:::U Thought U Know Me Well...But U Don't:::
Monday, November 17, 2003

Ucapan Hari Raya

Eventhough there's still more than a week for Hari Raya to come, tapi aku takut tak sempat nak wish korang. Almaklumlah, hari Rabu depan dah nak balik kampung (sob sob). Kat kg lak, mana la nak ada line internet.

So, pada kengkawan semua atau pelawat blog nih yang singgah secara sengaja atau tidak....
saya nak mintak ampun & maaf atas segala salah & silap kalau ada terkasar bahasa atau maybe sometimes my writing nih buat sesiapa feel offended.

Kepada sesiapa yang drive balik tuh ataupun yg naik public transportation, hati-hati di jalanraya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri and may ur Hari Raya be full with joy and happiness....



+posted by arkarnax @ 12:16 AM

+++++

Buka posa dalam kereta

Aku tau, most people dah mengalami keadaan nih. Tapi today, for the first time (yang aku ingat la), aku berbuka posa dalam kete jek. Nih semua gara-gara keluar dari umah lambat ler nih. Ingatkan sempat nak catch LRT ke Titiwangsa. Tapi rupanya dari LRT Ampang ke Titiwangsa kena stop sampai 15 stesen. Banyak giler.

Memandangkan dah kul 6, aku pun decide aku drive sendiri ler gi Titiwangsa. Lagi la cepat. Aku sampai sana dlm kul 6.20. Tunggu la K dtg. Dia sampai pun dah dalam 6.45 dah. Ingatkan nak makan kat Titiwangsa jek rupanya kat tempat lain. Jauh la gak. Sampai kat tempat tuh dah dlm 2 minit lagi nak berbuka. Orang pon ramai. So, kami berenti kat satu tempat. BUka pun minum air kotak ngan karipap jek...huhu...cam ni rupanya nanti kalau aku balik keje tak sempat sampai umah. Kena buka posa dlm kete.

Dah le hari nih ujan lebat giler...lama lak tuh. Huih...tak kering la baju aku. Dah le aku basuh gak baju raya yg beli tuh.

Oh yek, tahun nih mcm biasa la, aku beli 2 helai baju raya. Satu warna maroon, satu lagi warna hijau. Satu beli kat Jusco, satu lagi beli kat Jln TAR. Satu baju kurung moden, satu lagi baju kurung biasa. Tudung lak yg over. Untuk baju raya aku kaler maroon tuh, aku beli sampai 3 tudung! Dah asyik jumpa tudung yg lagi best jek. Tu la masalah aku, kalau shopping memang bagai nak rak. Cam nih botak suami aku nanti. Semua nak balun beli. Hahah...tu la...nasib baik la tak kawin lagi. Arkarnax........jimat le sket yek!

+posted by arkarnax @ 12:05 AM

+++++

Saturday, November 15, 2003

Dilema hari raya...

Beberapa hari lagi aku nak balik kg...tsk tsk...selalunya musti orang gumbira pasal dapat pulang beraya. Tapi, aku lain. Tahun nih nampaknya aku beraya sorang-sorang jek sebab adik aku pergi beraya di Romania ngan mak ayah aku. Aku lak terpaksa la raya ngan tok, tok wan aku ngan sedara mara aku. Kira, first time ler nih aku kena beraya sendiri.

Aku memang tak rapat sangat ngan sedara mara aku. Kalau tak kerana tok ngan tok wan aku hidup lagi, rasanya aku takkan pulang beraya. Aku lebih rela raya seorang diri kat KL. Kalau aku keje, aku lebih rela tak cuti. Dengar memang la mcm kejam. Tapi itulah hakikatnya. Kepulangan aku beraya di kampung cam tak diambil peduli kecuali oleh tok aku. Kalau sedara mara lain tuh, buat cam endah tak endah. Aku tauler aku beraya tanpa family aku dan aku dah le takde tempat tinggal selain dari umah tok aku tuh. Tapi at least, terima la aku seadanya. Aku tak mintak lain, cuma nak rasa selesa jek bila balik kg. Nak rasa seperti diterima. Nih dak, kalau balik kg, rasa cam berada di tempat asing. Memang aku tak suka.

Itulah dia, dilema hari raya aku. Dari sekolah menengah aku beraya ngan adik aku jek kat kg. Dari sekolah menengah gak le, kami dah tak diberi duit raya dengan alasan, ayah aku dah kaya. Bukanla aku nak sangat duit tuh, tapi takyah la nak ckp camtuh. Dahla kami beraya adik-beradik jek, takde sapa dah. Diaorang lak tak nak layan. Apa salahnya, dah kami balik raya setahun sekali tuh, tanya le sket apa perkembangan kami. Ni tak, asyik sibuk dok layan anak jek.

Balik raya pun, takde pon sedara mara aku kat KL nih nak ajak balik kg sekali. Bukannya takde sedara mara aku kat sini. Ramai jek. Tapi pernah ke diaorang ajak balik sekali? TAK! Pastu, bila balik kg, baru la nak terhegeh-hegeh kata, apsal la tak tumpang diorang balik. Nak tumpang ape kebendenya....ajak pun idak. Buat apa aku nak terhegeh-hegeh mintak. Baik aku balik naik public transportation. Tak menyusahkan sesapa.

Aku tak tau la sampai bila aku nak beraya camni. Dah takde serinya. Hanya baju raya jek yg nampak berseri. Perasaan aku...makin bertambah sepi. Aku nak beraya ngan family aku. Nak bangun pagi, salam ngan mak ayah then pergi sembahyang raya sesama. Pastu, ikut family gi ziarah umah saudara mara. Tapi semuanya tuh dah lama aku tak rasa. Aku pun dah macam hampir lupa apa kegembiraan berhari raya. Macam tahun lepas, hari raya pertama, aku dok umah jek lepas balik sembahyang raya. Takde sapa nak bawa gi beraya. Baju raya pun aku pakai sekerat hari jek pasal takde sesapa nak dtg umah. Suasana raya bagi aku memang dah takde. Bagi aku, hari raya tuh hanya pada nama sahaja. Apapun, aku bersyukur keluarga aku masih ada biarpun tak dapat beraya bersama. At least, aku masih lagi dapat berhubungan dengan diaorang melalui telefon.

But for sure...raya nih, air mata aku akan menitis lagi laju............

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan Aidilfitri yang mulia

+posted by arkarnax @ 11:51 PM

+++++

Friday, November 14, 2003

Buka posa...tiket

Sekejap tul dah lebih separuh bulan kiter berpuasa. Tak rasa apa pun kalau tak makan. Time kecik dulu, nak tunggu berbuka tuh punya lah seksa. Mata asyik mengerling ke arah jam jek. Haih, bila la nak berbuka yek. Tapi sekarang lain....aku suka bulan puasa nih. Ntahla, rasa lapang jek. Jiwa pun tenteram jek. Maybe pasal takde setan kut...heheh...

Hmmpp...semalam buka posa ngan Intan, Yone, Apai ngan Kerol kat Andalucia. Kalau tak kerana bulan Ramadhan nih, jarang sekali aku nak makan kat luar. Bukan apa, aku lagi suka makan kat umah pasal leh makan banyak mana pun yang kita nak. Aku bukanlah makan banyak sangat, jadi bila makan kat luar, kalau tak habis, rugi lak. Dan satu lagi, bulan Ramadhan nih lah time nak gathering jumpa member-member lama. Boleh buka posa sesama. Tuh yang best. Dengar cerita terkini masing-masing. Time nih la gak nak buka posa ngan member sekuliah. Kalau hari biasa, makan sesama kat kantin jek...tak la best sangat.

Tiket raya aku dah beli. Hari Rabu depan balik. Awal betul. Kelas pun tak habis lagi. Hampes..hampes...nih gara-gara nak naik Air Asia ler nih. Dah nak sangat tiket yg murah tuh...terpaksa la balik awal. Sebenarnya aku tak suka balik kampung lama-lama. Terutamanya time raya. Ada kisah disebaliknya......nanti aku citer......

+posted by arkarnax @ 11:25 AM

+++++

Monday, November 10, 2003

Dah lama tak post...bz bz bz plus credit dah abih. Baru jek topup.

Malas nak citer psl perkembangan semasa. Maybe later when I have the mood for it.
Lagu peveret at the mo: Mana Mungkin by Dayang Nurfaizah. So, ini lirik nya:

MANA MUNGKIN - Dayang Nurfaizah

Mana mungkin kan ku cari ganti
Irama syahdu mengulit rindu
Bertali arus tidak berhenti
Airmata ku jatuh ke pipi

Jika diriku masih kau cinta
Dunia ini indah belaka
Bila munculnya insan kedua
Mendung kelabu mula bermula

c/o
Mana mungkin.....kehidupan
Disisihkan bila kehancuran
Aku kecewa.....kau hancurkan
Kini tiada bahagia

Tidak mungkin dapat ku ulangi
Tiap memori takkan kembali
Terkulai layu layari sendiri
Luka dihati berdetik sunyi......


+posted by arkarnax @ 12:17 AM

+++++