Mari Berjalan-jalan
Hari nih mengorak perjalanan ke satu daerah yang agak besar di Selatan Thailand iaitu Nakhon Si Tammarat. Sedap betul nama tempat tuh.
Perjalanan dari Songkla ke Nakhon Si Tammarat mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah untuk jarak sejauh 200km+. Itupun bergantung kepada keadaan trafik sebab jalan yang dilalui bukannya highway. Tapi, sepanjang-panjang perjalanan, ada pembinaan highway yang pastinya memudahkan pergerakan pada masa hadapan. Yang bagusnya di sini, biarpun ada highway, tapi tak dikenakan tol. Road tax pun takde. Di Romania pun sama juga. Highway memang banyak. Tapi satu sen pun tak dikenakan tol. Dahle harga kereta murah, road tax pun takde. Entah kenapa la Malaysia nih begitu ghairah sangat mengenakan tol. Kalau nak diikutkan, negara Romania dan Thailand jauh lebih rendah pendapatan rakyat negaranya berbanding Malaysia. Tapi tak kalut nak letakkan tol pun. Entahlah...dunia...dunia...
Dah berjalan agak jauh tadi, baru aku perasan, yang sememangnya aku tak suka long distance journey. Aku suka travel tapi tak suka travelling yang straight jek. Sekali sekala kena stop untuk regangkan urat kaki nih.
Sebenarnya, kami ke Nakhon Si Tammarat sebab ayah aku ada appointment dengan Gabenor di sana. Jadi, aku ngan mak aku cuma tumpang sekaki...jejalan tengok negera orang.
Untungnya Gabenor tuh siap belanja kami makan seafood lagi di salah satu restoren yang agak ternama di sana. Kali nih, bila makan tom yam, rasa pedasnya sampai ke telinga. Lagi pedas daripada tom yam yang kami makan di Songkla. Tapi rasanya sangat sedap. Sayangnya aku tak tahan pedas. Rugi betul....
Satu yang menariknya, masakan ikan siakap. Ingatkan dia bagi ikan takde isi. Rupanya, isinya dah dihancurkan dan digoreng bersama-sama bawang, serai dan apa ntah lagi. Memang sedap rasanya.
Satu lagi keunikan yang cuma ada di Nakhon Si Tammarat ialah hidangan buah manggisnya. Buah manggis yang belum betul-betul masak dibuang kulitnya dan dicucuk pada lidi seperti sate. Wah...memang menarik. Ingatkan rasanya kelat rupanya manis betul...Sayang sekali aku lupa bawa digicam. Kalau tak, boleh tunjuk kat blog nih.
Selepas menikmati makanan tengahari yang sangat enak tuh, kami pergi membeli-belah di pekan Nakhon. Dapat juga aku beli sebuah handbag. Baru datang Thailand seminggu, dah dapat 2 handbag. Kopak mak ayah aku kalau aku dok sini lelama.Nasib baik Jumaat nih nak balik KL dah.
Dah balik daripada tempat tuh, staff ayah aku buat makan-makan pula. Jemput semua pekerja Konsulat. Dapat la berkenal-kenalan ngan orang Malaysia yang bekerja di Songkla nih. Ramai yang tak percaya aku anak sulung ayah aku yang dah abih belajar. Agaknya kenapa yek? Aku nampak muda sangat ke untuk berumur 22 tahun? Hahah...perasan tul...
Tapi memang kenyang la hari nih...puas makan jek....
+posted by arkarnax @ 10:17 PM