:::U Thought U Know Me Well...But U Don't:::
Sunday, September 21, 2003

Arghh!!!!!!!
Banyaknye keje nak buat....tensen tul. Aku tau, bukan aku sorang jek tensen. Hampir semua yang nak exam mesti pernah menyebut perkataan tensen tuh. Biase ah...org dah dah keje pun selalu gak sebut.

Oh yek, berita terkini. N dah clash ngan balak dia yang satu lagi. So, dia dah single. Alamak, memang lagi ler bertambah rasa bersalah. Aku takle confirm sangat berita nih tapi aku terdengar dari perbualan telefon dia. Bukan aku intip tapi dah dia cakap kuat-kuat kat living room. Semua orang dengar. Tak sangka la plak dia nak buat tindakan drastik untuk putuskan hubungan dia ngan bopren dia tuh. Yelah, hari tuh dah clash ngan bopren dia kat kampung. Skarang yang satu lagi kat KL pun dah clash gak. Memang la patutnya aku takleh nyibuk pasal hal dia. Jangan jaga tepi kain orang tapi problemnya aku yang mulakan dulu. Kalau tak kerana reminder tuh, mesti dia still bahagia dengan kedua-dua kekasih dia tuh. Isk....aku nih pemusnah kebahagiaan orang ke? Jahatnye....tapi aku tak berniat. Aku tak nak gaduh ngan orang. Tak nak orang tak suka ngan aku. Mak aku selalu pesan, jgn buat dengki kat orang lain, jangan sesekali benc kat orang. Tak baik. Nanti tak berkat hidup. Selalula buat baik kat orang walaupun diaorang buat jahat kat kiter, jangan balas balik. Aku memang pegang kata-kata tuh. Walau sejahat mana orang tuh buat kat aku, aku tak balas balik....cuma simpan jek. Aku tau, kekadang tak elok gak, takut kalau dah berkumpul sangat dalam otak, lelama bila dah menggeledak, bleh jadi gila aku nih. Tapi alhamdulillah, setakat nih, aku leh tahan lagi apa orang nak kata tentang aku. Mulut orang memang takleh nak ditutup....

Kalau aku tensen, antara perkara yang aku slalu buat ialah
-balik ampang...dok umah sengsorang memang selalu membuatkan aku rasa tenang. Hilang masalah....memang sesimple tuh...aku pun tak tau kenapa....ada satu aura yang lain bila ada kat dalam umah sendiri........
-shopping bagai nak rak......itupun kalau aku ada duit lebih...kalau takde duit pun, aku beli gak something. Macam semalam, ada RM20 jek tapi beli gak apa-apa......rasa best bila leh shopping.....
-melalak....walaupun aku tak setaraf ngan Siti Nurhaliza tapi kalau sekadar nak melalak sengsorang tuh..anytime boleh.lega rasanya dapat mengeluarkan apa yang terbuku di hati dengan mengadaptasikannya dalam lagu.......
-makan....nih ikut mood gak le...kekadang kalau tensen pun, takle makan banyak.....tapi makan leh membantu untuk mengurangkan masalah kepala yang rungsing....nasib baik badan aku jenis tak senang naik...kalau dak...dah jadi belon aku nih.......

Isk...aku tensen lagi ke.....tak ah...skang tak tensen dah.....sebab dah ada kat ampang, dah shopping smalam, dah melalak tgh pagi buta tadi dan dah makan banyak.....hahha....I'm a happy gurl now.........

+posted by arkarnax @ 12:14 PM

+++++