LOTR : ROTK
Lambatnya baru aku dapat tengok LOTR nih. jenuh nak beratur panjang kat MidValley tuh semata-mata nak dapatkan tiket. Seminggu lak tuh booking, baru hari nih aku nak gi tengok. Bukan senang nak dapat tiket nih. Last Tuesday aku dah menapak kat depan kaunter tiket tuh sejak kul 8 pagi. Punya la semangat nak mendapatkan tiket Gold Class punya pasal.
Sebelum tuh aku dah penah cuba dapatkan tiket hari Khamis, the week b4 tapi alih-alih bila sampai turn aku jek kat depan kaunter, tiket sold out! Punya la frust. Time tuh aku beratur sejak kul 10 pg walhal kaunter bukak kul 10.45. Itupun dah sold out.
So,last Tuesday aku tekad ngan Yone nak gi awal pasal orang yang berjaya dapatkan tiket Gold Class nih datang sejak kul 7 lebih lagi. Tapi aku sampai kul 8 lebih sket kira orait la walaupun seawal tuh pun tak jadi orang pertama. Aku org ketujuh dalam barisan. 2 jam gak tunggu, nasib baik kaunter bukak awal sket.
So, tulah dia, akhirnya dapat gak aku tengok LOTR:ROTK Gold Class punya setelah tahun sudah kecewa tak dpt tengok Gold Class untuk Two Towers...cuma dapat tgk Harry Potter jek. Ahhh....kali nih nak pastikan makanan cukup supaya tak la lapar sangat nak dok tiga jam setengah dalam panggung tuh....
Kalau tak kerana sesebuah citer tuh lebih daripada 3 jam, takdenyer aku nak gi tgk Gold Class
+posted by arkarnax @ 10:25 AM