:::U Thought U Know Me Well...But U Don't:::
Tuesday, June 24, 2003

Okeh...dah penat cerita psl 3 minggu lepas punyer story. Nih cerita minggu nih lak...

Semalam senarai nama pelajar ngan tajuk tesis dah kuar. Kami tak tau pun kuar tapi time kelas, bebudak Cina nih meluru keluar. Nasib baik lecturer tanya apsal. Then baru aku tahu yg sebenarnya diaorang nak tgk apa tajuk tesis yg dapat dan kalau x dapat, kena lalui second round. Ros ngan Amy pun kuar. Ros ajak aku, tapi aku tak nak cos kesian kat prof nanti, kelas kosong sgt. Last2, ZT ngan Asiah lak kuar. Nasib baik ler ZT call aku bgtau aku tak dapat. Apa lg, meluru le aku kuar pasal nak kena jumpa Pn. Soenita utk dpt tajuk lain. Dahtu, first come, first serve lak tuh. Aku dpt tau, Ros pun x dpt, so kami gi jumpa Pn. Soenita utk pilih tajuk lain. Dah yg tinggal susah-susah jek, aku amik jek En. Mokhtar punyer tajuk tp masalahnya, dia tak bg tajuk tesis. Apa lg, seharian aku menunngu kat fak tuh untuk jumpa dia tp dia takde. Hujan pulak lama ngan lebat ptg tuh.Sebab rasa susah sgt nak jumpa dia, Ros gi merayu kat Dr Roslan ntk amik tesis bawah dia tp dia kata dia tak larat nak amik banyak sgt sebab dia dah ada 6 tajuk dah. Dia suruh tanya lecturer lain. Alih-alih aku sembang ngan Pisang dan dia pun suruh aku amik under Prof Rehan. Dah tuh, dia cadangkan lg tajuk yg boleh aku amik. So, aku pun balik dengan hampa dan dgn harapan esok leh ler jumpa Prof Rehan nutk dpt tajuk dia cos nak tunggu dia habis meeting pun lama lg.

Jadi hari nih, awal aku dtg jabatan tapi Prof tak dtg lagi. So, kami tunggu kat tempat parking dia. Nasib baik la bila kami kata nak amik tesis under dia, dia bagi. So, aku pun kemukakan tajuk yg macam Pisang rekemenkan. Prof kata bagus tajuk tuh tapi sebenarnya aku pun tak tau sgt berkenaan dgn apa tapi takpe, lepas nih leh buat research. Jadi akhirnya, inilah dia tajuk yg aku dapat untuk tesis, Effects Of Rubber Additives On SMA-Type Mixes. Jadi ituler yg membawa aku ke Makmal Gunasama nih kononnya nak carik bahan untuk tesis tapi aku terlanjur menge'post' kat blog nih. Takpe la..at least, update ler sket blog nih.

So, ituler dia ceritanya...syukur alhamdulillah....nak gi lunch lah...


+posted by arkarnax @ 1:36 PM

+++++

Assalamualaikum,
Lama betul aku tak post dalam blog nih. Nak dekat tiga minggu sejak aku balik dari Romania. Nih pun kira baru first time aku dapat merasa menggunakan internet sejak balik hari tuh. Nak guna internet kat umah, rosak lak. Nak gi CC, malas...alih-alih aku guna yang kat fakulti punyer. Lantak ah...orang lain pun ada yang menyalahgunakan kemudahan internet kat sini.

Banyak betul sebenarnya cerita yang nak aku sampaikan tapi terlalu banyak sangat sampai aku rasa, kang lama lak aku bertapa kat makmal gunasama nih. Kang kesian lak, orang lain tak dapat nak guna. So, aku cerita sikit-sikit la...apa yang aku ingat telah berlaku sejak 3 minggu yang lalu...

JUNE 6, 2003

From: Bucharest, Romania
Destination: Schipol, Amsterdam, Holland
Flight: KL 1358
Class: M
Seat no: 8A but sat at 8C
Departure time: 6.40 am (local time)
Arrival time: 8.08 am (local time)

Memandangkan flight aku seterusnya ke Kuala Lumpur, Malaysia kul 12 pm, maka aku pun jejalan ler kat airport Amsterdam yang besar tuh. Carik t-shirt untuk aku dan adik aku cos time datang dulu, tak teringin nak beli pun tapi lepas tuh rasa, kalau tak beli, menyesal lak. Dah penat berjalan, aku duduk ler melepak tengok orang-orang Dutch yang tak kurang hensem dan lawanya. Lebih kurang 2 jam sebelum departure, aku cadang le nak gi toilet dulu. Tak sangka lak, tengah jalan-jalan tuh ternampak Ruud Van Nistelrooy! Aku punyaler ingatkan players M.U. ada kat situ..tapi belakang Nistelrooy ada Marc Overmars...so sahle diaorang nih player Holland. Tanpa diduga dan tak sengaja, aku ter'follow' lak Nistelrooy. Ntah ape la yang aku pikir time tuh. Nak mintak autograph, malu lak pasal aku sengsorang jek. Nak tangkap gambar, takde kamera. Last-last, aku berenti je ikut dia, pastu lalulah players Holland yg lain seperti Jaap Stam. Yang lain-lain, ada gak muka familiar tapi aku tak ingat nama. Dah aku terperasan sendiri kat situ, baru aku sedar yang aku terikut diaorang sampai kat tempat domestic punyer departure. Tak tauler ada org perasan ke idak. Dengan tersipu-sipu sendirian, aku patah balik ke toilet. Kelakar tul.

JUNE 7,2003

From: Schipol, Amsterdam, Holland
Destination: KLIA, Malaysia
Departure time: 12.00 pm (local time, 6/6/03)
Arrival time: 6.10 am (local time)

Akhirnya, aku selamat tiba di Malaysia. Tak sangka kena lalui SARS screening. Dah lah time tuh tgh drowsy lagi. Nasib baik lepas. Balik umah, aku amik cab jek pasal awal sgt kalau nak mintak tolong org amikkan. Wah, tak sangka tul cuaca kat Malaysia sangat panas (hehehe, yelah, dah lama duk negara orang, bila balik negara sendiri, rasa lain lak). Nasib baik la aku tak demam cos selalunya kalau aku balik Malaysia, mesti demam punyer pasal perubahan cuaca yang mendadak. Benda pertama sekali yang buat aku tergelak waktu sampai tu ialah bila tgk motor. Lama betul aku tak tengok motor. Kat Romania, org pakai kereta jek. Kalau ada motor pun yg jenis harley jek. tu pun susah nak jumpa. Sampai umah jek, aku terus nampak kereta aku yang baru dicat. Mula-mula tengok, terkejut la jugak pasal aku tak berharap untuk dapat warna tuh. Aku nak warna lain tapi dah Pak Teh aku antar gi cat dah, patutnya dah cukup bersyukur le aku. Yelah, dah ada kereta pun dah cukup bernasib baik. Boleh gak gi jejalan. Senang sket. Masuk dalam umah jek, terus aku tidur sebab penat sangat....

JUNE 8-15, 2003

8/6 terus aku balik umah sewa cos 9/6 dah nak kena daftar semester baru. Time drive tuh baruler nampak muka-muka orang Malaysia yang dah lama aku tak tengok. Jadi, aku tauler camne org foreign rasa bila diaorang datang Malaysia. Ada satu perasaan yang aku pun tak reti nak terangkan.

Hari Isnin tuh gi ler fak untuk daftar subjek tapi rupa-rupanya daftar online so aku minta kwn aku tolong daftarkan. Kami lak tunggu jek depan jabatan tuh sebab nak tunggu tajuk tesis. Tunggu punya tunggu dari pagi, alih2 aku ajak diaorang gi Mid Valley psl aku nak tukar duit ngan lunch skali. Balik dr Mid Valley gi fakulti balik tapi still tajuk tesis tak keluar.

Selasa, baru tajuk tesis keluar. Berebut-rebut la nak tgk tajuk apa yg best dan boleh dipilih. Kelas dah start tapi nasib baik hari Selasa memang off untuk bebudak yg amik tesis.

Hari Rabu aku tak ingat aku buat apa. Maybe pegi kelas dan start blajar setelah lama tak belajar. Tapi still, mood nak blajar tuh takde.

Hari Khamis ngan Jumaat ada taklimat tesis drpd lecturers. Aku dah siap sedia aim lecturer mana yg aku rasa tajuk yg ditawarkan tuh best. Apa lg aku buat yek...ntahler...sembang-sembang ngan kengkawan jelah....

Hujung minggu aku balik rumah cos adik aku kata nak balik. Tak buat apa pun. Duk umah ngan bersembang jek...

JUNE 16-22, 2003

Hari Isnin tuh aku dah submit tajuk tesis. Kena isi 5 pilihan. Dah hantar dah, baru diorang kata ada pertambahan tajuk baru, so last day hantar hari Rabu. Takpelah. Nak buat camne, aku dah antar dah pun.

Hari Selasa gi MV lagi cos kononnya nak ambik hadiah yg aku menang from Catcha.com tapi org tuh kata hadiah tak sampai lagi. Next week baru amik. So, aku pun jejalan jelah kat MV tuh ngan shopping sikit-sikit,

Rabu, ntah angau apa ntah tetiba rasa nak main tenis. Apa lagi, petang tuh pinjam tenis kat kawan Faz...then main ler kami bertiga, aku, faz, zt kat gelanggang squash psl kami malu nak gi gelanggan tenis. Yelah, first time aku nak main. Pukul bola pun tak reti lagi. Pukul sket dah termasuk kat sebelah. Kesian abang tuh jd tukang pengutip bola kami lak. Tak sedar main tenis, mlm tuh ada kelas lak kul 8. Pegi je kelas tuh, memang terasa segar bugar. Semangat nak belajar pun bertambah. Mesti sebab badan sihat selepas main tenis tuh. Tuh yg jd camtuh. Bagus gak....nak study pun senang. Patutla org kata, kalau bersukan petang, petang, bagus sebab nanti otak pun cerdas.

Khamis tak main tenis cos kul 5-7 ada kelas. So, hari Jumaat petang tuh, lepas je ujan, terus gi main. Kali nih tak main kat court squash dah. Terus kat tennis court. Nasib baik Nana dtg skali, so bolehlah main pair. Nak kata terror, takde ler terror psl kekadang pukul tak betul tapi rasanya kalau banyak2 practise, leh jadi Anna Kournikova...heheheh...malam tuh, gi swimming lak...aduh, aktif betul kitaorang hari tuh...

Hujung minggu balik umah lg. Adik aku ajak gi tgk Ning kat HMI tapi aku malas so aku balik umah dulu. Ahad tuh ada kenduri kakak Amy kawin. So, aku gi ngan Fath je cos yg lain dtg lagi awal. Nasib baik kitaorang dtg lambat cos sempat la nampak pengantin berarak ngan kompang dan makan beradat.


+posted by arkarnax @ 12:55 PM

+++++

Thursday, June 05, 2003

ROMANIA, LA REVEDERE!!!!!

Hari nih adalah hari terakhir aku kat Romania. Esok pagi-pagi kul 6.40 flight aku berlepas ke Amsterdam, Holland. Nampaknya esok kul 4 lebih dah kena bangun ler...wah, awal nak mampus...hehehe....

Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Dah 2 bulan aku duduk kat sini dan dah 3 tahun family aku kat sini. Aku ingat lagi first time aku datang Romania. Time tuh bulan 12 tahun 2000. Aku datang beraya kat sini.(Family aku datang Romania time bulan 7). Aku ingat lagi, time hari raya tuh, orang Romania lain sibuk ngan Krismas, kami jek yg beraya sesama sendiri. Kami pakai baju kurung (aku pakai baju kurung raya tahun lepas sebab tak buat pun baju tahun tuh). Pastu kami naik Metro (subway train, saja jek nak try naik psl kat Msia mana ada subway train) untuk ke umah kawan ayah aku. Yelah, mana ada orang Malaysia dah kat Romania nih. Ada 3 family jek. Orang lain punyalah hairan tengok kami nak metro pakai baju kurung ngan tudung. Aku still ingat lagi, sampai jek kat stesen yang kami tujui, time nak naik tangga, ada lak sorang budak nakal tarik tudung aku. Nasib baik tak tercabut. Teruk tul...tuh sebab kami nampak pelik sangat ler tuh yg dia buat camtuh...malang tul. Dan time 1/1/2001 pun aku celebrate kat Romania gak. Time tuh tetiba snow turun. Memang special la psl tahun baru. Dah dekat 15 tahun aku tak tengok snow, so seronoknya bukan kepalang ler. Kami adik beradik terus keluar main time snow tengah turun...Esoknya tuh, terus pegi brasov (kawasan pergunungan) untuk main ngan snow. Snow memang tebal time tuh...seronok aahh tapi sejjjuukkk!!!

Kemudian, second time aku datang Romania time bulan 3/2001. Cuti akhir sem. Aku stay 2 bulan gak. Time datang tuh, aku dapat jalan-jalan hampir ke seluruh Romania. Dapat gak tengok Dracula's Castle dan Transylvania yang dahulunya begitu gah dengan lagenda drakulanya. Banyakler tempat yang pergi sampai aku pun dah tak ingat nama tempat tuh...tapi yang nyatanya memang best...

Third time pulak tahun lepas bulan 10/2002. Aku datang sekejap jek. Dalam 2 minggu jek cos cuti pun tak lama. Tapi sempat lagi jejalan kat Turkey. Turkey memang best kalau nak shopping. Banyak sangat barang dan harga pun berpatutan terutamanya barangan leather. Memang kena bawak banyak duit kalau gi Turkey. Kalau tak, rugi. Turkey pun memang cantik pasal senibinanya time zaman Uthmaniyah dulu. Salah satu negara yang aku syorkan untuk pergi. Kemudian kalau kat Romania lak, aku pusing-pusing bandar Bucharest jek. Pergi kawasan kampung, tangkap gambar ngan pokok epal yang lebat buahnya sampai terpatah dahan-dahan pokok-pokok tuh. Memang dasyat.

Then kali nih lak, 2 bulan lagi aku stay sini. Tak jalan sangat kali nih. Tapi aku sampai gak akhirnya ke Holland ngan Belgium. Sempat la jalan-jalan kat sini. Dua-dua negara nih memang lawa tapi barang-barang sangat mahal. Tapi kalau sekadar nak melancong, tengok negara orang, okey ler. Aku dah citer kisah jejalan kat Amsterdam nagn Brussel kat blog nih, so, aku malas nak cerita balik.

So, itulah dia, setelah 4 kali aku datang menghabiskan cuti semester aku di sini. Selalunya student yang studies abroad yang balik malaysia jumpa mak ayah, aku lak terbalik pulak. Yang pastinya, Romania banyak meninggalkan kenangan pada aku. Dan aku pastinya akan merindui banyak benda di sini. Ronnie, kucing yang berjaya membuatkan aku terus tidak rasa gentar bila berada dengan kucing. Kalau sebelum nih, nak dukung kucing pun takut. Tapi kerana kebaikan Ronnie, aku terus menjadi berani walaupun pada awalnya aku takut ngan ngan Ronnie pasal dia besar. Besar daripada Ciko walaupun usianya baru setahun lebih. Aku takkan dapat lupakan kisah Ronnie terbelit leher ngan skipping rope, Ronnie lari dari rumah selama seminggu dan rupanya tersangkut kat attic umah sebelah dan tak reti nak turun. Kemudian, kisah Ronnie terjatuh dari tingkap bilik tidur kami. Nasib baik ada atap bawah tuh. So, terpaksaler dia tidur semalaman atas atap tuh sebab kami suruh dia panjat, dia tak nak. Kelakar, memang kelakar. Kekadang kami panggil dia, Ronnie Samdol cos asyik buat stunt yang merepek-repek jek. Ciko pulak, memang kucing yang moodnya berubah-ubah. Kalau time mood baik, bolehle dukung dia merata tempat, kalau tak, maunyer digigit tangan kiter tuh takpun kena cakar. Tapi dia kucing yang cerdik, selalunya menyahut bila kiter panggil nama dia, takpun goyang ekor tme dia malas nak berbunyi. Nak makan pun memilih, kalau makanan dlm tin, cuma nak yang fresh, drpd tin yg baru dibuka kalau tak cuma makan ikan jek. Favourite food yang lain, cheese dan coklat.

Selain daripada kucing-kucing tuh, aku sudah tentu akan merindui lagu-lagu yang dimainkan oleh gipsy kat depan umah tuh. Memang gamat dan riuh rendah ngan anak cucu. Tak sempat juga nak melihat rumah Dr. yang tengah buat kat depan rumah tuh. Nak gak tengok, selawa cam umah yg kami duduk ke. Dan juga tak mungkin lagi aku dapat mendengar bahasa Romania disebut lagi. Aku tak dapat melihat senyuman sesetengan pekedai yg begitu baik melayan client biarpun mereka tak paham langsung bahasa Inggeris. Dan setiap kali masuk kedai, mesti diaorang ucap Buna Ziua(Good Day) dan bila keluar, mereka akan mengucapkan La Revedere(Bye) biarpun kami tak beli apa-apa. Memang sopan santun. Kalau kat Msia, susah nak jumpa pekedai yg greet kiter time masuk dan keluar. Aku dah banyak ke negara-negara lain dan aku rasa, orang Romania adalah golongan yang memang baik dan peramah. Tak sombong. Mungkin mereka pun sedar asal usul mereka dan keadaan negara mereka yang dahulunya daif. Aku juga sudah tentunya rindu untuk menonton rancangan-rancangan yg menarik di tv nih. hehehe....tak sempat nak tgk BIG BROTHER sampai habis. Aku still harap, Alida akan menang! lol

Sudahlah....kalau aku nak cakap pasal Romania, sampai esok pun tak habis. Aku cuma nak ucapkan terima kasih bebanyak kat Sorin ngan Nico yg selalu hantar aku keluar shopping ngan ke klinik, terima kasih Anita pasal tolong kemaskan bedroom dan cuci umah. Berbillion-billion terima kasih kepada dentist-dentist aku yang begitu baik sekali melayan aku dan sentiasa sahaja memberikan senyuman. Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam kehidupan aku di Romania nih. Kalian semua sentiasa ada tempat di hati ini.....

Akhir sekali....terima kasih Romania kerana telah memberikan begitu banyak pengalaman yang begitu berharga kepadaku.....Te Iubesc Mult!!!








+posted by arkarnax @ 11:58 PM

+++++

Wednesday, June 04, 2003

Lusa dah nak balik. Makin berdebar-debar lak aku rasa. Aku memang tak suka naik flight kalau journey yang lama-lama sangat. Cramp kaki. Nak tidur pun susah..tak selesa. Kalau dah dapat tidur lak, tetiba jek kena kejut untuk makan. Tension tul. Dahle makanan dalam flight bukannya sedap. Kekadang bila baca menu tuh, bunyi cam sedap jek tapi bila sampai jek makanan kat kiter, dah jadi tak lalu nak makan. Bau makanan tuh kut...pelik sangat. Ntahler...tapi kalau dah lapar sangat, terpaksa ler makan. Kalau dapat naik business class, bolehler makan satay. Itupun kalau bernasib baik diaorang upgrade tiket tuh. Harap-harapnya time nak balik nih pun, dapat nak business ler pasal bukannya ramai orang nak travel ke Msia time nih. Bolehler nanti tidur sedap sket pasal seat dia besar. Ntahler...harap-harap jelah...kalau tak dapat, terpaksa ler berhimpit kat economy class tuh....

+posted by arkarnax @ 4:57 PM

+++++

Tuesday, June 03, 2003

Countdown untuk meninggalkan negara Romania nih dah makin dekat. Tinggal lagi 2 hari jek lagi. Aku pun dah tak tau apa aku nak buat dah untuk menghabiskan sisa-sisa masa aku di sini. Sekarang pun agak sibuk keluar membeli belah tika saat saat terakhir nih. Tapi kebanyakan barang yg aku carik, tak dapat pun lagi. Ntahle...kalau dah takde sangat, terpaksalah aku bagitau diaorang yg aku dah cari merata tempat tapi takde...

+posted by arkarnax @ 4:51 PM

+++++

Monday, June 02, 2003

nu pot se cred, nu pot se inteleg, nu pot se codue la naibaa...nu vrea!

+posted by arkarnax @ 3:54 PM

+++++