A Very Looonnngggg Journey...
Ramai yang bertanya, selamat ke aku di Songkla dengan keadaan huru-hara di Selatan Thailand tuh? Alhamdulillah, selamat....selamat dah sampai ke KL kul 1 pagi semalam. Lagipun, tempat yang berlaku huru hara tuh agak jauh dari Songkla. So, setakat nih, alhamdulillah...takde apa-apa.
Oh yek, semalam selepas 8 jam perjalanan dari Alor Setar, baru sampai KL. Lama betul. Dah kebas-kebas kaki aku duduk dalam bas tuh. Tak sangka begitu teruk sekali jammed kat KL malam semalam. Daripada bulatan dekat dataran merdeka tuh nak ke stesen Puduraya pun dah memakan masa sejam. Giler betul...
Sebelum tuh, sebelum sampai Sg. Buluh, ada road block yang dibuat oleh pihak imigresen dengan JPJ. Dah semua penumpang bas kena diperiksa I/C lak. Ramai betul pihak yang terlibat dengan operasi tuh. Ada gak Jabatan Alam Sekitar, BPR, Polis...TV3 pun ada. Kalau yang perasan, time TV3 interview ntah sapa ntah, ada nampak sket bas yang aku naik tuh...heheh....kena tahan dekat situ pun dekat setengah jam. Memang haru biru tul.
Tak sangka la perjalanan selama 8 jam tuh sungguh menyeksakan. Teringat lak semasa takde lagi Lebuhraya Utara-Selatan, terpaksa ikut jalan kampung. Memang 8 jam la baru nak sampai kampung. Kalau berenti semayang ngan makan pun, ntah kat mana-mana. Bila lalu kat jalan bengkang-bengkok kat Selama tuh, semua orang dah mual-mual....huh....nasib baik la dah ada lebuhraya U-S tuh....memang memudahkan perjalanan....
+posted by arkarnax @ 6:07 PM