Buka posa...tiket
Sekejap tul dah lebih separuh bulan kiter berpuasa. Tak rasa apa pun kalau tak makan. Time kecik dulu, nak tunggu berbuka tuh punya lah seksa. Mata asyik mengerling ke arah jam jek. Haih, bila la nak berbuka yek. Tapi sekarang lain....aku suka bulan puasa nih. Ntahla, rasa lapang jek. Jiwa pun tenteram jek. Maybe pasal takde setan kut...heheh...
Hmmpp...semalam buka posa ngan Intan, Yone, Apai ngan Kerol kat Andalucia. Kalau tak kerana bulan Ramadhan nih, jarang sekali aku nak makan kat luar. Bukan apa, aku lagi suka makan kat umah pasal leh makan banyak mana pun yang kita nak. Aku bukanlah makan banyak sangat, jadi bila makan kat luar, kalau tak habis, rugi lak. Dan satu lagi, bulan Ramadhan nih lah time nak gathering jumpa member-member lama. Boleh buka posa sesama. Tuh yang best. Dengar cerita terkini masing-masing. Time nih la gak nak buka posa ngan member sekuliah. Kalau hari biasa, makan sesama kat kantin jek...tak la best sangat.
Tiket raya aku dah beli. Hari Rabu depan balik. Awal betul. Kelas pun tak habis lagi. Hampes..hampes...nih gara-gara nak naik Air Asia ler nih. Dah nak sangat tiket yg murah tuh...terpaksa la balik awal. Sebenarnya aku tak suka balik kampung lama-lama. Terutamanya time raya. Ada kisah disebaliknya......nanti aku citer......
+posted by arkarnax @ 11:25 AM