:::U Thought U Know Me Well...But U Don't:::
Wednesday, July 30, 2003

Alhamdulillah...
sejak dua menjak nih...ramai tul yang bermurah hati nak belanja aku. Bukannya aku mintak pun tapi diaorang yg ikhlas nak belanja. Rupa-rupanya, ada hikmah gak aku tak dapat PTPTN sem nih.

Semuanya start ngan Ronnie belanja aku ngan Ayie kat Pizza Hut, Seksyen 14 (Kata Ronnie, dia belanja pasal guna duit gaji dia yg kerja sebagai operator Pizza HUt time cuti 3 bln tuh), 9/7 hari tuh. Then, 21/7, Fauzi lak blanja Pizza kat tempat yg sama(kes Fauzi lak, dia belanja pasal sebelum cuti, dia dah janji nak belanja. Aku tak mintak pun tapi syukur alhamdulillah la...). Then, hari Rabu, 23/7, Ajis bagi cheese cake(macam tahu-tahu jek, aku suka makan cheese cake...oh yek, aku terlupa yg aku pernah beli cheese cake ngan Faz time keluar tengok wayang ngan dia ngan Zeti kat OU). Pastu Asni lak belanja aku, Hanis, Eddy ngan Najib makan Pizza Hut gak kat MidValley. Lama tul aku tak jumpa Asni. Last jumpa time habis SPM ler....muka sama jek...bagus ler....bebudak lain pun lebih kurang sama jek cuma rambut je kut berubah sket...hehehhe...ngan muka tak selicin dulu...yelah, dah dewasa la kononnya. (Kalau ko baca nih, terima kasih banyak-banyak Asni! Semoga murah rezeki ngan bisnes pun berjalan ngan baik!)

Dan yang paling terkini, baru tadi, jumpa Arip. Kononnya nak bagi baju yang aku beli kat Amsterdam hari tuh tapi tak bawak. Ingatkan ada kat Hillpark, so aku pegi le hillpark nak amik baju dia tapi rupa-rupanya, aku tinggal dalam kete aku kat Ampang. Dahnye, aku naik kete Kak Chik. Arip belanja kat Nando's. Budak nih pun dah lama aku tak jumpa. 3 tahun lebih gakler. Dah hampir tak cam aku budak nih. Dah lain sket tapi stail still cam budak baru abis sekolah menengah.....awet muda ler...Dia antara kawan lelaki aku yang banyak gak tahu rahsia aku walaupun tak le sebanyak mana sebenarnya kalau dibandingkan ngan Bujal. Dah semalam, abis rahsia aku kat sekolah yang aku simpan sendiri, dah habis terbongkar...aku bagitau kat dia. Yelah. zaman dolo-dolo punyer citer...tak kisah ah kalau nak bgtau pun...pasal dah basi...simpan lama-lama pun tak guna. Tapi takpe, rahsia yang terkini masih dalam kukuh genggaman aku.....heheheheh....

Untuk itu, walaupun maybe diaorang tak baca pun blog aku nih, aku nak ucapkan bebanyak-banyak terima kasih kerana sudi berkongsi rezeki korang ngan aku. Hanya tuhan saja dapat membalas jasa baik korang. Oh yek, semoga juga dimurahkan rezeki....AMIN.....

+posted by arkarnax @ 6:37 PM

+++++