Semalam aku ngan adik aku sembang-sembang pasal our earliest memory. Saja menguji semula ingatan, apa benda pertama yang kiter ingat time kecik-kecik dulu.
Bagi aku, ntahle..sebenarnya aku ada 2 earliest memory and aku pun tak sure which one is earlier. Malas nak tanya balik kat parents aku.
Anywayz, aku rasa yang paling awal maybe time aku accident, lebih kurang time aku umur 3 tahun rasanya. Tapi aku tak dapat ingat sepenuhnya apa yang terjadi. Waktu tuh kami tinggal kat Fresno, California. Ayah aku kata, aku, adik aku ngan adik aku nak lintas jalan gi grocery shop. Tak sempat ayah aku nak halang, aku dah lintas dulu. 'Bang!', kena langgar ngan kereta. Aku memang tak ingat incident tuh tapi selepas tuh, aku ingat sikit-sikit jek. Ayah aku kata ambulans datang and bawak aku gi children hospital but at that time, aku cuma sedar time aku baru sampai kat hospital dan aku dibawa oleh kereta volkswagen warna hijau sedangkan aku sebenarnya naik ambulans. Kelakar tul. Then apa yang aku ingat, baju belang biru favourite aku kena gunting kat depan oleh doktor. Lepas tuh, dah tak ingat dah. So, maybe memory nih tak leh nak pakai sangat cos sikit sangat yang aku ingat.
And then, another memory was also in California. Aku ingat lagi, ada satu petang tuh, the whole family gi supermarket. Aku nak sangat beli toffee candy kat supermarket tuh tapi ayah aku tak bagi. Dia tak beli langsung apa-apa candy untuk kitaorang. Then malam tuh, 3 ekor hantu (hantu panggil ekor ke?) datang kacau aku malam tuh. Kitaorang semua tido sekatil tapi ayah aku jek sedar aku menangis. Mak ngan adik aku tido lena, tak sedar langsung and of course lah, aku jek yang nampak hantu tuh. Ada 3 ekor, satu hantu bentuk toffee candy yang aku nak tuh, tak silap aku satu lagi bentuk lolipop dan aku tak ingat lak yang satu lagi bentuk camne. Sebab aku menangis ngan meracau lain macam jek, ayah aku baca yasin. Aku nampak sekor hantu tuh terus datang gigit leher ayah aku. Maybe sebab marah sangat ayah aku tak nak bei candy tuh kat aku plus ayah aku baca yasin lagi. Lama-lama hantu tuh pun blah. Parut yang hantu tuh gigit kat ayah aku, still ada sampai aku sekolah rendah tapi sekarang dah takde. Bila aku cerita balik kat ayah aku, dia tak ingat tapi time sekolah rendah dulu, ayah aku sendiri yg tunjuk kat kami, leher dia yg kena gigit tuh and memang aku yakin tempat tuh la hantu tuh gigit. Tapi ntahle, maybe aku gak tak berapa ingat. Tapi kalau ingat balik, memang ah kelakar. Berapa ramai jek org nak dapat tengok hantu coklat?hahaha....
Apa-apapun, kedua-dua cerita kat atas tuh, adalah antara earliest memory aku yang aku still ingat sampai sekarang. Walaupun tak pasti mana satu dulu, tapi selalunya memory time kiter kecik-kecik la best....
+posted by arkarnax @ 11:33 PM