umah oh umah
Urrggghhhh...aku dah jelek ngan perangai bebudak umah aku yang pelik-pelik tuh. Dah tahap yang meluat sesangat dah. Sejak start kuar bebudak asal umah tuh, Azu, Yone, Syud, Ayie yang bolehla aku kategorikan sebagai penghuni yang paling ok berbanding yang tinggal sekarang. Bukannya aku nak membenci diaorang...memang diaorang tuh kawan aku gak walaupun ada yang baru kenal tahun nih jek tapi aku still consider them as my friend. Tapi bila dah lama dok ngan diaorang nih, makin banyak la keluar macam-macam perangai. Tak puas hati itu lah...tak puas hati inilah.....nak itula...nak inilah....dan yang peningnya aku! Pasal kalau diaorang ada hal nak ckp bab umah, mesti bagitau kat aku. Aku taula...memang itu tanggungjawab aku selaku ketua umah untuk handle segala problem dalam umah tapi bila dah sampai benda yang remeh temeh ataupun yang boleh disampaikan sendiri pun nak kena mintak tolong aku, mane leh tahan. Ingat aku nih mesin ke? Bila aku tak lakukan sesuatu, mula la kata aku nih tak bertanggunjawab la....malas nak amik tahu la...tapi problemnya they're NOT in my shoes! Damn it! Aku tak nak la mula nak maki hamun diaorang sebab tak de gunanya buat gitu. Buat dosa aku jek. Yang paling tak tahan bila kes nak masuk kuar umah...kejap kompom....kejap tak kompom....susah betul la....diaorang senang jek kata aku tak pikir hal diaorang tapi hal aku, diaorang amik peduli ke??????? Dah ah.....aku nak marah teruk-teruk dalam blog nih pun buat menambahkan sakit hati jek....
+posted by arkarnax @ 11:43 AM