Assalamualaikum,
Lama betul aku tak post dalam blog nih. Nak dekat tiga minggu sejak aku balik dari Romania. Nih pun kira baru first time aku dapat merasa menggunakan internet sejak balik hari tuh. Nak guna internet kat umah, rosak lak. Nak gi CC, malas...alih-alih aku guna yang kat fakulti punyer. Lantak ah...orang lain pun ada yang menyalahgunakan kemudahan internet kat sini.
Banyak betul sebenarnya cerita yang nak aku sampaikan tapi terlalu banyak sangat sampai aku rasa, kang lama lak aku bertapa kat makmal gunasama nih. Kang kesian lak, orang lain tak dapat nak guna. So, aku cerita sikit-sikit la...apa yang aku ingat telah berlaku sejak 3 minggu yang lalu...
JUNE 6, 2003
From: Bucharest, Romania
Destination: Schipol, Amsterdam, Holland
Flight: KL 1358
Class: M
Seat no: 8A but sat at 8C
Departure time: 6.40 am (local time)
Arrival time: 8.08 am (local time)
Memandangkan flight aku seterusnya ke Kuala Lumpur, Malaysia kul 12 pm, maka aku pun jejalan ler kat airport Amsterdam yang besar tuh. Carik t-shirt untuk aku dan adik aku cos time datang dulu, tak teringin nak beli pun tapi lepas tuh rasa, kalau tak beli, menyesal lak. Dah penat berjalan, aku duduk ler melepak tengok orang-orang Dutch yang tak kurang hensem dan lawanya. Lebih kurang 2 jam sebelum departure, aku cadang le nak gi toilet dulu. Tak sangka lak, tengah jalan-jalan tuh ternampak Ruud Van Nistelrooy! Aku punyaler ingatkan players M.U. ada kat situ..tapi belakang Nistelrooy ada Marc Overmars...so sahle diaorang nih player Holland. Tanpa diduga dan tak sengaja, aku ter'follow' lak Nistelrooy. Ntah ape la yang aku pikir time tuh. Nak mintak autograph, malu lak pasal aku sengsorang jek. Nak tangkap gambar, takde kamera. Last-last, aku berenti je ikut dia, pastu lalulah players Holland yg lain seperti Jaap Stam. Yang lain-lain, ada gak muka familiar tapi aku tak ingat nama. Dah aku terperasan sendiri kat situ, baru aku sedar yang aku terikut diaorang sampai kat tempat domestic punyer departure. Tak tauler ada org perasan ke idak. Dengan tersipu-sipu sendirian, aku patah balik ke toilet. Kelakar tul.
JUNE 7,2003
From: Schipol, Amsterdam, Holland
Destination: KLIA, Malaysia
Departure time: 12.00 pm (local time, 6/6/03)
Arrival time: 6.10 am (local time)
Akhirnya, aku selamat tiba di Malaysia. Tak sangka kena lalui SARS screening. Dah lah time tuh tgh drowsy lagi. Nasib baik lepas. Balik umah, aku amik cab jek pasal awal sgt kalau nak mintak tolong org amikkan. Wah, tak sangka tul cuaca kat Malaysia sangat panas (hehehe, yelah, dah lama duk negara orang, bila balik negara sendiri, rasa lain lak). Nasib baik la aku tak demam cos selalunya kalau aku balik Malaysia, mesti demam punyer pasal perubahan cuaca yang mendadak. Benda pertama sekali yang buat aku tergelak waktu sampai tu ialah bila tgk motor. Lama betul aku tak tengok motor. Kat Romania, org pakai kereta jek. Kalau ada motor pun yg jenis harley jek. tu pun susah nak jumpa. Sampai umah jek, aku terus nampak kereta aku yang baru dicat. Mula-mula tengok, terkejut la jugak pasal aku tak berharap untuk dapat warna tuh. Aku nak warna lain tapi dah Pak Teh aku antar gi cat dah, patutnya dah cukup bersyukur le aku. Yelah, dah ada kereta pun dah cukup bernasib baik. Boleh gak gi jejalan. Senang sket. Masuk dalam umah jek, terus aku tidur sebab penat sangat....
JUNE 8-15, 2003
8/6 terus aku balik umah sewa cos 9/6 dah nak kena daftar semester baru. Time drive tuh baruler nampak muka-muka orang Malaysia yang dah lama aku tak tengok. Jadi, aku tauler camne org foreign rasa bila diaorang datang Malaysia. Ada satu perasaan yang aku pun tak reti nak terangkan.
Hari Isnin tuh gi ler fak untuk daftar subjek tapi rupa-rupanya daftar online so aku minta kwn aku tolong daftarkan. Kami lak tunggu jek depan jabatan tuh sebab nak tunggu tajuk tesis. Tunggu punya tunggu dari pagi, alih2 aku ajak diaorang gi Mid Valley psl aku nak tukar duit ngan lunch skali. Balik dr Mid Valley gi fakulti balik tapi still tajuk tesis tak keluar.
Selasa, baru tajuk tesis keluar. Berebut-rebut la nak tgk tajuk apa yg best dan boleh dipilih. Kelas dah start tapi nasib baik hari Selasa memang off untuk bebudak yg amik tesis.
Hari Rabu aku tak ingat aku buat apa. Maybe pegi kelas dan start blajar setelah lama tak belajar. Tapi still, mood nak blajar tuh takde.
Hari Khamis ngan Jumaat ada taklimat tesis drpd lecturers. Aku dah siap sedia aim lecturer mana yg aku rasa tajuk yg ditawarkan tuh best. Apa lg aku buat yek...ntahler...sembang-sembang ngan kengkawan jelah....
Hujung minggu aku balik rumah cos adik aku kata nak balik. Tak buat apa pun. Duk umah ngan bersembang jek...
JUNE 16-22, 2003
Hari Isnin tuh aku dah submit tajuk tesis. Kena isi 5 pilihan. Dah hantar dah, baru diorang kata ada pertambahan tajuk baru, so last day hantar hari Rabu. Takpelah. Nak buat camne, aku dah antar dah pun.
Hari Selasa gi MV lagi cos kononnya nak ambik hadiah yg aku menang from Catcha.com tapi org tuh kata hadiah tak sampai lagi. Next week baru amik. So, aku pun jejalan jelah kat MV tuh ngan shopping sikit-sikit,
Rabu, ntah angau apa ntah tetiba rasa nak main tenis. Apa lagi, petang tuh pinjam tenis kat kawan Faz...then main ler kami bertiga, aku, faz, zt kat gelanggang squash psl kami malu nak gi gelanggan tenis. Yelah, first time aku nak main. Pukul bola pun tak reti lagi. Pukul sket dah termasuk kat sebelah. Kesian abang tuh jd tukang pengutip bola kami lak. Tak sedar main tenis, mlm tuh ada kelas lak kul 8. Pegi je kelas tuh, memang terasa segar bugar. Semangat nak belajar pun bertambah. Mesti sebab badan sihat selepas main tenis tuh. Tuh yg jd camtuh. Bagus gak....nak study pun senang. Patutla org kata, kalau bersukan petang, petang, bagus sebab nanti otak pun cerdas.
Khamis tak main tenis cos kul 5-7 ada kelas. So, hari Jumaat petang tuh, lepas je ujan, terus gi main. Kali nih tak main kat court squash dah. Terus kat tennis court. Nasib baik Nana dtg skali, so bolehlah main pair. Nak kata terror, takde ler terror psl kekadang pukul tak betul tapi rasanya kalau banyak2 practise, leh jadi Anna Kournikova...heheheh...malam tuh, gi swimming lak...aduh, aktif betul kitaorang hari tuh...
Hujung minggu balik umah lg. Adik aku ajak gi tgk Ning kat HMI tapi aku malas so aku balik umah dulu. Ahad tuh ada kenduri kakak Amy kawin. So, aku gi ngan Fath je cos yg lain dtg lagi awal. Nasib baik kitaorang dtg lambat cos sempat la nampak pengantin berarak ngan kompang dan makan beradat.
+posted by arkarnax @ 12:55 PM