Ok, nih nak cita le sket apa yg telah berlaku awal minggu lepas...
Last week fly from Msia on 26/3. 'D Gangs (Ros, Zeti, Mas, Asiah) ' le gak yg antar gi KLIA. Thank u very much rakan-rakan seperjuangan sekalian. : )
Sampai kat Amsterdam at 6.30 am (time sana). Nasib baik pilot msia airlines tu terror. Walaupun kat luar, kabus tebal giler tapi dapat gak landing ngan selamat. Mak ngan ayah aku yg sepatutnya arrive kul 8.30 am kena diverted ke Germany lak pasal kapal terbang tak leh turun coz kabus tu la.
Kat Amsterdam, first day cuma jalan2 gi tgk lebih kurang cam flower farm la. Banyak betul bunga ada kat situ tapi since kami gi bulan mac, banyak bunga tak naik lagi. So, cuma dpt tgk bunga2 yg diaorang tanam dlm green house jek. Okey ler tuh...
Ni gambar aku, mak aku ngan org Dutch yg pakai pakaian rasmi diaorang
Yang nih gambar aku ngan pelbagai jenis bunga tulip kat dlm green house. Besar-besar bunga tulip tuh.
Pastu yg nih lak, gambar aku dalam clog(kasut org Dutch)...nih tempat dia tunjuk cara2 org dulu buat kasut clog tuh.
Kemudian, hari kedua pegi Madame Tussaud (Wax Museum) . Tempat nih ada banyak celebrities from actors, singers, producers, athletes, politicians etc spt Michael Jackson, Madonna, Kylie Minougue, Geri, Arnold, Mel Gibson, Elvis, Ghandi, dan banyak lagi le. Kiranya diaorang semua nih diperbuat daripada wax(lilin) le. Ada gak yg nampak cam memang betul2 real. Kalau waktu malam, tak berani le aku nak masuk tempat tuh. Harga masuk museum tuh dah €17.50..kalau convert duit msia, kali 4 le, lebih kurang RM70 seorang. Giler ke tak tuh, cuma nak masuk museum jek dah harga camtu. Memang mahal tul. Harga makanan pun, toksah duk kata la...air kopi secawan yg kecik nak mampus, paling murah hg leh dapat pun RM6. Normal price, RM10 la.Kira taraf hidup kat situ memang tinggi la. Kalau gaji tak sampai €2000(RM8000), susah gak la nak idup...kena jadi vegetarian jelah.
Oh yek, nih gambar aku ngan Arnold Swarzenegger (susah tul nak eja..ntah betul ke tak nih) kat Wax Museum.
Hari ketiga lak gi Brussel, Belgium, naik international train. Patutnya dlm 2 jam setengah dah sampai tapi betapa malangnya kami...pasal kena tukar train sampai 3 kali psl rosak. Lawak tul. Brussel pun tempat yg cantik gak. Banyak old buildings tapi barang2 kat sini murah sket drpd Amsterdam.
Then last day, pagi2 tuh gi Sunday Market. Banyak barang2 antik pastu harga not bad la...kalau nasib baik dpt yg murah ngan elok. Tengahari tuh balik Amsterdam semula pasal 7.30 pm dah naik flight balik Bucharest, Romania...
So, itule dia kisah aku berjalan-jalan kat 2 buah negara yg tak penah aku pegi sebelum nih. Nasihat aku, kalau duit tak banyak, takyah le nak mimpi shopping kat situ. Kat Malaysia pun dah boleh dapat barangan yg best-best ngan berkualiti. KIta patut bersyukur...negara kita still ok pastu boleh dpt semua benda yg kiter nak. Makan pun senang.
Okey ah...itu je kut benda yang nak jot down. Tak larat nak tulis lagi...nanti hari lain lak...adios...
+posted by arkarnax @ 9:59 PM