:::U Thought U Know Me Well...But U Don't:::
Saturday, January 24, 2004

My Very Own Fear Factor!


MMNo no...this ain't about Mickey Mouse. Saja jek letak gambar Mickey yang comel tuh....I have nothing against Mickey. What I am against is real mouse! Oh wait...not mouse, I mean rats!!! Pagi tadi, lepas aku buka semua tirai dan tingkap, aku terasa kaki aku memijak suatu benda yang kenyal. Aku ingatkan apa, tetiba mata aku terpaut pada satu ekor yang penjang dan berwarna gelap. Yucks!! Baru aku sedar, aku terpijak Tikus Mati! Argghhh....menjerit-jerit aku ke bilik air untuk mencuci kaki aku yang telah terpijak bangkai tuh. Yucks sekali lagi.

Itu belum sampai part yang paling susah nak dibuat...iaitu membuang bangkai tikus tuh! Dah le kat umah tuh cuma ada aku ngan adik aku jek. Ntah kenapa la tikus tuh nak mati time parents aku balik kampung. Ngokngek tul la....ewww....aku memang takleh ngan tikus. Surrender! Kalau lipas@cicak mati, no hal punya....tapi kalau tikus! Tak tahan!!!

Aku tanya adik aku, "Why do I have to do all the nasty things?"...dia jawab dengan selambanya, "Cos, ur the eldest!"....hahha....shoot...susah gak jadi anak sulung nih.all the dirty works semua kena buat....so dengan penuh keseksaan...bak kata seperti title aku, My Very Own Fear Factor, aku memang rasa cam dalam fear factor....yes, rat is my biggest fear! Yucks sekali lagi. FF

Jadi, cara-cara aku membuang bangkai tikus tuh...
1. Tutup bangkai dengan paper. (suruh adik aku letak, dia bergerak ke tempat kejadian dengan mata dipejam sambil aku mengarahkannya untuk melepaskan kertas sebaik sahaja menghampiri sasaran. Tapi.....usaha sia-sia kerana sasaran tersasar....chait...)
2. Tutup bangkai dengan kotak. (aku guna penutup kotak puzzle Mulan sebab takde kotak yang sesuai dah untuk tutup tikus tuh. Sekali lagi, adik aku gagal mengenai sasaran. Kotak terbalik dan menghempap kepala tikus tapi tidak datang menudungnya...chait sekali lagi)
3. Sekali lagi, tutup bangkai dengan paper. (kali nih, aku buat sendiri. Sasaran mengena. tapi geli lak nak tolak.)
4. Sekali lagi, tutup bangkai dengan kotak. (yepp,aku buat sendiri sekali lagi. Guna the other side of the Mulan puzzle box. Yes!!! Sasaran mengena!)
5. Tolak kotak+bangkai tikus ke luar umah. (menggunakan batang mop, aku menolak kotak tuh sedikit demi sedikit ke arah pintu keluar. Paper telah tersedia di muka pintu bagi memastikan kotak jatuh di atas paper. Nasib baik gak tikus tuh mati dekat ngan pintu).
6. Angkat paper yang ada kotak tuh, dah buang dalam a big plastic bag
7. MISSION ACCOMPLISHED!
8. Yea! Berjaya dalam Fear Factor edisi terhad nih!

+posted by arkarnax @ 3:01 PM

+++++