Hari nih adalah hari terakhir aku kat Romania. Esok pagi-pagi kul 6.40 flight aku berlepas ke Amsterdam, Holland. Nampaknya esok kul 4 lebih dah kena bangun ler...wah, awal nak mampus...hehehe....
Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Dah 2 bulan aku duduk kat sini dan dah 3 tahun family aku kat sini. Aku ingat lagi first time aku datang Romania. Time tuh bulan 12 tahun 2000. Aku datang beraya kat sini.(Family aku datang Romania time bulan 7). Aku ingat lagi, time hari raya tuh, orang Romania lain sibuk ngan Krismas, kami jek yg beraya sesama sendiri. Kami pakai baju kurung (aku pakai baju kurung raya tahun lepas sebab tak buat pun baju tahun tuh). Pastu kami naik Metro (subway train, saja jek nak try naik psl kat Msia mana ada subway train) untuk ke umah kawan ayah aku. Yelah, mana ada orang Malaysia dah kat Romania nih. Ada 3 family jek. Orang lain punyalah hairan tengok kami nak metro pakai baju kurung ngan tudung. Aku still ingat lagi, sampai jek kat stesen yang kami tujui, time nak naik tangga, ada lak sorang budak nakal tarik tudung aku. Nasib baik tak tercabut. Teruk tul...tuh sebab kami nampak pelik sangat ler tuh yg dia buat camtuh...malang tul. Dan time 1/1/2001 pun aku celebrate kat Romania gak. Time tuh tetiba snow turun. Memang special la psl tahun baru. Dah dekat 15 tahun aku tak tengok snow, so seronoknya bukan kepalang ler. Kami adik beradik terus keluar main time snow tengah turun...Esoknya tuh, terus pegi brasov (kawasan pergunungan) untuk main ngan snow. Snow memang tebal time tuh...seronok aahh tapi sejjjuukkk!!!
Kemudian, second time aku datang Romania time bulan 3/2001. Cuti akhir sem. Aku stay 2 bulan gak. Time datang tuh, aku dapat jalan-jalan hampir ke seluruh Romania. Dapat gak tengok Dracula's Castle dan Transylvania yang dahulunya begitu gah dengan lagenda drakulanya. Banyakler tempat yang pergi sampai aku pun dah tak ingat nama tempat tuh...tapi yang nyatanya memang best...
Third time pulak tahun lepas bulan 10/2002. Aku datang sekejap jek. Dalam 2 minggu jek cos cuti pun tak lama. Tapi sempat lagi jejalan kat Turkey. Turkey memang best kalau nak shopping. Banyak sangat barang dan harga pun berpatutan terutamanya barangan leather. Memang kena bawak banyak duit kalau gi Turkey. Kalau tak, rugi. Turkey pun memang cantik pasal senibinanya time zaman Uthmaniyah dulu. Salah satu negara yang aku syorkan untuk pergi. Kemudian kalau kat Romania lak, aku pusing-pusing bandar Bucharest jek. Pergi kawasan kampung, tangkap gambar ngan pokok epal yang lebat buahnya sampai terpatah dahan-dahan pokok-pokok tuh. Memang dasyat.
Then kali nih lak, 2 bulan lagi aku stay sini. Tak jalan sangat kali nih. Tapi aku sampai gak akhirnya ke Holland ngan Belgium. Sempat la jalan-jalan kat sini. Dua-dua negara nih memang lawa tapi barang-barang sangat mahal. Tapi kalau sekadar nak melancong, tengok negara orang, okey ler. Aku dah citer kisah jejalan kat Amsterdam nagn Brussel kat blog nih, so, aku malas nak cerita balik.
So, itulah dia, setelah 4 kali aku datang menghabiskan cuti semester aku di sini. Selalunya student yang studies abroad yang balik malaysia jumpa mak ayah, aku lak terbalik pulak. Yang pastinya, Romania banyak meninggalkan kenangan pada aku. Dan aku pastinya akan merindui banyak benda di sini. Ronnie, kucing yang berjaya membuatkan aku terus tidak rasa gentar bila berada dengan kucing. Kalau sebelum nih, nak dukung kucing pun takut. Tapi kerana kebaikan Ronnie, aku terus menjadi berani walaupun pada awalnya aku takut ngan ngan Ronnie pasal dia besar. Besar daripada Ciko walaupun usianya baru setahun lebih. Aku takkan dapat lupakan kisah Ronnie terbelit leher ngan skipping rope, Ronnie lari dari rumah selama seminggu dan rupanya tersangkut kat attic umah sebelah dan tak reti nak turun. Kemudian, kisah Ronnie terjatuh dari tingkap bilik tidur kami. Nasib baik ada atap bawah tuh. So, terpaksaler dia tidur semalaman atas atap tuh sebab kami suruh dia panjat, dia tak nak. Kelakar, memang kelakar. Kekadang kami panggil dia, Ronnie Samdol cos asyik buat stunt yang merepek-repek jek. Ciko pulak, memang kucing yang moodnya berubah-ubah. Kalau time mood baik, bolehle dukung dia merata tempat, kalau tak, maunyer digigit tangan kiter tuh takpun kena cakar. Tapi dia kucing yang cerdik, selalunya menyahut bila kiter panggil nama dia, takpun goyang ekor tme dia malas nak berbunyi. Nak makan pun memilih, kalau makanan dlm tin, cuma nak yang fresh, drpd tin yg baru dibuka kalau tak cuma makan ikan jek. Favourite food yang lain, cheese dan coklat.
Selain daripada kucing-kucing tuh, aku sudah tentu akan merindui lagu-lagu yang dimainkan oleh gipsy kat depan umah tuh. Memang gamat dan riuh rendah ngan anak cucu. Tak sempat juga nak melihat rumah Dr. yang tengah buat kat depan rumah tuh. Nak gak tengok, selawa cam umah yg kami duduk ke. Dan juga tak mungkin lagi aku dapat mendengar bahasa Romania disebut lagi. Aku tak dapat melihat senyuman sesetengan pekedai yg begitu baik melayan client biarpun mereka tak paham langsung bahasa Inggeris. Dan setiap kali masuk kedai, mesti diaorang ucap Buna Ziua(Good Day) dan bila keluar, mereka akan mengucapkan La Revedere(Bye) biarpun kami tak beli apa-apa. Memang sopan santun. Kalau kat Msia, susah nak jumpa pekedai yg greet kiter time masuk dan keluar. Aku dah banyak ke negara-negara lain dan aku rasa, orang Romania adalah golongan yang memang baik dan peramah. Tak sombong. Mungkin mereka pun sedar asal usul mereka dan keadaan negara mereka yang dahulunya daif. Aku juga sudah tentunya rindu untuk menonton rancangan-rancangan yg menarik di tv nih. hehehe....tak sempat nak tgk BIG BROTHER sampai habis. Aku still harap, Alida akan menang! lol
Sudahlah....kalau aku nak cakap pasal Romania, sampai esok pun tak habis. Aku cuma nak ucapkan terima kasih bebanyak kat Sorin ngan Nico yg selalu hantar aku keluar shopping ngan ke klinik, terima kasih Anita pasal tolong kemaskan bedroom dan cuci umah. Berbillion-billion terima kasih kepada dentist-dentist aku yang begitu baik sekali melayan aku dan sentiasa sahaja memberikan senyuman. Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam kehidupan aku di Romania nih. Kalian semua sentiasa ada tempat di hati ini.....
Akhir sekali....terima kasih Romania kerana telah memberikan begitu banyak pengalaman yang begitu berharga kepadaku.....Te Iubesc Mult!!!
+posted by arkarnax @ 11:58 PM