:::U Thought U Know Me Well...But U Don't:::
Monday, September 22, 2003

Aku dah ngantuk. Dah dekat satu pagi. Tapi kena paksa diri gak tunggu sampai progress report tesis aku nih habis diprint. Lembab ah pulak pasal guna catridge warna.

Uish....dah 22/9 la hari nih. Kejap tul masa berlalu. 4 hari jek lagi untuk aku jejak ke usia 22 tahun. Dah tua rupanya aku nih...perasan muda lagi. yelah, young at heart! kan bagus! Kat mana patut aku buat open table utk celebrate bday aku nih. Hari tuh bday Ros gi mkn seafood kat Klang. Uik...takkan nak pegi lagi. Dahle mahal. Aku pun kopak. Nak pikir tempat makan pun susah. Almaklumlah, aku nih bukan kaki makan kat luar. Baik aku masak jek...hati pun rasa puas makan masakan sendiri.

Isnin minggu depan lak dah start final exam aku. mampus!!! aku tak study apa pun lagi. Yelah, dok sibuk sgt ngan assignment yang menimbun. Seminggu jek aku nak study. Sempat ke? Isk...terpaksa ah...tak sempat pun kena sempatkan jugak. Takkan nak biar jek. Kalau kantoi, susah la....dah le final year dah. Tak sanggup aku nak repeat merepeat paper nih. Buang masa ngan duit jek.

Apa-apa pun, aku berharap dengan menjelangnya usia aku yang ke-22, segala apa yang keruh yang berlaku sebelum nih aku buang jauh-jauh dan dijadikan pedoman untuk mematangkan lagi diri aku nih......aku juga berharap segala azam aku akan terlaksana dan segala impian menjadi kenyataan....Insya-Allah

+posted by arkarnax @ 1:03 AM

+++++

Sunday, September 21, 2003

Arghh!!!!!!!
Banyaknye keje nak buat....tensen tul. Aku tau, bukan aku sorang jek tensen. Hampir semua yang nak exam mesti pernah menyebut perkataan tensen tuh. Biase ah...org dah dah keje pun selalu gak sebut.

Oh yek, berita terkini. N dah clash ngan balak dia yang satu lagi. So, dia dah single. Alamak, memang lagi ler bertambah rasa bersalah. Aku takle confirm sangat berita nih tapi aku terdengar dari perbualan telefon dia. Bukan aku intip tapi dah dia cakap kuat-kuat kat living room. Semua orang dengar. Tak sangka la plak dia nak buat tindakan drastik untuk putuskan hubungan dia ngan bopren dia tuh. Yelah, hari tuh dah clash ngan bopren dia kat kampung. Skarang yang satu lagi kat KL pun dah clash gak. Memang la patutnya aku takleh nyibuk pasal hal dia. Jangan jaga tepi kain orang tapi problemnya aku yang mulakan dulu. Kalau tak kerana reminder tuh, mesti dia still bahagia dengan kedua-dua kekasih dia tuh. Isk....aku nih pemusnah kebahagiaan orang ke? Jahatnye....tapi aku tak berniat. Aku tak nak gaduh ngan orang. Tak nak orang tak suka ngan aku. Mak aku selalu pesan, jgn buat dengki kat orang lain, jangan sesekali benc kat orang. Tak baik. Nanti tak berkat hidup. Selalula buat baik kat orang walaupun diaorang buat jahat kat kiter, jangan balas balik. Aku memang pegang kata-kata tuh. Walau sejahat mana orang tuh buat kat aku, aku tak balas balik....cuma simpan jek. Aku tau, kekadang tak elok gak, takut kalau dah berkumpul sangat dalam otak, lelama bila dah menggeledak, bleh jadi gila aku nih. Tapi alhamdulillah, setakat nih, aku leh tahan lagi apa orang nak kata tentang aku. Mulut orang memang takleh nak ditutup....

Kalau aku tensen, antara perkara yang aku slalu buat ialah
-balik ampang...dok umah sengsorang memang selalu membuatkan aku rasa tenang. Hilang masalah....memang sesimple tuh...aku pun tak tau kenapa....ada satu aura yang lain bila ada kat dalam umah sendiri........
-shopping bagai nak rak......itupun kalau aku ada duit lebih...kalau takde duit pun, aku beli gak something. Macam semalam, ada RM20 jek tapi beli gak apa-apa......rasa best bila leh shopping.....
-melalak....walaupun aku tak setaraf ngan Siti Nurhaliza tapi kalau sekadar nak melalak sengsorang tuh..anytime boleh.lega rasanya dapat mengeluarkan apa yang terbuku di hati dengan mengadaptasikannya dalam lagu.......
-makan....nih ikut mood gak le...kekadang kalau tensen pun, takle makan banyak.....tapi makan leh membantu untuk mengurangkan masalah kepala yang rungsing....nasib baik badan aku jenis tak senang naik...kalau dak...dah jadi belon aku nih.......

Isk...aku tensen lagi ke.....tak ah...skang tak tensen dah.....sebab dah ada kat ampang, dah shopping smalam, dah melalak tgh pagi buta tadi dan dah makan banyak.....hahha....I'm a happy gurl now.........

+posted by arkarnax @ 12:14 PM

+++++

Saturday, September 20, 2003

Akhirnya setelah seminggu berhempas pulas buat assignment Steel, tengahari tadi masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Presentation. Pelik gak aku. Kalau design, nak present apa?Tak pernah dibuat pun sebelum nih dl subjek-subjek design yang lain. Kecut perut aku. Dahle aku yang kena present dalam group tuh.

Presentation session untuk group kami patutnya start kul 10.30 tapi group sebelum kami (group 1, kami group 2) berada dalam bilik Karim sampai 2 jam. Lama giler...patutnya half an hour jek. Bebudak group lain yang lepas kami pun dah naik fed-up tungg kat foyer depan bilik pensyarah tuh. Tunggu punya tunggu, finally it's our turn. Dah duduk elok, aku pun bentang la kertas kerja ngan terus bagi presentation. Cukup 5 minit, dia suruh aku stop.Tak sempat habis lagi aku present. Tapi memang aku rasa presentation aku tuh hampeh betul. Ntah dia paham ke dak. Lantak ah...

Lepas presentation yang singkat tuh, dia mula la start check kitaorang punya design. Satu persatu bab dia check. Dah tuh setiap sorang kena soal berkenaan ngan tajuk yang dibuat. Waktu tuh lak nak terkedek-kedek pikir apa jawapan yang paling tepat nak bagi. Almaklumlah, buat assignment tuh ikut rujukan daripada buku. Yang tak tau tuh, main copy jek. Tak pikir pun betul ke tak. Mana dapat nilai. Giler tul. Itule masalah buat keje last minute.

Bila time aku, nasib baik le soalan dia ok. Alhamdulillah, boleh a jawab. Dah soal jawab semua tuh pun dah sejam. Ingatkan dah habis, rupanya dia bagi evaluation on the spot. Berdebar aku nak tengok. Yelah, selalunya mana kiter tahu markah kiter. Dah tuh, boleh pulak, untuk individual mark, dia tanya nak berapa markah? Lagila tak tau nak bagi berapa. Tapi mestila nak full mark. Aku pun kata 20. Dia tanya semua org, dan diaorang pun setuju. Nasib baikla memang aku buat takde problem. Yang ahli group lain, ada sedikit masalah sebab design tak dapat nak guna in reality cos nanti bangunan yang dibina tuh fail. So, markah tak dapat penuh but still nasib baik Karim tuh baik hati, dia bagi markah kesian. Terima kasih banyak-banyak la...aku tau sebenarnya kami tak layak dapat markah tinggi tapi dah dia pun tak kisah, syukur jelah...

Habis soal jawab, tengok jam dah 1 setengah jam dlm bilik dia. Lepas makan kat 6th, aku balik hillpar, terus tidur.....keletihan......

+posted by arkarnax @ 9:40 PM

+++++

Thursday, September 18, 2003

Banyak sangat keje aku skang nih. Nasib baik steel bahagian aku dah siap. Itupun cam nak mampus lagi nak buat. Hari Sabtu nih dah nak present. Mampus aku. Kalau dia tanya, aku nak jawab apa?Aku buat ikut buku jek. Tuh pun ntah betul ke idak. Nasib baik analisis Agos tolong buatkan. Tapi itu yang bertambah naya. Kalau dia tanya pasal analisis steel tuh...ternganga aku nak jawab. Nampaknya malam esok kena usaha gak belajar camne buat benda tuh.
Kat umah aku lak, situasi makin tegang. Memang dah tak bertegur sapa ngan N tuh. Aku takut ah sejak kejadian yg lepas tuh. Aku tunggu dia tegur aku dulu tapi dia pun tak tegur-tegur. Aku dengar ura2 cam nak pindah umah. Tapi ntahle....alamak banyak lak org nak tanya soalan kat aku....nantile aku citer

+posted by arkarnax @ 10:45 AM

+++++

Monday, September 15, 2003

Nampaknya persahabatan aku ngan N dah makin dingin. Bukanla gaduh tapi masing-masing macam dah tak tau nak cakap apa lagi. Aku lagila...takut nak cakap ngan dia. Rasa tak best pun ada pasal selama nih selamba jek leh gelak ketawa, usik mengusik tapi sekarang sejak kejadian tuh, kami nak bertegur sapa pun susah. Apa lagi yang leh aku buat. Aku dah sedaya upaya pujuk balak dia tapi dah lelaki tuh yang ego sangat. Sekarang nih, aku sibuk bagai nak rak. Every night keluar gi buat assignment. Siang pun buat assignment gak. Jarang ada kat umah. Memang aku takde masa nak pikir pasal masalah orang lain walaupun yela...masalah tuh aku yang timbulkan...tapi nak buat camne...macam aku dah katakan....aku dah cuba dah sampai yang termampu....tapi kalau dah still camtuh...apa lagi yang aku nak buat? Tetambah lagi exam nak dekat. Aku pun tension gak. Banyak gak menda yang nak buat. Aku mintak maaf bebanyak la....kita serah pada takdir...wallahualam

+posted by arkarnax @ 1:39 PM

+++++

Wednesday, September 10, 2003

Kejap jek dah hari baru....banyak lagi dugaan yang harus aku harungi....tak sangka kejap jugak dah masuk bulan 9. maknanya umur aku pun, beberapa hari lagi dah nak bertambah setahun lagi...exam pun nak dekat sangat. september oh september....tak pernah aku relax time bulan nih...sejak kecik mesti ada exam jatuh dlm bulan september.....
esok pagi-pagi nak kena gi kelas. nampaknya kena meredah hujan la memandangkan sekarang nih pepagi asyik ujan jek...yelah, dulu panas asyik komplain panas sangat, sekarang dah ujan, komplain sejuk lak pepagi...payah tul....

Basah kaca jendela ku
di pagi yg sejuk ini
setelah sekian lama
kemarau mencengkam kini tiba saatnya
pasti hujan kan datang

seimbas wajahmu kasih
terasa disanubari
setelah sekian lama
kita melangkah
dalam suka dan duka
perjalanan hidup kita

september pagi ini
september kita
september pagi ini
inginku mengucap
terima kasih tuhan
atas segala nikmat yg telah kau beri

September pagi ini...
September kita...
September pagi ini...
Memberi berjuta arti dalam hidup ini..



+posted by arkarnax @ 12:42 AM

+++++

Tuesday, September 09, 2003

Salah aku ke?
Kelu lidah aku bila N cakap dia ngan balak dia nak clash pasal satu reminder yang ada dalam hp dia yang sekarang nih ada kat balak dia pasal time dia balik kampung hari tuh, N tukar hp dia ngan hp balak dia. Dia tanya aku, aku ke yang tulis reminder tuh. Memang betul aku yang tulis dan aku terlupa nak delete reminder tuh. Asalnya 28/8 tuh, aku nak reminder tuh berbunyi supaya D boleh baca tapi malangnya reminder tuh tak bunyi. Aku pun terlupa terus keesokan harinya sampailah N bagitau hari nih. Memang aku tak patut tak patut tulis reminder yang dicatat nama balak dia yang satu lagi, tapi memang aku tak sengaja. Banyak benda lain aku tulis dalam reminder tuh sebenarnya. Tapi reminder yang berbunyi, "dating dengan *****" tu lah yang telah memecahbelahkan hubungan diaorang. Aku dah mintak maaf bebanyak kat N. Memang la dia kata dia maafkan aku, tapi aku tau, jauk di lubuk hati dia dia mesti benci ngan aku. Aku pernah cakap kat N, dia tak takut ke pasang '2 orang'? Nanti kalau kantoi, kan susah. Dahtu yang paling susah nanti, nak buat pilihan yang mana lebih disayangi pun susah. Tapi aku memang tak sangka, orang yang akan mengantoikan N ialah aku sendiri. Sekarang balak dia kat kg, dah syak yang dia curang setelah baca reminder yang aku tulis. Yang tuh memang betul tapi aku tak mahu digelar pemusnah kebahagiaan orang lain. Aku takde hak nak kacau hidup N. Lantak la dia nak pasang berapa puluh pun asalkan dia pandai cover. Tapi memang betul la si N pandai cover. Kalau tak masakan dapat sembunyikan kisah percintaan dia antara 2 insan selama setahun. Kat Pagi di ERa tadi pun baru jek cerita pasal perempuan yang curang. Pastu Halim pun tanya, tak takut ke nanti akan terbongkar. So, skarang, tak sangka lak kes si N nih dah terbongkar dan aku adalah 'crook' yang membongkarkan rahsia tuh. Memang aku terasa jahat tapi aku betul-betul tak sengaja. Aku dah try call balak N kat kg tuh, tapi dia tak nak angkat telepon. Aku dah msg terangkan yg sebenarnya aku pinjam phone N, pastu aku yang tulis reminder tuh. Nama lelaki yang dlm reminder tuh pun aku terpaksa mengaku sebagai balak aku. Ntahla...aku tak taule camne N ngan balak dia sekarang pasal aku bawa diri ke ampang. Bukan maksud aku sebab tekanan, tapi aku balik pasal nak print-out assignment aku yang berlambak tuh. Aku harap balak N akan call dia malam nih dan diaorang dapat settlekan problem diaorang tuh. Kalau tak settle gak...mungkin aku tak dapat memaafkan diri aku lagi sampai bila-bila........dan sememangnya aku sedar aku yang bersalah!

+posted by arkarnax @ 9:35 PM

+++++

Monday, September 08, 2003

Kenapa aku dah lama tak post? Jawapannya mudah. Pasal aku sangat bz. Bz ngan assignment yang berlambak-lambak. Assignment yang seperti semua lecturer macam sengaja jek bagi last minute b4 exam. Termasuk jugak assignment yang tertunda dolo-dolo punya. Mau jadi separuh giler aku camni memikirkan pasal keje aku yg bertimbun tuh. Kalah CEO. CEO pun leh cuti makan angin lagi. Tak balik umah pun hujung minggu hari tuh gara-gara nak buat assignment punya pasal. 7 dah siap. Ada lagi 6. Gila banyak. Tak pernah aku buat keje sebanyak nih dlm masa yg singkat. Itula dugaan jadi budak final year...patut la selama nih aku dengar org merungut jek. Sekarang dah kena kat batang idung sendiri. Aih...memang parah...
Apa-apapun, nanti aku cuba updatekan blog nih gak....

+posted by arkarnax @ 11:07 AM

+++++

Tuesday, September 02, 2003

Alamak addicted to animated gif nih lak....


+posted by arkarnax @ 1:10 AM

+++++

Aduih....aku ingatkan dah boleh tidor dah tapi rupa-rupanya aku tersalah carik journal untuk assignment aku. Tulah, tak nak check betul-betul apa yang dikehendaki oleh pensyarah. Kan dah kena carik semula.

Hmmm....esok pagi dah nak balik hillpark. Kalau boleh nak sambung buat tesis. Ish, apa pulak kalau boleh. Mesti boleh punya! Wajib gi lab kalau tidak sampai bila pun takkan siap tesis aku tuh. Tapi dah cuti 3 hari nih, rasa cam best lak....tu la susah kalau cuti camni...jadi malas nak buat keje. Tengok ah...assignment aku still tak siap lg. Deadline dah dekat. Exam pun tinggal 27 hari lagi. Ish...camne nih...mau giler aku dibuatnya....dahle....baik aku kemas-kemas barang. Esok pagi dah boleh balik.....


+posted by arkarnax @ 12:48 AM

+++++

Monday, September 01, 2003

Hari nih cuti! Horrey!! Tapi still banyak kerja nak settlekan. Anyway, memandangkan takde cerita menarik yang nak diceritakan hari nih, I decided to post the lyrics, Where Is The Love by Black Eyed Peas feat Justin Timberlake...PEACE ON EARTH!


BLACK EYED PEAS feat JUSTIN TIMBERLAKE

"Where Is The Love?"

What's wrong with the world, mama
People livin' like they ain't got no mamas
I think the whole world addicted to the drama
Only attracted to things that'll bring you trauma
Overseas, yeah, we try to stop terrorism
But we still got terrorists here livin'
In the USA, the big CIA
The Bloods and The Crips and the KKK
But if you only have love for your own race
Then you only leave space to discriminate
And to discriminate only generates hate
And when you hate then you're bound to get irate, yeah
Badness is what you demonstrate
And that's exactly how a n**** works and operates
N**, you gotta have love just to set it straight
Take control of your mind and meditate
Let your soul gravitate to the love, y'all, y'all

People killin', people dyin'
Children hurt and you hear them cryin'
Can you practice what you preach
And would you turn the other cheek

Father, Father, Father help us
Send us some guidance from above
'Cause people got me, got me questionin'
Where is the love (Love)

Where is the love (The love)
Where is the love (The love)
Where is the love
The love, the love

It just ain't the same, always unchanged
New days are strange, is the world insane
If love and peace is so strong
Why are there pieces of love that don't belong
Nations droppin' bombs
Chemical gasses fillin' lungs of little ones
With the ongoin' sufferin' as the youth die young
So ask yourself is the lovin' really gone
So I could ask myself really what is goin' wrong
In this world that we livin' in people keep on givin'
in
Makin' wrong decisions, only visions of them dividends
Not respectin' each other, deny thy brother
A war is goin' on but the reason's undercover
The truth is kept secret, it's swept under the rug
If you never know truth then you never know love
Where's the love, y'all, come on (I don't know)
Where's the truth, y'all, come on (I don't know)
Where's the love, y'all

People killin', people dyin'
Children hurt and you hear them cryin'
Can you practice what you preach
And would you turn the other cheek

Father, Father, Father help us
Send us some guidance from above
'Cause people got me, got me questionin'
Where is the love (Love)

Where is the love (The love)
Where is the love (The love)
Where is the love
The love, the love

I feel the weight of the world on my shoulder
As I'm gettin' older, y'all, people gets colder
Most of us only care about money makin'
Selfishness got us followin' our own direction
Wrong information always shown by the media
Negative images is the main criteria
Infecting the young minds faster than bacteria
Kids act like what they see in the cinema
Yo', whatever happened to the values of humanity
Whatever happened to the fairness in equality
Instead in spreading love we spreading animosity
Lack of understanding, leading lives away from unity
That's the reason why sometimes I'm feelin' under
That's the reason why sometimes I'm feelin' down
There's no wonder why sometimes I'm feelin' under
Gotta keep my faith alive to lovers bound

People killin', people dyin'
Children hurt and you hear them cryin'
Can you practice what you preach
And would you turn the other cheek

Father, Father, Father help us
Send us some guidance from above
'Cause people got me, got me questionin'
Where is the love (Love)

Where is the love (The love)
Where is the love (The love)
Where is the love (The love)

Where is the love (The love)
Where is the love (The love)
Where is the love (The love)


+posted by arkarnax @ 12:24 PM

+++++