:::U Thought U Know Me Well...But U Don't:::
Sunday, April 25, 2004

Jalan-jalan Cari Makan

Kunjungan ke Thailand sudah tentulah tidak lengkap tanpa merasa masakan terkenal di yang datang daripada negara yang tidak pernah dijajah ini iaitu Tome Yam Kung.

Jadi, petang semalam selepas pergi membeli belah di Hat Yai, (berjaya gak aku beli sepasang Thai Silk untuk dibuat baju dipakai konvo nanti...eheh), kami sekeluarga terus mengambil keputusan untuk makan saja di luar. Almaklumlah, dah dekat seminggu aku datang Thailand nih, tapi belum lagi dapat merasa masakan sebenar Thailand.

Cadangnya nak ke satu restoren makanan siam yang begitu masyhur dikalangan pengunjung dari Malaysia, tapi pusing punya pusing...tak jumpa juga restoren tuh. Alih-alih ambil keputusan untuk makan sahaja di restoren masakan thai yang halal di Songkla.

Bukannya di Malaysia takde masakan thai, kalau pergi ke Kg. Baru saja, berlambak restoren yang menyediakan masakan thai yang dimasak oleh orang thai sendiri. Namun begitu, "this is the real deal!". Kalau merasa masakan thai di negara thai sendiri, mestilah lebih "kaw". Lebih berharga merasa makanan tuh.

Pendapat aku setelah merasa masakan thai di sini? Waduh waduh....sangat pedas!!! Kalau tengok pada masakannya, penuh dengan cili api. Memang "kaw" la pedasnya tuh. Cuma mungkin aku jek bukan peminat kepada masakan yang terlalu pedas, maka bagi aku masakannya kurang menepati selera aku. Don't get me wrong, aku memang suka makan Tom Yam cuma mungkin tak berapa suka yang terlalu pedas. Yang nyatanya, bagi penggemar masakan yang berisi cili padi, sudah tentu masakan thai dapat memenuhi selera mereka.

Tapi yang nyatanya, aku dah puas makan seafood kat sini. Udangnya besar bukan main. Harga tersangatla murah. Sekilo RM15. Mana nak dapat kat Malaysia. Sampaikan hari nih pun, bila mak aku nak masakkan udang lagi, aku dah surrender. Berhenti sekejap makan udang. Silap haribulan nanti, kolestrol naik melambung. Aku gak yang susah....

+posted by arkarnax @ 1:10 PM

+++++