Salah aku ke?
Kelu lidah aku bila N cakap dia ngan balak dia nak clash pasal satu reminder yang ada dalam hp dia yang sekarang nih ada kat balak dia pasal time dia balik kampung hari tuh, N tukar hp dia ngan hp balak dia. Dia tanya aku, aku ke yang tulis reminder tuh. Memang betul aku yang tulis dan aku terlupa nak delete reminder tuh. Asalnya 28/8 tuh, aku nak reminder tuh berbunyi supaya D boleh baca tapi malangnya reminder tuh tak bunyi. Aku pun terlupa terus keesokan harinya sampailah N bagitau hari nih. Memang aku tak patut tak patut tulis reminder yang dicatat nama balak dia yang satu lagi, tapi memang aku tak sengaja. Banyak benda lain aku tulis dalam reminder tuh sebenarnya. Tapi reminder yang berbunyi, "dating dengan *****" tu lah yang telah memecahbelahkan hubungan diaorang. Aku dah mintak maaf bebanyak kat N. Memang la dia kata dia maafkan aku, tapi aku tau, jauk di lubuk hati dia dia mesti benci ngan aku. Aku pernah cakap kat N, dia tak takut ke pasang '2 orang'? Nanti kalau kantoi, kan susah. Dahtu yang paling susah nanti, nak buat pilihan yang mana lebih disayangi pun susah. Tapi aku memang tak sangka, orang yang akan mengantoikan N ialah aku sendiri. Sekarang balak dia kat kg, dah syak yang dia curang setelah baca reminder yang aku tulis. Yang tuh memang betul tapi aku tak mahu digelar pemusnah kebahagiaan orang lain. Aku takde hak nak kacau hidup N. Lantak la dia nak pasang berapa puluh pun asalkan dia pandai cover. Tapi memang betul la si N pandai cover. Kalau tak masakan dapat sembunyikan kisah percintaan dia antara 2 insan selama setahun. Kat Pagi di ERa tadi pun baru jek cerita pasal perempuan yang curang. Pastu Halim pun tanya, tak takut ke nanti akan terbongkar. So, skarang, tak sangka lak kes si N nih dah terbongkar dan aku adalah 'crook' yang membongkarkan rahsia tuh. Memang aku terasa jahat tapi aku betul-betul tak sengaja. Aku dah try call balak N kat kg tuh, tapi dia tak nak angkat telepon. Aku dah msg terangkan yg sebenarnya aku pinjam phone N, pastu aku yang tulis reminder tuh. Nama lelaki yang dlm reminder tuh pun aku terpaksa mengaku sebagai balak aku. Ntahla...aku tak taule camne N ngan balak dia sekarang pasal aku bawa diri ke ampang. Bukan maksud aku sebab tekanan, tapi aku balik pasal nak print-out assignment aku yang berlambak tuh. Aku harap balak N akan call dia malam nih dan diaorang dapat settlekan problem diaorang tuh. Kalau tak settle gak...mungkin aku tak dapat memaafkan diri aku lagi sampai bila-bila........dan sememangnya aku sedar aku yang bersalah!
+posted by arkarnax @ 9:35 PM