:::U Thought U Know Me Well...But U Don't:::
Tuesday, April 29, 2003

Semalam aku ngan adik aku sembang-sembang pasal our earliest memory. Saja menguji semula ingatan, apa benda pertama yang kiter ingat time kecik-kecik dulu.
Bagi aku, ntahle..sebenarnya aku ada 2 earliest memory and aku pun tak sure which one is earlier. Malas nak tanya balik kat parents aku.
Anywayz, aku rasa yang paling awal maybe time aku accident, lebih kurang time aku umur 3 tahun rasanya. Tapi aku tak dapat ingat sepenuhnya apa yang terjadi. Waktu tuh kami tinggal kat Fresno, California. Ayah aku kata, aku, adik aku ngan adik aku nak lintas jalan gi grocery shop. Tak sempat ayah aku nak halang, aku dah lintas dulu. 'Bang!', kena langgar ngan kereta. Aku memang tak ingat incident tuh tapi selepas tuh, aku ingat sikit-sikit jek. Ayah aku kata ambulans datang and bawak aku gi children hospital but at that time, aku cuma sedar time aku baru sampai kat hospital dan aku dibawa oleh kereta volkswagen warna hijau sedangkan aku sebenarnya naik ambulans. Kelakar tul. Then apa yang aku ingat, baju belang biru favourite aku kena gunting kat depan oleh doktor. Lepas tuh, dah tak ingat dah. So, maybe memory nih tak leh nak pakai sangat cos sikit sangat yang aku ingat.
And then, another memory was also in California. Aku ingat lagi, ada satu petang tuh, the whole family gi supermarket. Aku nak sangat beli toffee candy kat supermarket tuh tapi ayah aku tak bagi. Dia tak beli langsung apa-apa candy untuk kitaorang. Then malam tuh, 3 ekor hantu (hantu panggil ekor ke?) datang kacau aku malam tuh. Kitaorang semua tido sekatil tapi ayah aku jek sedar aku menangis. Mak ngan adik aku tido lena, tak sedar langsung and of course lah, aku jek yang nampak hantu tuh. Ada 3 ekor, satu hantu bentuk toffee candy yang aku nak tuh, tak silap aku satu lagi bentuk lolipop dan aku tak ingat lak yang satu lagi bentuk camne. Sebab aku menangis ngan meracau lain macam jek, ayah aku baca yasin. Aku nampak sekor hantu tuh terus datang gigit leher ayah aku. Maybe sebab marah sangat ayah aku tak nak bei candy tuh kat aku plus ayah aku baca yasin lagi. Lama-lama hantu tuh pun blah. Parut yang hantu tuh gigit kat ayah aku, still ada sampai aku sekolah rendah tapi sekarang dah takde. Bila aku cerita balik kat ayah aku, dia tak ingat tapi time sekolah rendah dulu, ayah aku sendiri yg tunjuk kat kami, leher dia yg kena gigit tuh and memang aku yakin tempat tuh la hantu tuh gigit. Tapi ntahle, maybe aku gak tak berapa ingat. Tapi kalau ingat balik, memang ah kelakar. Berapa ramai jek org nak dapat tengok hantu coklat?hahaha....
Apa-apapun, kedua-dua cerita kat atas tuh, adalah antara earliest memory aku yang aku still ingat sampai sekarang. Walaupun tak pasti mana satu dulu, tapi selalunya memory time kiter kecik-kecik la best....

+posted by arkarnax @ 11:33 PM

+++++

Saturday, April 26, 2003

Apa la tak habis-habis malang aku nih. Pagi tadi, tengah elok-elok tidur, kepala terantuk kat bucu meja sisi katil lak. Benjol dahi aku. Apa punya tidur ahh...Nasib baik tak tajam, kalau tak alamat kena gi hospital le pepagi buta tadi.
Harap-harapnye, next week semua okey la..dah lama aku tak gi keluar jejalan pekan Bucharest nih. Bebarang yang bebudak tuh pesan tak beli lagi pun.

+posted by arkarnax @ 9:56 PM

+++++

Friday, April 25, 2003

Aduih...malasnya nak buat apa-apa hari nih. Nak tulis journal pun malas. Rehat le kejap hari nih. Ujung minggu nih, org Romania nak sambut Easter. Bleh gak tgk apa yg diaorang buat. Ahad nih, penuh le church dekat umah nih. Nanti nak kuar jejalan pun susah. Anyway, pagi tadi gi buang stiches yang surgery last sunday. Ganas ah doktor tuh. Aku ingatkan doktor lelaki je kasar, tapi doktor pompuan kat romania nih pun dua kali lima jek. Tak pasal-pasal kena pegi pharmacy beli painkiller. chet...

+posted by arkarnax @ 8:48 PM

+++++

Thursday, April 24, 2003

Saja nak post my favourite song at the moment....

Lifestyle Of The Rich And Famous - Good Charlotte


Always see it on T.V.or read it in the magazines
Celebrities want sympathy
All they do is piss and moan inside the Rolling Stone
Talking about how hard life can be

I'd like to see them spend the week livin' life out on the street
I don't think they would survive
If they could spend a day or two walking in someone else's shoes
I think they'd stumble and they'd fall
They would fall (fall)

Lifestyles of the rich and the famous
They're always complaining, always complaining
If money is such a problem
Well they got mansions
Think we should rob them

Did you know when you were famous
You could kill your wife and there's no such thing as
25 to life as long as you've got the cash to pay for Cochran
And did you know if you were caught and you were smoking crack
McDonald's wouldn't even want to take you back
You could always just run for mayor of D.C.

I'd like to see them spend the week livin' life out on the street
I don't think they would survive
If they could spend a day or two walking in someone else's shoes
I think they'd stumble and they'd fall
They would fall (fall)

Lifestyles of the rich and the famous
They're always complaining, always complaining
If money is such a problem
Well they got mansions
Think we should rob them

Lifestyles of the rich and the famous
They're always complaining, always complaining
If money is such a problem
You got so many problems
Think I could solve them
Lifestyles of the rich and famous
We'll take your clothes, cash cards, and homes just stop complaining
Lifestyles of the rich and famous
Lifestyles of the rich and famous
Lifestyles of the rich and famous



+posted by arkarnax @ 8:26 PM

+++++

REAL MADRID ke Semi-Final



Walaupun semalam Real Madrid kalah ngan Manchester United, 3-4, tapi sebab kelebihan agregat 6-5, maka akhirnya Real Madrid berjaya melangkah ke semi-final untuk bertemu dengan Juventus awal bulan Mei nanti.

Nasib baik le waktu first match, Real Madrid dah menang, kalau dak, merana la aku nak tgk diaorang main kat semi. Malam semalam, kalau tgk dari segi permainan, aku rasa cam Manchester main okey lagi. Banyak kesilapan dilakukan terutamanya dari pemain pertahanan. Kelam kabut. Free-free jek Man U dpt goal free and the last goal pun kesilapan pemain Real Madrid. Zidane pun asyik tersilap passing bola jek. Apa ler, kata the best ball passing player. Nasib baik gak ada Ronaldo, 3rd goal dia memang cun betul. Walaupun nampak kelam kabut sket sebab takde Raul, tapi kehandalan Ronaldo tuh memang takleh nak sangkal. Tak sia-sia Real Madrid beli dia ngan harga €45m(tak silap aku la). Then aku rasa silap gak Man U tak masukkan Beckham awal-awal sket. Memandangkan aku takle amik tau sgt psl Man U, so aku pun tak tau apa tactic Fergusen tak masukkan Beckham dlm kesebelasan utama. Anyway, kira orait le tuh Man U menang yesterday nyer game ngan Real Madrid cuma malangnya x dpt masuk semi. Takpe, lain kali cuba lagi.

Apa-apa pun, all the best to Real Madrid. Nanti nak lawan ngan Juventus lak. Team tuh takleh pandang remeh. Players dia pun handal-handal. All we have to do is wait and see....MULT NOROC pentru REAL MADRID





+posted by arkarnax @ 8:11 PM

+++++

Wednesday, April 23, 2003

Akhirnya, setelah menghilang selama seminggu, Ronnie telah dijumpai di rumah jiran sebelah. Bila ingat balik, kelakar pun ada. Yelah, sebelum nih, semua orang asyik risau tak tentu pasal, dahtu ingatkan si Ronnie nih kena kidnap lah, takpun dah melarikan diri jauh dari kawasan perumahan nih la...macam-macam. Alih-alih, dia ada kat attic store umah sebelah. Mula-mula, mak yang perasan dulu. Dia tengah jenguk keluar kat balcony master bedroom.
"Papa, papa, meh tengok nih, mcm Ronnie jek."
"Ish...bukan aih...kucing lain tuh. Ron! Ron!".

Ronnie terus mengiow.
"Betui la tuh. Dia mengiow. Meh nak pi tanya kat Nabilah."
Apa lg, bila mak bagitau kat kami pasal kucing tuh, kamipun terus berlari nak gi tgk. Sahle, memang Ronnie tuh. Kesian kat dia. Bersungguh-sungguh dia mengiow dengan harapan kami selamatkan dia cepat-cepat. Tapi yg kelakarnya, si Ronnie nih mengiow perlahan sgt. Tak berapa dengar. Patutla, ayah aku kata, malam-malam dia dengar kucing mengiow, tapi perlahan jek. Bila dia intai luar, tak nampak lak si Ronnie.
Ayah aku terus turun bawah, panggil Marian suruh gi amik kucing tuh. Tapi nak masuk umah org tuh susah cos tuan umah dia tak keluar pun walaupun anjing bodoh dia duk menyalak cam nak mampus. Suruh shut-up pun asyik menyalak tak habis-habis. Agaknya, dia tak paham bahasa Ingeris kut. Bahasa Romania jek yg paham. Susah gak. Disebabkan tuan umah tak bukak gate+anjing ngok ngek tuh tak henti-henti menyalak, Marian terus panjat kat bumbung. Risau aku tengok, dahle bumbung org tuh pun daif tul, kalau roboh, sia-sia jek kena repair, dahtu, kesian kat Marian kena pegi hospital sekali lagi pasal hari tuh dah kena hempap ngan besi kat kening dia sampai kena jahit brape stiches ntah. Bila Marian sampai kat tempat Ronnie jek, kucing tuh terus lari masuk dalam attic tuh. Susahle nak amik cos tempat tuh kecik. Alih-alih Marian turun balik. Ayah aku gi panggil la Dr. (owner umah yg kitaorang duduk, lagipun dia duduk sekali kat tingkat atas). Pasal ayah aku nak cakap omputih ngan Marian, dia tak paham lak. So, kena le panggil Dr suruh dia call jiran tuh ckp nak masuk amik kucing ngan suruh bagi diam sket anjing itam dia tuh. Bila dah boleh masuk, jiran tuh pun amik Ronnie and then pass le kat nabilah. Begitule berakhirnya sebuah episod lost and found. Kelakar tul la Ronnie nih. Kucing tuh dahle penakut nak mampus. Bila dah tersesat kat atas attic tuh, dah tak reti nak balik sedangkan umah sebelah jek. Tuh mesti takut kat anjing jiran tuh. Dahle 2 ekor lak tuh. Satu tuh Rottweiler, besar nak mampus. Aku pun gerun tengok. Tapi yang besar tuh takle sebising yg kecik tuh. Hmmp...tak padan ngan kecik, kecoh jek.
Ronnie sampai-sampai umah jek, terus carik makanan, terketar-ketar badan dia. Makin kurus lak tuh. Mesti tak makan apa-apapun waktu kat attic tuh. Habis kotor badan, bau pun dah lain sampai Ciko pun tak kenal dah Ronnie. Kesian tul.
Itu ah, lepas nih kena jaga betul-betul la si Ronnie nih sebab kita selalu take for granted sesuatu benda/hal tu. Bila dah hilang/takde, barule nak menyesal tak sudah. Tapi itulah hakikatnya manusia. Mana ada yg perfect. Yang pastinya, bila dah berlaku sesuatu, next time, mesti dah alert, berjaga-jaga supaya tak berulang sebab nanti kita gak yg susah.
Lepas nih pun, aku nak try untuk hargai semua yang aku ada walapupun sekecil mana pun benda tuh. Sebelum nih, tak peduli pun kalau pemadam hilang la, apa la...buat tak reti jek tapi bila nak exam baru kelam kabut nak beli yg baru. Macam-macam nak carik. Itu ah orang kata, belajar dari pengalaman...dan selalunya pengalaman itulah yg mendewasakan kita....

+posted by arkarnax @ 8:35 PM

+++++

Tuesday, April 22, 2003

Wah...aku surf orang lain nyer journal...tak sangka lak banyak tul org kat Malaysia ada bakat terpendam sebagai penulis. Macam-macam kisah ada...aku pun tak tau camne diaorang leh dapat idea tulis benda-benda yang kekadang tuh kiter anggap remeh jek tapi bila diaorang karang pasal benda tuh, menjadi sesuatu yg menarik untuk dibaca. Hebat ah! Jadi penulis kat majalah pun mesti pass punyer. Tu ah, semua orang ada bakat terpendam, kalau kiter tak try keluarkan bakat tuh, we will never know we have one! Aku pun tak tau apa bakat terpendam aku...rasanya dah takde yang terpendam kut...dah habis dah dikeluarkan...maybe ah bakat aku bukan dalam bidang penulisan tapi benda yg lain....apapun, tak nak lah brag sgt psl benda tuh.
Anyway, aku rasa menulis journal/diary, tak kira sama ada online ataupun offline, banyak gak kepentingannya. Aku ingat lagi, waktu time sekolah menengah dulu, duk sibuk la menulis diari...kononnya org lain pun ada simpan diary lak so kiter pun tak nak ah ketinggalan. Aku pun pernah try, tapi sekerat jalan jek...dalam seminggu dua minggu jek, pastu dah jadi malas nak tulis pasal takde masa apatah lagi time tuh skolah asrama.Selalunya kalau tulis diary pun sebelum tidur tapi aku nih, tak sempat 'lights off' lagi dah hilang dibuai mimpi dah...Bila pepikir balik, ada gak rasa kesal cause best gak kalau baca balik apa yg ditulis dalam diary tuh...tak sangka lak banyak benda klakar/suka/duka yang pernah dilalui. Yelah, time tuh tak matang lagi...tulis diary pun mengarut jek cita dalam tuh. Time aku sekolah dulu pun, cikgu English aku suruh tulis journal. Bukan main lagi kami mengarang tapi pepaham lah, dia suruh mengarang dalam English, so banyakle grammar error...tercampuk aduk bahasa Melayu skali lah...silap guna phrase lah...mcm-mcm...but still, it was an enjoyable thing to do. Tetambah bila teacher puji kata journal kiter tuh interesting...ehheheh
But anyway, aku rasa bila kiter tulis diary/journal, kiter dapat express our feeling. Itu yg paling penting. Kekadang kiter malu nak bagitau benda tuh kat family ataupun kawan kiter, so jalan penyelesaian supaya tak serabut kepala, baik le kiter luahkan isi hati tuh dalam diary/journal. Dengan online journal/diary lak, kiter leh bagi orang lain baca apa yg tersirat kat pikiran kiter tuh, then kalau nak suruh org lain comment atau beri pandangan pun boleh. Dengan itu(skema la pulak ayat aku nih), dari masa ke semasa kiter leh check balik apa yg kiter buat/fikirkan hari tuh...jadi senang le sket kalau nak flash back apa yg terjadi. Tetambah lagi, aku rasa diary adalah satu bahan bukti yg paling penting kalau sesuatu telah berlaku sebab takkan le ada org nak menipu bila dia tulis diary. Ada ke? Kalau ada, org tuh sure orang giler...ahhaha....Jadi memudahkanle pihak berkuasa tak kira la polis ke,kerajaan ke, mak pak kiter ke, abang kakak, datuk nenek, sesiapa jek yg nak tau hal sebenar berkenaan apa yg menyebabkan sesuatu perkara itu ataupun kenapa benda tuh berlaku...ataupun yg sewaktu dengannya, bolehlah check diary/journal plaintif tuh. Banyak kes dapat diselesaikan dengan adanya diary nih. Huish, aku nih dah macam nak jadi detektif lak. Bahan bukti lah, plaintif la...apa lagi daa....
Walau apapun tujuan kiter menulis diary/journal atau apa-apapun, yg penting apa yg keluar kat skrin komputer tulah, perkara yg lahir dari lubuk hati kiter, dari perasaan kiter yg sebenar. Dan aku sebagai manusia biasa (aku rasa, aku memang manusia biasa, asli, tulen, bukan dari angkasa lepas), tidak terlepas dari perasaan ingin meluahkan apa yg tersirat kat fikiran aku nih agar dapat menjadi rujukan dan panduan untuk diri aku sendiri bagi meneruskan kehidupan yang masih jauh lagi dan penuh dengan ranjau berduri......

p/s-tak sangka aku berjaya menghasilkan satu artikel berkenaan diary/journal walaupun tak de la best sangat tapi aku tetap bangga...hehehe...kiter mesti bangga dengan diri kiter sendiri dan apa salahnye sekali sekala puji diri sendiri ek? Kalau bukan kiter sendiri nak memuji diri sendiri, siapa lagi yang nak puji???



+posted by arkarnax @ 7:24 PM

+++++

Sunday, April 20, 2003

Baru semalam dah ada idea nak taip apa hari nih...tapi tetiba hari nih rasa tak sihat lak...sejuk gak dalam umah nih. Heater tak pasang...maybe pasal tuan umah kata dah spring tapi weather waktu siang pun cuma 10-14 degrees...sejuk ah...duk dalam umah pun sejuk. kena pakai stokin, sweater pun kena pakai. hampeh tul....bila nak betul-betul spring nih????

+posted by arkarnax @ 11:29 PM

+++++

Saturday, April 19, 2003

Pagi tadi keluar gi office ayah aku. Baru jek pindah office baru. Bangunan tuh lama dah tapi still lawa. Ukiran-ukiran kat dalam memang cun habis tapi kalau kena tinggal sorang-sorang, mau kecut perut gak. Seram sejuk je masuk situ. Bilik banyak betul. Sesuai la kalau nak buat office. Pastu, tangkap gambar ngan bunga Magnolia kat luar office tuh. Seumur hidup aku, tak pernah tau pun wujud bungan Magnolia. Aku ingatkan ada ice-cream magnolia jek. Itule orang kata, jauh perjalanan, luas pemandangan. Lepas tgk2 office, gi Hamsey, kononnya nak tengok-tengok bunga tulip. Mahal jugak harga walaupun local punya tulip. Tapi lawa tuh sahle. Sekuntum tulip, 20,000 lei. Kalau duit msia, lebih kurang RM2.40. Pastu gi Carrefour. Punyale ramai orang...almaklumlah kat Romania nih mana le ada banyak sgt supermarkat yg besar-besar. Hari nih, weather sejuk gak. Angin kuat giler. Nak melayang dah aku. Nasib baik pakai baju tebal. Kalau dak, dah jadi Mary Poppins lak. ehhehe...
Hmmm...dahle....nasik tak makan lg...lapaq!!!

+posted by arkarnax @ 9:18 PM

+++++

Friday, April 18, 2003

Hari nih takleh nak taip banyak sangat pasal nanti nak kuar. Kalau sempat balik sebelum kul 3, aku sempat le menambahkan karangan aku nih. Ronnie tak balik lg. Semua org sedih. Mak aku, ayah aku tetambah lagi Nabilah. Balik dari sekolah jek, dia tanya, Ronnie dah balik ke blum?Sedih aku dengar. Dia tgk gambar Ronnie kat digi-cam, terus nangis...aku pun dah terjoin skali...sedih tak terkata...okey ah....nak gi makan...

+posted by arkarnax @ 3:42 PM

+++++

Thursday, April 17, 2003

Ronnie tak balik lagi! Sah le dia kena kidnap. Org Romania nih bukan boleh sgt, nampak kucing lawa sikit, main amik jek. Buat hak depa. Kalau ada collar sekalipun, ayah aku kata, depa amik gak. Nampaknya kena la adapt to the new way of living without Ronnie.


aku letak gambar kucing nih pasal rupa dia ada sikit-sikit macam Ronnie. Nak letak gambar yg aku tangkap tuh, malas lak nak upload pasal kena install dulu digital kamera punya software

Aku tau, Ciko la yang paling rindu kat dia. Malam semalam, Ciko tunggu jek depan pintu masuk dengan harapan Ronnie akan pulang. Kesian kat Ciko.Pastu, malam semalam, adik aku ajak Ciko tidur dalam bilik pun dia tak nak. Selalunya on jek. Adik aku kata, nih mesti sebab takde Ronnie. Aku rasa mesti Ciko tidur depan pintu masuk. Mana tau, incase Ronnie balik. Tapi dah 2 hari dah. Aku rasa, Ronnie takkan balik. Mesti orang tuh dah kurung dia dalam umah. Takpun bawak lari jauh-jauh. Mesti punya. Kalau tak, mesti Ronnie balik. Takkan la dia tak lapar kut???Kat umah belakang tuh, ada le org tuh bela banyak kucing, aku intai gak tapi takde pun Ronnie. Kalau ada, mesti la dia balik. Ala, setakat belakang umah jek. Lagipun, mesti Ronnie nak makan sedap-sedap. Orang Romania susah, tetambah lagi org yg duduk yg area umah kami nih. Orang Romania nih, kalau nak makan grand-grand cam roasted meat ke, cuma time special occasion jek. Nak makan ayam atau ikan tiap-tiap hari pun susah. Selalu, makan sayur jek pasal tak mampu. Apatah lagi kalau nak jamu kucing. Mesti saki baki apa yg diaorang makan jek. Boleh ke Ronnie idup???Biarpun kurang 3 minggu aku kenal Ronnie, aku tetap merasa kehilangan dia. Tuh aku. Camne lak ngan adik aku? Ciko lagi lah! Teman sepemainan, makan sepinggan, apa lagi....hah...rindu nak tengok Ronnie tido! Kalau tido tuh, macam orang, bukan macam kucing. Kaki kekadang terangkat ke atas le, terkangkang le, pusing ke sana, kejap pusing ke sini...macam-macam...waaaaa!!!!!dah tak dapat tengok lagi!!!

Mesti Ciko sedih...di sini, aku wakilkan perasaan Ciko....dengan lagu....

THE DAY RONNIE WENT AWAY

Well I wonder, could it be
When I was dreamin 'bout you Ronnie
You were dreaming of me
Call me crazy, call me blind
To still be waiting for u back in front of the door all the time

Did I lose my love to someone better
And does she love you like I do
I do,you know I really really do

Well hey
So much I need to say
Been lonely since the day
The day you went away
So sad,but true
For me there's only you
Been meowing since the day
The day you went away

I remember date and time
April 15
Tuesday twenty five after nine
In the doorway, with ur paws
No longer meowing at eachother
U just ran out all the way

And we were letting go of something special
Something we'll never have again
I know,I guess I really really know

Well hey
So much I need to say
Been lonely since the day
The day you went away
So sad,but true
For me there's only you
Been meowing since the day
The day you went away
The day you went away
The day you went away.......



+posted by arkarnax @ 6:03 PM

+++++

Wednesday, April 16, 2003

Aku tukar layout baru...tapi simple jek...malas nak carik yg susah-susah...still banyak kena adjust...nantilah esok lusa...lama dah aku guna internet nih nak carik layout punya pasal.

+posted by arkarnax @ 7:12 PM

+++++

Sob sob...hari nih hari yg menyedihkan buat family kami. Ronnie telah melarikan diri daripada rumah malam semalam dan tak balik2 lagi hari nih. Aku rasa dia kena kidnap ah. Gerenti punya. Dahle hensem, badan tough, mesra ngan orang lak tuh...sob sob sob...weih!!!orang yang kidnap Ronnie tuh, bagi ah balik kat kami!!!!
Baru semalam duk tangkap gambar dia guna digital kamera. Bukan main possing maut lagi si Ronnie nih. Baru jek bercadang nak antar gambar kat majalah playgirl. ehhheeh...silap daa...playcat. Ronnie, Ronnie, rupa-rupanya gambar2 yang aku amik tuh merupakan gambar terakhir hang. Ish ish....sob sob sekali lagi. Tu lah, macam ni le anak muda...suka sangat nak keluar merewang ntah ke mana. Malam semalam, tak penah2 aku dengar Ronnie mengiow, tetiba jek mengiow, pastu duk tepi tingkap merenung luar dan dengan harapan dia boleh keluar. Sebelum nih, selalu gak dia buat gitu...kami bagi keluar tai dia kuar kejap jek. 5 minit lepas tuh masuk balik. Tak sangka lak semalam dia tak nak masuk. Jadi, adik aku decide ntuk carik si Ronnie pagi esok pasal hari pun dah lewat malam...takut nak kuar. So, pagi tadi, kami carikle Ronnie sekeliling umah tapi takde. Mak Lang aku kata, maybe dia lompat keluar tembok ikut kucing-kucing liar kat luar. Ronnie dah jumpa girlpren kut...sampai tak nak mai balik. Yelah, jiwa anak muda...kalau nak bercengkerama ngan Ciko takleh pasal Ciko lagi tua dari dia...dahle tak boleh beranak pasal dah operate bahagian peranakan dia hari tuh. Selalunya, kucing nih, kalau keluar umah, mesti dia balik gak bila dah lapar. Tapi sekarang dah tengahari pun Ronnie tak balik lg. Kucing tuh dah le kuat makan, semua benda dia bantai..tolak batu jek. Ayah aku kata, hari tuh, dia gaul ikan ngan kayu pun Si Ronnie makan. Punyale pelahap kucing tuh. Sekarang nih, sapa nak habiskan ikan ngan daging tuh?Si Ciko tuh dahle memilih sangat. Makan pun sejemput jek. Kalau cheese suka ah. Melompat-lompat. Nanti rugi jek semua cat food tuh tetambah si Ciko cuma makan cat food yang baru buka dari tin. Kalau dah berhari-hari, sentuh pun tak mau. Memilih betul. Tapi, bila dah tinggal Ciko sekor nih, kena jaga baik-baik ah, takut di lari gak. Tapi nasib baik si Ciko nih penakut nak kuar. Kalau letak dia luar, tutup pintu, mesti dia mengiow luar pintu. Kesian, nak masuk duk dalam umah jek. Kucing high-class nih. yelah, adik aku jumpa pun kat sekolah. So, educated la sket. Si Ronnie tuh, dulu mak aku panggil anak pungutan sebab kutip kat mana ntah. kesian Ronnie...sedih ah...walaupun aku takle mesra sgt ngan kucing cam adik aku, tapi terasa gak kehilangan dia. Sedih tul...sob sob..sob...sob...
RONNIE!!!!! Balik aa umah!!!!!

+posted by arkarnax @ 5:38 PM

+++++

Tuesday, April 15, 2003

Hari nih aku sibuk surf site nak tgk2 org lain punya website. Aku rasa nak tukar layout blogspot aku nih. Cam dah boring lak tgk. Tadi chat ngan beberapa kengkawan time sekolah dulu, then tetiba laptop nih jadi blank. Cuak betul aku...dahle kerajaan punya. Kena jaga-jaga gak nih.
Semalam ngajar nabilah maths ngan history. Takle susah sgt maths yg dia blajar. Yang susahnya nak ajar budak tuh. Punyala aku bersungguh-sungguh kemukakan anologi aku sendiri untuk mudah nak ingat terutamanya subject history tuh. Pasal Hitler and Nazis. Kalau guna teori aku iaitu bla bla bla... tengok video, pecahkan video, gaduh, jealous ngan France, geng ngan Britain etc...okey per...aku lak yg ingat lebih. Boleh dpt A la nih kalau aku amik test dia hari nih. hehehe...

Anywayz, a few quizzes that I took...here r the results...

What flower are u?
I'm a tulip! Wow! hehehe...lawa gak tulip...tetambah kalau tulip2 kat Amsterdam tuh....bukan senang nak dpt bunga tulip tetambah kat Msia.



What month should you have been born in?
Huhuhu...Disember?Aku patut dilahirkan bulan Disember ke? Cuba baca sket apa description bulan 12. Hmmmm....short temper?Bagus ke dak tuh?Tapi impatient tuh salah sket kut....heheheh....





What month should you have been born in?

this quiz was made by Erin


Patutnya September la....cuba baca sket apa dia kata...organized tuh sah-sah dah kena tolak tepi tuh...tak sesuai langsung!hahahah...








What type of Magic do you work?
Psychic power!= fuiyooo....macam nih boleh gerakkan objek guna minda je la....ehhehe...mcm dlm cita Matilda la....best gak kalau betul ada power nih. Boleh baca pikiran org.



Your magical style is Psychic.

What type of Magic do you work?. Take the Magical Style Quiz by Paradox





+posted by arkarnax @ 7:25 PM

+++++

Monday, April 14, 2003

Tiap-tiap hari menulis sampai kering dah idea aku...(eh, semalam tak tulis ah...tak online pun pasal cita kat tv best2)...
yelah...setiap hari buat benda yg sama. Bangun pagi, bukak tv (susah tul bila ada tv depan katil), bila cita tak best, gi mandi. Pastu turun sarapan, tengok apa kucing-kucing tuh buat, masuk balik bilik, bukak internet kejap, tengok tv balik, makan tengahari, naik atas balik, tengok tv, sembang ngan adik aku bila dia balik sekolah, makan dinner, tengok tv....tido...(ooppss...terlupa lak nak letak semayang). Lepas nih, naik 10 kilo la aku....jgn tergezut lak.
Hari nih nak register sekolah rendah kat http://www.kawanaku.com . Bagus website nih, boleh carik kengkawan lama balik. Lebih kurang cam e-circles la. Aku dah register untuk sekolah menengah punya...dah lama dah. Tapi yg sekolah rendah punya, takde lak sekolah aku listed. Sekolah aku yg glamour tuh, SRK Taman Nirwana, Ampang. Takde lak org daftar.chet..sadis tul...nampaknya aku le yg kena daftarkan. nanti nanti ah..maleih tul hari nih. Dahlah sesikit...takdak idea ah...tu ah..yone duk puji sgt sampai takde benda dah keluar dari pikiran aku nih. Ish..ish...payah tul...nanti ah..esok la yek...

+posted by arkarnax @ 6:08 PM

+++++

Saturday, April 12, 2003


Semalam memang hari malang adik aku. Tapi, akupun turut sama terpaksa melalui hari malang dia. Tak patut tul. Malam semalam, Si Ronnie terkurung dalam 'view room'. Sebelum tuh, aku pelik gak apsal aku nampak Ciko jek ada, tapi Ronnie takdak. Aku ingatkan dia gi tido kat dalam rak kasut ke, takpun, ada kat dapur tengah tidor dalam kotak. Macam biasa ah, kalau sebelum tidor, si nabilah tu mesti kena cium kucing-kucing kesayangan dia dulu. Tapi dia punya la carik Ronnie bagai nak rak, tapi tak jumpa lak. Last-last rupa-rupanya dia ada dalam 'view room'. Dahtu, habis pokok2 dalam bilik tuh. Tanah-tanah dalam pasu habis kena cakar keluar. Bukan tu jek, Ronnie menambahkan keharuman di dalam bilik tuh dengan menyahut seruan alam (nature's call). Apa lagi, bertambah bengang la adik aku nih. Dan sebagai kakak yang baik, aku pun tolong dia kemas balik view room tuh. Vacum, dust out semua tanah, ubah kerusi meja mana yg patut. Tapi time nak buang poo tuh, adik aku la buat dah tuh kucing dia. Nasib baik parents aku tak sedar sebab time tuh pun dah pukul 11pm. Kesian kat Ronnie kena marah sampai dia lari bila nampak jek kami keluar. Ciko yg tak bersalah pun turut sama mengalami nasib yg sama. Kelakar aku tengok muka dia yg innocent semacam berkata,"What did I do?"..ahhaha...sabar jelah Ciko ooii...Hari nih aku tengok dua-dua ekor tuh diam jek, mandorm jek. Terasa kut. Selalunya Ronnie tidur atas carpet bulu kambing tapi hari nih dia tido atas kasut jek. Ciko pun sama. Aku nih dahle tak berani sangat ngan kucing, nak pujuk pun takut gak. heheh...anyway, itule dia, kalau nak bela kucing kena la be able to handle all the risk.

Oh yek, malam tadi aku tido tak lena. Sekejap2 terjaga..pastu aku rasa cam ada nyamuk duk berlegar2 di telinga aku. Aku tampar tapi rasanya tak dapat. Aku pelik gak mana datangnya nyamuk sedangkan sebelum nih tak penah ada dan tingkap semua bertutup rapat. Malam tadi, nak bukak mata pun takut..heheh...teringat lak kisah yg aku tulis dalam blogspot aku semalam. Takut kalau bukak mata ternampak benda lain cam dalam cerita Darkness Fall tuh. ehhehe...Pagi tadi aku bangun, aku tengok ada 6 bintik merah kat muka aku. Tak taule sama ada gigitan nyamuk ke ataupun jerawt. Takut gak aku pasal aku beli pencuci muka baru dan tak pernah try lagi jenis tuh. Kelmarinnya, bila aku bangun ada 2 bintik jek, tapi hari nih ada 6. Tuh yg aku musykil gak. Nampaknya kena tengok esok pulak ah. Kalau bertambah lagi, tuh dah benda lain tuh. Tapi aku sihat walafiat jek, tak demam pun. Tak taulah..pelik-pelik ah. Aku rasa kalau aku tengah sibuk sekarang, maybe I won't give a damn.
Oklah, whatever will be...will be...the truth is not us to see...quesera, sera...what will be...will be...

+posted by arkarnax @ 5:31 PM

+++++

Friday, April 11, 2003

Another day has come...
Sekejap betul masa berlalu sampai aku pun dah tak sedar dah 2 minggu aku di perantuan. Tak lama lagi nanti dah start sem baru lak. Final year weih, giler ke hapa. Tak boleh la nak beronggeng jek sepanjang masa. Waduh...pening pening kepala eden. Anyway, lantaklah...selagi tengah cuti nih, baik aku gunakan sepenuhnya.

Okey ah, back to reality. Semalam aku mimpi ngarut betul. Kelakar pun ada. Ntah camne aku leh ada kat sebuah umah yg besar nih. Tetiba jek aku nampak ada orang bawak baju pengantin warna hijau. Aku punyela pikir untuk sapa. Rupa-rupanya untuk Intan. hahah...dia yang nak kawin. Aku rasa aku nampak cam Apai dah siap pakai baju melayu songket warna hijau(aku tak ingat sangat, kalau mimpi, mana nak ingat semua benda yg berlaku). Pastu ntah mana mai ntah, Yone pun ada. Aku punyala bengang kat Intan sesangat pasal dia tak bagitau pun kat aku yg dia nak kawin. Sampai hati betul. Aku fire la dia. Dah tuh, semua orang tak tau dia nak kawin kecuali Yone. Dia bagitau kat Yone jek. Pastu, boleh pulak dengan selambanya Intan kata, dia mintak maaf dan dia jemput aku gi kenduri dia malam tuh. Lagi le bengang aku nih. Mana leh kawin main sembunyi-sembunyi jek. Tu pun, aku tau sendiri pasal aku tersesat masuk ke umah besar tuh...ahhaha...kelakar betul. Tapi mimpi aku tak sempat habis pasal aku terjaga. Tension tul...selalu kalau mimpi yg menarik, mesti sekerat jalan jek. So, aku pun tak dapat la nak tengok macam mana Intan sanding ngan Apai. Hahha...kalau dak boleh le aku jadi org pertama menyaksikan sesuatu yg tak berlaku lagi...wah wah..cam ada sixth sense le kononnya.
Itule dia, biarpun pada siang hari kehidupan aku sungguh membosankan tapi malam hari, nasib baik la ada gak mimpi menarik. Tapi mimpi selalu pun buat aku tak nyenyak tidur. Nak bangun pagi pun rasa malas. Selaluny kalau mimpi lepas pukul 3 pg, mimpi mainan setan...mimpi berhantu...Huih...sebut pasal hantu nih, meremang bulu roma aku. Nih yg nak kuar cita seram nih...okey here goes...

Rumah nih sebenarnya baru siap jek. Orang Syria yg buat. Walaupun baru tapi tapak umah nih lama la. Romania kan negara yg lama dah wujud. Adik aku cerita yang waktu mula-mula diaorang pindah sini, banyak benda pelik berlaku kat bilik dia. Selama dekat 2 minggu, setiap kali adik aku bangun tidur, dia dapati ada banyak kesan cakaran kat muka dia. Time tuh Ciko ngan Ronnie(kucing kami), mana ada lagi. Aku kata kat adik aku, mana tau, time dia tido, dia scratch sendiri muka dia tapi adik aku denied. Yelah, pikir logikpun, takkan la sampai 2 minggu duk cakar muka sendiri sedangkan sebelum nih tak cakar pun. Then ada lagi, adik aku kata, kekadang secara tak sengaja barang dia hilang. Ada one time, dia letak gunting atas katil, then bila nak guna balik, gunting tuh takde. Adik aku jerit, "Give it back", then bila dia tgk balik kat atas katil, gunting tuh ada. Very freaky! Pastu, time waktu malam, dia dengar bunyi footsteps dan bunyi screech kat tingkat atas walhal time tuh tuan umah and family balik syria 4 a week(tuan umah duk sekali ngan kami. Diaorang duk tingkat atas jek). Lastly, adik aku bagitau kat ayah aku and diaorang baca yasin kat bilik tuh. Finally semua dah okey sekarang dan aku rasa bersyukur tak yah melalui waktu tuh. heheh...
Anyway, yelah pepaham lah..banyak org kena bunuh dengan kejam time zaman dulu2 kat Romania nih so banyakla benda2 tuh yg tak idup ngan aman. Dengan lagenda Dracula lagi...mana taknye. Nasihat aku, kalau tak nak diganggu, jangan ganggu diaorang. Okey ah...sebenarnya ada lagi cita2 spooky tapi dah malas lak nak tulis. So adios.



+posted by arkarnax @ 6:37 PM

+++++

Thursday, April 10, 2003

Dear diary, eh silap, dear blogspot,
Hari nih aku malaih nak menaip apa2. sebenarnya takde apa2 yg menarik berlaku pun except aku gi x-ray tadi. Semalam gi Unirea, cari kasut tapi masalahnya kasut romania tak best ah...kat bahagian depan leper sangat. Dah jumpa kasut yg okey, tak kulit lak. Kat Msia pun berlambak. Carik-carik baju jejalan yg si Zeti ngan Mas kirim tapi tak jumpa yg lawa dan harga berpatutan. Kalau lawapun, harga sampai seratus lebih. Mampuih diaorang nak. Baik beli kat Malaysia. Then carik perfurm utk Ros pun harga mahal nak mati. Beg kat Asiah tak carik lagi. Nanti ah...ada sebulan lebih lagi aku nak duk sini. Bla bla bla bla...end.

+posted by arkarnax @ 6:28 PM

+++++

Wednesday, April 09, 2003

AWAS!!! Kalau tak minat sejarah, baik tak payah baca blog nih!



Buna ziua!

Okey, hari nih nak cita pasal Romania lah since maybe banyak orang tak tahu pasal Romania and aku sendiri pun bukannya tahu sangat. Jadi, nih untuk pengetahuan aku gak.

Sejarah Romania



Maps courtesy of www.theodora.com/maps used with permission.




Bendera Negara Romania


Parlimen Romania-The 2nd largest Parliment (slps Pentagon) in the world

Romania terletak di South-East of Europe dengan populasi penduduk seramai lebih kurang 23 juta orang. Ibu negara Romania ialah Bucharest dan main language dia ialah bahasa Romania (romanian language). Romania bukanlah sebuah negara yang kaya sebab kalau nak diikutkan, negara nih baru jek merdeka pada tahun 1989. Negara nih dah dijajah oleh banyak negara seperti Romans, Turkish, Germans dan Russians(regim komunis) dan ada lagi kut yg aku tak ingat. Aku baru jek dapat tahu cita nih semalam, yg dulunya Romania nih kaya ngan emas dan perak. Tapi pada 100M, orang Romans telah datang ke sini dan salah satu drpd penasihat atau org yg keje ngan raja time tuh telah bocor rahsia tentang tempat penyimpanan emas dan perak. Kononnya, dia nanti dpt lah ganjaran yg lumayan. So, dah org Romans semua dpt tau, diaorang gali dan curi ler semua emas dan perak. Dipercayai lebih kurang 127 tan emas dah diambli dan beratus tan perak. Sampaikan bila diorang bawak balik kepada emperor Rome time tuh, dia jadi sangat kaya raya sehinggakan ada satu tahun tuh, dia bagi semua rakyat jelata, everything from foods, entertainment, apa saja semua free of charge 4 a year. Fuih...dasyat tuh...lepas tuh Romania dijajah oleh kerajaan Uthmaniyah lak dari Empayar Turki yg sangat masyhur pada zaman dulu. Lepas turki, germans lak yg serang negara nih. Kesian betul, disebabkan negara Romania nih pada zaman dulu populasi pun sedikit, peralatan ketenteraan pun sikit, diaorang asyik kalah jek. Tapi ada gak menang cuma sikit sgt dan tak membawa apa-apa faedah. Sehinggalah last sekali, pada tahun 1944, Romania nih dijajah oleh Russia atau pada zaman tuh lebih dikenali sebagai regim komunis yg pada ketika itu di bawah support Soviet.Tentera Russia adalah penjajah yg paling ganas sekali...dia tak kira, semua org dibunuh, dirogol, dirompak tanpa mengira belas kasihan sehinggakan kat sesetengah kawasan tuh, 20% sahaja penduduk yg tinggal dan 80% telah mati dibunuh. Ada juga kaum wanita dan kanak-kanak yang lebih rela membunuh diri sendiri di sungai ataupun tasik daripada dibunuh dan diperkosa oleh komunis Russia. Begitulah kejamnya tentera Russia dibawah pemerintahan Stalin dan Churchill. Romania akhirnya join Soviet dan menjadi negara komunis. Nak dipendekkan cerita, tahun 1970s, diktator bernama Ceasescu telah mengambil alih tampuk pemerintahan dan telah mengaut semua kekayaan Romania kat dia jek. Sampaikan rakyat jelatanya hidup melarat, bak kata pepatah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ceacescu hidup mewah, menyeleweng duit rakyat, berlaku penipuan, violating human rights dan banyak lagi. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga...begitulah juga Ceacescu yg akhirnya telah ditangkap bilamana anti-kerajaan di Romania telah melakukan demonstrasi besar-besaran sehinggalah tentera Romania sendiri pun turut sama menentang kekejaman Ceacescu. Maka Romania akhirnya merdeka pada bulan Disember, 1989.
So sekarang Romania baru nak build up semula negara diaorang yg banyak kali dijajah tuh. Pendapatan penduduk2 di sini tak banyak...cukup sekadar mengisi perut. Kebanyakan org Romania makan sayur-sayuran ngan buah-buahan sebab tak mampu nak makan daging setiap hari. Walaupun demikian, pembangunan still ada kat sini, ada beberapa shopping complex, panggung wayang yg bertaraf cam GSC, sekolah, universiti dsb. Malah, Romania ada kereta buatan sendiri gak iaitu Dacia dan harga kereta tuh cuma lebih kurang USD3000-USD4000. Harga kereta kat Europe memang murah, so takleh nak kata apa lah. Negara kita jek yg kenakan tax tinggi sgt. Tapi walau macamanapun membangunnya Romania sekarang, still tak dapat nak menyaingi negara2 Eropah yg lain. Romania pun takleh join European Union pasal tak layak. Kalau tengok jalan kat Romania nih memang teruk, kotor dan bangunan2 pun nampak buruk pasal tak cat. Kalau dtg Romania, rasa dull jek kalau tgk bandar dia. So, apa boleh buat, kerajaan nak cantikkan pun, duit tak banyak..jadi kena tunggu jelah masa akan datang.

Oh yek, Romania satu lagi famous ngan cerita Dracula dia. Kalau tengok cita-cita Dracula kat tv mesti mention Transylvania...tempat tulah Dracula tinggal. Transylvania nih ibu negara Romania zaman dulu2.
Nak cita ke hah pasal Dracula tuh...alang-alang dah taip pepanjang nih, baik cita jelah....

Dracula: Di Antara Mitos atau Kenyataan
Kalau dengar pasal dracula, mesti orang ingat Count Dracula yg ada castle besar kat Transylvania dan suka keluar malam-malam untuk hisap darah gadis yg masih dara. Dia selalunya bila keluar dari castle tuh, menukar dirinya sebagai seekor kelawar. Count Dracula juga dipotretkan sebagai seorang yg mempunyai 2 taring yg sangat tajam, mata yg dalam dan seducing dan memakai pakaian berwarna hitam.
Tapi kisah sebenarnya bukan begitu. Asalnya cerita nih dah diubah dan ditokok tambah oleh seorang penulis dari Ireland yg tidak pernah pun menjejakkan kaki ke Transylvania.
Ok, meh aku cita serba sedikit kisah sebenar dracula nih...Dracula atau juga dikenali sebagai Vlad the Impaler adalah seorang pemerintah di Transylvania(bahasa latin yg bermaksud, The Country Beyond The Forest) pada kurun ke 14. Dia telah diberi anugerah sebagai 'Count' atau 'Knight of The Dragon Order' oleh Hungarian King. All the members of the order tuh ada dragon kat lengan dan itu telah memberikan nickname 'Dracul' kepada Count Vlad yg mana 'Dracul' itu bermaksud 'The Devil'. Vlad telah menggunakan nama Draculea atau Draculya yang bermaksud the devil's son dan akhirnya nama itu menjadi Dracula.

Ini ialah gambaran pelukis berkenaan rupa Vlad Dracula

Menurut penduduk Romania, pada pemerintahan Vlad nih, Transylvania menjadi sebuah kerajaan yg maju dan berkembang pesat. Tapi Vlad nih takut takhtanya dirampas oleh kaum Saxon (kalau nak cerita lebih lanjut, panjang pulak jadinya). So, untuk mengelakkan takhtanya diambil, Vlad telah menyeksa orang Saxons yang mana kebanyakannya di'impaled'(penerangan diberikan pada gambar dibawah) dan membakar serta membunuh orang sibiu dan penduduk berhampiran. Kerana kegemaran Vlad mengimpaled musuhnya lah yg telah menyebabkan Vlad dianggap sebagai kejam dan digelar Tepes(The Impaler). Namun begitu, cara menyeksa musuh ini tidak hanya digunakan oleh Vlad tetapi Putera German dan Spain juga buat benda yang sama. Vlad menggunakan hukuman itu kepada semua pesalahnya kerana dia berasa seronok melihat mereka diseksa begitu. Sering juga berlaku dimana seluruh hutan dipenuhi dengan batang-batang yang tajam dengan badan musuh dicucuk drpd atas.

Gambar menunjukkan cara Vlad Dracula menyeksa pesalah. Badan mereka dicucuk pada batang-batang yang ditajamkan pada hujungnya dan kemudian batang itu ditegakkan di atas tanah. Badan pesalah yg bergantungan itu, akan perlahan-lahan menggelungsur sehingga mencecah tanah. Batang yang tajam itu akan perlahan-lahan membunuh pesalah dengan sedikit demi sedikit menembusi organ2 dalaman mereka seterusnya mereka akan mati dengan kesakitan yang amat dasyat. Vlad dipotretkan sedang menyaksikan hukuman tersebut.

Akhirnya,kerana tidak tahan lagi dengan kekejaman Vlad Dracula, dia telah dibunuh dan kepalanya dipancung, dibungkus, diletakkan pewangi dan diberikan hadiah kepada Sultan Turki iaitu Constantinople. Kemudian, setelah kematian Vlad, penduduk Saxons telah menulis buku dan artikel berkenaan kekejaman Dracula dan artikel ini turut sampai ke Germany dan Western Europe. Macam yg aku katakan awal tadi, pada tahun 1897, penulis Irish yg tokok tambah dan ubah cerita nih pasal dia rasa tempat Transylvania tuh 'exotic' dan membawa gambaran yg menarik ttg cerita yg dia tulis ditambah pula dengan kekejaman Dracula. Maka terhasillah kisah Dracula seperti yg kita dengar pada masa sekarang nih....

Okey ah...panjang lebar dah aku tulis berkenaan Romania nih...bagus betul (giving myself a pat on the shoulder). So, masa akan datang, aku still boleh check out info about Romania...that's the use of internet.hehe...kepada yg membaca(jika ada) dari mula sampai habis....terima kasih bebanyak...sorry if I wasted ur time...hope u enjoyed as well as I did!

+posted by arkarnax @ 5:24 PM

+++++

Tuesday, April 08, 2003

Sebab hari nih, aku terasa rajin nak post lirik-lirik lagu, so ini adalah lagu yg aku tujukan khas buat kengkawan aku dan sesiapa sahaja yang feeling down...jgn putus asa...ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku...sooner or later...everything would be just fine...it' gonna be okay!

IT'S OKAY!


Sun is up should be feeling great,
your feeling rough got too much on your plate,
a busy day got a lot to do,
a heavy head you think you've caught the flu.

Something deep inside begins to stir,
spirit, conscience your not really sure.
It's gonna be okay...
It's gonna be okay...

Another day your late for work,
the shower's cold you ain't got no clean shirt.
A cup of tea just might do the trick,
the milk's gone off by now feeling sick.

Something deep inside begins to stir,
spirit, conscience your not really sure.
It's gonna be okay...
It's gonna be okay...

We laughed, we cried, we shared along the way,
we did some things we knew we shouldn't do.
So after all what's this life living for,
work it out or head straight for the door
It's gonna be okay...either way
It's gonna be okay...

You close your eyes, try to sleep.
Scold yourself for hours that you keep.
Drifting off will I dream tonight?
In my dreams perhaps I'll get it right.

Something deep inside begins to purrr,
spirit, conscience your not really sure.

It's gonna be okay...
It's gonna be okay...either way
It's gonna be okay...


+posted by arkarnax @ 5:19 PM

+++++

Tengah download lagu Percayakan Siti nyanyian kumpulan Exist kat KaZaa tapi tetiba user yg ada lagu tuh dah logout...so sekerat jalan jelah...nanti kena sambung d/load esok lusa la pulak. Tak tau sekarang nih, lagu apa yg tengah hot kat Malaysia so aku duk dengar lagu-lagu yg hot sebelum aku mai Romania ler...nih yg baru duk carik lagu Percayakan Siti. Dah berhari-hari dah carik tapi tak dapat...baru jumpa hari nih, user dia logout cepat sgt lak ataupun aku yg login lambat sangat. Dengar lagu nih teringat lak kat Asiah...hehehe....apa nak buat Asiah oooiii...dah nasib....ehhehe...

Okey ah...utk mengubat kerinduan aku kat malaysia, ini dia lirik lagu tuh....

PERCAYAKAN SITI


Kerana percayakan Siti
Tercetus revolusi ini
Tapi ironinya cinta kami tak jadi

Kerana percayakan Siti
Lantasku beranikan diri
Merentas dunia demi mengejar mimpi

Mahu bikin benda seni
Bukan boleh bikin dengan separuh hati

Kerana percayakan Siti
Kerana terlalu ku kasih
Aku tinggalkan dia untuk suatu hari

Mahu bikin benda seni
Bukan boleh bikin dengan suka hati

Hanya Tuhan saja yang tahu
Sarat duka aku galas di kala itu

Biar lewat begini lihat luruh gerimis
Ku tersentuh luruh gerimis
Biar lewat begini lihat luruh gerimis
Jiwa ini bagai dihiris


+posted by arkarnax @ 5:08 PM

+++++

Wah...petang semalam hujan+snow lagi tapi bila waktu malam, snow jek turun. Memang best giler aku tengok. Terubat rindu...hehehe...pagi tadi, snow ada lah setebal 3cm. Walaupun snow lama dari petang sampai ke pagi tapi portion snow yg turun tuh sikit...kecik-kecik jek. Maybe sebab skang bulan April dah...awan pun dah tak lawat nak produce snow yg besar-besar. Skang kat Romania lebih kurang kul 11.30 pagi. Cuaca cerah betul...sesetengah snow dah cair sikit pasal matahari pun dah bersinar dengan gahnya. Tapi suhu still rendah, dalam 6 degrees. Weather forecast kata hari nih snow lagi. Maybe waktu petang gak. Wuishh...syok betul aku tengok snow turun. Aku rasa tuh antara satu benda yang aku suka tengok pasal nampak cantik jek. Yelah, bukannya senang nak tengok suasana camtu...mana nak dapat kalau kat Malaysia. Setakat nak tengok 'snow tiruan' kat freezer fridge tuh...takyah ler...


saja letak gambar rumah 'bersnow' nih...nampak cantik...tapi nih bukanler umah aku...saja nak bg nampak sket ke'snow'an tuh...heheh


dan ni lak gambar aku jumpa kat dalam album...cuba teka gambar sapa?ahhaha....siap ada tarikh lagi 25/3/85 kat CA.




+posted by arkarnax @ 4:40 PM

+++++

Monday, April 07, 2003

Hari nih dah takde benda nak buat, so aku pun amik la online quizzes. kekadang kalau boring tahap maksima, amik online quizzes nih okey gak...boleh mengisi masa lapang. Nih antara online quizzes yg aku amik hari nih...kalau nak try, just click kat gambar tuh...

WHICH BODYPART ARE YOU? aku dapat nih...heheh...ye ke?cam kelakar jek...
click to take it!

WHICH SEASON ARE YOU? walaupun kat msia asik ujan, panas, ujan, panas jek...try jelah...amik quiz nih...tengok2 apa season yg dapat. Aku dapat spring...heheh..sememangnya musim yg sangat disukai ramai pasal cuaca tak sejuk sgt, tak panas sgt, just nice..pastu bunga2 pun banyak...

Which Season are you?

Who is your Ideal Lord of the Rings (male) Mate?wakakaka..(gelak jahat). Tak sangka lak aku dapat Frodo...aduih...nak buat camne..aku dan Frodo memang telah ditakdirkan bersama..ahhaha...aku duk ingat nak dapat Legolas tadi tapi dah dpt Frodo...aku terima dengan hati terbuka...senyum jelah aku...walaupun aku tak senyum senget dan Frodo pun tak senyum senget...lantak ah...asalkan aku bahagia...hahahah...
your ideal mate is Frodo!
Frodo


Who is your Ideal Lord of the Rings (male) Mate?
brought to you by Quizilla

Okey..itu jek untuk hari nih...till then...la revedere!!!






+posted by arkarnax @ 5:53 PM

+++++

Pagi semalam hujan+snow...apa ntah adik aku panggil...slush..lebih kurang camtu ah. Pelik la jugak still snow walaupun dah masuk bulan 4. Patutnya dah musim bunga tapi bunga tak keluar-keluar lagi.Bunga apa, daun kat pokok pun tak naik lag.Lama betul musim winter kali nih. Tapi seronok la jugak setelah sekian lama tak tengok snow turun, akhirnya dapat tengok walaupun cuma 30minit. Pastu bila tengahari, dah panas cam biasa...jadi snow pun tak sempat nak stay kat tanah...sob sob..
Ingatkan hari nih snow lagi tapi tak pun. Kat atas bukit je kut. Takpe ah...takde rezeki nak tgk lagi...tunggu la tahun depan pulak..itupun kalau dapat dtg sini lg.

Oh yek, akhirnya berjaya jugak crik lyrics lagu kegemaran time exam esp b4 exam Hidraulik 2...Ini dia, lagu peberet..'Hey Ma'

HEY MA - Cam'Ron(feat. Juelz Santana)

[Cam'Ron and Women]
Hey ma, what's up, lets slide, all right, all right
And we get it on tonight
You smoke, I smoke, I drink, me too, well good
Cause we gon get high tonight
Got drops, got Coups, got Trucks, got juice, all right
Cause we gon take a ride tonight
So ma, what's up, let's slide, all right, all right
And we gon get it on tonight

[Juelz Santana]
Yo, Now I was downtown clubbin', ladies night
Seen shorty she was crazy right
And I approach baby like
Ma, What's your age and type?
She looked at me and said use a baby right
I told her, I'm 18 and live a crazy life
Plus I'll tell you what the 80's like
And I know what ladies like
Need a man that's polite, listens and takes advice
I could be all three, plus I can lay the pipe
Come with me come stay the night
She looked at me laughin', like boy your game is tight
I'm laughin' back like show you right
Get in the Car
And don't touch nothing Sit in the car
Let discuss Somethin'
Either we lovin' or I'll see you tommorow
Now we speeding up the Westside
Hand creepin' up her left side, I'm ready to do it
Ready to bone, ready for dome
55th exit, damn, damn, already we home
Now let's get it on

[Chorus]

[Cam'Ron]
Now That I got a girl, my Ex wanna holla and spit
Told me to acknowledge her quick
She like Cam stop frontin'
On that Dave Hollister Tip
Come over lets swallow and sip
I'm like momma that's it
I promise you dick, usually have a problem with chicks
They all say I'm rotten and rich
But not her, booby's real
High heel dooby feel, plus got them Gucci nails, uh
You a cutie still, and this my down girl too
Ain't no groupie deal
We left the movies with Uzies, Suzuki wheels,
To the Jocose, I tell you my booby's real
I mean she do be winning, luey spinnin
Go to the crib she got the Gucci linen'
I see booby grinning
She looked and said Cam, I know that you be sinning
Naw, I'm a changed man, look at the range maim
I got a whole new game plan
Looked and said that's nothing but game Cam
She was right; she was up in the Range man
Droped her off at the L, now I'm flippin' the cell
That's right I had to call up L
[Cam And Juelz Together]
You L, what up, I hit, what else, plus dome, say word
And we got it on tonight

[Chorus]


+posted by arkarnax @ 4:43 PM

+++++

Saturday, April 05, 2003

Ok, nih nak cita le sket apa yg telah berlaku awal minggu lepas...
Last week fly from Msia on 26/3. 'D Gangs (Ros, Zeti, Mas, Asiah) ' le gak yg antar gi KLIA. Thank u very much rakan-rakan seperjuangan sekalian. : )

Sampai kat Amsterdam at 6.30 am (time sana). Nasib baik pilot msia airlines tu terror. Walaupun kat luar, kabus tebal giler tapi dapat gak landing ngan selamat. Mak ngan ayah aku yg sepatutnya arrive kul 8.30 am kena diverted ke Germany lak pasal kapal terbang tak leh turun coz kabus tu la.
Kat Amsterdam, first day cuma jalan2 gi tgk lebih kurang cam flower farm la. Banyak betul bunga ada kat situ tapi since kami gi bulan mac, banyak bunga tak naik lagi. So, cuma dpt tgk bunga2 yg diaorang tanam dlm green house jek. Okey ler tuh...


Ni gambar aku, mak aku ngan org Dutch yg pakai pakaian rasmi diaorang





Yang nih gambar aku ngan pelbagai jenis bunga tulip kat dlm green house. Besar-besar bunga tulip tuh.





Pastu yg nih lak, gambar aku dalam clog(kasut org Dutch)...nih tempat dia tunjuk cara2 org dulu buat kasut clog tuh.





Kemudian, hari kedua pegi Madame Tussaud (Wax Museum) . Tempat nih ada banyak celebrities from actors, singers, producers, athletes, politicians etc spt Michael Jackson, Madonna, Kylie Minougue, Geri, Arnold, Mel Gibson, Elvis, Ghandi, dan banyak lagi le. Kiranya diaorang semua nih diperbuat daripada wax(lilin) le. Ada gak yg nampak cam memang betul2 real. Kalau waktu malam, tak berani le aku nak masuk tempat tuh. Harga masuk museum tuh dah €17.50..kalau convert duit msia, kali 4 le, lebih kurang RM70 seorang. Giler ke tak tuh, cuma nak masuk museum jek dah harga camtu. Memang mahal tul. Harga makanan pun, toksah duk kata la...air kopi secawan yg kecik nak mampus, paling murah hg leh dapat pun RM6. Normal price, RM10 la.Kira taraf hidup kat situ memang tinggi la. Kalau gaji tak sampai €2000(RM8000), susah gak la nak idup...kena jadi vegetarian jelah.


Oh yek, nih gambar aku ngan Arnold Swarzenegger (susah tul nak eja..ntah betul ke tak nih) kat Wax Museum.






Hari ketiga lak gi Brussel, Belgium, naik international train. Patutnya dlm 2 jam setengah dah sampai tapi betapa malangnya kami...pasal kena tukar train sampai 3 kali psl rosak. Lawak tul. Brussel pun tempat yg cantik gak. Banyak old buildings tapi barang2 kat sini murah sket drpd Amsterdam.
Then last day, pagi2 tuh gi Sunday Market. Banyak barang2 antik pastu harga not bad la...kalau nasib baik dpt yg murah ngan elok. Tengahari tuh balik Amsterdam semula pasal 7.30 pm dah naik flight balik Bucharest, Romania...



So, itule dia kisah aku berjalan-jalan kat 2 buah negara yg tak penah aku pegi sebelum nih. Nasihat aku, kalau duit tak banyak, takyah le nak mimpi shopping kat situ. Kat Malaysia pun dah boleh dapat barangan yg best-best ngan berkualiti. KIta patut bersyukur...negara kita still ok pastu boleh dpt semua benda yg kiter nak. Makan pun senang.

Okey ah...itu je kut benda yang nak jot down. Tak larat nak tulis lagi...nanti hari lain lak...adios...

+posted by arkarnax @ 9:59 PM

+++++

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera... this is my first post dalam blogger nih...saja try nak buat weblog yg simple simple jek. Kalau nak buat website, banyak sangat keje. Anyway, first post nih takyah la tulis bebanyak sebab nak testing jek.

+posted by arkarnax @ 9:23 PM

+++++