.Mementangle dia swimsuit model), Heidi (dia nih okey le sket.tapi aku tak tau perangai dia skrang), Matthew (ntah camne le dia nih boleh still in the game. Patut kena vote awal-awal cos bukanke diaorang tak suka kat Matt nih bcos of his attitude?Ntahle, maybe he's still in cos dia kuat), Butch (ooo, ada lg rupanya.During the earlier episodes, rasanya cam Butch nih le yg diaorang nak kick-out sgt) and Rob (awal-awal dulu, he's my fav. survivor tp ntahle, bila aku baca comment fans on the internet cam jd jahat lak si Rob nih skarang cos he tend to backstab his own alliance.).

So, rupa-rupanya Christy dah kena vote off last week. Too bad. She was a good survivor, in my opinion. Cuma maybe kalau time dia mabuk tuh yg takleh tahan. Kelakar tul. Well, she was always the fav among the Survivor fans tho cos she's nice and honest. Well, usually the best survivor is the one who can manipulate things without being caught(teringat lak kat Richard yg menang Survivor 1) or the one yang tak banyak komen sgt, duduk diam and make friends with everyone(yupp, siapa lg kalau bukan Ethan...sgtler baik...tapi still kuat).

Anywayz, walaupun dah siri keenam Survivor nih, aku tak jemu-jemu tengok biarpun ramai yg kata cerita nih crappy but I don't care. Aku memang suka tgk reality shows. And Survivor is one of my fave. Balik semula ke Survivor Amazon. Nampaknya, aku tak sempat ler nak tgk the last part of Survivor 6 nih. (sob sob)...tapi takpe ah, at least dpt gak tgk keputusan kat internet. Nasib baikler ada internet nih. Banyak gak kemudahannya. Bagi aku, tak kisah le sesapa pun memang pasal aku pun dah tak tau strategi pemain-pemain yg tinggal tuh. Kalau dulu, aku sokong Rob tapi dia dah bertukar menjadi backstabber, so mcm dah takde yg best. Christy dah kuar, so apa-apapun, may the best survivor win!

+posted by arkarnax @ 5:07 PM

+++++

Tuesday, May 06, 2003

Another test, dpt email from a friend...yg nih, quite interesting...kalau nak tau berkenaan dengan personaliti kita sendiri.

Dr. Phil gave this test on Oprah- she got a 38. Some folks pay a lot of
money to find this stuff out.

Read on, this is very interesting! Don't be overly sensitive!
The following is pretty accurate. And it only takes 2 minutes.
Take this test for yourself and send it to your friends.

Don't peek at the answer, but begin the test as you scroll down and
answer. Answers are for who you are now...... not who you were in the
past.
Have pen or pencil and paper ready.
This is a real test given by the Human Relations Dept. at many of
the major corporations today. It helps them get better insight concerning
their employees and prospective employees.
It's only 10 simple questions, so...... grab a pencil and paper, keeping
track of your letter answers. Make sure to change the subject of the
e-mail to read YOUR total. When you are finished, forward this to
your friends and also send it to the person who sent this to you.
Make sure to put YOUR score in the subject box. Ready?? Begin...


============================================================

1. When do you feel your best?

a) in the morning
b) during the afternoon &and early evening
c) late at night

2. You usually walk...

a) fairly fast, with long steps
b) fairly fast, with little steps
c) less fast head up, looking the world in the face
d) less fast, head down
e) very slowly

3. When talking to people you...

a) stand with your arms folded
b) have your hands clasped
c) have one or both your hands on your hips
d) touch or push the person to whom you are talking
e) play with your ear, touch your chin, or smooth your hair

4. When relaxing, you sit with...

a) your knees bent with your legs neatly side by side
b) your legs crossed
c) your legs stretched out or straight
d) one leg curled under you

5. When something really amuses you, you react with...

a) a big, appreciative laugh
b) a laugh, but not a loud one
c) a quiet chuckle
d) a sheepish smile

6. When you go to a party or social gathering you...

a) make a loud entrance so everyone notices you
b) make a quiet entrance, looking around for someoneyou know
c) make the quietest entrance, trying to stay unnoticed

7. You're working very hard, concentrating hard, and you're
interrupted, do you...

a) welcome the break
b) feel extremely irritated
c) vary between these two extremes

8. Which of the following colors do you like most?

a) Red or orange
b) black
c) yellow or light blue
d) green
e) dark blue or purple
f) white
g) brown or gray

9. When you are in bed at night, in those last few moments before
going to sleep, you lie...

a) stretched out on your back
b) stretched out face down on your stomach
c) on your side, slightly curled
d) with your head on one arm
e) with your head under the covers

10. You often dream that you are...

a) falling
b) fighting or struggling
c) searching for something or somebody
d) flying or floating
e) you usually have dreamless sleep
f) your dreams are always pleasant
.
.
.
.
.
.
POINTS:
1. (a) 2 (b) 4 (c) 6
2. (a) 6 (b) 4 (c) 7 (d) 2 (e) 1
3. (a) 4 (b) 2 (c) 5 (d) 7 (e) 6
4. (a) 4 (b) 6 (c) 2 (d) 1
5. (a) 6 (b) 4 (c) 3 (d) 5 (e) 2
6. (a) 6 (b) 4 (c) 2
7. (a) 6 (b) 2 (c) 4
8. (a) 6 (b) 7 (c) 5 (d) 4 (e) 3 (f) 2 (g) 1
9. (a) 7 (b) 6 (c) 4 (d) 2 (e) 1
10. (a) 4 (b) 2 (c) 3 (d) 5 (e) 6 (f) 1

Now add up the total number of points.

OVER 60 POINTS: Others see you as someone they
should "handle with care." You're seen as vain,
self-centered, and who is extremely dominant. Others
may admire you, wishing they could be more like you,
but don't always trust you, hesitating to become too
deeply involved with you.

51 TO 60 POINTS: Others see you as an exciting,
highly volatile, rather impulsive personality; a
natural leader, who's quick to make decisions,
though not always the right ones. They see you a
bold and adventuresome, someone who will try
anything once; someone who takes chances and enjoys
an adventure. They enjoy being in your company
because of the excitement you radiate.

41 TO 50 POINTS: Others see you as fresh, lively,
charming, amusing, practical, and always
interesting; someone who's constantly in the center
of attention, but sufficiently well-balanced not to
let it go to their head. They also see you as kind,
considerate, and understanding; someone who'll
always cheer them up and help them out.

31 TO 40 POINTS: Others see you as sensible,
cautious, careful &practical. They see you as
clever, gifted, or talented, but modest. Not a
person who makes friends too quickly or easily, but
someone who's extremely loyal to friends you do make
and who expect the same loyalty in return. Those who
really get to know you realize it takes a lot to
shake your trust in your friends, but equally that
it takes you a long time to get over it if that
trust is ever broken.

21 TO 30 POINTS: Your friends see you as painstaking
and fussy. They see you as very cautious, extremely careful, a
slow and steady plodder. It would really
surprise them if you ever did something impulsively
or on the spur of the moment, expecting you to
examine everything carefully from every angle and
then, usually decide against it.They think this
reaction is caused partly by your careful nature.

UNDER 21 POINTS: People think you are shy, nervous,
and indecisive, someone who needs looking after, who
always wantssomeone else to make the decisions & who
doesn't want to get involved with anyone or
anything. They see you as a worrier who always sees
problems that don't exist. Some people think you're
boring. Only those who know you well know that you aren't.
Now forward this to others, and put your score in the subject box.

+posted by arkarnax @ 10:02 PM

+++++

Aku baru dapat tahu, sem baru maybe start 9/6. Lambat lg. So, esok or lusa kena tukar tiket aku balik Malaysia form 17/5 to early June. Buat apa aku nak balik awal-awal. Bukannya ada sesiapa kat umah tuh. Baik aku habiskan cuti aku kat Romania nih, boleh gak jalan-jalan tgk negara org. And one more thing, aku baru dpt tahu, khabar angin mengatakan, subject yg dolo-dolo yg dapat C- ke bawah kena repeat. Ingatkan, bila sistem baru (C lulus), sistem lama dah kira burn ah. Tapi rupa-rupanya diambil kira gak. Ntahle, tgk ah sem depan camne. Malas aku nak pikir...

+posted by arkarnax @ 9:58 PM

+++++

Monday, May 05, 2003

Again, aku rasa agak malas nak tulis something dlm blog nih. Maybe betul la apa yg aku dpt dlm Bloginality Weblogger Personality yg aku amik semalam. Aku dapat ENFP (rujuk definition kat bawah). Katanya aku nih tak consistant in posts as a weblogger which is definitely true. Patutla, selalu sangat aku malas nak post. But anyway, maybe kehidupan sebenar dlm bentuk 3-D lebih menarik drpd kehidupan maya. Whatever!
__________________________________________________________________________________
As an ENFP, you are Extraverted, iNtuative, Feeling , Perceiving.
This makes your primary focus on Extraverted Intuition with Introverted Feeling.

This is defined as a NF personality, which is part of Carl Jung's Idealist (Identity Seeking) type, and more specifically the Champions or Inspirer.

As a weblogger, you may not be consistant in posts. Although, if you find a specific focus on their journal or a very flexible manner of writing, it may be more fufilling. Because you are warm and see so many posibilities in life, you may inspire others to follow in your footsteps with a journal.



+posted by arkarnax @ 6:58 PM

+++++

Sunday, May 04, 2003

Hari nih aku dapat email nih daripada Mas. Aku malas nak forward, so I think it's better if I post it up here. But I found it quite interesting though and I have to admit that some of it are true...anywayz, it's up to u whether u think that those things has ever happened to u or not....

SIGNS THAT UR IN LOVE

Description:
Tanda-tanda awal...
>U ada ramai kawan tapi dalam banyak-banyak tu u asyik ingat kat dia sorang jer..dia sihat ke tak..dia dah makan ke belum..dia ingat kat u ke tak.

>U jadi resah gelisah kalau tak dapat dengar suara dia,

>U jadi malap, kelabu asap, tapi bila dengar suara dia u automatik segar bugar, perut lapar terus kenyang..

>Uiii.. u cemburu bila dia bercerita tentang kecantikan/kehenseman perempuan/lelaki yang dia jumpa..Kekadang u rasa u kecik hati dengan dia pasal asyik cerita pasal orang lain yang lebih hebat dari u.

>U dapat jumpa dia sekali jer dalam sebulan so bila dapat jumpa dia u rasa macam dunia ni u yang punya. Balik rumah wajah dia asyik terbayang di mata u tapi u pun hairan kenapa u mesti ada perasaan macam tu terhadap dia..

>Surat, kad raya, tiket bas, sampah atau apa saja pemberian darinya u simpan sampai penuh almari rumah u..Kalau ada lipas gigit salah satu barang pemberian darinya pasti mampus lipas tu u gigit balik...uiii..ganehnyer.. Kadang kala u sengaja buat perangai nak bagi dia jeles kat u tapi dia sikit pun takder respon sebaliknya u sendiri yang makan hati..tapi u tak sedar kenapa u buat macam tu..kenapa u nak bagi dia jeles kat u?

>U percaya padanya. U sedia berkongsi apa saja cerita dengannya. U juga suka mendengar celotehnya walaupun kadang-kala ceritanya membosankan u tapi u tetap sudi melayan karenahnya.

>Bila family U sebut pasal jodoh, U cakap belum ada calon tapi dalam kepala otak U dok terbayang-bayang U bersanding dengan dia..cis!!

>Hmm...itu adalah secebis perasaan U kat dia namun apakah makna perasaan tersebut? Nak kata kawan biasa..kenapa u treat dia baguih semacam jer? Alah mengaku sajalah yang u ni dah jatuh hati padanya..

>U tau tak mengikut survey, itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda awal orang yang dah JATUH CINTA. Perasaan tu sedikit sebanyak akan menyiksa diri u sendiri. U tau kenapa? Sebab u punya ego tu tinggi sangat...apa susah sangat ker u nak declare yang u ni betul-betul falling in love kat dia..ops..i'm sorry kalau u ni perempuan memang la susah sikit takut perigi cari timba pulak kan..tapi setiap orang ada cara tersendiri..

>2003 telah menjelma dan kalau rasa tak sabar nak pegang tangan tok kadi...So kepada U-U kat luar sana, kalau ada perasaan seperti yang I senaraikan kat atas tu pada orang tertentu..selidiklah betul-betul then jangan tunggu lama-lama...pepatah I sendiri mengatakan " kecewa CINTA ditolak adalah lebih baik daripada kecewa terlepas CINTA".




+posted by arkarnax @ 9:45 PM

+++++

Friday, May 02, 2003

Semalam aku tak sempat nak citer apa yang kitaorang buat lepas exam.
Anywayz, semuanya bermula waktu habis sem 2 time 2nd year, tahun 2002. Hahah..nombor 2 cam nombor bertuah jek. Ntah camne boleh plan nak jejalan, kami 5 orang pun setuju nak gi 'roadtrip' ke Bukit Tinggi, Pahang. Memang kitaorang tak pernah pegi lg tempat tuh cuma tgk dlm tv jek kononnya tempat tuh style ala-ala Peranchis. So, sehari sebelum gi sana, kitaorang pun sibuk carik no. tel ntuk kereta sewa. Punye la susah nak carik, almaklumlah, time hujung minggu. Telefon punya telefon, last-last dpt sewa kereta kat org yg plg kami tak nak pasal sorang drpd kawan aku ada kes ngan penyewa kereta tuh. Tak ingat lah pasal apa. Anyway, keesokan harinya,setelah menyediakan sandwich sardin kat umah aku, kitaorang berlima pun dengan sukacitanya (almaklumlah, dah habis exam), membawa diri ke Bukit Tinggi. Dahle naik kete kancil, bersempitle kami berlima nih. Disebabkan kereta tuh manual, Ros sorang jek boleh bawak cos aku cuma boleh bawa auto jek sebab aku guna different foot for breaks. Sepatutnya, pad minyak ngan break guna satu kaki, then clutch,kaki lain lak. Tapi itula masalah aku, dah habis-habis belajar driving, terus bawak auto, susah dahle nak tukar. Back to my story, setelah sejam setengah perjalanan, akhirnya kitaorang pun sampai ke bkt tinggi. Tapi kami terus naik to the highest point of the bukit(heheh,sorry, mix languange). Sampai situ, tangkap le gambar dulu beberapa keping sebab time tuh dah nak kul 6 ptg, so tempat tuh dah nak tutup. So, kami takleh masuk. Tak silap aku, tempat tuh Japanese Tea Garden. Anywayz, memandangkan kami takleh masuk, so kitaorang turun balik ke French Village (sebenarnya, aku dah lupa nama betul tempat tuh). Nak masuk situ, kena bayar RM10 sorang. Guard yg ada kat situ duk mengusik kata Cikgu(Ros-yg drive kete) bawak kami jejalan. Alahai, malunya. Nampak cam budak skolah ke kami nih. LOL. Khabarnya, diaorang kata takleh bawak makanan masuk kat tempat tuh, so kami bersungguh-sungguh sembunyi sandwich yg kitaorang bawak sampai terpenyek sandwich tuh. Kelakar tul. So, kitaorang pun masukle ke dalam. Masuk-masuk jek, apa lagi, berpinau mata aku psl asyik dihujani ngan flash jek. Possing tak habis-habis. Tapi yang best part, dapat pegang ular. Hahah, aku memangle tak pernah pegang ular seumur hidup aku...tetiba dapat pegang ular sawa warna kuning...cantik...tapi besar. Lima-lima orang angkat ular tuh...tapi Ros tak pegang langsung pasal dia geli, katanya. Aku pegang kat tengah, so takle rasa apa sangat. Zeti kena pegang kepala...bahaya tuh. Walaupun ular sawa tak patuk, cuma lilit jek, tapi kepala ular sawa tuh cam dah nak kena tangan si Zeti dah. Nasib baikle takde apa-apa. Lepas ular sawa tuh, kitaorang carik tempat semayang, then gi makan pasal dah lapar sgt dah. Nak makan pizza psl kononnya ala france ler, tapi sebab harga agak mahal kat situ, kitaorang makan roasted chicken jek. Lepas makan, ada fire show which was pretty interesting. Daredevil tuh juggled with fire sticks...ala, cam kat circus tuh. He came all the way from Austria (kalau tak silap), so memang pro ler. Lepas habis fire show tuh, kami pun berpakat nak carik tempat tidur. Memandangkan, harga penginapan kat French Village tuh mahal, kami pun keluar dari area tuh dan turun ke bawah. Dahle gelap gelita kat situ, risau betul. Tak habis-habis kami mengucap kat dalam tuh. Iyelah, area bukit, mcm-mcm ada. Semua org diam jek. Bila dah sampai bawah, kami pun bersetuju ntuk tidur kat satu hotel which was pretty cheap. Kami tidur kat dlm studio but ada dapur masak. So, malam tuh, tidur la kami berhimpit-himpit kat studio tuh memandangkan cuma ada satu jek queen bed and a sofa. Berbaloilah, dah murah, cam tu ler.
Keesokan paginyer, kononnya nak gi sauna le, tapi semua bgn lambat. So, tak sempat dah psl kitaorang nak naik balik untuk ke Japanese Tea House. Kat Japanese Tea House tuh, we were welcomed by a cup of Japanese tea which doesn't taste that good. LOL. Lepas tuh, pusing-pusing la kat situ ambil udara segar waktu pagi. Memang lupa habis paper-paper yg time exam tuh tension giler. Setelah puas amik angin kat situ, kami pun sepakat balik semula ke KL. Tapi sempat lagi singgah kat Air Terjun ermmm...alamak, lupa ler nama apa. Lepas makan nasi lemak kat situ, kitaorang pun balik. Disebabkan, still ada masa lagi nak guna kereta tuh dan minyak pun banyak lg, kami pun gi makan lak kat Satay Kajang. Sebut satay kajang nih, teringin lak aku nak makan satay, mana le nak dpt kat Romania nih. Kena buat sendiri le tapi rasa dia still tak sama dengan keenakan satay kajang...yum..yum...
So, itule cerita kami roadtrip ke Bkt Tinggi. Lepas roadtrip ke Bkt Tinggi, sem berikutnya kami ke Melaka and then last sem gi Johor. Nak cerita pun pjg sgt....
But anyway, mcm aku katakan semalam, time study le best. Boleh huhahuha ngan kengkawan...nanti keje dah susah...bukannya workmate kiter dalam lingkungan umur kiter. Banyak yg dah tua (depends on what ur working as) and ada their own family. So, susah le sket. Tapi, biarpun dalam bersuka, kena gak seimbangkan dengan keperluan time akhirat nanti. Kang kalau jadi apa-apa, naya jek. Yang penting, kalau nak bergembira, jgn over-over sgt, kena ada batasan gak.....

+posted by arkarnax @ 7:09 PM

+++++

Thursday, May 01, 2003

Baru tukar layout baru. Thanks to Pixelscripts Susah gak nak adjust bagi suitable to blogspot but thankfully I managed to change it. Lagipun, aku nih bukannya terror sgt bab-bab html code nih. Baru cuba-cuba jek.
Anyway, hari nih Labour Day. Cuti ek, tapi bagi aku sama jek pasal esok lusa still cuti lagi...sebulan lagi baru start balik sem baru which I'm not looking forward to.hehehe... yelah, kalau dah cuti lelama camni...bila nak start balik mesti malas nak mampus. Teruk tul...nasib baik le tgh study lagi, kalau dah keje, susah la nak dapat cuti lama-lama camni. Itu ah, org selalu kata, time study la plg best. U don't give a damn about anything...oppss...maybe u still need to give a damn on ur studies but wahey...time study la kiter bebas buat apa-apa pun...nak kuar ngan kengkawan ke, nak buat adventurous thing, nak gi pusing-pusing satu Malaya ke...hehhehe...sebut pasal pusing-pusing satu malaya, teringat lak kisah aku ngan kengkawan aku yang tak reti duk diam tuh. Pantang lepas habis exam jek, ada jek plan gi mcm2 tempat. Nak cita pepanjang lagi, tapi adik aku nih sibuk nak guna internet lak. Kacau daun betul ah...esok ah citer...

+posted by arkarnax @ 5:58 PM

+++++