:::U Thought U Know Me Well...But U Don't:::
Wednesday, March 17, 2004

Just 4 laugh

Pemeriksaan Kesihatan 
 

Seorang pemuda memeriksa dirinya di sebuah klinik.. Setelah beberapa soalan di tanya kepada doktor berkenaan penyakitnya.. Doktor itu menyuruhnya berbaring dan membuka mulutnya kemudian mengeluarkan lidahnya panjang2. Setelah itu doktor duduk dan menulis sesuatu di mejanya.

Setelah beberapa minit kemudian doktor itu berdiri dan berkata..
"Sudah selesai. Sekarang masukkan lidahmu dan tutup mulutmu semula!"

Dengan kehairanan pemuda tersebut bertanya..
"Doktor, tadi doktor suruh saya berbaring, membuka mulut dan menjulurkan lidah panjang2, tetapi doktor tidak melakukan apa-apa kepada saya. Untuk apa saya lakukan semua itu tadi?"

"Supaya," jawab si doktor..
"Saya boleh menulis repot kesihatan kamu dengan tenang, tidak diganggu oleh pertanyaan2mu
yang bertubi-tubi seperti tadi!"


Tukang Sapu 
 

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft. Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih
lantai.. Lalu dia mengatakan
"Anda diterima bekerja... berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan."

Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja... Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki USD 10. Lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur... Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja...

Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di US...

Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya... Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya.... Setelah bersetuju... Penjual insuran berkata..

"Minta email Puan..."

"Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu

Penjual Insuran terkejut dan berkata
"Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email.
Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email."

Wanita itu menjawab:
"Jadi tukang Sapu di Microsoft"

Profesor  
Profesor Bakri adalah seorang profesor yang terkenal dengan kepintarannya... Dia terlalu tekun dengan ujikaji yang dilakukannya sehinggakan terlupa untuk makan minum, malah sudah dua hari tidak pulang ke rumah... lalu isterinya menelifon..

"Abang.. ingat ya, malam ini abang mesti pulang ke rumah untuk makan malam. Jaga kesihatan", pesan isterinya.

"Ya, baik.. abang janji.. agaknya dimana kita hendak makan malam nanti?" tanya professor itu.

"Di rumah saja lah bang..".

"Baik lah.. tapi dimana tu? Saya catat alamatnya dulu...".

Muntah 
 

Seorang gadis kecil merasa badannya lemah dan sakit ketika dia berada di pasaraya bersama ibunya.

"Mama," kata gadis kecil itu..
"Bolehkan kita balik sekarang?"

"Tidak," jawab ibunya.

"Ma, saya rasa hendak muntah!" kata gadis kecil itu.

"Keluarlah, pergi ke tandas di tingkat atas..."

Setelah kira-kira 20 saat, gadis kecil itu kembali ke tempat duduknya.

"Sudah selesai?" tanya ibunya.

"Ya."

"cepatnya?"

"Saya tidak pergi ke tingkat atas.. Ma," kata anaknya lalu menyambung..
"Kat tepi tu ada sebuah kotak derma... disitu tertulis "UNTUK ORANG YANG SAKIT’"
Tersalah email 

  Seorang lelaki yang sedang bercuti menghantar email kepada isterinya tetapi alamat email telah salah ditaip lalu email tersebut melencong terus kepada seorang wanita yg baru kematian suaminya. Selepas membaca email tersebut wanita tersebut menjerit lalu pengsan....

Nak tau apa ditulisnya.....

"Isteriku sayang segalanya telah disiapkan untuk menunggu kedatanganmu esok...........Ah panas sekali di sini...."

Mandi Laut
 

Hai semua.
Citer ni ada la berlaku kat member aku sekitar 4 tahun yg lepas..
Once upon a time........

Satu hari tu aku dengan member aku gi la mandi manda kat satu pantai tu. Kita orang ni masing masing bawak awek..
So,selepas sejam perjalanan dari rumah sampai la juga ke lokasi yang paling strategik untuk pakwe makwe mandi manda,bukan merendek tau..
So,sebelum sessi mandi manda,kita orang pun jamah la makanan ringan yang di bawa bersama..
Bila matahari pun dah tegak atas kepala, kita orang pun tukar la pakaian yang sesuai untuk mandi manda. Adapun kita orang ni takde la pakai spender sahaja atau bikini sahaja, masing masing pakai pakaian yang sopan mengalahkan cipan untuk mandi..

So,apalagi masing masing pun mandi dengan lahapnya macam dah seabad tak mandi.mandi je,takde pun buat bende lain..
Lebih kurang 10 minit berendam dan buat aksi maut lipat terjun,member aku ni pun naik. Aku tanyalah naper dia naik cepat sangat,dia kata nak keringkan badan. Selang 5 minit lepas tu, member aku ni pun masuk balik ke dalam air.
10 minit lepas tu dia naik balik. Aku tanya lagi, jawapan yang sama aku dapat-nak keringkan badan..
So lepas setiap 10 minit mandi dia akan naik ke darat lebih kurang 5 minit untuk keringkan badan, perkara ni berlaku sampai aku pun dah naik muak tengok..
Baru je aku nak tanya apa motif sebenarnya dia buat macam tu tetiba je awek dia tanya, mungkin dia pun dah naik menyampah tengok pakwe dia buat macam tu.

So dia pun tanyalah..

Aweknye: Abang,abang ni kenapa? Lima enam belas kali masuk keluar dari pantai ni? Konpius juga ayang tengok. Abang ada alergik ke duduk dalam air laut lelama?

Pakwenye: Bukannye ape,alergiknye takde,apa pun takde masalah duduk dalam pantai ni lama lama.abang cuma risau,takut lama lama berendam air laut ni abang takut telo abang ni jadi TELO MASIN...

Lelaki Miskin
 

Di sebuah kampung yang terpencil tinggallah seorang lelaki miskin bersama-sama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melangsungkan pekahwinannya tetapi malang, kesemua
seluar dalamnya telah berlubang-lubang kerana terlalu lusuh.

Kasihan melihatkan keadaan anaknya, si ibu membuatkan seluar dalam lelaki tersebut dengan menggunakan guni beras. Di malam pertamanya, isteri lelaki tersebut telah mati
terkejut. Cubateka kenapa?

Jeng... jeng... jeng....

sebab kat seluar dalam tu ada tulis
"Berat Bersih: 50kg"



+posted by arkarnax @ 12:56 PM

+++++