Pejam celik, pejam celik...kejap jek dah cuti mid sem. Rasa cam baru jek minggu lepas start sem baru. Itulah dia, tanda-tanda nak kiamat dah tuh...masa cepat je berlalu.
Tesis aku tak siap lagi satu sampel pun. Dahle kena buat 100 sampel...mampus aku. Assignment pun berlambak-lambak lagi...water supply, geohazard, dengan test ground improvement ngan stuctural analysis lagi...cam tak cukup tangan. Kerja banyak sangat sampai aku tak tau nak start buat yg mana satu. Ditambah lak lg dengan kerja kat umah nih. Kononnya nak spring cleaning la sebelum family aku balik tapi baru start sikit jek...pastu kereta pun nak antar gi workshop pasal pagi-pagi susah sangat nak start. Baru jek servis 2 bln lepas, dah buat hal. Bukannya murah lak tuh last service hari tuh...dekat seribu setengah tapi still ada gak masalah. Tu ah mak aku kata, org Melayu bukannya reti buat...main cincai jek. Tapi kiter nih nak tolong org Melayu gak....apsal la tak cuba buat g terbaik...barulah boleh org kaum lain pun salute kiter...ini idak...kebanyakan org Melayu sendiri suka antar kat kedai org Cina..katanya cepat sket keje...ntahler...aku pun tak berani nak komen bnyk sangat....tapi aku harapkan, masa akan datang, org Melayu akan lebih maju dan dapat menandingi kaum lain bukan sahaja dalam bidang pomen-memomen (betul ke penggunaan bahasa aku nih), tapi juga dlm bidang-bidang lain. Dah banyak sgt kita dengar org komplain psl org Melayu...tapi still dok kat takat yg lama jek...susah susah....aku pun sebagai org Melayu, kena cuba gak baiki diri sebab banyak kelemahan yg kekadang kita tak nampak....
+posted by arkarnax @ 9:16 PM