I got lay-z
Akhirnya, pagi tadi, dengan penuh kegembiraan yang terpancar dari wajahku...(ewah...cam skrip buku citer lak), aku berjaya menghantar thesisku....lega betul.....
today, no class. so I decided to drive back home to find my matrix card yang ilang. malangnya usaha ku buntu sebab tak jumpa2 pun kad matrix kat umah. penat aku carik. kat umah sewa, dalam kereta, dalam poket seluar, baj...semua dah abis seluk. Tapi still tak jumpa-jumpa gak.
Aku memang camni...selalu betul terlupa mana aku letak barang-barang. Asik misplaced jek. Mula-mula, kad bank, dah barred card tuh, baru jumpa bawah sofa. Pastu I/C lak ilang. Dah siap ada I/C baru, jumpa balik I/C lama. Skang, kad matriks lak. Sah la, lepas aku buat yang baru, mesti jumpa yang lama balik. tensen tul.
Mak aku sendiri pun cakap yang aku nih jenis pelupa dan memang aku setuju!!! Aku cepat betul lupa terutamanya pasal benda yang remeh temeh. I only remember, what I want to remember....urgghhh...lamenyer....hahaha....tapi tulah, selalu kengkawan aku kata, kalau benda personal, mesti slalu lupa, tapi nasib baik bila study, tak mudah lupa. Huhuhu...ye ke....nasib baik le jugak ek. Alhamdulillah, syukur nikmat.
Tapi memang la...skang nih masalah 'kelupaan' (ada ke, perkataan cam nih, kang tak pasal2 kena band cam lagu Seksis nyanyian Anita Sarawak)...aku makin menjadi-jadi. Adakah kerana tabiat memakan maggi pada zaman dahulu (huh???zaman, cam dah lahir berapa abad lak aku nih)...baru menunjukkan kesan? Adakah juga kerana aku pernah termakan semut terutamanya pada zaman kanak-kanak dulu juga baru nak menunjukkan kesan? Adakah...adakah adakah????? tidak!!!! (oooppps...jgn jadi gile sudah)...
Apa-apapun, nampaknya untuk mengembalikan memori aku, kena la makan bebanyak kismis yek. Takpun IQ Max yang untuk bebudak tuh...hmmm....kalau berkesan untuk org dewasa, no problemo...hahah...
Ok ok ok...opps stattik...dah nak stop merapu........~END~
+posted by arkarnax @ 4:35 PM