:::U Thought U Know Me Well...But U Don't:::
Saturday, January 10, 2004

T-shirt free

Yea! Berjaya gak dapat t-shirt hitz.fm...bukan senang ooo nak dapat...kena menang peraduan ke hapa baru leh dapat.

Ceritanya cam nih...semalam time aku tengah kusyuk masyuk menonton rancangan yang aku pon tak tau apa kebennya, di televisyen (betul ke eja cam nih...dah bengong aku), tetiba kedengaran bunyi yang familiar daripada handphone oren aku tuh. Tup..tup...rupa-rupanya Intan yang call.

Sebenarnya aku memang cadang nak call dia pasal nak ajak gi umah auntie majmie tapi tetiba camne leh pening kepala lak. Okey, back to the main story, Intan kata kat aku,

"Ko kat mana?"
"Hillpark"
"Hitz.fm Prado Cruiser ada kat hillpark"
"Kat mana?"
"Entah...ala area area tuh jek"
"Okey okey..aku gi tgk"

So...terus aku ajak Ayie gi carik Prado Cruiser. Rupa-rupanya ada depan pintu gerbang. Ramai dah orang berkumpul kat keliling cruiser tuh. So, after parking tepi jalan, kami pun menghampiri crowd tadi. Tengok tengok, diaorang dpt free coke dan bila kami sampai, dah abis dah pun.

So, macam biasa...kalau nak free gifts, mesti la kena hadapi sesi soal jawab. Mula-mula tuh, aku malu-malu kucing la gak nak angkat tangan...tapi kerana tetiba dia kata, "Who wants a hitz.fm tshirt?"...cepat-cepat aku bersemangat. heheh....Soalan dia, "Give me the place and time where the hitz.fm birthday bash will be held this year?"...

So, aku bagi can la mamat sebelah tuh jawab. Dah diberi jawapan pun, dia menggelabah nak jawab lagi. AKu pun apalagi, angkat tangan dan jawab la dengan konpidennya. heheh...Jadi, dapatla t-shirt free...

HAri nih dengan banggonya pakai gi lab foundation....tapi orang tak perasan kut pasal terlindung nama hitz.fm dengan tudung itam aku. Tapi takpe, biar puas hati...dah lama aku tak menang apa-apa hadiah. I think this is a good for me to join more competitions after having a long pause.......ahhahaha...azam baru tuh.......

+posted by arkarnax @ 11:43 AM

+++++