Baru abis kelas, so masuk le kejap kat makmal gunasama nih sementara menunggu kelas kul 1.15 nanti. Macam biasa ah, kalau masuk makmal, mesti punyer carik bahan untuk tesis ngan assingment Urban Mass Transit System yg kena hantar hari jumaat nih. Susah gak nak carik history of public transportation in malaysia nih walaupun dengar cam senang jek.
Petang nih cadangnya nak gi main library. Sem nih ler yang baru aku nak jejak kaki ke sana. Kalau idak, study kat umah jek. Petang-petang pun dah tak main tenis dah psl terlalu sibuk. Bebudak umah aku pun dah pelik pasal aku dah jarang tido petang. Kalau dulu, pantang ada masa terluang, mesti aku bantai tido jek. Alah, nak buat camne...dah sibuk, so terpaksa la mambiasakan diri. Nanti time dah keje pun, bukannya boleh main tido-tido jek time pepetang. Maunyer kena pecat free free jek.
Emm...terminator 3 dah nak kuar. Aku musti luangkan masa utk tengok. Time Terminator 1 & 2, adela berpuluh-puluh kali aku tengok video sampai dah nak rosak video tuh. Takpe ah...tak kuar lagi...nanti aku booking ler....
+posted by arkarnax @ 11:53 AM