Aku dah ngantuk. Dah dekat satu pagi. Tapi kena paksa diri gak tunggu sampai progress report tesis aku nih habis diprint. Lembab ah pulak pasal guna catridge warna.
Uish....dah 22/9 la hari nih. Kejap tul masa berlalu. 4 hari jek lagi untuk aku jejak ke usia 22 tahun. Dah tua rupanya aku nih...perasan muda lagi. yelah, young at heart! kan bagus! Kat mana patut aku buat open table utk celebrate bday aku nih. Hari tuh bday Ros gi mkn seafood kat Klang. Uik...takkan nak pegi lagi. Dahle mahal. Aku pun kopak. Nak pikir tempat makan pun susah. Almaklumlah, aku nih bukan kaki makan kat luar. Baik aku masak jek...hati pun rasa puas makan masakan sendiri.
Isnin minggu depan lak dah start final exam aku. mampus!!! aku tak study apa pun lagi. Yelah, dok sibuk sgt ngan assignment yang menimbun. Seminggu jek aku nak study. Sempat ke? Isk...terpaksa ah...tak sempat pun kena sempatkan jugak. Takkan nak biar jek. Kalau kantoi, susah la....dah le final year dah. Tak sanggup aku nak repeat merepeat paper nih. Buang masa ngan duit jek.
Apa-apa pun, aku berharap dengan menjelangnya usia aku yang ke-22, segala apa yang keruh yang berlaku sebelum nih aku buang jauh-jauh dan dijadikan pedoman untuk mematangkan lagi diri aku nih......aku juga berharap segala azam aku akan terlaksana dan segala impian menjadi kenyataan....Insya-Allah
+posted by arkarnax @ 1:03 AM