:::U Thought U Know Me Well...But U Don't:::
Monday, December 29, 2003

LOTR : ROTK

Lambatnya baru aku dapat tengok LOTR nih. jenuh nak beratur panjang kat MidValley tuh semata-mata nak dapatkan tiket. Seminggu lak tuh booking, baru hari nih aku nak gi tengok. Bukan senang nak dapat tiket nih. Last Tuesday aku dah menapak kat depan kaunter tiket tuh sejak kul 8 pagi. Punya la semangat nak mendapatkan tiket Gold Class punya pasal.

Sebelum tuh aku dah penah cuba dapatkan tiket hari Khamis, the week b4 tapi alih-alih bila sampai turn aku jek kat depan kaunter, tiket sold out! Punya la frust. Time tuh aku beratur sejak kul 10 pg walhal kaunter bukak kul 10.45. Itupun dah sold out.

So,last Tuesday aku tekad ngan Yone nak gi awal pasal orang yang berjaya dapatkan tiket Gold Class nih datang sejak kul 7 lebih lagi. Tapi aku sampai kul 8 lebih sket kira orait la walaupun seawal tuh pun tak jadi orang pertama. Aku org ketujuh dalam barisan. 2 jam gak tunggu, nasib baik kaunter bukak awal sket.

So, tulah dia, akhirnya dapat gak aku tengok LOTR:ROTK Gold Class punya setelah tahun sudah kecewa tak dpt tengok Gold Class untuk Two Towers...cuma dapat tgk Harry Potter jek. Ahhh....kali nih nak pastikan makanan cukup supaya tak la lapar sangat nak dok tiga jam setengah dalam panggung tuh....

Kalau tak kerana sesebuah citer tuh lebih daripada 3 jam, takdenyer aku nak gi tgk Gold Class

+posted by arkarnax @ 10:25 AM

+++++

Sunday, December 28, 2003

Juara Lagu 2003

Baru jek lepas tengok kat TV3 tadi. Sob sob...I was rooting all the way for Anuar Zain to win...tapi hampa...Misha Omar yang menang. Anyway, she deserves to win. Bila dia tarik, meremang bulu roma aku. Punya la power. Memang tak sangka dia nak menang cos persembahan dia simple but maybe with the strong vocal tuh yang dia leh menang.

And another thing yang aku realise, semua pemenang tuh new artist la singing their hearts out with their first single. And yes, WOMAN POWER! hahahah....satu pencapaian yang baik buat artis-artis baru. Satu bukti yang menunjukkan artis baru yang muncul sekarang mampu bersaing setanding artis yang telah lama menempah nama seperti Siti Nurhaliza dan Ning Baizura.

Tahniah buat Waheeda, Ezlynn dan terutamanya kepada Misha Omar. Persembahan korang memang power. To Anuar Zain, dia cuma kalah kepada the best one on stage. Maybe gak he's the 2nd winner overall...mana tahu kan....hehhehe....ada hati lagi nak backing Anuar Zain tu...heheh...

Apa-apapun, rasanya Aznil and Sarimah did a well job in entertaining the audience with their slapstick joke...hahah...cayalah....one of the best host couple throughout Juara Lagu...tapi maybe ada gak yg kata the way that they hosted the show was a little bit over...but to me...I enjoyed it pretty well.

Congratulations again to Misha Omar dan Adnan Abu Hassan for the lovely song, Bunga Bunga Cinta. Tahniah juga buat Ezlynn, Waheeda dan Siti....and a big applause to the other contestant yang memang power-power belaka....

Takpe Anuar Zain, next year try lagi....

+posted by arkarnax @ 11:35 PM

+++++

Open House Umahku...

Bukan...bukan....aku bukannya buat open house hari nih. Dah lepas dah pun, last Sunday, 21/12/2003. Every year sejak aku 1st year, tak pernah miss buat open house. Time first year, kat umah Ampang since family aku still ada kat Malaysia lagi. Then 2nd year, 3rd year dan yg terkini, time 4th year nih, buat kat umah sewa.

Seronok sebenarnya buat open house nih...penat memangla penat tapi dua hari jek kalau nak penat pun. Yang penting kepuasan diri. Dapat belanja kawan-kawan...dan time open house nih gak nak menambahkan kenalan...

Preparation untuk open hose tahun nih grand sket pasal gi beli barang kat pasar besar. Aku gi ngan Azu jek ke Pasar Borong Selangor kat Sri Kembangan. First time aku gi pasar sebesar tuh...(ermm...seingat aku la)....apa lagi...duit dah ada...barang yang nak dibeli pun banyak...so bukan main seronok lagi aku ngan Azu 'shopping' kat situ. Cam org yang ada big family lak.

So, malam tuh lak sibuk masak...aku specialized dalam buat puding jek. Main dish, Azu yang masak walaupun dia cuma ex-housemate kami tapi terpaksa import dia pasal dia masak sedap.

Pagi-pagi tuh still kalut lagi nak prepare. Agar-agar atas puding aku sikit sangat lak, so terpaksa tambah lagi. Alih-alih lembik sangat lak. Hancus puding aku kali nih. Tapi tak sangka...habis gak akhirnya...cepat lak tuh...

Kul 1.30, Ros ngan Mas datang, punya la awal...aku pon tak sempat nak get ready lagi. Then sampai lak Zeti ngan Asiah pastu bertambah-tambah la kawan-kawan housemate aku yang lain. Punya la ramai datang sampai tak sempat nak layan. Oh, lupa nak bagitau, kami buat laksa,bihun, ada nugget,french fries, puding aku tuh, 2 jenis agar-agar, keropok pastu air grape. Kira banyak la jugak berbanding tahun sebelumnya.

Malam pun still ada orang datang kat open house kami. Tapi ada tambahan makanan time malam...ada nasi kerabu...bebudak kelantan tuh masak. Seingat aku, tak pernah aku makan dan tak reti pun makan nasi kerabu tapi malam tuh, aku try la for the first time. Boleh la tahan rasanya....

Lepas dok mengarut ngan Faz ngan Wira malam tuh, aku antor Azu balik ke Bandar Tasik Selatan. Dah la dah kul 11 lebih, nak balik umah balik, sesat lak...minyak pun dah nak dekat kong dah...aku nih memang suka sangat menyesatkan diri...timba pengalaman la konon...hehhe

Malam tuh...tido memang nyenyak....almaklumla...penat nyer pasal......lagipun esoknya kelas kul 8 pagi....

Kepada yang datang open house umah aku, thank u very much!

+posted by arkarnax @ 12:44 PM

+++++

Saturday, December 27, 2003

Demamku dah baik

Lamanya aku tak post dlm blog nih. Seriously, I was quite buzy. Bukannya sebab demam eh...aahh...sebut pasal demam tuh...alhamdulillah, cuma demam biasa but my body temperature is quite high sampai doktor tuh pun pelik. 38.5 degrees. Dia tanya, ada red spots tak kat badan aku? Aku geleng sambil menyelak lengan tangan aku nak prove yang takde apa-apa. Still doktor tuh nampak blur. Dia tanya lak, aku nak MC for that day tak? Aku tolak dengan alasan...I don't have any class this evening. So, I don't think it's necessary. Dia tanya lagi sama ada aku nak MC untuk the next day tapi sekali lagi aku menolak.

Aduh, bukannya senang nak dapat MC tetambah time tuh aku gi klinik UM for the first time in nearly 5 years aku study kat situ. Doktor tuh pun sampai ingat aku budak first year pasal tak penah ada rekod kat klinik tuh. So, aku pun terang la kat doktor tuh, yg aku susah nak sakit and kalau sakit pun sikit-sikit dan kalau telan panadol pun dah ok.

So, balik kepada kenapa aku tolak MC yang dioffer oleh doktor tuh...bukan apa, biarpun I had high fever, tapi aku rasa cam larat lagi nak gi kelas. Kelas pagi tuh pun aku gi walaupun doktor tuh cam tak caya jek aku larat nak gi. So, dah lepas chit chat ngan doktor tuh...amik ubat dan sebagainya, aku balik umah...tidoo...

Alih-alih, malam tuh, teruk gak demam aku sampai tak larat ak bangun...melarat sampai the next morning....tak gi kelas le aku jawabnya. Tu la...gatal sangat tolak offer doktor tuh nak bagi MC. Konon cam kuat sangat la...heheh...padan muka aku. Nasib baik Fath dengan baik hatinya tolong sign attendance ngan ambilkan nota.

But overall....kali nih demam kasih lasted quite long. Nearly a week dan aku batuk teruk gak sampai dekat 2 minggu. Terbantut tesis aku. Oh yek, lupa nak citer kes the next day lepas aku gi jumpa doktor kat klinik UM tuh and the same day yg aku ponteng kelas tuh, I realise there was a few red spots on my legs...so aku gi lak klinik swasta since housemate aku bimbang yang maybe aku demam denggi cos the red spots nampak cam denggi nyer spots. Since pagi tuh aku baru jek telan panadol ngan makan ubat, so, bila gi check temperature kat doktor tuh, dia kata okey jek but still I insisted him to do a blood test. Mana la tau kan. So, a few days gak lak aku ditinggalkan dalam tanda tanya menunggu result blood test tuh. Dan keputusannya, aku fail!!! huhuhu...fail dari demam denggi...hahha...alhamdulillah....

So, banyak lagi citer menarik sejak dua menjak nih...kena jot gak kat sini....nanti terlupa lak tarikh-tarikh menarik...hehhehe...but nanti la...

+posted by arkarnax @ 6:07 PM

+++++

Thursday, December 11, 2003

Demam

Dah 2 hari aku tak sihat. Start from hari Selasa, mula-mula batuk jek. Alih-alih hari Rabu dah demam. Nih berjangkit ngan Kak Cik la nih. Tapi aku risau sesangat kalau aku terkena Fujian Flu. Sebab symptoms2 dah ada. Started with dry cough, headache, muscle ache....dah le memandangkan flu nih senang merebak dan kak cik lak baru jek balik from Europe where kat situ sibuk skang heboh ngan Fujian flu. Tapi mintak simpang la...tak nak aku dapat penyakit pelik2. Lagipun, maybe pasal dah lama aku tak sakit, so Allah nak bagi la sakit sket. Banyak sangat dosa nih kut. hehehe...Aku memang susah nak demam tapi bila demam agak teruk gak. So, bila demam nih banyak la gak effect kehidupan harian aku especially tesis yg aku tak dapat nak buat. About my flu...again aku mintak simpang la bukan Fujian flu...Ya Allah jauhilah aku dari penyakit yang merbahaya....Amin...yang penting skang, baik aku gi klinik cepat-cepat untuk check-up...

Huhuhu...aku nih demam pun ada hati lagi nak surf internet

+posted by arkarnax @ 10:38 AM

+++++

Tuesday, December 09, 2003

esemen & test

Alahai...esok dah rabu. Rasanya semester nih, hari yang paling aku tak suka ialah Rabu pasal subjek hari rabu semuanya aku tak minat. Dari Risk Management yg start kul 9-11...pastu Foundation 11-12 diikuti ngan Highway Planning sampai kul 14. Arg...memang aku tak suka.

Dah la 2 drpd tuh subjek elektif yg aku terpaksa amik gara2 subjek elektif lain clash ngan kelas lain. Dah tuh...geng 'Pussycats' aku pon tak dak amik. Tuh yg menambahkan ketidak bestan nya.

Esok dah ada esemen kena submit...petangnya ada test dah. Same subject lak tuh. Risk Management. Aku dah siap ke esemen? BELOM! Dah study ke ntuk exam? BELOM! Habis apa yg aku buat selama nih? Ooo....surf internet tak henti-henti. Masalah masalah...dari dulu lagi memang aku ada problem nak study kalau time test. Time real exam okey jek...Damn...have to do something bout it. Maybe gak pasal aku x bergeng dlmsubjek nih yg membuatkan aku x semangat nak study. Ntahla....argh...have to push myself into studying...

Dah dah...stop....gi study cik Azila ooiii...

+posted by arkarnax @ 4:50 PM

+++++

Bussines or busyness..

Maghrib tadi aku buka posa ngan 'the pussycats' (gelaran baru yg si Wira bagi untuk geng aku)...sekali ngan Agos pasal dari dulu janji nak belanja dia pasal tolong kami buat esemen last sem. Tapi sayang tak cukup korum. Ros takde. Ada demo katanya. Yelah, org sibuk berbisnes. Sejak dia aktif join bisnes nih, dah jarang spend masa ngan kami. Tapi aku tak kisah. Aku kagum kerajinannya carik duit time tgh belajar nih. Memang pandai. Kelebihan 'ramah' yg dia ada membuatkan dia senang jek nak jual barangan dia tuh. Barangan apa yg dia jual? hahah...itu rahsia.

Hmm...pikir2 balik, aku minat ke bisnes bisnes nih? Tok aku dulu bolehla dikatakan seorang bussineswoman yg berjaya gak. Dia nyer jualan Tupperware ngan Arcopal sampai banyak kali dpt pengiktirafan. Jualan terbanyak di seluruh Malaysia la...apa ntah lagi. Hari tuh, aku sembang-sembang gak ngan tok ckp yg dia bisnes bagai nak rak tapi anak dia sorang pun tak minat nak bisnes. Hmm...pelik-pelik...ayah aku pun bukannya minat pun. lebih rela kerja makan gaji. Ntahla...maybe dah rezeki.

Sekarang nih orang dok sibuk promote bisnes cam CNI la...ATM la...bisnes SMS la....apa ntah lagi. Aku pun tak sure apa nama bisnes nih. CNI memang penah dengar sebelum nih pasal dah bertahun gak bertapak kat Malaysia. Hari tuh balik kg, sibuk Mak teh aku dok promote join CNI tuh...kononnya untuk kemudahan masa hadapan. Aku malas nak join pasal aku memang tak minat bisnes pun. Amik subjek Economy ngan Management pon cukup makan jek result aku. Main Saidina ngan budak 9 tahun pun aku sampai bangkrap tahap kronik punya. Tapi dah Mak Teh aku beria-ia nak bayarkan yuran keahlian, aku pun setuju jela...malas nak larikan diri. Sama ada aku aktif ke idak...terpulang la pada diri aku. Kononnya kalau usaha sungguh-sungguh boleh menghasilkan pendapatan lumayan sampai dah ramai gak jd Millionaire. Tapi ntahla....aku tak eager sgt. Tengokla rezeki aku camne...maybe cara lain...

Haish.....assignment risk management tak siap lagi...ada hati nak pikir management lain...

+posted by arkarnax @ 1:31 AM

+++++

Sunday, December 07, 2003

Open House

Semalam Amy buat open house. Every year dia buat. Dan setiap tahun tu lah aku menjadi pengunjung setia. Time raya haji pun gi umah dia gak. Dia bukan la best friend aku tapi masakan mak dia memang sedap. Dah la selalu sediakan banyak hidangan. Rajin tul mak dia tuh.

Tahun nih bertambah ramai lagi la pengunjung open house dia pasal coursemate chinese pun ada pegi gak. Wah, meriah tul.

Aku pun, every year sejak first year tak pernah miss buat open house. Kalau tak kat Ampang, buat kat Hillpark. Tapi tahun nih ahli-ahli umah aku cam malas nak buat. Tuh yang tak best tuh. Ni lah last time aku nak celebrate hari raya as a student. Next year (Insya-Allah) dah kerja. Tapi takpe, aku akan try pursuade diaorang. Kalau tak nak sangat, buat kat pool pun okey gak. Hhuhu...

Hmm....siapa lagi ek yg buat open house. Cam ramai nak buat tapi tak confirm lak.....

+posted by arkarnax @ 11:31 AM

+++++

Saturday, December 06, 2003

Raya Oh Raya

I wasn't expecting my Hari Raya this year to be a good once since this time I celebrated my raya alone without my sister and for the 5th time without my parents. Tapi nampaknya the things that I feared so much wasnt that bad at all.

Raya tahun nih, banyak tempat aku gi jalan berbanding last year. First hari raya, pagi kat umah Tok Teh, petang kat umah Tok Som. Ramai betul sedara mara datang. Tak putus-putus. Sesetengah tuh, aku tak kenal pun. Yelah, kalau dah 2 pupu 3 pupu, aku dah tak tau.

Then 2nd day raya, ikut Cik Tie gi beraya kat umah sedara mara kat Perlis. Dari pagi sampai ke petang berjalan tapi duit raya singgit pun tak dapat. (hehheh....dah besar panjang pun ada hati nak duit raya lagi).

Raya keempat lak, schoolmate aku ngan Ayie datang. Tak pernah-pernah seumur idup aku ada org datang beraya bila aku kat kg. Jadi kalut gak aku hari tuh. Raya keempat gi raya umah Long kat SP then gi Penang. Wah, mee udang kat Sg. Dua tuh sedap betul. Rugi makan sikit jek. Lain kali kena gi makan lagi. Gi Penang ngan Pak Su ngan Mak Teh. Kira 2 kenderaan la. Kereta Mak Teh aku yg drive. Tak penah aku drive sejauh tuh. Selalu plg jauh pun KLIA.hehhe...malam tuh tido awal pasal penat giler.

Hari-hari lain, banyak aku spend ngan my little cousins. Layan diaorang. Almaklumlah, dok KL asik layan org dewasa jek, skang layan bebudak, best la gak. Anak Cik Tie yg 7 bulan tuh aku paling suka pasal dia tak nak kat org lain except family dia ngan AKU. So, rasa bangga la sket bila org lain nak amik dia taknak. hehhe...anak Mak Tam, Athirah ngan Izad tuh kekadang annoyed me a bit. Sampai aku tido pun nak kacau. Irfan ngan Syam lak nakal tahap max. Tak penah lagi aku jumpa bebudak senakal diaorang. Ada jek nak pukul org sampai semua cousins lain tak nak kawan ngan diaorang. Bebudak tuh baru 4 tahun. Sakit badan-badan aku kena silambam ngan bebudak tuh. Nak pukul balik kang, aku lak yg susah kalau diaorang menangis.

Kalau side mak aku lak...most of my cousins dah besar. Cuma anak Mak Teh, Cu ngan Pak Tam jek under 12. Balik sana, puas aku melayan bebudak tuh main Saidina sampai bangkrap aku bila main ngan Iqbal yg baru darjah 3 tuh. Malu tul kalah Saidina ngan budak 9 tahun. huhuhu...Then bawak budak 5 orang tuh gi makan KFC which was pretty funny too. Diaorang nih baik, tak nakal cam cucu Tok Teh tapi kalau bercakap tuh memang kay-po betul. Habis satu KFC tuh semua org dengar. But, it was fun and I really enjoyed it.

So, overall...balik kg kali nih boleh tahan best gak walaupun ada la beberapa perkara yg tak best seperti kena gigit ngan Irfan 4 kali. Sekali b4 aku nak balik KL dah. Dapat goodbye bite kat butt aku lak tuh. Ganas tul budak tuh. Suka gigit orang. Geram aku. Nasib baik dia kecik lagi. Kalau dak, dah kena fire ultraman tiga ngan aku dah. hehheh...

Ok ah....dah cuti raya lelama nih....back to study....all the best to me

+posted by arkarnax @ 6:38 PM

+++++