Officially, I'm a penganggur! huhuhu
Hari nih result yang bakal menentukan masa depan aku akhirnya keluar juga. Segala penantian, tanda tanya sudah terjawab.
Aku tiba di fakulti tatkala ramai students sedang berkerumun di papan kenyataan. Sahla result dah kuar, getusku dalam hati (ewah, cam buat novel lak). Tercongok-congok aku melangutkan kepala nak melihat result aku di sebalik himpunan pelajar tuh.
Subjek pertama yang aku nampak ialah Risk Assessment, alhamdulillah, dapat A. Aku jenguk result yang lain....hmmm....cemerlang gak result sem nih. Tersengih-sengih aku keluar dari kelompok pelajar-pelajar yang masih lagi berkerumun di notice board.
Jumpa Zeti, Mas, Ros ngan Zai. Masing-masing sibuk kira pointer. Aku terpaksa meminta Laloq tolong kirakan pointer aku memandangkan aku tidak berkalkulator. Jadi, keputusannya...alhamdulillah...kalau tak silap dah masuk Dean List. Huh, first time sepanjang 4 tahun aku belajar dalam jurusan nih. Penantian yang disangka takkan dikecapi sampai bila-bila. Tapi akhirnya time final sem, dapat juga.
Aku menyesal juga pasal tak berusaha bersungguh-sungguh terutamanya time second year yang mana result aku time tuh jatuh merudum. Paling teruk. Mungkin gara-gara kerana study sengsorang. Sejak third year baru terkedek-kedek nak buat study group. Mujur masih tak terlewat. Semester demi semester result aku kembali meningkat. Alhamdulillah. Betul la kata Zeti, "Pn Soneita kata, mujurlah kamu sempat sedar". Hahah...yelah...mujur sempat sedar bahawa study group itu sangat penting.
So, aku sarankan kepada sesapa di luar sana yang selalu study sengsorang, cuba-cubalah bawa tahap ulangkaji itu ke satu paras lain iaitu dengan belajar secara berkumpulan. Tapi terpulang juga pada individu tuh sendiri. Ada gak yang study sengsorang dapat score mengalahkan yang study berkumpulan. Tapi kelebihan study berkumpulan ialah ilmu yang diperolehi itu lebih banyak daripada study sendiri.
Apa-apapun...kehidupan aku sebagai pelajar dah tamat. Aku perlu mengorak langkah memulakan kehidupan baru di dalam dunia yang mencabar ini....terpulanglah pada aku untuk menghadapinya...moga-moga aku mendapat pentunjuk dan perlindungan dari-Nya.
+posted by arkarnax @ 10:42 PM