AWAS Dengan Perkhidmatan Dobi!
Marahnya aku kat Dobi Bkt Indah nih! Aku sarankan kalau sesapa yang tinggal di Bkt Indah dan bercadang nak hantar Dobi di Kedai Dobi Chai tuh, baik bantutkan hasrat. Aku hantar baju ke dobi supaya dapat la di dry cleaning kan baju thai silk aku tuh. Rupanya sebaliknya berlaku. Bukannya bertambah elok....makin teruk. Bercompang camping kesan minyak! Dah la bau busuk! Bukanke kalau hantar dry cleaning, baju sepatutnya bau wangi.
Memang first time kami hantar dry cleaning kat tempat tuh. Sebelum nih hantar tempat jauh sikit tapi tak pernah sikit pun ada masalah. Baju yang dihantar semuanya elok, bersih dan wangi. Tapi kali nih lain pula jadinya.
Sudahla tuh, baju yang dihantar tuh nanti bakal dipakai time graduation day. Harga bukan murah. Tempah saja dah RM200. Bila campur kain sekali, dekat RM400 baju tuh.Kalau setakat berpuluh-puluh ringgit jek, aku tak kisah. Lagi kesian baju adik aku. Tertetas (terkoyak) dekat bahagian pelit bajunya. Sah la orang tuh try dulu baju tuh. Sebelum hantar memang dah check, takde cacat cela pun. Bertambah geram bila kesan kapur pun tak hilang. Dry cleaning apa ke benda namanya nih! Nih seperti ditipu bulat-bulat!
Kerana dek geram dan marah sangat, aku, mak ngan adik ke kedai dobi tuh. Hah, apa lagi kena bantai la budak tuh. Tokei pulak takde. Konon kata adik dia masuk ICU. Bertambah panas lagi hati kami yg memang tgh meluap-luap nih bila budak kedai tuh boleh buat endah tak endah jek.
Celaka betul. Mintak maaf la. Aku dah tak dapat tahan lagi kata-kata aku nih. Aku rasa, kalau korang di tempat yang sama pun, mesti marah jugak. Dah la dua-dua baju tuh, tak pernah pakai lagi. Bila minta semula dia bayar ganti rugi, dia tak nak. Tak layan lak tuh. Dia ingat senang ke nak carik duit dekat RM700 utk buat dua-dua baju tuh. Aku boleh gerenti, dia tak mampu punya. Bila mintak dia bayar duit hantar dry cleaning pon dia tak nak. Minta no tel bos dia pun tak bagi. Takut kononnya. Ish...geram betul aku. Tersangat geram. Macam nak bagi penampar kat dia jek kat situ juga. Nasib baik aku nih masih punya hati dan perasan bukan macam dia! Memang la dia tak rasa sebab bukan baju dia. Bodoh!
Keinginan untuk report ke Persatuan Pengguna memang menebal tapi bila aku pikir-pikir balik, aku yakin komplain ku tidak akan dilayan. Macam nih la masyarakat Malaysia, kononnya terkenal dengan ciri-ciri ketimuran. Chet. Kini tiada lagi. Bukan sekali dua terkena, tapi banyak kali juga dilayan dengan kasar oleh org Malaysia sendiri. Aku sendiri malu menjadi rakyat Malaysia. Kalau di Amerika Syarikat, pengguna diutamakan. Jika tidak puas hati dengan sesuatu perkhidmatan, "Money Back Guarantee". Oh ya, memang di Malaysia juga ada dilaungkan slogan tersebut tapi tunggulah jadi pungguk menunggu bayaran balik tuh. Kekadang boleh makan masa bertahun. Aku sebenarnya dah mual dengan perangai orang Malaysia sendiri. Memang bukan semua yang berperangai begitu tapi memang ada dan bukan sedikit. Kita boleh lihat sendiri kalau di shopping complex umpamanya, sekiranya org luar yang hendak membeli barang, dilayan bagai anak raja. Tapi bila warganegara malahan kaum sendiri yang datang membeli, dibuat endah tak endah. Kalau layan pun ala kadar jek. Kalau nak aku cakap pasal perangai buruk orang Malaysia nih sebenarnya balik dan kekadang kita sendiri tak sedar. Tapi aku tahu, hanya menambahkan kekecewaan aku terhadap negara dan bangsa aku sendiri jek.
Aku berharap agar Allah dapat membalas apa yang telah mereka lakukan kepada kami. Moga perniagaan mereka tuh menimpa musibah kerana aku tahu, segala yang kita lakukan, akan menerima balasan. Biarlah Allah yang menentukan balasan ke atas mereka. Aku redha. Aku bermohon juga pada Allah agar menabahkan hati aku untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran.
+posted by arkarnax @ 10:21 PM