This kind of discrimination has to stop!
Pilihanraya dah lama abis. Tapi apakah apa yang kita inginkan daripada kerajaan yang dipilih ini akan berjaya ditunaikan? Masih terlalu awal lagi untuk mendapat keputusan.
Apa-apapun, rasanya satu jek benda yang aku nak sesangat dilakukan sesuatu ke atasnya. Iaitu berkenaan diskriminasi ke atas wanita. Terutamanya wanita yang bertudung! Memang la sekarang kita kata yang wanita zaman sekarang sudah setaraf dengan lelaki. Tapi realitinya wanita yang bagaimana?
Walau bagaimana sekalipun kita cuba menafikan yang perempuan bertudung mendapat layanan yang sama rata dengan orang lain, tapi hakikatnya tidak memihak sedemikian. Pernah tak anda menonton 3R yang pasal perempuan bertudung dan tidak. Aku suka siri tuh. Ia menunjukkan keadaan sebenar bagaimana perempuan bertudung dipandang lekeh. Low standard la konon. Kalau pegi kedai nak beli barang, salegirls yang pada mulanya speaking, boleh terus cakap malay bila dengan perempuan bertudung. Eh, Hello!!! Most of my friends yang pakai tudung can speak better English than some of those yang tak pakai.
I actually have nothing against those yang tak pakai tudung. Kawan aku ramai gak yang tak pakai. So, if anyone is offended, I am truly sorry.
Kembali ke topik asal, aku cuma harapkan yang satu hari nanti, orang akan pandang perempuan bertudung sama rata tanpa diskriminasi dan menganggap yang kami juga mampu melakukan apa saja dan berhak melakukan apa saja asalkan tidak melanggar undang-undang.
+posted by arkarnax @ 8:11 PM