:::U Thought U Know Me Well...But U Don't:::
Sunday, February 01, 2004

Makna Aidiladha...

Pagi tadi, di TV2 ada satu rancangan terbitan Siti Nurhaliza Production, tajuknya Muzikal Aidiladha bersama Siti Nurhaliza. Sebuah rancangan berbentuk hiburan. Tapi lebih menuju ke arah hiburan nasyid.

musical siti Pada mulanya, aku terpikat untuk menonton rancangan tuh sebab ada Anuar Zain. Ingatkan sekadar selingan jek sebelum keluar cerita lain. Tapi rupa-rupanya keluar lak Siti dengan ayunya memakai tudung ala-ala Waheeda. Hah...comel per Siti pakai tudung. Tak sangka lak rupa-rupanya bukan dia sorang jek. Ada Waheeda, Misha Omar, Ezlynn dan paling mengejutkan Ella. Semuanya pakai tudung dan menyanyi lagu nasyid. Macam tak percaya lak yang Ella boleh menyanyi nasyid walaupun kedengaran lenggok nyanyiannya kurang sesuai.

Walaupun agak janggal melihat penyanyi pop membawakan lagu nasyid, tapi itu mungkin merupakan satu langkah yang bijak untuk menarik perhatian penonton bagi mengikuti rancangan hiburan sedemikian. Dan juga satu langkah baik yang cuba dibawakan oleh Siti Nurhaliza Production apatah lagi mungkin kerana baru-baru ini juga dia baru pulang dari menunaikan Umrah di Mekah.

Namun begitu, di sebalik nyanyian artis-artis top dalam rancangan tersebut, diselitkan wawancara bersama pendakwah-pendakwah terkenal di Malaysia nih yang membincangkan berkenaan apa sebenarnya makna Aidiladha.

Aku tersedar sebentar, ya, memang benar, Aidiladha bukannya membawa maksud menunggu daging diberi kepada kita tetapi sebaliknya ialah apa yang sanggup kita korbankan. Kenapa kalau time hari raya puasa, kita sanggup membeli belah bagai nak rak mencari berpasang-pasang baju raya. Buat kuih raya sampai berjenis-jenis, tapi bila hari raya Aidiladha, kita seperti endah tak endah....

Hmmm....memang ada kebenaran. Aku pun terpikir....kenapa yek? Seingat aku sewaktu kecil dulu, sambutan perayaan Aidiladha sama meriahnya seperti Aidilfitri. Baju raya siap ditempah. Kuih muih pun ada. Kami juga tak lepas untuk mengambil peluang pulang berhari raya di kampung. Tapi kini, tidak lagi....entahla...semakin lama zaman beredar...semakin kurangnya kita mengadaptasikan budaya dan kepercayaan kita. Apakah sebab, kesempitan masa? Kalau macam tuh, zaman dulu pun orang sibuk mencari rezeki. Atau mungkin juga sudah kurangnya hubungan kekeluargaan....itu kita kena fikirkan sendiri. Wallahualam....

Arkarnax : Rindu pada kemeriahan sambutan di kg halaman....

+posted by arkarnax @ 3:54 PM

+++++