:::U Thought U Know Me Well...But U Don't:::
Saturday, November 15, 2003

Dilema hari raya...

Beberapa hari lagi aku nak balik kg...tsk tsk...selalunya musti orang gumbira pasal dapat pulang beraya. Tapi, aku lain. Tahun nih nampaknya aku beraya sorang-sorang jek sebab adik aku pergi beraya di Romania ngan mak ayah aku. Aku lak terpaksa la raya ngan tok, tok wan aku ngan sedara mara aku. Kira, first time ler nih aku kena beraya sendiri.

Aku memang tak rapat sangat ngan sedara mara aku. Kalau tak kerana tok ngan tok wan aku hidup lagi, rasanya aku takkan pulang beraya. Aku lebih rela raya seorang diri kat KL. Kalau aku keje, aku lebih rela tak cuti. Dengar memang la mcm kejam. Tapi itulah hakikatnya. Kepulangan aku beraya di kampung cam tak diambil peduli kecuali oleh tok aku. Kalau sedara mara lain tuh, buat cam endah tak endah. Aku tauler aku beraya tanpa family aku dan aku dah le takde tempat tinggal selain dari umah tok aku tuh. Tapi at least, terima la aku seadanya. Aku tak mintak lain, cuma nak rasa selesa jek bila balik kg. Nak rasa seperti diterima. Nih dak, kalau balik kg, rasa cam berada di tempat asing. Memang aku tak suka.

Itulah dia, dilema hari raya aku. Dari sekolah menengah aku beraya ngan adik aku jek kat kg. Dari sekolah menengah gak le, kami dah tak diberi duit raya dengan alasan, ayah aku dah kaya. Bukanla aku nak sangat duit tuh, tapi takyah la nak ckp camtuh. Dahla kami beraya adik-beradik jek, takde sapa dah. Diaorang lak tak nak layan. Apa salahnya, dah kami balik raya setahun sekali tuh, tanya le sket apa perkembangan kami. Ni tak, asyik sibuk dok layan anak jek.

Balik raya pun, takde pon sedara mara aku kat KL nih nak ajak balik kg sekali. Bukannya takde sedara mara aku kat sini. Ramai jek. Tapi pernah ke diaorang ajak balik sekali? TAK! Pastu, bila balik kg, baru la nak terhegeh-hegeh kata, apsal la tak tumpang diorang balik. Nak tumpang ape kebendenya....ajak pun idak. Buat apa aku nak terhegeh-hegeh mintak. Baik aku balik naik public transportation. Tak menyusahkan sesapa.

Aku tak tau la sampai bila aku nak beraya camni. Dah takde serinya. Hanya baju raya jek yg nampak berseri. Perasaan aku...makin bertambah sepi. Aku nak beraya ngan family aku. Nak bangun pagi, salam ngan mak ayah then pergi sembahyang raya sesama. Pastu, ikut family gi ziarah umah saudara mara. Tapi semuanya tuh dah lama aku tak rasa. Aku pun dah macam hampir lupa apa kegembiraan berhari raya. Macam tahun lepas, hari raya pertama, aku dok umah jek lepas balik sembahyang raya. Takde sapa nak bawa gi beraya. Baju raya pun aku pakai sekerat hari jek pasal takde sesapa nak dtg umah. Suasana raya bagi aku memang dah takde. Bagi aku, hari raya tuh hanya pada nama sahaja. Apapun, aku bersyukur keluarga aku masih ada biarpun tak dapat beraya bersama. At least, aku masih lagi dapat berhubungan dengan diaorang melalui telefon.

But for sure...raya nih, air mata aku akan menitis lagi laju............

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan Aidilfitri yang mulia

+posted by arkarnax @ 11:51 PM

+++++