Hmm...hari nih tak pasti nak cakap pasal apa. Everyday, the same routine. Adik aku gi school trip, gi main paintball war or was it watergun war? Ntahle, yg penting, mesti le dia tengah seronok main tuh. Siap nanti ada bbq lagi. Aku pelik tul ah sekolah dia nih. Dalam tengah exam IGCSE pun boleh nak buat trip lagi. Hari Isnin nih ada exam lagi. Dasyat tul. Kalau aku ler, takde ler aku nak join trip2 mcm nih. Exam tak habis lg, buat ketaq perut jek. Tetambah lagi exam penting cam IGCSE nih, mcm amik O Level ler. Tak taulah camne diaorang leh cope. Adik aku nih, esoknya nak exam pun boleh chatting dlm internet lagi. Handal betul. Nasib baik le budak tuh baru 15. So, kalau tak lulus, still ada chance nak amik lagi next year.
Aku pulak, still lagi bercuti....alahai, cuti lelama sangat pun boring gak yek. Apa lah nak jadi nih. Cuti salah, tak cuti pun salah. Camni ler manusia, tak pernah puas hati. Ish ish....kutuk diri sendiri lak aku nih. Hehehhe....memandangkan, takde apa-apa pun berita sensasi (xcept asyik dengar sana sini kena bom), baikler aku gi balas email yg tak terbalas tuh. kesian, diaorang ternanti-nanti...
+posted by arkarnax @ 5:30 PM