:::U Thought U Know Me Well...But U Don't:::
Saturday, October 18, 2003

Ada Apa Dengan Cinta?

Aku tak bermaksud nak suka bila kengkawan aku ada problem. Aku cuma suka bila diaorang pilih aku untuk luahkan problem diaorang. Aku akan cuba tolong sedaya upaya aku....setakat mana yang boleh. Apa gunanya kawan, kalau takleh nak tolong. Akhir-akhir nih ramai lak yang ada problem dengan kisah percintaan diaorang. Ada gak yang baru berputik kebahagiaan. Tapi yang kesiannya, bila masalah cinta dah sampai satu tahap yang mana seseorang tuh rasa tiada gunanya lagi dia hidup tanpa cinta si dia. Bila seseorang tuh terlalu fanatik pada cintanya...bila dia terlalu gila pada pasangannya....bile dia terlalu bergantung harap dan segala gerak gerinya berlandaskan cintanya itu.....dan time dah clash....memang parah. Susah memang susah. Aku memang takde pengalaman dalam bab percintaan nih tapi kalau boleh aku nak cuba gak tolong diaorang. Aku tak nak diaorang buat benda yang tak munasabah gara-gara kecewa dalam bercinta. Tak sangka ek, cinta nih memang boleh buat orang gila. Patutla sampai ada yang bunuh diri. Betapa hebatnya penangan cinta tuh. Memang aku tak paham sebab aku tak alami lagi. Semua orang boleh bagi nasihat tapi bila tak kena kat batang hidung sendiri, orang tuh tak kan faham. Dan dalam situasi aku sebagai penasihat kepada kedua-dua belah pihak, aku kena pastikan apa yang akan aku utarakan tuh releven dan memuaskan hati dua pihak. Aku memang nak happy ending tapi kalau memang dah ditakdirkan kesudahannya sebaliknya....kita sebagai hamba Allah kena redha....aku doakan moga Allah dapat memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka yang bermasalah. Amin....

+posted by arkarnax @ 10:44 PM

+++++